Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEK.MEN.KEB.

JALAN MENGKIBOL KLUANG JOHOR


PENILAIAN KOMPETENSI 2
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
Nama:________________________________________

Kelas:_______

Masa: 1jam

Tiap tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,C, dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja
Soalan 1 7
Lengkapkan ayat ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Cukai jalan terhadap motosikal yang berkuasa rendah telah _____________
A. dibubarkan
B. dipupuskan
C. dimansuhkan
D. dilenyapkan
2. Abang malik dan rakannya begitu _____________untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur
A. takjub
B. ghairah
C. ketagihan
D. rakus
3. Kaki kakak__________selepas memakai kasut baharu yang dibelinya.
A. melecet
B. menggelupas
C. melecur
D. melelas
4. Para_________________perlu mengikuti kursus perniagaan untuk meningkatkan produktiviti
serta mampu bersaing dalam bidang ekonomi global
A. sejarawan
B. karyawan
C. usahawan
D. peragawan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Tuan Pengetua ____________hadiah kepada pemenang pertandingan pidato sekolah itu.


A. menyatakan
B. menyampaikan
C.menyempurnakan
D. mempersetujui
6. Wajah adik _________________kerana berasa gembira apabila mendapat hadiah yang banyak
semasa
hari jadinya.
A. berpinar pinar
B. bercahaya cahaya
C. berkilat kilat
D. berseri seri
7. Syarikat majalah itu telah melakukan beberapa _________kecil dalam organisasinya demi
mengukuhkan nama syarikat.
A. perubahan
B. kerukunan
C. kekemasan
D. penyesuaian
Soalan 8 14
Ayat- ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan ,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan
D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Jadual perlawanan bola sepak di antara kelas itu telah ditampalkan pada papan kenyataan
A
B
C
sekolah. Tiada kesalahan.
D
9. Nur Suaraya telah menyalin butir butir maklumat hospital daerah di Pahang di dalam buku
A
B
C
catatannya.Tiada kesalahan
D

10. Vaksin untuk penyakit kanser dapat dihasilkan daripada tumbuhan ini berdasarkan pada
A
B
C
kajian yang dijalankan oleh pakar sains itu. Tiada kesalahan
D
11. Pertelingkahan ini bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini sebaliknya
A
B
rumitkan keadaan lagi. Tiada kesalahan
C
D
12. Pihak polis tidak membenarkan siapa pun masuk ke kawasan tanah runtuh itu kerana siasatan
A
B
C
masih dijalankan . Tiada kesalahan
D
13. Para peserta yang menyertai kursus bina semangat akan jalani latihan ala tentera selama tiga
A
B
C
hari. Tiada kesalahan
D
14. Persembahan teater berjudul Harimau Malaya itu penampilan kisah perjuangan perajurit
A
B
menghaspuskan musuh negara. Tiada kesalahan
C
D
Soalan 15 17
Pilih ayat- ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Banyak bangunan di Jepun runtuh akibat gempa bumi
II Lebuh Raya Plus ditutup kerana kejadian tanah runtuh selepas Terowong Menora.
III Kuasa penajajah di negara ini telah runtuh apabila negara merdeka
IV Kisah ketabahan ibu misali itu membesarkan anak anaknya sungguh runtuh hati
A. I dan III sahaja
B .II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja
16. I Mulut adik terkemut-kemut ketika sedang menyusu.
II Pemuda itu berjalan terkemut-kemut kerana mabuk.
III Akram membuat kerja terkemut-kemut kerana kesakitan yang ditanggungnya.
IV Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia.
A I, II, dan III sahaja
B I , II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
17. I Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa
bantuan isterinya.
II Dawiyah cekap mengharungi segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam
hidupnya.
III Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk
menangkis serangannya.

IV Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
Soalan 18 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18 Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana
taklimat akan dimulakan.
A masukkan ke dalam dewan sekarang
B masuk ke dalam dewan sekarang
C masuki dewan sekarang
D masuk dewan sekarang
19 Masjid Sultan Ibrahim terletak di antara stesen bas dan taman perumahan.
A di antara stesen bas dengan taman perumahan
B antara stesen bas dengan taman perumahan
C antara stesen bas dan taman perumahan
D di antara stesen bas dan taman perumahan
20 Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya.
A Aminah dipersuami oleh
B Aminah dipersuamikan oleh
C Aminah dipersuamikan akan
D Aminah dipersuamikan dengan
21 Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi
permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.
A membeli setandan pisang mengkal
B membeli setandan pisang mongel
C membeli setandan pisang mekar
D membeli setandan pisang masak
Soalan 22 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
22 Para nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi bagi menghapuskan
monopoli orang tengah yang sering menindas mereka selama ini.
A Monopoli orang tengah yang suka memerah hasil para nelayan dapat dihapuskan
melalui koperasi.
B Koperasi nelayan itu ditubuhkan oleh orang tengah bagi membantu monopoli para
nelayan yang sekian lama mengamalkan sikap cekik darah.
C Bagi menghapuskan monopoli orang tengah yang menindas mereka sejak sekian

lama, para nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi.


