Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERJA KURSUS:

QGJ3063 SUKAN BERPASUKAN

NO. KUMPULAN: UPSI 03

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

NORIS BINTI KASSIM

D20102045539

NAMA PENSYARAH : EN. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI


TARIKH SERAH: 31 OKTOBER 2013

PRINSIP-PRINSIP SUKAN BERPASUKAN

1.0 Pengenalan

Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan semangat
berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama. Apa yang disebut sebagai
semangat berpasukan sebenarnya merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.(Carron,
1982). Rasa dipunyai atau tergolong dalam satu kumpulan, golongan atau pasukan
merupakan elemen penting dalam memenuhi keperluan individu pemain.
Antara prinsip-prinsip sukan berpasukan adalah menyemarakan semangat berpasukan,
meningkatkan hubungan sesama pemain, kesetiaan terhadap pasukan, menghormati
jurulatih serta meningkatkan pencapaian pasukan. Oleh itu, dalam penulisan ini, cuba
mengupas dan memahami apa yang dikatakan dengan kesepaduan pasukan, proses
pembentukan sesuatu pasukan, pengukuran pasukan serta kaitan di antara kesepaduan
pasukan dan pencapaian pemain dalam sukan.

2.0 Definisi kesepaduan dan semangat berpasukan

Carron (1982), mengatakan bahawa kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik
yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama
mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.
Sebelumnya, ramai penyelidik mengatakan bahawa kesepaduan bersifat unidimensi.
Bagaimanapun kajian terkini mendapati bahawa wujud dimensi kesepaduan yang lain. Dua
dimensi ini adalah, kesepaduan tugasan dan kesepaduan sosial.
Dalam konteks sukan pula, pemain akan terikat dengan dengan kesepaduan sosial
kerana masing-masing terikat dengan kontrak (kesepaduan sosial) untuk mewakili pasukan
tersebut. Seorang pemain merasa terikat atau meneruskan pengelibatan dalam sesuatu
pasukan kerana faktor tugasan,hubungan sosial atau kedua-duanya. Jesteru itu, kefahaman
tentang kesepaduan pasukan serta proses yang terlibat dalam pembentukan pasukan akan
dapat membantu kejayaan pasukan dalam jangka masa panjang.
Kesepaduan pasukan melahirkan semangat berpasukan yang jitu di kalangan ahli
kumpulannya. Semangat kumpulan ini lahir apabila wujudnya perasaan saling memerlukan
dan mengahargai diantara satu sama lain dalam mencapai satu matlamat. Semangat pasukan
dan kesepaduan pasukan tidak semestinya bermatlamat untuk kemenangan tetapi
mempelihatkan gaya permainan yang mantap dan berkualiti. Kemenangan merupakan bonus
bagi pasukan yang bermain dengan baik berbanding pasukan yang lain.
Memetik artikel ibnu Suhali (2009) dalam blognya, mengatakan bahawa Esprit de
Corps berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud semangat bekerjasama,
semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. Dengan kata lain ini adalah suatu semangat
yang dapat menyatukan manusia khususnya dalam sesebuah pasukan seperti pasukan bola
sepak, ragbi dan seumpanya. Esprit de Corps amatlah penting dalam sesebuah organisasi
sukan, jabatan dan mahupun negara seluruhnya. Semangat ini telah diterapkan sejak dari
peringkat sekolah melalui kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah yang

menuntut semangat antara ibu bapa, guru dan murid. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan semangat esprit de corps itu wujud dalam diri setiap murid.
Dalam konteks sukan, perpaduan kaum membolehkan wujudnya kesepaduan sosial
antara pemain dalam pasukan kerana adanya penerimaan terhadap pemain berbangsa lain
dalam pasukan itu. Oleh itu semangat spirit de corps mempunyai pengaruh yang amat besar
dalam pembentukan sesebuah pasukan.

3.0 Semangat berpasukan dan peningkatan kualiti pasukan


Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh organisasi dalam sesebuah
sukan, pemain dengan pemain dan jurulatih dengan pemain dalam menjayakan peningkatan
kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan pemain dan
jurulatih secara menyeluruh ke atas program dan perlawanan atau kejohanan yang disertai
bagi memastikan adanya peningkatan kualiti dari segi performance pemain.
Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada pemain secara
individu. Ini kerana masalah-masalah dalam pasukan adalah bersifat komplek, melibatkan
berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di
luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pemai dan jurlatih perlu
bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dalam pasukan dapat digemblengkan
sepenuhnya. Manfaat yang akan diperolehi oleh pasukan dengan bertindak secara berpasukan
ini ialah setiap individu pemain mempuyai kebolehan dan keistemewaan masing-masing.
Oleh itu, bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Selain itu,
bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral pemain dan kepuasan
bermain kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti
pasukan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dalam posisi pasukan
dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Selain itu, cadangan yang dibuat
oleh pemain secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan,
cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.

Apabila pasukan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara


langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti.
Aspek-aspek tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas,
semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain dan komunikasi yang lancar di
dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, pemain-pemain
akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan
idea dengan rakan sekerja. Keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain
untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti
pasukan yang diinginkan. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan pemain itu
seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam pasukan. Ini seterusnya memupuk
kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-bahagian dan unit, yang
mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.

