Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

ebak_bankai

Program Kesihatan Di Sekolah


Pengenalan
Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang
optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.
Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada :

Pra-sekolah

Tahun 1

Tahun 6

Tingaktan 3

Tujuan dan Matlamat


Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut:

Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima


melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit,
rawatan dan rujukan.

Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh


menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat
membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan
penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.

Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah


sekolah

sebagai

institusi

yang

sihat

dan

selamat

bagi

membolehkan

pembelajaran kesihatan yang berkesan.

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan


masing-masing dengan cara yang betul.

Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS,


Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.

Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan


pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan.

ebak_bankai

Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasionalrasional berikut :

Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah.

Dapat mengawal penyakit bawaan vektor.

Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah.

Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar


sekolah.

Terdapat 6 Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam


teras ini merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan
program ini.
1. Polisi Kesihatan Sekolah
2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat
3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat
4. Penglibatan komuniti
5. Emahiran kesihatan diri
6. Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di samping 6 Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut
mengambil kira beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar
program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah tersebut:

Kurikulum Sekolah

Keadaan Fizikal dan sosial sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat meningkatkan


pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.

ebak_bankai

Dasar Sekolah
Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan
sesuatu piagam. Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah
berkenaan kesihatan murid.

Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui


program-program yang dirancang seperti :
Pemeriksaan Gigi dan Mata
Pemeriksaan Kesihatan
Program RMT
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Ceramah dan Kempen

Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.

Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.

Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi
penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.

Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai


masalah Kesihatan.

Kepentingan Program Kesihatan Sekolah

Mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi


JERIS.

Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan


kemahiran kesihatan kanak-kanak.

Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada


kesihatan.

Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana


pembelajaran yang kondusif.

Membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah


dan kawasan.

ebak_bankai

Memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam


kurikulum.

Membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan.

Membentuk persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah.

Memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk


bekerjasama.

ebak_bankai

Program Kesihatan Mulut


Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat
penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran
kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program
ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan
bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi
perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian
bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang
tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana,
masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia
yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan
masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen
seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan
penjagaan gigi sejak kecil.
Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan
pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan
pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar muridmurid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman
persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut
di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini
dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

Figure 1 Rawatan pergigian kepada murid sekolah

ebak_bankai

Figure 2 Penerangan langkah penjagaan gigi

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah.
Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah
dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai
perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah
khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau
ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah
kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak
sekolah rendah.
Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian
Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada muridmurid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan
datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai
di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod
kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh
itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut
mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga dijalankan melalui Klinik Pergigian
Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi
dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada
murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini memudahkan

ebak_bankai

sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian.
Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak
ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanakkanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika
mencecah usia dewasa kelak.

Figure 3 Klinik Pergigian Sekolah

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas


termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan
penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut
akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua
murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu
bapa atau penjaga layak menerima rawatan.
Di samping itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang

yang

dijalankan oleh Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut
dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan 100
peratus sekolah rendah kerajaan di Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah. Matlamat
program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka

ebak_bankai

yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan
objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di
kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang
menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar
mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru
dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan pula, di negara
ini, Colgate menyokong program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak 1965.
Program terbabit kini meliputi lebih daripada 630 000 kanak-kanak di 7500 sekolah
rendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Kesihatan. Sasaran program adalah kanak-kanak berusia antara enam
hingga lapan tahun, di samping memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa yang
dibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan
terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan
betul.
Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan
gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
akan belajar untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya
untuk jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa
termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan
betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak.
Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai
gigi yang cantik dan senyuman yang cerai.

ebak_bankai

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu
seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini
bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan
sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan
satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan
dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan
membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah
rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri
diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada
keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita
RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di
bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

Figure 4 Rancangan Makanan Tambahan

ebak_bankai

Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak
RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di
seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi
peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta
berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan
dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah
berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan
mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar
yang layak menerima bantuan.
Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini
adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam
mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima
menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang
digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang
ditentukan.