D Selagi koperasi tidak ditubuhkan, para nelayan akan sentiasa ditindas oleh orang
tengah yang tidak berhati perut.
23 Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar, kata Cikgu
Jamal kepada murid-muridnya.
A Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa
dia sedang mengajar.
B Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu
saya sedang mengajar.
C Cikgu Jamal berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau
bercakap sewaktu cikgu sedang mengajar.
D Cikgu Jamal berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia
sedang mengajar murid-muridnya.
24 Dia anak hartawan tetapi sikapnya yang peramah itu menyebabkan dia dihormati
oleh rakan-rakannya.
A Sikapnya yang tidak sombong menyebabkan dihormati sebagai anak hartawan.
B Anak hartawan hendaklah bersikap peramah supaya dihormati oleh rakanrakannya.
C Rakan-rakan anak hartawan itu berpendapat bahawa anak hartawan itu sangat
peramah.
D Walaupun dia anak hartawan tetapi rakan-rakan menghormatinya kerana sikapnya
yang peramah.
Soalan 25 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang
meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
II En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan
anak emasnya itu.
III Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.
IV Berapa umur adik kamu yang comel ini? tanya jurujual sambil mencubit pipi
adikku yang montel itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV sahaja
26 I Emas yang mahal itu ayah tidak terbeli.
II Lututnya yang luka itu kena jahit semalam.
III Paip yang rosak itu telah dibaiki oleh kami.
IV Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh adik.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

27 I Habsah tidak gemar memasak makanan yang rencam kerana kesuntukan masa.
II Kanak-kanak itu dimarahi oleh gurunya kerana masih tidak pandai memakai kain
sampin.
III Rosila meluru ke dalam bilik lalu menangis tersedu-sedu sambil memagut bantal
gulingnya.
IV Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama untuk membangunkan
negara, baik secara bersendirian ataupun secara kolektif.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I ,III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 28 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.
Keadaan ini samalah seperti
A didengar ada dipakai tiada.
B biar mati anak jangan mati adat.
C jauhari yang mengenal manikam.
D carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.
29 Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat
sekelilingnya.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
A Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
B Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
C Seperti embun di hujung rumput.
D Bagai layang-layang putus tali.
30 Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha
mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.
Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
A genggam bara api biar jadi arang.
B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
D hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Soalan 31- 35
Jawab soalan saolan yang berikut berdasarkan cerpen Maaf Kupinta
Fauzi meraba kepalanya. Pada dahinya terdapat benjol sebesar telur ayam yang kelihatan
lebam lebam. Ibunya telah mendemah benjol itu dengan air suam dan menyapu minyak angin.
Peristiwa itu amat memeritkan hatinya.
Saban hari, apabila ayah tirinya pulang dari sawah, dia pasti akan mengajukan pelbagai
soalan. Sudahkah dia membuat kerja rumah yang disuruh oleh gurunya? Ke manakahh dia pergi
sehingga lewat pulang? Siapakah rakan rakannya?
Yang paling membosankan Fauzi adalah apabila dia tidak dibenarkan menonton televisyen,
terutama siaran larut malam. Dia hanya dibenarkan menonton rancangan yang membosankannya
seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau Isu. Kata ayah tirinya, rancangan itu memberikan faedah
kepadanya.
Rancangan yang lain, terutama yang bercorak hiburan, ayah tirinya sama sekali tidak
membenarkan dia menonton. Kecuali sekali sekali dia dibenarkan menonton siri drama atau
tanyangan gambar Melayu.
Di sekolah, rakan rakannya sering bercakap mengenai penyanyi kesukaan mereka, cerita
penyiasatan atau filem yang menyeronokkan. Sedangkan dia hanya mendengar sambil mengangguk
anggukan kepala seperti orang bodoh. Kadang kadang timbul rasa malu apabila rakannya
mengatakan bahawa ayah tirinya itu terlalu mengawal dirinya.
Memang benar , dia mengaku hal ini. Bukan ayah tirinya saja yang mengawal dirinya, malah
ibunya juga. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Fauzi percaya bahawa jika hidup bersama sama dengan
ayahnya sendiri tentu dia tidak akan dikongkong seperti itu.
Ayahnya sudah lama meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah. Beberapa tahun
kemudian ibunya berkahwin dengan ayah tirinya itu. Sejak itu dia tidak pernah berasa tenteram.
( Dipetik daripada Antologi Gema Sepi Gadis Genius , Tingkatan 2 )

