Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

DRAF AR / CHARLES BAYANG ALBERT/ PPGSN2611

1.0 Pendahuluan
Saya merupakan seorang guru opsyen sains yang bertugas di sebuah sekolah luar
bandar di Sri Aman. Sekolah ini merupakan sekolah kedua tempat saya berkhidmat
dimana sekolah penempatan pertama saya ialah di daerah Tatau, Bintulu.
Pengalaman saya mengajar mata pelajaran Sains ialah selama 8 tahun. Apabila
berpindah ke sekolah ini, saya masih terus mengajar sains sehingga sekarang. Pada
tahun ini, saya telah diberikan tugas untuk mengajar subjek Dunia Sains dan
Teknologi tahun 3. Kelas ini mempunyai jumlah murid yang paling ramai di sekolah
iaitu 19 orang. Sekolah ini merupakan kategori sekolah luar bandar di mana
latarbelakang murid-muridnya datang dari sekitar rumah panjang dan pedalaman.
Walaupun ia sekolah luar bandar, sekolah saya mempunyai kemudahan yang
mencukupi serta prasarana yang sangat ceria dan selesa. Ia dilengkapi dengan
kemudahan air paip awam, bekalan eletrik, makmal komputer, kelas pra sekolah, stor
sains dan banyak lagi. Untuk pegetahuan umum, sekolah ini tidak mempunyai
makmal sains atau bilik sains. Kami hanya ada stor sains yang kami jadikan sebagai
tempat untuk menyimpan alat-alatan sains dan guru-guru sains yang memerlukan
bahan dan radas sains perlulah mengambil sendiri alatan sains di stor sains itu dan
mencatat penggunaannya di buku rekod alatan sains.
Pengalaman saya sebagai guru sains selama 8 tahun, berbagai situasi dan kerenah muridmurid yang saya telah lalui dan hadapi semasa mengajar sains di dalam kelas. Berdasarkan
pengalaman saya mengajar sains di sekolah luar bandar, apa yang saya dapat simpulkan ialah
kebanyakan murid mempunyai potensi dan berupaya untuk mempelajari sains dengan baik,

cuma ada sebahagian murid yang perlu dibimbing dan dicungkil minat mereka supaya dapat
menguasai ilmu sains dengan baik serta belajar sains dengan seronok dan ceria. Aras

pengetahuan murid dalam ilmu sains agak sederhana dimana separuh daripada
jumlah murid di kelas ini belum dapat menguasai kemahiran 3M. Berdasarkan
prestasi murid tahun 3 pada ujian pertengahan penggal pertama yang lalu, saya dapati
kebanyakan murid tahun 3 ini mendapat gred C. Hanya dua murid sahaja yang
mendapat gred A dan 2 orang mendapat gred E.
Pada mula saya memasuki kelas tersebut, saya telah menguji kefahaman mereka
tentang ilmu sains. Saya telah bersoaljawab dengan mereka tentang keperluan asas
tumbuhan dan manusia. Kebanyakan murid belum dapat menjawab dengan betul
kecuali beberapa orang murid sahaja. Berdasarkan pemerhatian saya semasa
mengajar tahun 3 ini, terdapat sebahagian murid yang masih belum dapat menguasai
konsep sains seperti mereka tidak tahu apa itu keperluan asas manusia. Ada beberapa
orang murid yang saya kenalpasti dapat menjawab soalan saya dengan betul. Selain
daripada itu, daripada pemerhatian dan pengalaman saya, murid-murid seronok
belajar sains dan mereka lebih faham apabila guru menggunakan visual atau gambar
apabila mengajar.
Apa yang saya dapati, murid-murid ini masih kurang pengalaman tentang ilmu sains
dalam kehidupan seharian mereka di mana pengetahuan sedia ada mereka masih
kurang. Mereka perlu diransang untuk memamahi sesuatu konsep sains. Sesetengah
daripada mereka sangat minat belajar, cuma guru perlu berusaha dengan lebih
dengan mempelbagaikan aktiviti yang menarik minat dan semangat mereka.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Semasa mengajar sains tahun 3, saya biasa mengarahkan mereka duduk di depan
kelas dan membawa buku teks dan aktiviti sains. Pada mulanya mereka duduk secara
rawak dan tidak teratur dan apabila saya mengajar, saya dapati ada murid yang
berpotensi tidak dapat menumpukan perhatian kerana diganggu oleh kawan mereka.
Jadi, saya rasa P & P saya tidak begitu berkesan. Cuma sebahagian murid yang dapat
menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Untuk mengatasi masalah ini, saya
telah membuat strategi iaitu saya telah menetapkan murid-murid tahun 3 ini
mengikut kumpulan aras dan kebolehan mereka. Kedudukan mereka semasa duduk
di depan kelas telah saya bahagikan dari murid yang lemah duduk di baris paling
hadapan, diikuti dengan murid aras sederhana di baris kedua, dan murid yang
berpotensi serta baik di baris ketiga dan keempat. Kedudukan mereka adalah seperti
berikut:

