Sejarah PMR

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Objektif Kajian

1.
2.
3.
4.

Mengenalpasti isu-isu yang berkisar tentang perpaduan kaum secara umum


mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada rakyat dan negara
Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan kaum
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha melestarikan perpaduan kaum di
negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diimplementasikan untuk mengekalkan
dan memantapkan perpaduan kaum di negara

5.

Menetapkan kaedah kajian


Membaca akhbar tempatan dan mencari keratan akhbar lama yang berkaitan dengan
perpaduan kaum
Merujuk buku teks atau buku rujukan.
Membaca bahan ilmiah seperti artikel, rencana, majalah atau risalah yang
membincangkan isu perpaduan kaum.
Melayari internet untuk mencari material berkaitan dengan isu perpaduan kaum.
Mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru Sejarah atau guru

1.

2.
3.
4.
5.

Menetapkan Tajuk

Pengukuhan Perpaduan Kaum di Malaysia

Cabaran dalam Melestarikan/Mengukuhkan/Mengekalkan Perpaduan Kaum


Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Harmoni Tanpa Mengira Perbezaan Status, Bangsa dan Agama
Ke Arah Perpaduan Kaum yang Lebih Ampuh
Pentingnya Perpaduan untuk Rakyat dan Negara

PENGENALAN

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota


masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting
dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik
yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi
masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga
buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga
imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan
ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang
dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang
membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan
zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945
juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara
ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata
mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil
kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan
sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari
seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas
dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu
dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina
terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCAMIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk
kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan
yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12
Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan

sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu
dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya
berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan
darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini
cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal
hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

KEPENTINGAN
1.

Membina struktur masyarakat yang hidup harmoni

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mempunyai amalan, budaya dan
keinginan yang berbeza-beza - sekiranya perpaduan kaum dapat dicapai - dapat
membentuk masyarakat yang bermuafakat dan mempunyai aspirasi yang sama - hidup
aman dan harmoni tanpa sengketa
2.

3.

4.
5.
6.

7.
8.

Membentuk masyarakat yang saling menghormati tanpa mengira status agama atau bangsa

Perpaduan dijadikan teras dalam hidup bermasyarakat - tidak timbul isu status, agama
atau bangsa yang berbeza - setiap ahli masyarakat akan belajar menghormati antara satu
sama lain - bergabung atas nama 1Malaysia - rakyat yang membawa identiti Malaysia,
bukan hanya bangsa atau kaum tertentu
Memupuk semangat patriotisme atau cinta akan negara
Apabila semangat perpaduan telah meresap dalam jiwa masyarakat - semangat
patriotisme akan dapat disemai dan dipupuk - semuanya hidup bersatu padu - samasama akan gembleng tenaga agar keamanan dan kesejahteraan negara dapat dilestarikan
Memelihara kedaulatan negara
Rakyat yang memiliki semangat cinta akan negara - kuat mempertahankan negara mengekalkan kemerdekaan - menangkis campurtangan kuasa luar - kedaulatan negara
terpelihara - keselamatan negara lebih terjamin
Meningkatkan imej negara di mata dunia
Perpaduan kaum antara tulang belakang kejayaan negara - rakyatnya yang berbilang
kaum - hidup bersama-sama - memancing perhatian dunia - bagaimana rakyat boleh
hidup bersatu-padu? - amalan perpaduan inilah yang menaikkan nama Malaysia
Membangunkan ekonomi negara
i. Menarik pelancong dari luar datang ke Malaysia - selain keindahan tempat-tempat di
Malaysia, amalan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut menjadi
tarikan pelancong untuk berkunjung
ii. Dapat mengelakkan penindasan ekonomi - apabila wujudnya perpaduan penindasan tidak akan berlaku - semua akan bersaing secara sihat dan adil

9.

Mengekalkan kestabilan politik


Amalan perpaduan amat penting terutama sekali dalam pentadbiran negara - jabatan
yang menjalankan fungsi pentadbiran negara sama-sama berganding bahu tanpa
mengira kaum, kestabilan politik dapat dikekalkan - struktur pentadbiran negara akan
jadi lebih ampuh - politik yang stabil akan mengundang minat pelabur asing - pulangan
lumayan buat negara

