Bab 09 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

BAB 9

PENGUJIAN SIGNIFIKAN PEKALI KORELASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1.
Memahami konsep pengujian signifikan.
2.
Menjelaskan langkah-langkah pengujian signifikan sesuatu
statistik berdasarkan tujuan sesuatu kajian.
3.
Membina hipotesis dan menguji hipotesis tersebut untuk tujuan
inferens kepada populasi.
4.
Menggunakan metode analisis korelasi dalam penyelidikan
saintifik.
9.1

PENGENALAN

Pekali korelasi Pearson r merupakan statistik deskriptif yang digunakan


untuk menunjukkan darjah hubungan antara dua pemboleh ubah. Oleh
kerana data yang digunakan datangnya daripada sampel yang dicabut
daripada populasi yang lebih besar, maka minat utama kita ialah untuk
menguji sama ada wujud atau tidak hubungan dua pemboleh ubah tersebut
dalam populasi. Hubungan dua pemboleh ubah dalam populasi mempunyai
bentuk linear dan biasa dinyatakan dalam bentuk parameter dengan
menggunakan simbol huruf Greek yang disebut sebagai rho ().
9.2

PENGUJIAN SIGNIFIKAN PEKALI KORELASI PEARSON

Untuk menguji hubungan dua pemboleh ubah dan seterusnya menguji


signifikannya statistik pekali korelasi, langkah-langkah yang biasa digunakan
adalah seperti berikut.
9.3

MEMBINA HIPOTESIS

Untuk tujuan pembelajaran, kedua-dua hipotesis nul dan hipotesis pilihan


dinyatakan. Namun demikian, dalam kajian dan penulisan, kita perlu
menyatakan satu hipotesis sahaja yang menjadi minat untuk diuji, sama ada
hipotesis nul atau pilihan. Ia dibina berdasarkan kepada liputan kajian yang
disorot.

111

Untuk pembelajaran, hipotesis nul dan pilihan ditulis dengan menggunakan


simbol. Namun demikian, dalam penyelidikan sebenar ia dinyatakan dalam
bentuk ayat. Hipotesis Nul,
H0: xy = 0
Contoh dalam bentuk ayat: Tidak terdapat hubungan positif antara motivasi dengan
prestasi akademik.
Hipotesis Pilihan
H1: xy 0
Dalam bentuk ayat: Terdapat hubungan positif antara motivasi dengan prestasi
akademik.
Hipotesis boleh dinyatakan secara terarah seperti di atas dengan menyatakan
sama ada hubungan positif atau negatif.
Apakah perbezaan utama antara hipotesis nul dengan
hipotesis pilihan.

9.4

KRITERIUM MENOLAK H0

Untuk menolak H0 kita mestilah terlebih dahulu menentukan beberapa


perkara, antaranya ialah
(i)
(ii)
(iii)

Memilih aras signifikan pengujian.


Menentukan hala pengujian sama ada satu atau dua hujungan.
Menentukan nilai kritikal statistik berdasarkan taburan persampelan.

Taburan persampelan pekali korelasi bergantung kepada darjah kebebasan


(dk). Darjah kebebasan bagi pekali korelasi Pearson ialah N- 2. N ialah
jumlah pasangan markat. Nilai Kritikal Pekali Korelasi berdasarkan dk, aras
signifikan dan hala pengujian yang dipilih boleh diperolehi daripada Jadual
9.1.
9.5

ARAS SIGNIFIKAN PENGUJIAN

Aras signifikan pengujian yang biasa digunakan ialah 0.05 ( = 0.05). Kita
juga boleh menggunakan aras signifikan yang lain seperti 0.01 atau 0.10.

112

Jadual 9.1
Nilai Kritikal Pekali Korelasi

dk
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
35
40
45
50
60
70
80
90
100

.05

Aras signifikan bagi satu hujung


.025
.01
.005

.10

Aras signifikan bagi dua hujung


.05
.02
.01

.988
.900
.805
.729
.669
.622
.572
.549
.521
.497
.458
.441
.426
.412
.412
.400
.389
.378
.369
.360
.352
.342
.337
.330
.323
.317
.311
.306
.301
.296
.275
.257
.243
.231
.211
.195
.183
.173
.164

.997
.950
.878
.811
.754
.707
.666
.632
.602
.576
.553
.532
.514
.497
.482
.468
.456
.444
.433
.423
.413
.404
.396
.388
.381
.374
.367
.361
.355
.349
.325
.304
.288
.273
.250
.232
.217
.205
.195

