Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 LATAR BELAKANG

Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat dilahirkan pada tahun 1961 di
Pulau Pinang, berketurunan China Hakka dan dibesarkan di Lebuh Hutton,
Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kecil
dimana ayahnya merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan
membuat kasut.Beliau

mendapat pendedahan awal mengenai teknik

pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh


masa.

Mula bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan telah tamat


pembelajaran pada tahun enam. Pada usia seawal 11 tahun, beliau telah
berjaya menghasilkan kasut pertama hasil usaha keras sering membantu
ayahnya.Setelah menamatkan pembelajaran,beliau telah melanjutkan
pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen Kolej Teknikal
Cordwainer (sekarang Kolej
pertama

pengajiannya,

Fesyen

bapanya

London)

di

menanggung

sebelum beliau melakukan kerja separuh

London.
segala

Pada

tahun

perbelanjaan

masa sebagai pencuci di

restoran dan juga kilang kasut untuk demi mencari sesuap nasi dan
menampung pengajiannya pada 3 tahun seterusnya.Akhirnya beliau

berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1983. Beliau berkahwin

dengan Rebecca Choo dan dianugerahi dua cahaya mata iaitu Danny Choo dan Emily
Choo.

Menceritakan pengalaman sewaktu di alam

pekerjaan , beliau pernah

bekerja selama 2 tahun setelah menamatkan pengajian sebegai penolong


pereka

fesyen

di

sebuah

kilang

Hackney,

London.

Atas

berkat

kesungguhan dan semangat yang jitu untuk mengubah hidup, beliau


mencuba nasib dengan membuka sebuah kedai kasutnya dengan hanya
menyewa

sebuah

bangunan

bekas

Hospital

Metropolitan

yang

ditinggalkan di sebelah timur London sebagai lokasi untuk menjalankan


perniagaan beliau. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat

liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di United Kingdom. Nama
Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat
liputan media jualannya terus merosot.

Namun, segalanya berubah apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan
beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, Princess of
Wales tersebut telah jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama

Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada 1989, Choo menyertai
Sandra Choi sepupu kepada isterinya. Kemudian, pada tahun 1996 beliau
mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue selain
menjadi rakan kongsi disebuah syarikat pengeluaran yang berpusat di Itali 1. Pada
April 2001, Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox
Luxury Holdings Ltd dengan menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga
sebanyak 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo
Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Dengan itu,
pengerusi dan CEO Equinox, Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy Choo.

1 Jimmy Choo bermula dengan sandal murah. (11 Jun 2012). Sinar Harian.

Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta
menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual
sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie
Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut
beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The
Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut
digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem
terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes
(Cameron Diaz). Malah pada saat ini pelbagai aksesori berkualiti turut menggunakan
nama Jimmy Choo beg tangan hinggalah ke minyak wangi2 . Kini beliau tinggal di
London dan menjawat sebagai seorang warganegara UK.

Figura 1.0 : Beg tangan jenama Jimmy Choo.

2 Jimmy Choo. Company Profile.Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada


http://row.jimmychoo.com/on/demandware.store/Sites-jchrow-Site/en/GeoShow-Content?
cid=about-us.

Figura 1.1 : Minyak wangi Flash Jimmy Choo.

2.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT.


Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri.
Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam
bidang yang diceburinya.
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di
London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk
membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar
dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun
dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun.
Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang
kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai
kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di
Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan
kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan.

Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah
Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali.
Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus
merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi
segera.
Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang
Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari
hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy
Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo
dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan
selebriti di serata dunia.

Figura 2.0 : Jimmy Choo bersama Kim Hyung Joon ketika beliau menjadi VIP majlis
Asian Model Awards 2013 di Korea.

Figura 2.1 : Kate Middleton dilihat mengikuti jejak langkah mendiang ibu mertuanya
apabila turut mengayakan wedge rekaan Jimmy Choo.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau
dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan
jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui
walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat
untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah
permulaan kepada kejayaan.
Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London,
namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlismajlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh
semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara
sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia
sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta
alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk
menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau
Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang

sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta
turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan
nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya
ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin
dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam
masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina 3 dari bahagian timur
dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut
memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan
diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.Dan kini beliau mempunyai 75 butik di seluruh
dunia.

Figura 2.3 : Jimmy Choo di salah sebuah butiknya yang terletak di Perth, Australia.
Pelbagai barangan di bawah nama Jimmy Choo.

3 Jimmy Choo paling berpengaruh di China. (2012 April 20). Harian Metro. Bisnes m/s 03.

Cermin mata

Minyak wangi

Kiri: High heels


Kanan : Sneaker
Bawah : Aktres Lily James pelakon utama Cinderella Disneys movie
mengayakan Jimmy Choo Cinderella stiletto4.