Faktor-faktor yang Menyumbang Ke Arah Pengukuhan Perpaduan Kaum


Peristiwa 13 Mei
Insiden berdarah 13 Mei - jelas menunjukkan tanpa elemen muafakat dalam masyarakat negara akan jadi porak-peranda dan berantakan - kesedaran telah timbul untuk
menyatupadukan kaum-kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi
satu identiti bagi semua anggota masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru (1970) - cuba mengatasi kekurangan orang Melayu dalam
bidang ekonomi.
MAGERAN pada (1969)- mengembalikan keamanan, menentukan pentadbiran yang
lebih licin dan sempurna dan mengembalikan keharmonian dan saling percaya antara
kaum.
Jabatan Perpaduan Negara(JPN) (1969) - membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
Majlis Muhibah Negara(MMN) (1969) - memulihkan kepercayaan dan keyakinan
antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan
faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela.
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Gabungan JPN dan
MMN) - mengelolakan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang
berbilang kaum
Sistem Pendidikan Penjajah & Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sistem pendidikan penjajah - sistem pendidikan yang berasingan - halatuju berbeza menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum sangat terhad - kerajaan telah
merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu - melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957
dilaksanakan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah. Elemen ini dikaji dan disemak
semula pada tahun 1960 - menghasilkan Laporan Rahman Talib dan dimaktubkan dlm Akta
Pelajaran, 1961.
Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan
antaranya adalah:
Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya - menyediakan pendidikan yangg
menyeluruh, seimbang & bersepadu;
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kepada golongan yang kurang
bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.

Penubuhan parti politik


Penubuhan parti politik di negara kita bermula sekitar 1940 - wujudnya kesedaran politik
rentetan pengenalan Malayan Union - UMNO , MCA dan MIC ditubuhkan dengan objektif
awal untuk membela kedudukan kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Terbentuknya Parti Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC - merapatkan
hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik yang bermuafakat dalam
usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan - perpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai - rakyat dapat bekerjasama antara satu
sama lain.

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )


Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika
sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi
Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di
negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini
berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu
di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan
bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini
telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor

perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport
dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak
sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua
golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial
seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana
banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah
memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita
palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa
kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.
Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan
bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita
palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota
masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa
Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di
negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat
yang mampu mengguggat keamanan negara.
Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa
individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika
Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap
permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh
dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan
sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota

masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan
menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada
anggota masyarakat.

Langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.


Kempen kerajaan
Pelbagai kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan di pelbagai peringkat untuk memupuk dan
mengekalkan perpaduan kaum:
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional - memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita - menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi
bahasa - menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain - wujud kesefahaman
dan perpaduan antara mereka

Gotong-royong/berkancang
Amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah, pejabat - mengeratkan hubungan aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum - masyarakat bersatu
padu memberikan sumbangan yang terbaik
Rumah terbuka
Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan - mengundang kenalan datang ke rumah
- peluang untuk saling mengenal antara satu sama lain - mengukuhkan ukhuwah sesama
anggota masyarakat
Sambutan perayaan peringkat kebangsaan
Kerajaan menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan - rakyat
berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum - sama-sama meraikan - melahirkan
masyarakat majmuk yang hidup harmoni
Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan
Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat - pelbagai kaum
dan peringkat umur - untuk menjayakan sambutan ini masyarakat majmuk akan sama-sama
berusaha agar sambutan tahunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya - penghayatan tema
Hari Kebangsaan turut dapat menyemai perpaduan - contoh 'Keranamu Malaysia' - semua

rakyat mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan negara - rakyat yang
di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti kemerdekaan - menghargai
keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba melestarikannya.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah - memastikan hubungan rapat dapat
dijalin antara pelajar pelbagai kaum
Program PLKN
Remaja yang berumur 17 tahun ke atas - menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Modul kenegaraan PLKN - remaja yang terdiri daripada berbilang kaum hidup di
bawah satu bumbung - belajar berinteraksi dan bergaul - terdedah kepada corak hidup
masyarakat majmuk Malaysia - bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang
bertunjangkan nilai kerjasama - memupuk perpaduan nasional
Aktiviti kokurikulum
Selain mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin - menanam sikap saling
menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli - memupuk semangat
bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan penyertaan
ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi
menjayakan sesuatu aktiviti
Penggunaan bahasa kebangsaan
Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan dan komunikasi membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia
Perlaksanaan Konsep 1Malaysia
diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib - memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat - rakyat
tidak lagi diklasifikasikan mengikut kaum/bangsa - semua membawa identiti Malaysia - perlu
belajar menerima antara satu sama lain - sikap penerimaan antara kaum membawa kepada
perpaduan yang utuh

f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai
ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih
bermakna akhirnya.

You might also like