Papan Tulis

Murid lemah
Murid sederhana
Murid berpotensi

Murid cemerlang

Rajah 1
Pelan kedudukan tempat duduk murid tahun 3 di hadapan kelas
Setelah

membahagikan

murid

dalam

kumpalan

duduk,

saya

juga

telah

membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang dibentuk ini terdiri


daripada gabungan murid cemerlang , sederhana dan lemah. Tujuan saya berbuat

begitu adalah supaya mereka dapat mempratikkan pembelajaran secara koperatif


selain dapat memupuk sikap kerjasama dan komunikasi dalam kalangan murid-murid
semasa melakukan aktiviti yang dirancangkan.
Menurut Kagan (1994 ) pembelajaran kooperatif adalah strategi pengajaran yang
sukses di mana kumpulan kecil, masing masing dengan murid dari aras
pengetahuan yang berbeza, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk
meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu subjek. Setiap anggota kumpulan
bertanggungjawab bukan hanya untuk mempelajari sesuatu yang diajar, tetapi
mereka juga membantu rakan mereka untuk belajar sehingga dapat mencapai prestasi
yang cemerlang.

Semasa mengajar tema sains hayat dalam tajuk Haiwan pada unit 3 Dunia Sains dan
Teknologi pada subtopik 3.2 memahami kegigian haiwan dengan standard
pembelajaran 3.2.1 menyatakan tabiat makan haiwan herbivor, omnivor dan
karnivor, saya telah bersoaljawab dengan murid tentang pemakanan haiwan dengan
mencungkil pengetahuan sedia ada mereka terlebih dahulu.
Apabila saya bertanya tentang haiwan A makan apa? Contoh, haiwan arnab makan
apa? Kebanyakan murid dapat menjawab secara rawak dengan menjawab lobak
merah. Saya terus membimbing mereka dengan soalan demi soalan seperti ,adakah
semua haiwan makan makanan yang sama? bagaimana pula dengan buaya ? adakah
buaya makan tumbuhan?
Murid menjawab buaya makan daging sahaja. Selepas sesi soaljawab dengan murid,
saya terus memberi penerangan tentang tabiat makan haiwan sebenarnya di kelaskan
kepada tiga kumpulan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Saya telah menggunakan cara komunikasi berbentuk grafik iaitu membina satu peta
minda tentang tabiat makan haiwan di papan tulis untuk menerangkan istilah
herbivor, karnivor dan omnivor. Tajuk peta minda itu saya namakan Apa makanan
aku ?Saya telah menerangkan istilah itu dengan satu persatu mengikut kumpulan
tabiat makan haiwan itu sendiri. Bagi memahami tentang istilah kumpulan
pemakanan haiwan itu, saya telah menerangkan dengan hanya secara lisan kepada
murid-murid. Saya telah menulis di papan tulis tentang istilah umum bagi kategori
pemakanan haiwan yang diberikan. Sebagai contoh, dalam kumpulan haiwan
herbivor ialah haiwan yang makan tumbuhan sahaja, Karnivor ialah haiwan yang
memakan haiwan lain sahaja dan omnivor ialah haiwan yang memakan tumbuhan
dan haiwan. Saya tidak berapa menekankan contoh setiap jenis makanan yang
dimakan oleh haiwan itu dan apabila saya memberi lembaran kerja kepada murid,
kebanyakan murid dapat menjawab contoh makanan haiwan herbivor sahaja,
manakala contoh makanan haiwan karnivor dan omnivor tidak dapat mereka jawab
dengan tepat.
Saya berpendapat bahawa murid-murid ini masih belum menguasai tentang makanan
yang dimakan oleh kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Berdasarkan
lembaran kerja yang telah diberikan, kebanyakan murid yang saya uji belum dapat
menguasai kemahiran mengenalpasti haiwan yang makan dalam kumpulan herbivor,
karnivor dan omnivor. Saya kurang mendedahkan kepada mereka tentang contoh
haiwan dalam kumpulan pemakanannya dan makanannya secara spesifik. Dengan
itu, saya berpendapat saya perlu menerangkan dengan lebih terperinci lagi tentang
contoh haiwan dan makanan mereka secara spesifik lagi. Ini perlu kerana murid-

