Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BIODATA TOKOH

Nama

: Mahathir Bin Mohamad

Tempat lahir

: Alos Setar, Kedah, Malaysia

Nama Ayah

: Mohamad Bin Iskandar

Tarikh Lahir

: 20 September 1925

Nama Isteri

: Tun Dr Siti Hasmah Bt Mohd Ali

Anak

: Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura,


Mazhar

Pendidikan Tinggi

: King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,


Singapura

Menteri Pelajaran

: 1974

Naib presiden UMNO

: 1981

Dilantik Perdana Menteri : 16 Julai 1981


Letak Jawatan

: 31 Oktober 2003

TAHAP PENDIDIKAN TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD


http://peribadidrmahathir.blogspot.com/2013/01/peranan-dan-sumbangan-tun-drmahathir.html
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor
Setar,

Kedah.

Selepas

lulus,

beliau

kemudiannya

melanjutkan

pelajaran

di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul
Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di
eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara
kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia
Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945
sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti
Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS)

pada

tahun 1953.

Selepas

mendapat

ijazah,

ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

beliau

SUMBANGAN TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD


Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar
Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang
maju seperti Jepun dan Korean Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan,
pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuian. Lebih kurang
pada masa yang sama, Dr Mahathir memperkanalkan kempen Bersih, Cekap,
Amanah yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja
serta usaha kea rah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen
Kepimpinan Melalaui Teladan yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang
berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan.
Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya
dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasakan pertanian kepada yang
berasakan industry, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam
percubaan menyaingi nengara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan
HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 ),
Dr Mahathir memperkenalkan pula slogan Malaysia Boleh - yang pada hakikatnya
bukan sekadar slogan kosong yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia
mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan Sembilan cabaran yang
menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu mencapai taraf
Negara menjelang 2020. Taraf Negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir
bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi
yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.
Pada 1996 Dr Mahatir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi
pertanian mundur, kali ini kea rah Zaman Maklumat, dengan melancarkan Koridor
Raya Multimedia(MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan
oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia- yang
akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek
MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dank
ad pintar serbaguna.
Di satu hujung MSC terletak Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
manakala di satu hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang
menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas.
Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat penyelidikan dan pembangunan

berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi
pusat pentadbiran Malaysia.Kesemua projek berbilion-ringgit ini, dan juga projek
kereta nasional pertama Malaysia sera projek-projek mewah yang lain seperti
Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek
bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun
Dr Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya : Kita
sudah biasa dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini
telah terbukti mereka patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian.

You might also like