Professional Documents
Culture Documents
Bench Marking
Bench Marking
REFLEKSI
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini
diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan
kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program
Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan
tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.
Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan
program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk
melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada
pegawai BIG iaitu Encik Baharudin Bin Hasan dan Mentor kami iaitu Puan
Aminawati Zahara Binti Mohamad dan Puan Suguna A/P Sankaran.
Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Ragbi dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Program BIG Fasa 5 ini telah
disertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP
Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah
diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad,
Puan Suguna A/P Sankaran dan Dr. Azita Bin Amrin.
tajuk
yang
telah
ditetapkan.
Selepas
itu,
kami
dikehendaki
membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan
kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),
mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektorsektor serta fungsi dan peranan PPD.
Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling
Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa
sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan
bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya
faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada
warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi
peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi
tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan
perkhidmatan.
Seterusnya
saya
telah
mendengar perkongsian
tentang
Pekeliling
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan
oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada
kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan
dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya
tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada
dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru
besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa
sekolah ini supaya terus cemerlang.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini
telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan
pada masa akan datang.