Figure 5 Murid-murid menerima RMT

ebak_bankai

Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan


kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan
berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki
kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi
masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, untuk
menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara
tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang
rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan
penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan
RMT.
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan
sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang
diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak
juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat
memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan
itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial
dan intelek atau JERIS.

ebak_bankai

Program Susu Sekolah


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga
miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio-ekonomi yang rendah
agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah
bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid
sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan
kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah
diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai
program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi dua skim iaitu Skim Susu
Bayaran. Skim ini melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. Skim kedua adalah Skim Susu Percuma.
Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah
anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau
pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Figure 6 Program minum susu di sekolah

ebak_bankai

Objektif program ini adalah meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan


murid sekolah rendah. Selain itu, program ini juga membekalkan susu kepada muridmurid terpilih daripada golongan taraf sosio-ekonomi yang rendah dan mengalami
kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma. Tambahan pula, meningkatkan
perancangan, pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi
kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Di samping itu, program ini juga
berobjektif bagi mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini
khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan

serta aspek

pelajaran. Akhir sekali, program ini meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan
perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
Walau bagaimanapun, pernah terjadi satu kekangan sehinggakan program PSS
ini dibekukan. Hal ini kerana berhubung dengan kes keracunan ratusan murid di seluruh
negara yang membawa pembekuan PSS pada tahun 2008. Namun demikian, setelah
dibuat mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan akhirnya PSS dimulakan semua.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri juga telah melancarkan Program Susu
Sekolah 1Malaysia. Tujuan program ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang
sihat dan cerdas. Program ini melibatkan semua murid di sekolah rendah. Menurut
Perdana Menteri, program ini merupakan cita-cita bagi generasi baru Malaysia yang
lebih besar tubuh badan dan cergas otak. Peruntukan untuk program ini adalah sama
dengan peruntukan dengan PSS namun peruntukan ini akan ditambah dari semasa ke
semasa agar semua murid sekolah rendah terlibat.

Figure 7 Program Susu Sekolah 1Malaysia

ebak_bankai

PROSTAR
AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia.
Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha
mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada
tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439
kes HIV dilaporkan di Malaysia.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada
mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29
tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup
individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks
dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak
di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada merebaknya HIV semakin ketara dan
membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada
tahun

1994, mendapati 18% daripada 6,110

responden remaja mempunyai

pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah. Kajian Remaja dan
AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang
berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah
terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok.
Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan
menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu,
langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.
PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk
Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah
HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun
1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia
pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan

ebak_bankai

penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.
PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini
menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS
mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan
HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi membendung gejala sosial daripada
berleluasa. Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik, dibimbing dan didorong
ke arah remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi
menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam
menghadapi masalah sosial yang melanda remaja. Dengan adanya PRS yang juga
merupakan rakan sebaya kepada murid-murid yang bermasalah ini mereka akan
mudah didekati melalui teman. Perkongsian masalah dengan rakan mungkin dapat
membantu murid-murid tersebut meninggalkan gejala negatif tersebut.
PROSTAR ditubuhkan dengan beberapa objektif khusus dan jelas. Ini penting
untuk menjamin PROSTAR sentiasa bergerak di atas satu landasan dan satu matlamat
untuk melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif. Objektif PROSTAR adalah
meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara
pencegahan dan pengawalannya. Selain itu,

menyemai sikap positif di kalangan

remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang
melanda remaja masa ini. Tambahan lagi, menggalakkan remaja mengamalkan cara
hidup yang sihat, serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
Di samping itu, membentuk golongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara
hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang
ancaman AIDS serta melahirkan golongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan
khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.
Sehubungan dengan itu, bagi mencapai objektif program, pelbagai kaedah telah
digunakan seperti pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi. Kerjasama ini
melibatkan hubungan dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan

ebak_bankai

korporat, badan profesional dan lain-lain dalam melaksanakan program PROSTAR ini.
Selain itu, pendekatan komunikasi secara intensif juga digunakan melalui komunikasi
interpersonal dan bantuan media massa yang bersesuaian di setiap peringkat.
Contohnya promosi menggunakan media massa bagi menyebarkan maklumat secara
meluas. Seterusnya, latihan PROSTAR adalah remaja akan menjalani latihan secara
intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar. Latihan
PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh
Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri. Terdapat empat
manual latihan telah dihasilkan iaitu sebagai fasilitator, untuk remaja, untuk sekolah dan
sebagai remaja harapan.
Di samping itu, kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui kelab PROSTAR.
Kelab ini ditubuhkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR merupakan sebuah
organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat
negeri, daerah dan sekolah. Selain itu, pengurusan kelab ini pula dikendalikan oleh ahli
jawatankuasa yang di pilih menerusi mesyuarat agung. Kelab ini akan menguruskan
pendaftaran, merancang dan melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kelab ini merupakan
satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli PROSTAR untuk
merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS.
Aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab PROSTAR termasuklah aktiviti-aktiviti
pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem
motivasi di sekolah dan kilang. Selain itu, sesi kaunseling remaja dan latihan PRS
PROSTAR. Seterusnya, menerbitkan dan mengedarkan newsletter. PROSTAR juga
membuat promosi di Laman Web PROSTAR, kedai PROSTAR seperti salun, keropok
dan cenderahati.

ebak_bankai

Figure 8 Aktiviti PROSTAR

Oleh itu, konvensyen PROSTAR diadakan dengan hasrat untuk memberikan


peluang dan ruang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk bertukar-tukar pengetahuan dan
pengalaman. Konvensyen ini diadakan setiap tahun dan aktiviti yang dilakukan adalah
meningkatkan pengetahuan, motivasi dan minat PRS agar terus aktif dalam kelab ini.
Kesimpulannya, setiap sekolah perlu mempunyai kelab PROSTAR kerana
program ini sesuai untuk membentuk sahsiah dan moral murid-murid. PROSTAR
dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan dengan sokongan serta kerjasama agensiagensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja
Malaysia. Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan
pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak
untuk menyertai kelab ini.

ebak_bankai

Program ADHOC
Pengenalan dan Konsep program ADHOC
Program Ad-Hoc ialah program sementara yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk
tujuan sementara sahaja. Program ini pada kebiasaannya diadakan secara tiba-tiba
mengikut isu/ keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah. Secara
umumnya, program ADHOC ini boleh dilaksanakan sekali gus dengan program yang
telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah.
ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan jenis tertentu jawatankuasa yang
dilantik. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk berurusan dengan
isu tertentu dan jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di
atasi atau diselesaikan. Jawatankuasa bertindak ini akan memberikan tindakan
sementara untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi
proses biasa dari organisasi milik panitia.

ebak_bankai

Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan secara sementara seperti kawalan


sementara isu atau penelaahan terhadap peraturan berdiri atau perlembagaan
organisasi tersebut. Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes, tempoh masa
yang cukup panjang atau mungkin tidak terhad kewujudannya. Dalam kes seperti ini,
sebuah kumpulan kerja awal atau perbincangan dapat memberikan kedudukan yang
kekal sebuah organisasi.
Sebagai kesimpulannya, program ADHOC merupakan satu program yang diadakan
oleh pihak sekolah bagi menangani sebarang isu yang timbul secara tiba-tiba dengan
menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya
mengatasi isu atau masalah yang timbul.

ebak_bankai

Contoh-contoh pelaksanaan Program ADHOC


Program ADHOC Program Mencegah H1N1

Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di setiap kelas

Memastikan setiap tandas bersih

Menekankan penggunaan sabun antiseptik semasa mencuci tangan

Kempen memakai topeng muka

Mengelakkan berkongsi barangan seperti tuala, minuman.