3.0 MOTIVASI PROFESOR DATUK DR.JIMMY CHOO.


Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo seorang yang sangat berpegang teguh kepada prinsip
hidup.
A person should never have to fit a pair of shoes, the shoe should be able to fit the
person. - Profesor Datuk Dr.Jimmy ChooKata-kata hikmat diatas merupakan salah satu prinsip yang menjadikan beliau sangat
berdisiplin dalam mencipta idea baru untuk memberi kepuasan dan keselesaan
pelanggan beliau.Malah rasa rendah diri dan hormat terhadap orang lain juga turut
tersemat dalam diri beliau apabila dia tidak mudah membangga diri walaupun kasut
hasil keringatnya kini mungkin menghiasi kaki begitu ramai kerabat diraja dan
4 Cinderella Actress Lily James Steps Out In Jimmy Choo Glass Slippers oleh Joan Stern dalam Style
Women. Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada http://pursuitist.com/cinderella-actress-lily-jamessteps-out-in-jimmy-choo-glass-slippers/

selebriti. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila dia menegaskan bahawa
menghormati ibu dan guru-guru saya oleh kerana merekalah orang yang meletakkan
beliau di tempat sekarang5 ketika ditemu ramah oleh salah sebuah akhbar tempatan
selepas beliau menjadi antara penerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang
membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Figura 3.0 : Jimmy Choo ketika menerima anugerah 'Datuk' sempena ulang tahun
keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sebagai pengurus atasan, Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo bertanggungjawab dalam
membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Oleh
yang demikian, sebagai pereka kasut, beg tangan, dan pemegang nama minyak wangi,
beliau juga perlu bijak memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk
memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.

Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut
Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan
interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak
luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu
5 Rendah diri, hormat rahsia kejayaan Jimmy Choo.(1 Jun 2013). Sinar Harian.

tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo
melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang
terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan
pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail
pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

Disamping itu, keluarga juga sangat penting dalam sesuatu kejayaan. Oleh itu,
kesejahteraan keluarga perlu dijaga agar dapat mengecapi kebahagiaan yang direstui.
Jika terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, pantas Profesor Datuk Dr.Jimmy
Choo menjawab akan memilih berkongsi kasih sayang bersama keluarga ketika
berkongsi rahsia kejayaan pada sebuah akhbar tempatan6.Justeru, tidak hairanlah
beliau berusaha membahagikan masa sebaik mungkin.

ANUGERAH YANG DITERIMA

2000: Anugerah Negeri yang membawa gelaran Dato oleh Sultan Pahang.

2002: Diberi anugerah OBE (Order of the British Empire) bagi sumbangan
beliau kepada industry fesyen dan kasut UK.

2004: Anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri oleh Yang di-Pertua Negeri
(Governor) Negeri Pulau Pinang yang membawa Gelaran Dato.

6 Kehebatan Jimmy Choo.( 08 Julai 2012) .Utusan Malaysia. Rencana m/s 13.

2004 : Menerima Pangkat Doktor Kepujian dalam bidang Seni oleh De


Montfort University, Leicester, U.K pada Julai 2004.

2006 : Anugerah Freedom of the City of London pada 14 November di


London, England.

2011 : Pemenang The Worlds Outstanding Chinese Designer 2011

2013: Dianugerahi gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah.

2012: Menerima You Bring Charm to the World Worlds Most Influential
Chinese Award

KENAPA SAYA MEMILIH PROFESOR DATUK DR. JIMMY CHOO


Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo merupakan seorang yang bersifat optimistik iaitu
berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikir positif terhadap tindakan yang akan
diambil. Walaupun jualan kasutnya amat menyedihkan pada mula dia berniaga, dia
masih bertungkus lumus untuk meneruskan berniaganya sehingga berjaya. Selain itu,
kejayaannya membuktikan usahawan bukan sahaja dilahir, maka boleh dibina dengan

bertungkus lumus. Beliau berpakar dalam bidang pereka kasut. Jika beliau tidak
bersungguh-sungguh dan berputus asa dalam proses perkembangan perniagaan, tidak
mungkin tidak dapat berjaya dalam perniagaaannya.

Rujukan :
1. Fukushima 'cinta' baharu Choo.(20 Mac 2015).Kosmo!. Rencana Utama m/s
01.
2. Jimmy Choo semakin gah. (03 Januari 2010). Utusan Malaysia. Feminin m/s
05.

3. Jimmy Choo mengembara ke Texas. (18 November 2009). Utusan Malaysia.


Feminin m/s 02.
4. Jimmy Choo rancang IPO di Bursa London. (18 September 2014) .Berita
Harian.
5. Pemilik Jenama Jimmy Choo Lancar Buku "Jimmy Choo XV ". (25 Oktober
2011). M star.
6. Jimmy Choo bermula dengan sandal murah. (11 Jun 2012). Sinar Harian.
7. Contemporary Fashion , second ed., St. James Press, 2002.
8. Jimmy Choo beli jenama kasut mewah?. ( 31 Mac 2011) . Utusan Malaysia.
Ekonomi. m/s 07
9. Jimmy Choo Hampir Menitis Air Mata Bila PM Beri Sokongan. ( 22 Mac
2011). M star.
10. Jimmy Choo paling berpengaruh di China. (2012 April 20). Harian Metro.
Bisnes m/s 03.
11. Jimmy Choo. Company Profile.Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada
http://row.jimmychoo.com/on/demandware.store/Sites-jchrow
Site/en/GeoShow -Content?cid=about-us.
12. Kasut koleksi terbaru Jimmy Choo. (30 Mei 2009).Utusan Malaysia. Feminin
m/s 01.
13. Butik Kasut Jimmy Choo Dibuka Di Malaysia. (10 Mei 2007) Bernama.com
Malaysian National News Agency. 17:06 PM.
14. Serlah imej sofistikated.(12 April 2014). Harian Metro. Hati.

You might also like