murid ini mesti menguasai objektif tajuk ini iaitu menyatakan tabiat makan haiwan
herbivor, karnivor dan omnivor seperti yang dinyatakan dalam DSKP Dunia sains
dan teknologi KSSR selain untuk membina dan menambah pengetahuan mereka
dalam tajuk haiwan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subtopik tabiat makan haiwan dalam topik
haiwan saya ada menggunakan teknik gunting ,gambar dan lekat. Saya ada
melakukan aktiviti kumpulan dimana saya telah menyediakan beberapa bahan seperti
gambar-gambar haiwan, kad manila, gunting dan gam. Apa yang saya lakukan ialah
saya percaya kepada pembelajaran visual dan diselitkan dengan unsur seni dalam
aktiviti yang saya buat.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art
is Expression). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan
yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan,
kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Saya mengarahkan setiap kumpulan bekerjasama memilih dan menggunting haiwanhaiwan yang berkaitan dengan tabiat makan haiwan yang betul mengikut kumpulan
yang betul. Di sini mereka akan melakukan aktiviti seni menggunting dan melekat
gambar haiwan di atas kad manila yang disediakan. Selain daripada itu, aktiviti ini
juga lebih kepada aspek pembelajaran secara visual dan koperatif. Contoh kerja
kumpulan yang saya nampak agak baik dan ada yang menunjukkan kreativiti semasa
melakukan aktiviti kumpulan. Ternyata murid-murid tertarik dengan aktiviti yang
dijalankan oleh guru kerana ada melibatkan kerjasama antara mereka.

Selain

daripada

itu,

saya

juga

berpegang

kepada

konsep

pembelajaran

konstruktivisme di mana guru adalah sebagai pemudah cara kepada murid. Dengan
erti kata lain, pada masa kini apabila mengajar sains guru perlu melibatkan murid
dalam pelbagai aktiviti atau eksperimen untuk menggalakkan akitiviti hands-on
mereka sekaligus mereka boleh membina pegetahuan baru berdasarkan teori
konstruktivisme. Jadi, sebagai pemudah cara saya telah membimbing dengan
memberi panduan kepada mereka tentang tabiat makan haiwan yang betul. Setelah
aktiviti selesai, saya menyemak hasil kerja mereka dan apa saya dapati sangat
mendukacitakan kerana hampir semua mereka tidak dapat melekat gambar haiwan
dengan betul terutamanya kumpulan karnivor dan omnivor. Saya berfikir sejenak
bahawa murid-murid ini hanya tahu tentang istilah herbivor, karnivor dan omnivor
sahaja tanpa mengetahui contoh makanan yang spesifik dan juga ada murid yang
keliru dan tidak tahu apa makanan haiwan kumpulan omnivor.
Isu ini saya kenalpasti apabila saya menyemak hasil kerja kumpulan mereka di mana
saya dapati bahagian kumpulan karnivor dan omnivor banyak yang salah. Ternyata
murid-murid ini masih belum dapat memahami dan kurang pengetahuan tentang
jenis makanan dan contoh haiwan dalam kumpulan tabiat makan haiwan yang diajar.
Apabila saya menemubual seorang murid yang aras sederhana, murid itu tidak dapat
menjawab soalan saya tentang jenis makanan yang dimakan oleh haiwan beruang
hitam di mana murid itu hanya dapat menjawab daging sahaja iaitu ikan. Sebanyak
tiga orang murid yang saya temu bual dan semuanya hanya dapat menjawab satu
makanan sahaja.

