Laras Bahasa Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

LARAS BAHASA BAHASA MELAYU::

SOALAN TUGASAN
Anda dikehendaki mengaji dan mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara berikut:

i.

Definisi Laras Bahasa

ii.

Ciri-ciri Laras Bahasa

iii.

Jenis-jenis Laras Bahasa berserta contoh petikan

Definisi Laras Bahasa


Umumnya

dapat

diterangkan

sebagai

cara

penggunaan

sesuatu

bahasa.Asmah

Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa
menurut bidang penggunaannya.
Laras

bahasa boleh

didefinisikan

sebagai gaya atau cara

penggunaan

sesuatu

bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa
biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialahperbendaharaan
kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih
laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat
menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di
sekitar mereka.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut
situasi-situasi yang berlainan.
Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan
klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode. Joos pula
(1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan
membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim
dalam tulisannya The Five Clocks.

Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :

tajuk wacana

cara penyampaian

gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)


Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan,
pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan
ragam ayat yang digunakan.
Tajuk wacana

Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak
digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak ,
ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan
supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
Sama ada wacana berkenaan disampaiakn secara lisan atau tulisan.

Cara
penyampaian

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan
dan khutbah atau doa.
Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan.
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi

Gaya

formal atau tak formal.

penyampaian

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal
yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbezabeza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya
laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan
majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan anak-anak,
dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit
mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu

menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya


dalam masyarakat.
Ciri-ciri Laras Bahasa
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan
bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang
wujud dalam bahasa berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras
khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang
hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana),
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.
Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau
peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
v kosa kata
v tatabahasa
v gaya

Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :

Golongan laras

Biasa

Khusus

ASPEK AYAT
Ayat Aktif dan Ayat Pasif.
Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan ayat
pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:
1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.
Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat
ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.
a: Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.
Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan
digugurkan iaitu frasa pemburu itu.
b: Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran bahagian
tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras.
Aspek keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat
pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:
Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa
gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan
melalui susunan ayat ialah:
a)

Mereka ke Melaka minggu lalu

b)

Minggu lalu mereka ke Melaka

c)

Ke Melaka mereka minggu lalu

Ayat Pendek dan Ayat Panjang


Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan laras. Ayat dibawah
memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat
tunggal pendek. Contohnya:
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya,
Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke
Melaka.
Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa
kini. Contohnya:
Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam
usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi
pemimpin Negara.
(Berita Harian, 26 Disember 2000)
Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan pelbagai
bentuk perluasan disamping ayat kecil.
Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan.Contohnya:
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun
semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera
dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh


.
1.Laras Biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau
konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak
mengandungi istilah atau pola yang khusus.
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
2.Laras Bahasa Perniagaan
v Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu
v Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin
dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan
menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
v Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
v Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan
melakukan tindakan.
v Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
v Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) Slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap


(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
3.Laras Bahasa Akademik
Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang
diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini
kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang
akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilahistilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala
yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian
yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam
sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus
yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak
terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat
alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH atau
H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan
seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.
4.Laras Bahasa Undang-Undang
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman
dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan
banyak menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan
cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan
perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain bertentangan
dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah berbahaya yang
ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk
mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana
dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain
olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan
hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan hukuman penjara
selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.
5.Laras bahasa media
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan
dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut
cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
o Pertama - bahasa yang digunakan mudah.
o Kedua - gaya tulisan yang jelas dan
o Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka
bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada
pembaca dan penonton
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan
Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan,
istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora,
simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan
beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan
perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.
Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba, sekadar
menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air matanya sudah
lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.

7.Laras Bahasa Agama


Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam
agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada
kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu
menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada
waktu perkiraan.

8.Laras Bahasa Sukan


Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.
Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari
oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem
ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain
bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.
9.Laras Bahasa Sains Komputer
Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.
Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana
sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan,
senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi
(OS), program dan data.

PENUTUP
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah
laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya
sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas
merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan
yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya yang
dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini
demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di
institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah
hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama
laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah
menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi
penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu
amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.
Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai
suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu sendiri.
Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti
ini. Laras bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus
yang tidak menjadi sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak
formal.
Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran
laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di
institut pengajian tinggi.

1.

Kursus Komprehensif Fajar Bakti, BAHASA MELAYU STPM (Kertas 1 &2 ), Nik

Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2002.
2.

Rohaniza Idris dan Nurul Farina Nazlan, m/s 26, Berita Harian, Ahad, 24.08.2008.

3.

http : www. Tutor.com.my/ stpm / laras bahasa. Htm

4.

longman Teks PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Goay Teck Chong, Choo Say Tee,

Zainuddin Ahmad, PEARSON LONGMAN, 2007.


5.

Mohd Roji Abdullah, m/s 23, Berita Harian, 24 ogos 2008

You might also like