31. Mengapakah Fauzi membenci ayah tirinya?


A. Ayah tirinya memaksa dia menyiapkan kerja sekolah
B. Ayah tirinya tidak membenarkan dia menonton rancangann hiburan
C. Ayah tirinya sering memarahinya tanpa sebab
D. Ayah tirinya memaksa dia menonton rancangan seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau Isu.
32. Pilih pernyataan yang benar tentang gambaran perwatakan ayah tiri Fauzi.
A. Bertanggungjawab
B. Berdikari
C. Periang
D. Suka membantu
33. Apakah tema cerpen Maaf Kupinta?
A. Pergolakan jiwa remaja
B. Kasih sayang terhadap keluarga
C. Persepsi masyarakat Melayu terhadap keluarga
D. Peranan guru kaunselor di sekolah

34. Nilai yang tidak terdapat dalam petikan cerpen ialah


A. Keprihatinan
B. Kerajinan
C. Menghormati ibu bapa
D. Mengambil berat
35. Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat dalamm cerpen Maaf Kupinta kecuali
A. Kita hendaklah berunding untuk menyelesaikan sesuatu masalah
B. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan
C. Kita hendaklah mengasihi anak anak walaupun anak tiri
D. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain
Soalan 36 40.
Jawab soalan soalan yang berikut berdasarkan Drama Hemodialisis.
ABAH yang memakai kain pelikat dan baju teluk belanga sedang duduk sambil menahan sakit di bahagian
bawah perutnya. MAMA masuk melalui tangga di bahagian kiri pentas.
MAMA : Abah.(Mencari cari ) Mana orang tua ni? (Memanggil lagi )
Abahnya(Mencapai surat khabar yang terletak di kaki tangga.Bercakap sendiri) Selalunya akhbar
ni dah diambilnya. Dah dibaca. ( Baru terpandang ABAH di kerusi rehat di tengah tengah pentas.
Agak terkejut) Abahnya.
(Meluru mendapatkan ABAH yang sedang menahan sakit di perutnya. MAMA agak cemas.)
Mengapa bah? Sakit apa? Ya Allah..orang tua ni ! ( Cuba mencempung ABAH yang sudah terbaring
di atas kerusi ) Abah, duduklah. Di mana sakitnya? ( ABAH tidak memberi reaksi kerana masih
kesakitan ) Sakit perut ya? ( ABAH mengangguk angguk dalam kesakitan ) Selaunya orang tua
macam awak ni, sakit pinggang. Awak sakit perut ya. Pelik . Pergilah ke tandas
ABAH: ( Menekan- nekan perut ) Bukan nak beraklah. Sakitnya lain macam sahaja, mencucuk cucuk.
MAMA: ( Hairan) Sakit apalah?
MAMA bangun lalu menyusun surat khabar.
ABAH : Manalah aku tahu. Aku bukannya doktor.
MAMA: Selalunya kalau pagi pagi macam ni, sakit perut nak berak. Kalau nak berak , ke tandaslah. Nanti
terberak di atas kerusi tu, siapa yang nak bersihkan? ( Menoleh kepada ABAH).
ABAH: ( Marah kerana terasa dipersendakan ) Alah, diamlahh awak! ( Kesal ) Belum lagi aku ni sakit
teruk, dah cakap begitu begini. Berak di atas kerusilah. Berak di lantailah.Kalau sudah benar benar
sakit kelak, entaj macam mana nak dikerjakannya. Jangan jangan dibiarkan begitu sahaja.

36. Apakah punca abah tidak berkesempatan untuk membaca surat khabar?
A. menahan kesakitan kerana sakit perut
B. tertidur disebabkan kepenatan
C. berehat di ruang tamu
D. membaca majalah

37. Mengapakah Mama menyangka bahawa Abah hanya sakit perut biasa sahaja?
A. kerana menyangka bahawa Abah hanya bergurau
B. kerana Abah makan banyak ketika sarapan
C. kerana sakit perut pada waktu pagi biasanya untuk membuang air besar
D. kerana pada waktu pagi Abah biasanya membuang air besar
38. Berdasarkan petikan drama ini, latar masanya ialah pada waktu
A. petang
B. malam
C. subuh
D. pagi
39. Perwatakan yang manakh tidak benar tentang perwatakan Mama dalam petikan drama ini
A. penyayang
B. bertanggungjawab
C. mementingkan diri
D. rajin
40. Nilai nilai yang berikut tergambar dalam drama Hemodialisis , kecuali
A. kasih sayang
B. kejujuran
C. kemanusian
D. kerajinan

You might also like