Di sini saya terfikir yang saya belum memberi pendedahan yang penuh tentang
makanan spesifik yang di makan oleh haiwan dan hanya menekankan kepada istilah
umum tentang kumpulan tabiat makan haiwan iaitu makan tumbuhan dan
haiwan sahaja. Jadi, pengetahuan mereka hanya setakat tahu sedikit sahaja contoh
jenis makanan yang dimakan oleh setiap haiwan dalam setiap kumpulan.
Saya juga sedar, yang selama saya mengajar tajuk ini saya tidak membuat persediaan
yang mencukupi tentang tajuk ini. Kebanyakan murid tidak tahu contoh makanan
spesifik yang dimakan oleh haiwan kumpulan herbivore, karnivor dan omnivor.
Murid-murid tahun 3 sekolah ini kurang pegetahuan dan pengalaman tentang jenis
makanan yang dimakan oleh haiwan. Ramalan saya salah di mana saya menggangap
mereka ini tahu tentang jenis pemakanan haiwan. Kesannya kebanyakan daripada
mereka tidak dapat menyatakan dengan lengkap dan betul tentang pemakanan
haiwan kumpulan herbivore, karnivor dan omnivor.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Isu Kajian

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi KSSR Dunia Sains dan


Teknologi Tahun 3, standard pembelajaran yang dinyatakan bagi tajuk haiwan unit
3.2 Memahami kegigian haiwan ialah 3.2.1 menyatakan tabiat makan haiwan
herbivor, karnivor dan omnivor. Apa yang tidak ada dalam standard pembelajaran
ialah menyatakan jenis makanan bagi setiap kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan
omnivor. Perkara ini tidak dimasukkan ke dalam salah satu objektif pembelajaran
tajuk ini yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Hal ini penting kerana murid tahun 3
sekarang perlu mencapai dan mengetahui tentang jenis-jenis makanan yang haiwan

makan sebagai asas pemahaman mereka terhadap tabiat makan haiwan. Akan tetapi,
berdasarkan soalan dalam buku kerja sains tahun 3 iaitu MODUL PRAKTIS KSSR
& KBSR 2013 terbitan Global Mediastreet Sdn Bhd 2013 , terdapat soalan yang
menguji kefahaman murid tentang jenis jenis makanan yang dimakan oleh setiap
kumpulan pemakanan haiwan. Hal ini tiada dinyatakan dalam standard pembelajaran
untuk tajuk haiwan dalam tahun 3.

Rajah 1 : Contoh soalan yang menguji kemahiran dan pengetahuan sumber makanan
dan tabiat makan haiwan.
Berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan untuk P & P pada hari tersebut,
terdapat enam orang murid di Tahun 3 tidak dapat menjawab dengan betul semua
soalan yang diuji. Soalan dalam lembaran kerja tersebut memerlukan mereka
membulatkan makanan yang dimakan oleh haiwan di dalam gambar yang disediakan.
Hanya 4 orang murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul semua soalan yang
diuji. Saya dapati bahawa kesalahan yang enam murid itu lakukan ialah tidak dapat
menjawab dengan tepat dan belum dapat membuat pengelasan tentang haiwan
herbivor, karnivor dan omnivor.. Iaitu soalan yang menguji apakah makanan yang
dimakan oleh beruang hitam? Enam orang murid itu hanya membulatkan satu jenis
makanan sahaja sedangkan beruang hitam merupakan haiwan kumpulan omnivor
yang memakan dua jenis makanan iaitu makan daging dan tumbuhan. Hal ini
membimbangkan saya kerana pengetahuan murid dalam jenis makanan haiwan ini

adalah penting kerana pengetahuan mereka tentang jenis makanan setiap kumpulan
haiwan ini amat berguna kepada mereka apabila mereka berada pada tahun 4 dan 5
nanti. Ini kerana tajuk ini adalah penting untuk mereka kuasai supaya mereka dapat
mengetahui jenis makanan haiwan apabila mereka belajar tentang rantai dan siratan
makanan kelak pada tahun 5.
Walaupun menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tidak ditekankan
dalam tajuk ini, tetapi ianya bagi saya amat penting sebagai asas dan pengetahuan
murid-murid ini supaya memahami jenis-jenis makanan yang dimakan oleh setiap
kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Jadi, saya berfikir untuk
membantu murid-murid ini menyelesaikan masalah mereka supaya mereka dapat
menguasai dengan jelas jenis-jenis makanan yang dimakan oleh kumpulan haiwan
herbivor, omnivor dan karnivor. Hal ini amat penting bagi mereka menguasai
keperluan asas dan makanan bagi setiap haiwan untuk mempelajari tajuk tentang
haiwan yang lebih terperinci lagi pada tahun berikutnya.