Menampal poster-poster yang berkaitan H1N1 merupakan salah satu program ADHOC
oleh pihak sekolah.

ebak_bankai

Matlamat dalam sesuatu program ADHOC mengenai sesuatu isu yang melibatkan
kesihatan atau keselamatan biasanya adalah seperti berikut:
Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang bahaya wabak
penyakit yang sedang menular.
Memberi pendedahan

semua warga tentang cara-cara mencegah wabak

sesuatu penyakit itu daripada merebak.


Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang merebak daripada berjangkit.
Memberi pengetahuan mengenai amalan kebersihan dan kesihatan persekitaran
dan impak kepada diri.
Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan yang perlu diambil kira semasa
bencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.

ebak_bankai

PROGRAM 3K
Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di
dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah
Program Sekolah Bersih

, Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil

kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa


maksud kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu kaedah
untuk menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak
sekolah. Program ini juga membawa kepada amalan gaya hidup sihat yang sering
diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat
akan kesihatan.
Murid-murid menjadi golongan sasaran kerana generasi ini diharapkan dapat
menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya
menjadikan amalan yang boleh diteladani oleh semua orang. Melalui program ini juga,
murid-murid dan masyarakat setempat ajan didedahkan mengenai kepentingan belajar
di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Komponen kebersihan, kesihatan
dan keselamatan.
Antara program yang boleh dilakukan bagi menjayakan amalan ini adalah
Program Sekolah Bersih. Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi
memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan ceria. Keadaan sekolah yang
kondusif adalah penting bagi memberikan persekitaran yang baik dan sempurna
kepada murid-murid. Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian
Pelajaran yang mula

dilaksanakan pada tahun 2002. Tujuannya mewujudkan satu

suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada murid-murid
agar murid dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu
dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran.. Oleh itu, program ini dipilih bagi
mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Murid-murid akan
lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah
yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental
pelajar.

ebak_bankai

Selain itu, gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih
sejahtera. Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang
seimbang, senaman yang konsisten, kemampuan menghadapi stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kempen
Cara Hidup Sihat boleh dilakukan. Pelbagai program boleh dilakukan sepanjang ini
dijalankan.
Aspek keselamatan sangat penting bagi setiap sekolah dan perkara ini perlu
ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah. Sekolah Selamat membawa bermaksud
persekitaran sekolah yang tidak membahayakan semua warga sekolah. Konsep
selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna,
kawalan lalu lintas yang baik, bebas dari denggi dan

makanan yang selamat,

infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiap
warga tentang aspek-aspek keselamatan. Ia amat penting dalam mewujudkan suasana
sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan, sesuai dengan matlamat negara iaitu
murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan
jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuan program 3K ini dilaksanakan adalah bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,
Sihat dan Progresif" melalui amalan

gaya Hidup sihat. Di samping itu, bertujuan

memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan, kesihatan


dan keselamatan kepada murid-murid serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan
kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai
kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah.
Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup
sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

ebak_bankai

3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan,


kesihatan dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi
melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab murid-murid, guru dan seterusnya ibu
bapa murid mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah,
kempen menderma darah dan pameran kepada murid-murid dan masyarakat setempat
akan dapat memupuk perasaan cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab
mengenai peranan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuan
darah, pertolongan cemas dan sebagainya.
Antara objektif program 3K ini adalah bagi meningkatkan kerjasama dan
koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap
kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Selain itu, satu usaha dan tenaga pelbagai
agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi
fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai
ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah. Program ini juga melibatkan dan
mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan
luar

sekolah

bagi

mencapai

matlamat

bersama.

Seterusnya,

meningkatkan

pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan dan kesihatan dengan menerapkan


kepada murid-murid dan komuniti setempat untuk menanam kesedaran mengenai
amalan

gaya hidup sihat di kalangan murid dan komuniti walau d mana mereka

berada. Oleh itu, murid-murid akan dapat belajar dalam keadaan bersih, sihat dan
selamat ketika berada di sekolah melalui program ini.
.
.

You might also like