.9995
.980
.934
.882
.833
.789
.750
.716
.685
.658
.634
.612
.592
.574
.558
.542
.528
.516
.503
.492
.482
.472
.462
.453
.445
.437
.430
.423
.416
.409
.381
.358
.338
.322
.295
.274
.256
.242
.230

.9999
.990
.959
.917
.874
.834
.798
.765
.735
.708
.684
.661
.641
.623
.606
.590
.575
.561
.549
.537
.526
.515
.505
.496
.487
.479
.471
.463
.456
.449
.418
.393
.372
.354
.325
.303
.283
.267
.254

Sumber: From table Vii, of R.A. Fisher & F. Yates. (1974). Statistical tables for biological,
agricultural and medical research (6th ed.). London: Longman Group, Ltd.

113

9.6

NILAI KRITIKAL

Jika N ialah 10, darjah kebebasan (dk) ialah 10 - 2 = 8. Berdasarkan dk dan


aras pengujian 0.05 misalnya, nilai kritikal pekali korelasi untuk pengujian
dua hujungan yang diperolehi daripada Jadual 9.1 ialah 0.632.
Untuk menolak Ho, pekali korelasi yang dikira mestilah bersamaan atau lebih
besar secara mutlak daripada nilai kritikal 0.632. Dengan perkataan lain,
hipotesis H0 akan ditolak jika statistik r yang dikira sama atau lebih besar
daripada + 0.632 ataupun sama atau lebih kecil daripada - 0.632.
9.7

APLIKASI KOMPUTER

Apabila kita menggunakan aplikasi komputer seperti SPSS for Windows


misalnya, kriteria untuk menolak Ho boleh dibuat dengan meneliti nilai
signifikan dalam hasil cetak yang ditulis sebagai Sig. (2-tailed). Lihat contoh
hasil cetak di bawah. Ia membawa makna signifikan pengujian dua hujungan
(lihat Iran Herman, 2004). Jika nilainya lebih kecil daripada 0.05, nilai
kebarangkalian berada di kawasan menolak Ho. Ini bermakna dua pemboleh
ubah yang dianalisis mempunyai hubungan signifikan. Awas jika nilai Sig.
yang diberi 0.000 kerana tidak mungkin tidak ada ralat persampelan, seolaholah 100.0 peratus kebarangkaliannya tepat.
Harus juga diingat bahawa hasil cetak analisis komputer SPSS for Windows
mencetak hasil analisis secara semukur. Oleh kerana itu, terdapat keputusan
korelasi dua pemboleh ubah yang sama, contohnya agama dengan agama dan
sejahtera dengan sejahtera. Korelasinya dicetak sebagai 1.0. Jangan baca
keputusan ini kerana kita telah belajar sebelum ini bahawa hubungan dalam
metode korelasi ialah untuk sepasang pemboleh ubah yang berbeza X dan Y
bukan antara X dengan X atau Y dengan Y. Di samping itu kita telah
menentukan pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikat yang
dianalisis.
Correlations

agama

sejahtera

Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N

Agama
1
.
10
.958(**)
.000
10

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

114

Sejahtera
.958(**)
.000
10
1
.
10

9.8

PENGIRAAN STATISTIK DAN KEPUTUSAN

Pekali korelasi Pearson yang dikira sebelum ini ialah positif 0.88. Pekali
korelasi adalah positif secara sederhana tinggi. Nilai ini lebih besar daripada
nilai kritikal 0.632. Ini bermakna (r = 0.88) berada dalam kawasan penolakan
H0. Untuk tujuan pembelajaran dan mendapat gambaran yang lebih jelas,
Rajah 9.1 boleh dilukis untuk meneliti kedudukan nilai statistik yang dikira
dan nilai kritikal. Oleh kerana pekali berada di kawasan penolakan H0 maka
secara automatis hipotesis pilihan diterima. Hal ini menunjukkan terdapat
hubungan positif yang signifikan antara motivasi (X) dengan prestasi
akademik (Y).