2.2

Tinjauan dan Analisis Masalah

Meskipun kelas Tahun 3 terdiri daripada 19 orang murid, sesi pengajaran dan
pembelajaran saya pada 9 Julai 2014 hanya melibatkan 18 orang murid sahaja.
Seorang murid , Henry tidak menghadirkan diri kerana masalah kesihatan yang
dialaminya. Daripada 18 orang murid, terdapat seramai 6 orang murid yang
mempunyai masalah dalam menguasai 3M dan mengikuti kelas pemulihan di
sekolah. Berdasarkan temu bual bersama guru pemulihan yang mengajar mereka,

seorang murid daripada 6 orang itu sering mempunyai masalah pertuturan dan
penulisan selain masalah disiplin yang lain.
Imau merupakan murid pemulihan. Masalahnya ialah dia tidak dapat bercakap dan
menjawab dengan baik apabila ditanya sesuatu soalan. Dia akan lebih suka berdiam
diri dan penulisan dia pun agak sukar difaham dan amat lemah sekali
( Guru Pemulihan/ 10 Julai 2014)

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan memberikan lembaran kerja
kepada murid untuk menguji sama ada murid berjaya mencapai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan. Pada 09 Julai 2014, berdasarkan lembaran kerja ( lampiran 1)
yang telah disediakan, saya mendapati seramai enam orang murid gagal
menyenaraikan dengan lengkap tabiat pemakanan haiwan dan jenis makanan dengan
tepat. Hasil analisis telah saya nyatakan di dalam jadual di bawah ( Jadual 1 ).

Jadual 1
Bilangan makanan kumpulan omnivor yang dibulatkan oleh murid Tahun 3
berdasarkan lembaran kerja pada 09 Julai 2014

Nama murid

Bilangan haiwan yang


disenaraikan betul dalam
kumpulan herbivor, karnivor
dan omnivor.

Bilangan jenis
makanan
yang dibulatkan
betul
bagi kumpulan
haiwan
herbivor, karnivor
dan
omnivor.

George

4/6

5/5

Michelle

4/6

4/5

Viciliny

6/6

4/5

Avelin

4/6

4/5

Caroline

6/6

4/5

Harryson

6/6

3/5

Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3, saya telah
membina satu ujian diagnostik tentang kumpulan haiwan omnivor dan jenis
makanannya. Pada 11 Julai 2014, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik
( lampiran 2 ) itu bersama enam orang murid tersebut. Saya telah membina soalan
dengan aras kesukaran yang berbeza iaitu soalan 1 mengandungi 3 kenyataan tentang
setiap kumpulan tabiat makan haiwan. Saya telah membuat penambahan kenyataan
dengan mengaitkan set gigi yang terdapat pada setiap haiwan. Ini kerana muridmurid sebelum ini telah mempelajari tentang kegigian haiwan. Jadi saya berpendapat
murid-murid ini dapat menjawab dengan baik kerana adanya maklumat tambahan

selain daripada menyatakan jenis makanan yang haiwan makan. Bagi soalan 2, saya
telah membuat soalan iaitu menyatakan jenis haiwan dan jenis makanan berdasarkan
tabiat makanan haiwan dengan betul. Tujuan saya membina soalan dengan aras
kesukaran yang berbeza ialah untuk mengenalpasti punca murid tidak dapat
menjawab dengan tepat soalan di lembaran kerja sebelum ini. Saya berpendapat
bahawa soalan di lembaran kerja sebelum ini sukar kerana saya tidak ada mengaitkan
maklumat tambahan seperti kegigian haiwan untuk membantu murid ini menjawab
soalan dengan mudah. Hasil aktiviti tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah
( Jadual 2 ).

