Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Isi Kandungan

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0

Pengenalan
Kaum-kaum di Malaysia
Perayaan Orang Melayu
Perayaan Kaum Cina
Perayaan Kaum India
Perayaan Kaum Di Sabah
Perayaan Kaum Di Sarawak
Penutup
Ulasan Pelajar Dan Ulasan Guru
Markah

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang
berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina
dan India disamping kaum kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti
kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum

yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah


diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan
diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama,
kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri
bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua
pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan
masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa

2.0 Kaum-kaum
Malaysia

di Malaysia
merupakan

salah

satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum
utama di Malaysia, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India telahpun menetap
di tanah ini selama lima abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada

Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Terdapat juga kaum kaum lain di
Sabah dan Sarawak seperti kaum Kadazan, Bajau, Dusun, Murut, Bisaya, Kadayun,
Orang Sungai, Suang Laut, Brunei, di Sabah. Di Sarawak pula terdapat kaum
Bidayuh , Bisaya, Iban, Kayan, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Melanau, Melayu Brunei,
Murut, Penan, Punan. Sungguhpun terdapat begitu banyak kaum di Malaysia tetapi
kaum-kaum ini dapat hidup damai dan harmoni serta saling tolong menolong antara
satu dengan yang lain. Perpaduan yang wujud ini perlulah dipertahankan pada masa
akan datang untuk kebaikan bersama. Prinsip saling hormat menghormati dan
bertolak ansur merupakan kunci utama dalam menyatukan semua kaum di Malaysia
yang mengamalkan pelbagai anutan agama dan kebudayaan.

3.0 Perayaan

Orang

Melayu
HARI RAYA

AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang
disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun
begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara

ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan


kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji
dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari


raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama
keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam
akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa,
suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi
kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam
akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan
silaturrahim.

HARI RAYA AIDIL ADHA


Hari

Raya

Aidiladha atau

juga

disebut Hari

Raya

Korban dan Hari

Raya

Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.
Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah,
iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan


takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan
sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan
diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi
Ibrahim.
Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan
berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan
silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan
korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12,
dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja
penyembelihan tersebut.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh
masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai
barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

4.0 Perayaan Kaum Cina


TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus ,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan
babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan
perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka
yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup
perayaan Tahun Baru Cina.

HARI CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara
besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap
Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis
akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa
untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi
menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau
singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

5.0 Perayaan Kaum India


HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua kaum India
yang menganut agama Hindu di Malaysia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari
ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan
juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil
dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan
halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran
pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah
mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam
adalah dilarang mengikutnya.

HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat
beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu
Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil
yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama
sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka
berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua
puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa
sepenuhnya. Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan
menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi
masyarakat Hindu di sini.
Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi
masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada
masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang
datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini.

6.0 Perayaan Kaun Di Sabah


Perayaan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )

Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh


kaum Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik. Pesta ini biasanya
disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah peraduan
ratu cantik, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan.
Magavau adalah upacara kesyukuran yang penting dan dijalankan di sawah padi
pada hari pertama malam bulan mengambang selepas menuai padi. Bobohizan
akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan
menghayun pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan seperti tapai dan nasi
akan disajikan sebagai jamuan kepada roh. Menurut kepercayaan orang kadazan,
semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang disembah sebagai
pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan kewujudan.

Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.


Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai
minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka dengan
ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari
Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai memperingati
perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.

7.0 Perayaan Kaum di Sarawak


Hari Gawai
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai
Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau
awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di
bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras',
dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran
semenjak 1964.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan
dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta
Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan
darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah
dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.


Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa
masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan
berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai

merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan


bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong.
Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi
dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai
untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak
yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

7.0 Penutup
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya
dan kepercayaan di negara ini. Sekalipun demikian semua kaum ini dapat hidup
dalam suasana aman dan harmoni. Keamanan merupakan sesuatu yang amat
berharga yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Oleh yang demikian semua
kaum khasnya generasi baru perlulah berusaha mempertahankan keamanan yang
telah wujud di negara kita setelah sekian lama.

Ulasan Murid :

Ulasan Guru :

Markah : _____________________

FOLI
O
BAH
ASA
MELAY
U
TAJ
UK:
KAU
MKAUM
DI
MALAY
SIA

You might also like