Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PEMASARAN PERNIAGAAN - Business Marketing

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Labels: Bisnes Guide,Marketing/Pemasaran

PEMASARAN PERNIAGAAN - Business Marketing


Definisi Pemasaran
Apa sahaja yang dijalankan bagi:
i . Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
ii . Memberi kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat pembelian secara
ulangan.
iii. Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis yang ditawarkan.
iv.Mengekal dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.
Konsep Pemasaran Yang Berorientasikan Pelanggan
i . Memperakuakan bahawa pelanggan perlu diberi kepuasan secara berterusan dengan produk atau
servis yang ditawarkan.
ii . Mengekalkan hubungan yang baik di antara ushawan dan pelanggan.
iii. Berusaha unutk mengenalpasti serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
iv. Memastikan wujudnya pasaran untuk produk atau servis yang ingin ditawarkan.
v . Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian oleh pelanggan.
Keperluan Dan Kehendak Pelanggan
i . Keperluan lebih merupakan sesuatu yang asas yang mesti diperolehi,dimiliki, dan digunakan oleh
pelanggan.
ii . Kehendak merupakan keinginan peribadi untuk sesuatu yang lebih baik daripada asas.
Persekitaran Pemasaran
i . Suasana Pasaran
Apakah trend dalam saiz pasaran,kadar perkembangan geografi dan keuntungan?
ii . Suasana Pelanggan
Bagaimanakah pelanggan dan bakal pelanggan menilai produk atau servis yang kita tawarkan
berbanding dengan tawaran pesaing (imej,kualiti,servis dan harga).

iii . Suasana Sosio-budaya


Apakah perubahan cara hidup pelanggan mempengaruhi perniagaan kita?
iv . Suasana Perubahan Teknologi
Apakah perubahan yang berlaku dalam proses pembuatan,kaedah jualan dan sistem pengedaran.
v . Suasana Bekalan Mentah
Adakah kita mempunyai jaminan bahan mentah sentiasa mencukupi? (Sumber dan bahan mentah
alternatif)
vi . Suasana Persaingan
Siapakah mereka?
Apakah kekuatan dan kelemahan mereka? (kualiti,harga,ciri-ciri produk,servis selepas jualan)
vii. Suasana ekonomi
Bagaimana dengan trend dalam perkembangan atau kemelesetan ekonomi, kadar faedah
pinjaman, kadar pinajamn, kadar inflasi, kedudukan nilai ringgit Malaysia, kadar kos menjalankan
perniagaan (pengangkutan,pergudangan, promosi, tinjauan pemasran, kadar gaji semasa, kadar sewa
premis, kos bahan mentah, mesin dan peralatan)
viii. Suasana Politik dan Undang-undang
Apakah undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi? (isu alam sekitar, penggunaan buruh
asing, kesihatan dan keselamatan pelanggan, kawalan harga, tuntutan pengiklanan, sukat dan
timbangan, kegunaan bahan mentah yang dibenarkan dan sebagainya)
Apakah peraturan baru yang mungkin dikenakan oleh Kerajaan?

You might also like