Jadual 2
Hasil analisis ujian diagnostik terhadap enam orang murid Tahun 3

Soalan 1
Nama murid

Bilangan tabiat makanan


haiwan yang dipadankan
dengan betul

Soalan 2
Bilangan jenis
makanan
haiwan yang
dinyatakan
betul bagi haiwan
herbivor,
karnivor dan
omnivor.
H

1/2

1/2

George

2/3

1/2

Michelle

3/3

1/2

1/2

1/2

Viciliny

3/3

2/2

2/2

2/2

Caroline

3/3

2/2

2/2

2/2

Harryson

3/3

1/2

1/2

1/2

Berdasarkan jadual analisis di atas, saya mendapati bahawa Viciliny dan Caroline
berjaya menjawab dengan tepat kesemua soalan di dalam aktiviti tersebut. Saya telah
menemubual kedua-dua calon yang dapat menjawab dengan betul aktiviti tersebut.
Saya menemubual seorang daripada mereka iaitu Viciliny, dan membandingkan
jawapan mereka dengan lembaran kerja yang saya ambil dari buku kerja yang telah
diberi. Jawapan yang diberi oleh Viciliny ialah dia mengatakan bahawa dia
menjawab berdasarkan pengalamannya sendiri. Untuk calon yang kedua iaitu
Caroline, apabila saya menemubualnya, dia menjawab dia tahu dan faham tentang
soalan yang diberi. Saya setuju dengan jawapan Caroline kerana dia adalah seorang
adik kepada bekas murid saya dua tahun yang lepas dan dia juga seperti kakaknya

merupakan seorang budak yang cemerlang dalam pencapaian akademik. Jadi, saya
membuat kesimpulan bahawa kedua-dua murid itu boleh menguasai tajuk yang
diajar, maka saya telah menggugurkan kedua dua mereka daripada subjek kajian.
Jadi, subjek kajian saya berkurangan kepada tiga orang sahaja.
Untuk soalan 1, seorang daripada mereka tidak dapat menjawab dengan betul iaitu
George. Hanya dua sahaja yang dapat menjawab soalan 1 dengan betul dan tepat.
Manakala bagi soalan 2, ketiga-tiga mereka tidak dapat memberikan jawapan yang
tepat untuk soalan tersebut. Berdasarkan analisis hasil ujian diagnostik, saya
mendapati murid ini tidak dapat menjawab soalan jenis makanan yang dimakan oleh
tiga kumpulan tabiat makan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan omnivor. Mereka
belum dapat menguasai tajuk yang diajar. Kegagalan mereka mengelaskan jenis
makanan yang dimakan oleh ketiga-tiga kumpulan haiwan menyebabkan mereka
gagal untuk menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan herbivor,
karnivor dan omnivor.

Murid ini juga menghadapi masalah untuk mengelaskan dengan betul kumpulan
haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Rajah di bawah menunjukkan jenis makanan
yang berjaya dinyatakan oleh Michelle, George dan Harryson di dalam ujian
diagnostik tersebut.

Rajah 2 : Jawapan Michelle untuk soalan 2 dalam Ujian Diagnostik

Rajah 3 : Jawapan George untuk soalan 2 dalam Ujian Diagnostik

Rajah 4 : Jawapan Harryson untuk soalan 2 dalam ujian Diagnostik


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bahawa ketiga-tiga murid ini benar-benar
menghadapi masalah dalam menyatakan dan mengelaskan kumpulan dan jenis
makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor, saya telah menemu bual mereka
secara individu berhubung soalan di dalam ujian diagnostik tersebut. Hasil temu bual
bersama Michelle adalah seperti berikut:
Guru
Michelle
Guru
Michelle
Guru
Michelle

: Boleh tak kamu senaraikan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan
herbivor?
: jagung, ayam, cacing...( erm..menggaru-garu kepala )
: Ada lagi tak tumbuhan lain ..dan adakah anda pasti jawapan kamu
betul?
: Tak tahu cikgu, saya tahu haiwan herbivor makan tumbuhan sahaja,
cikgu.
: Baiklah, jadi kamu kurang pasti tentang jenis makanan haiwan
herbivor, karnivor dan omnivor ?
: Ya, cikgu.