Rajah 9.1
Kawasan Menerima dan Menolak Ho Pekali Korelasi Berdasarkan Nilai Kritikal r

Kawasan
menolak Ho

Kawasan
menerima Ho

-.632

9.9

Kawasan
menolak Ho

+.632

INTERPRETASI KEPUTUSAN DAN RUMUSAN

Hubungan antara motivasi dengan prestasi akademik adalah positif dan


signifikan. Ini bermakna pelajar yang rendah markat motivasinya
mempunyai prestasi akademik yang rendah. Sebaliknya pelajar yang
motivasinya tinggi akan mempunyai prestasi akademik yang tinggi juga.
Keputusan analisis yang dilaporkan dalam penulisan sama ada makalah,
kertas kerja ataupun bahan penerbitan, biasanya ditulis nilai pekali korelasi r,
dk dan aras pengujian yang digunakan. Contohnya Motivasi dan prestasi
akademik di kalangan pelajar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan (r(8) =
0.88, p < 0.05).

115

SOALAN DALAM TEKS

1. Jadual berikut merupakan hasil cetak analisis kajian yang


melibatkan tiga pemboleh ubah utama kajian. Teliti
keputusan analisis ini untuk menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan.
Keputusan
PMR

Keputusan
SPM

MOTIVASI

.530(**)

-.111

Sig. (2-tailed)

.000

.107

212

49

212

Pearson
Correlation

.530(**)

.145

Sig. (2-tailed)

.000

.321

49

49

49

-.111

.145

.107

.321

212

49

.
212

Pearson
Correlation

Keputusan
PMR

Keputusan
SPM

MOTIVASI

Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N

Berdasarkan hasil cetak di atas jawab soalan-soalan


berikut:
(a)
(b)
(c)

(d)

Tulis satu kenyataan hipotesis nul (Ho) yang sesuai.


Nyatakan pemboleh ubah bebas dan pemboleh
ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis yang
anda bina di atas dengan menggunakan aras
pengujian signifikan yang sesuai.
Dengan menggunakan pasangan pemboleh ubah
yang berbeza daripada Soalan (a) di atas, tulis satu
kenyataan hipotesis pilihan (H1) yang sesuai.
Nyatakan pemboleh ubah bebas dan pemboleh
ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis pilihan
yang anda bina di atas dengan menggunakan aras
pengujian signifikan yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

116

9.10

PEKALI KORELASI PANGKAT SPEARMAN

Pengujian signifikan pekali korelasi pangkat Spearman adalah sama dengan


pengujian pekali korelasi Pearson. Langkah-langkah seperti yang
ditunjukkan dalam pengujian korelasi Pearson perlu dibuat.
9.11

MEMBINA HIPOTESIS
H0 : s = 0
H1 : s 0

9.12

KRITERIUM MENOLAK H0

Taburan persampelan rs tidak bergantung kepada dk tetapi ia berdasarkan


kepada jumlah pasangan data (N). Dalam contoh di atas dk = N = 10.
9.13

ARAS SIGNIFIKAN PENGUJIAN DAN NILAI KRITIKAL


Jadual 9.2
Nilai Kritikal Bagi Pekali Korelasi Spearman

Bilangan
pasangan (N)

5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Aras signifikan bagi satu hujung


.025
.005
Aras signifikan bagi dua hujung
.05
.01

1.000
.886
.786
.738
.700
.648
.618
.591
.566
.545
.525
.507
.490
.476
.462
.450
.438
.428
.418
.409
.400
.392
.385
.377
.370
.364

1.000
1.000
.929
.881
.833
.794
.788
.777
.745
.716
.689
.666
.645
.625
.608
.591
.576
.562
.549
.537
.526
.515
.505
.496
.487
.478

Sumber: G.A. Ferguson. (1976). Statistical analysis in psychology and education. New York: McGraw-Hill.

117

Katakanlah aras pengujian yang dipilih ialah 0.05 ( = 0.05). Hala pengujian
yang dinyatakan dalam H1 menunjukkan pengujian dua hujungan. Untuk
mendapat nilai kritikal bagi pekali korelasi pangkat Spearman maka Jadual
9.2 Nilai Kritikal Pekali Korelasi Spearman digunakan. Nilai kritikal adalah
berdasarkan N = 10 sementara aras pengujian 0.05 ialah 0.648.
Untuk menolak H0 pekali korelasi pangkat yang dikira mestilah sama atau
lebih besar secara mutlak daripada nilai kritikal 0.648. Dengan perkataan lain
apabila statistik pekali korelasi pangkat yang dikira daripada + 0.648
ataupun - 0.648, H0 ditolak.
9.14