( TB 18/07/2014 )

Hasil temubual bersama George dan Harryson juga menyatakan sebab yang sama
iaitu tidak faham dan mereka keliru. Apabila ditemu bual secara berasingan,
Harryson memberikan satu lagi sebab mengapa beliau tidak dapat memberikan
jawapan tepat di dalam ujian diagnostik tersebut. Hasil temu bual adalah seperti
berikut:

Guru
haiwan
Harryson
haiwan
Guru
karnivor
Harryson
Guru
haiwan

: Boleh kah kamu senaraikan jenis makanan yang dimakan oleh


herbivor, karnivor dan omnivor ?
: Haiwan herbivor makan daun, haiwan karnivor makan ayam dan
omnivor makan nasi.
: Ada lagi tak makanan lain yang dimakan oleh haiwan herbivor,
dan omnivor itu ?
: Ermmm...tak ada cikgu.
: Ok, kalau cikgu kata ada satu lagi makanan yang di makan oleh
karnivor dan omnivor, boleh tak awak nyatakan makanan

tersebut?
Harryson

: Ermm...tak tahu cikgu.Itu sahaja yang saya tahu.


( TB 18/07/2014)

Saya mendapati bahawa murid ini tidak dapat menyatakan jenis makanan kumpulan
haiwan herbivor, karnivor dan omnivor disebabkan oleh pegetahuan mereka dalam
jenis makanan haiwan adalah terhad. Kelemahan ini sekaligus menjejaskan
keupayaan mereka untuk mengenal jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan
omnivor dan gagal memberi jawapan yang betul untuk ujian tersebut. Hasil dapatan
saya dalam ujian diagnostik ini juga telah mengenalpasti bahawa murid ini masih
belum memahami beberapa spesies haiwan seperti mereka tidak tahu bahawa
kumpulan seperti serangga dan cacing termasuk dalam kumpulan haiwan. Oleh itu,
faktor kedua yang mempengaruhi jawapan murid ialah tidak dapat mengenali

spesies haiwan. Jadi, murid tersebut menyatakan haiwan berdasarkan pengetahuan


yang mereka yang terhad. Dengan mengambil kira faktor tersebut, saya mendapati
murid-murid ini mengalami masalah untuk mengelaskan dan menyatakan jenis
makanan haiwan dalam kumpulan herbivor, karnivor dan omnivor sekaligus
menjejaskan kebolehan mereka untuk menyenaraikan contoh haiwan dan jenis
makanan haiwan kumpulan herbivor, karnivor dan omnivor dengan betul. Justeru,
fokus kajian saya ialah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 menyatakan
jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan betul dan tepat.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang bakal saya jalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid
Tahun 5 mengelaskan dan menyatakan jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan
omnivor dengan menggunakan strategi Amazing Animals .

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya adalah seramai tiga orang murid Tahun 3 yang terdiri
daripada seorang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Mereka ialah
Michelle, Harryson dan George. Maklumat mengenai latar belakang murid telah saya
sertakan dalam Jadual 3.

Jadual 3
Maklumat dan latar belakang kumpulan sasaran

Nama murid

Michelle

Jantina

Perempuan

Jawatan di sekolah

Markah ujian
sains dalam
peperiksaan
pertengahan
tahun 2014

Pekerjaan
bapa/Penjaga

Murid biasa

68

Petani

George

Lelaki

Ketua Kelas

60

Pekerja am

Harryson

Lelaki

Murid biasa

55

Buruh

Masing masing mempunyai karakter dan personaliti yang tersendiri. Michelle


merupakan seorang murid yang agak aktif dan ceria di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya jalankan. Beliau selalu cuba untuk menjawab soalan guru
tetapi jawapan yang diberi adalah kurang tepat dan guru sentiasa memberikan
bimbingan kepada beliau. George pula merupakan seorang budak yang rajin dan
hormat kepada guru. Beliau adalah merupakan seorang Ketua Kelas di Tahun 3 dan
agak pendiam tetapi antara budak yang aktif juga tetapi masih kurang yakin pada diri
apabila guru bertanya soalan. Manakala Harryson pula seorang murid yang agak