PENGIRAAN STATISTIK DAN KEPUTUSAN

Statistik pekali korelasi pangkat Spearman yang telah dikira sebelum ini ialah
0.92. Pekali korelasi pangkat Spearman adalah positif dan tinggi rs = 0.92.
Nilai ini lebih besar daripada nilai kritikal 0.648 (Rajah 9.2). Ini bermakna rs
= 0.92 berada dalam kawasan penolakan H0. Hubungan antara motivasi
dengan prestasi akademik adalah positif dan signifikan.
Rajah 9.2
Kawasan Menolak dan Menerima Ho Pekali Korelasi Pangkat Berdasarkan Nilai Kritikal

- 0.648
9.15

+ 0.648

INTERPRETASI KEPUTUSAN

Hubungan antara motivasi dan prestasi pencapaian adalah positif dan


signifikan (r(10) = 0.92, p < 0.05). Ini bermakna pelajar yang kedudukan
pangkat motivasinya tinggi mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
prestasi akademik mereka. Sebaliknya pelajar yang kedudukan pangkat
motivasinya rendah mempunyai kedudukan pangkat yang rendah dalam
prestasi akademiknya.
9.16

KESIMPULAN

Nilai pekali korelasi yang dikira daripada sampel kajian secara statistik
deskriptif boleh dibuat kesimpulan kepada populasi yang lebih besar untuk
tujuan inferens. Sebagaimana yang dibincangkan di atas, tatacara ini boleh
digunakan dengan menguji signifikannya statistik pekali korelasi. Langkah118

langkah pengujian mestilah dipatuhi secara urutan supaya metode analisis


yang kita gunakan menjadi mudah tetapi sistematik, objektif dan sainstifik.
Apakah perbezaan antara tata cara pengujian signifikan
pekali korelasi Pearson dengan pekali korelasi Spearman.

SOALAN DALAM TEKS

2.

Jadual berikut merupakan hasil cetak analisis tiga


pemboleh ubah yang dikumpul di kalangan pelajar
universiti. Teliti keputusan analisis komputer ini
untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Correlations
agama sejahtera nilai
Correlation
1.000 .893(**) -.450
Coefficient
Sig. (2-tailed)
.
.001 .191
N
10
10
10
sejahtera Correlation
.893(**)
1.000 -.359
Coefficient
Sig. (2-tailed)
.001
. .308
N
10
10
10
Nilai
Correlation
-.450
-.359 1.000
Coefficient
Sig. (2-tailed)
.191
.308
.
N
10
10
10

Spearman's Agama
rho

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan hasil cetak di atas jawab soalan-soalan


berikut:
(a)
(b)
(c)

Tulis satu kenyataan hipotesis yang sesuai.


Nyatakan pemboleh ubah bebas dan pemboleh
ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis yang
anda bina di atas dengan menggunakan aras
pengujian signifikan yang sesuai.
Dengan menggunakan pasangan pemboleh
ubah yang berbeza daripada Soalan (a) di atas,
tulis satu kenyataan hipotesis pilihan (H1) yang
sesuai. Nyatakan pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah terikatnya.
119

(d)

Terangkan keputusan pengujian hipotesis pilihan


yang anda bina di atas dengan menggunakan aras
pengujian signifikan yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.

Jadual berikut merupakan hasil cetak analisis tiga pemboleh ubah


yang dikumpul di kalangan pelajar remaja di sekolah menengah.
Teliti keputusan analisis ini untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan di bawah.
Correlations
umur
umur

somatic

depres

Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N

somatic

depres

.132(*)

.183(**)

.
225

.048
225

.006
225

.132(*)

.647(**)

.048
225

.
225

.000
225

.183(**)

.647(**)

.006

.000

225

225

225

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).


** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan hasil cetak di atas jawab soalan-soalan berikut:


(a)
(b)
(c)

(d)

Tulis satu kenyataan hipotesis yang sesuai. Nyatakan


pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis yang anda bina di
atas dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05.
Dengan menggunakan pasangan pemboleh ubah yang berbeza
dengan soalan a di atas, tulis satu kenyataan hipotesis pilihan
(H1) yang sesuai. Nyatakan pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis pilihan yang anda
bina di atas dengan menggunakan aras pengujian 0.01.
120

2.