hiperaktif dan agak aktif dalam kelas. Watak beliau yang paling menarik ialah beliau
suka bertanyakan soalan dengan guru. Akan tetapi, Harryson suka bercakap dengan
kawannya apabila duduk di depan kelas semasa guru memberi penerangan tentang
sesuatu tajuk. Beliau juga antara yang paling cepat habis apabila guru memberikan
lembaran kerja untuk dibuat. Berdasarkan markah peperiksaan Sains pertengahan
penggal 2014, ketiga-tiganya lulus dan memiliki markah yang baik dalam
peperiksaan tersebut.
Ketiga tiga murid ini dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang guru
adakan di dalam kelas. Pada mulanya saya menganggap bahawa ketiga-tiga murid ini
tidak faham tentang tajuk yang diajar, tetapi setelah meneliti markah serta jawapan
mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014, saya dapati bahawa markah
mereka memuaskan dan saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid ini
tergolong dalam kumpulan berprestasi sederhana. Hasil daripada maklumat itu, maka
saya berusaha untuk membantu ketiga-tiga murid ini kerana berdasarkan keputusan
ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan, mereka ini adalah antara golongan yang
memerlukan bantuan serta bimbingan supaya masalah yang dikenalpasti dapat diatasi
dan diselesaikan.

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

Strategi Tindakan

Saya telah memikirkan satu strategi iaitu strategi yang saya namakan Amazing
Animals - Kejar Padan Menang . Saya memilih strategi ini kerana saya akan
menyelitkan unsur permaianan dalam satu masa. Aktiviti pertama iaitu Amazing
Animals ialah saya telah membina satu slaid interaktif tentang jenis makanan
haiwan iaitu Herbivor, Karnivor dan Ominivor. Di dalam slaid itu, murid-murid akan
melihat sendiri bagaimana haiwan memilih makanan mereka dan ini dapat membantu
murid membina satu kefahaman baru dan gambaran mental mengenai tabiat makan
haiwan. Semasa tayangan slaid, guru akan menjadi pemudahcara dengan
menerangkan kepada murid apa yang terjadi di slaid itu. Oleh itu, murid diharap
akan melahirkan sesuatu perasaan yang baru setelah mereka melihat sendiri slaid
interaktif itu. Aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk
yang diajar dengan penuh semangat. Mereka akan berasa kagum dan lebih teruja
apabila melihat tayangan slaid itu. Oleh sebab itu, saya namakan aktiviti pertama ini
Amazing Animals. Contoh slaid yang dihasilkan adalah seperti lampiran 3

Strategi yang saya gunakan ini juga adalah menggunakan Teori Pembelajaran VAK,
iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik. Menurut Murdoch Teacher,( 1984 )
Pembelajaran VAK ialah:
Gaya Pembelajaran Visual
Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan /
ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati
dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks
berkenaan. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid
auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.Mereka
selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati
sesuatu
Gaya Pembelajaran Auditor
Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan
juga arahan lisan.Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu
yang baru.Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula
rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan
akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.Mereka biasanya
dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti
secara hands-on.

Justeru, saya memilih untuk menggunakan unsur visual, auditori dan kinestetik
dalam strategi yang bakal saya laksanakan supaya murid lebih bermotivasi untuk
mengikuti aktiviti yang dirancang serta dapat mempengaruhi cara mereka berfikir
semasa melakukan aktiviti.
Untuk aktiviti kedua, saya selitkan permainan yang dinamakan Kejar Padan
Menang.

Boleh teruskan. Ayat tak perlu berbunga-bunga.

Isu kajian perlu membincangkan


kepentingan kajian mengapa kajaian tu penting
apa keprihatian anda/apa yg merisaukan anda
harapan anda terhadap murid kenapa anda rasa perlu buat sesuatu
tentang masalah tersebut
penilaian anda terhadap pemilihan fokus

Tinjauan masalah terus fokus kpd data spt lembaran kerja, ujian, dan analisis data
dari sini dpt mengenal pasti subjek kajian
bagaimana subjek kajian dipilih
apa kriteria dalam pemilihan
justifikasi pemilihan isu/subjek kajian boleh juga didapati melalui
temubual
refleksi p&p atau nota lapangan boleh digunakan sbg data utk
menyokong fokus kajian
***sila rujuk rubrik sbg panduan

Lampiran 2
UJIAN DIAGNOSTIK
Haiwan omnivor haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai
makanan.
A. GUNTINGKAN HAIWAN OMNIVOR DAN JENIS MAKANANNYA DAN
TAMPALKAN PADA JADUAL YANG DISEDIAKAN.

HAIWAN

JENIS MAKANAN

HAIWAN OMNIVOR

JENIS MAKANAN

You might also like