Jadual berikut merupakan hasil cetak analisis tiga pemboleh ubah


yang dikumpul di kalangan pekerja di sebuah kawasan industri kecil.
Teliti keputusan analisis ini untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan di bawah.
Correlations
Anxiety
Spearman's
rho

anxiety

social

depres

Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N
Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N
Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N

social

depres

1.000

.774(**)

.738(**)

.
225

.000
225

.000
225

.774(**)

1.000

.692(**)

.000
225

.
225

.000
225

.738(**)

.692(**)

1.000

.000

.000

225

225

225

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan hasil cetak di atas, jawab soalan-soalan berikut:


(a)
(b)
(c)

(d)

Tulis satu kenyataan hipotesis nul (Ho) yang sesuai. Nyatakan


pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikatnya.
Terangkan keputusan pengujian hipotesis yang anda bina di
atas dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.01.
Dengan menggunakan pasangan pemboleh ubah yang berbeza
dengan Soalan (a) di atas, tulis satu kenyataan hipotesis pilihan
(H1) yang sesuai. Nyatakan pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah terikatnya
Terangkan keputusan pengujian hipotesis pilihan yang anda
bina di atas dengan menggunakan aras pengujian signifikan
0.05.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

121

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1.

Jawapan berdasarkan hasil cetak berikut:

Keputusan
PMR

Keputusan
SPM

Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson
Correlation

Sig. (2-tailed)
N
Pearson
MOTIVASI Correlation
Sig. (2-tailed)
N

(a)

Keputusan
PMR

Keputusan
SPM

MOTIVASI

.530(**)

-.111

.
212

.000
49

.107
212

.530(**)

.145

.000
49

.
49

.321
49

-.111

.145

.107

.321

212

49

212

Contoh satu hipotesis nul (Ho) ialah, Tidak terdapat


hubungan antara keputusan Peperiksaan Menengah Rendah
dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah ialah pemboleh
ubah bebas, manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ialah
pemboleh ubah terikat.

(b)

Keputusan analisis menunjukkan pekali korelasi r antara


keputusan PMR dengan keputusan SPM adalah positif dan
signifikan (r = 0.530, P < .0.05). Ini menunjukkan keputusan
PMR dan SPM mempunyai hubungan yang positif. Pelajar
yang mendapat keputusan tinggi dalam PMR mencapai
keputusan SPM yang tinggi juga. Sebaliknya pelajar yang
rendah keputusan PMRnya akan rendah juga keputusan SPM.

(c)

Contoh satu hipotesis pilihan (H1) ialah, Terdapat hubungan


positif antara motivasi dengan keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia. Pemboleh ubah bebas ialah motivasi dan pemboleh
ubah terikatnya ialah keputusan SPM.

(d)

Dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05,


keputusan menunjukkan hubungan antara motivasi dengan
keputusan SPM adalah amat rendah dan tidak signifikan (r =
0.145, p > 0.05). Keputusan ini jelas menunjukkan motivasi
tidak mampu mempengaruhi keputusan SPM secara signifikan.
122

2.

Jawapan berdasarkan hasil cetak analisis berikut:


Correlations
agama
Spearman's agama
rho

sejahtera

nilai

Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N
Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N
Correlation
Coefficient
Sig. (2-tailed)
N

sejahtera

nilai

1.000

.893(**)

-.450

.
10

.001
10

.191
10

.893(**)

1.000

-.359

.001
10

.
10

.308
10

-.450

-.359

1.000

.191

.308

10

10

10

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

(a)

Contoh satu kenyataan hipotesis, Terdapat hubungan positif


antara darjah penghayatan agama dengan kesejahteraan hidup
di kalangan pelajar universiti. Pemboleh ubah bebas ialah
penghayatan agama, manakala pemboleh ubah terikatnya ialah
kesejahteraan hidup.

(b)

Hipotesis di atas diuji menggunakan metode korelasi formula


Spearman. Aras pengujian yang dipilih ialah 0.05.
Keputusannya menunjukkan bahawa penghayatan agama
mempunyai hubungan positif secara signifikan dengan
kesejahteraan hidup (r s = 0.893, p < 0.05). Ini menunjukkan
pelajar yang mempunyai darjah penghayatan agama yang tinggi
mempunyai skor kesejahteraan hidup yang tinggi. Sebaliknya
pelajar yang rendah darjah penghayatan agamanya akan
mempunyai skor kesejahteraan hidup yang rendah juga.

123

You might also like