4.0 Faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan


Proses pembentukan pasukan dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu saiz kumpulan,
interaksi di antara ahli kumpulan, kejelasan dan penerimaan peranan dalam kumpulan, iklim
kumpulan yang kondusif, kejelasan peranan setiap ahli serta apresiasi ketua terhadap
prestasi setiap ahli kumpulan (Anshel 1997).
Antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan adalah saiz kumpulan.
Semakin ramai ahli dalam sesebuah kumpulan semakin kurang kesepaduan pasukan
berkenaan. Bilangan ahli yang ramai akan menyebabkan wujudnya kumpulan kecil dalam
pasukan tersebut. Ini akan menyebabkan peranan ahli menjadi kurang berkesan. Bilangan
ahli yang sesuai adalah bergantung kepada jenis tugasan yang akan dilakukan. Menurut
Carron (1980), apabila bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan atau pasukan melebihi
daripada tiga orang maka keberangkalian bagi mereka mematuhi peraturan, norma serta
ekspetasi kumpulan akan menjadi kurang.
Interaksi di antara ahli kumpulan juga adalah antara faktor yang mempengaruhi
kesepaduan kumpulan. Interaksi amat penting dalam memupuk kesepaduan pasukan. Sukan

bola sepak dan ragbi merupakan contoh sukan yang memerlukan interaksi dan koordinasi
yang baik dari semua pemain bagi memastikan kejayaan pasukan.
Selain itu, Kejelasan matlamat kumpulan juga merupakan faktor keapda kesepaduan
kumpulan. Menurut Anshel (1997), pasukan yang memberikan tumpuan untuk mencapai
matlamat pasukan dan matlamat individu lazimnya lebih berorientasikan tugasan jika
dibandingkan dengan pasukan yang matlamatnya kurang jelas. Kejelasan matlamat
bermaksud mempunyai matlamat yang dipersetujui oleh ahli pasukan serta mencabar
kemampuan mereka dan matlamat tersebut boleh diukur untuk menilai pencapaian pasukan
berkenaan. Dengan matlamat yang jelas, pasukan tersebut akan dapat berfungsi dengan lebih
berkesan serta kesepaduan pasukan akan menjadi lebih mantap.
Matlamat yang dirangka juga harus diterima oleh semua ahli dalam kumpulan. Ini
juga merupakan faktor kepada kesepaduan pasukan. Matlamat kumpulan hanya akan
bermakna jika ianya dipersetujui ramai atau kesemua ahli yang terlibat. Ini adalah kerana
pengelibatan ahli dalam menetapkan matlamat ini akan menghasilkan kesepaduan yang
amat tinggi. Ini adalah kerana pemain tadi merasakan bahawa pendapat mereka dihargai
serta mereka sendiri mengetahui prestasi semasa mereka. Ini akan memudahkan mereka
menentu, menerima serta merealisasikan matlamat tersebut. Sekiranya matlamat pasukan
ditentukan oleh pihak pengurusan tanpa berbincang dengan para pemain, bukan sahaja
matlamat yang dibuat sukar diterima malahan ia mungkin bleh memberikan tekanan yang
tidak sepatutnya kepada para pemain.
Selain itu, iklim pasukan yang kondusif adalah faktor kepada kesepaduan pasukan.
Stail kepimpinan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan serta pemimpin pasukan turut
memainkan

peranan

dalam

meningkatkan

kesepaduan

pasukan.

Jurulatih

yang

mengamalkan corak kepimpinann autokratik yang keterlaluan lazimnya akan menurun tahap
kesepaduan pasukan jika dibandingkan dengan jurulatih yang mengamalkan pendekatan
yang agak humanistik serta menghormati para pemain (Johnson&Johnson ,1994)
Pemahaman atlet tentang peranan mereka dalam kumpulan adalah antara faktornya.
Memahami peranan masing-masing dalam pasukan merupakan salah satu cara meningkatkan
pencapaian setiap pemain serta merealisasikan matlamat pasukan. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pemain yang memahami peranan serta posisi mereka dalam pasukan
akan menyokong matlamat pasukan tersebut. Setiap pasukan mempunyai sumbangan yang
tersendiri demi untuk kejayaan pasukan sama ada sebagai pemain utama mahupun pemain
simpanan. Jesteru itu, memahami serta menerima peranan yang dimainkan bukan sahaja
membantu meningkatkan kesepaduan pasukan malahan dapat memberikan identiti serta
tumpuan untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
Apresiasi ketua terhadap prestasi ahli

juga mempengaruhi kesepaduan pasukan.

Salah satu daripada keperluan sosial manusia adalah menerima penghargaan. Penghargaan
yang diterima akan menjadi pencetus untuk pemain melipatgandakan lagi usaha untuk
berjaya. Pihak pengurusan, jurulatih serta rakan sepasukan boleh meningkatkan kesepaduan
pasaukan dengan memberikan penghargaan yang setimpal dengan usaha yang diberikan.
Maklum balas yang positif demi untuk peningkatan pemain juga wajar disuarakan agar
pemain berasa diberikan perhatian pada setiap masa. Ini bukan sahaja merangsang
kesepaduan tugasan malah meningkatkan lagi kesepaduan sosial dalam pasukan.
5.0 Cara meningkatkan kesepaduan pasukan
Jika usaha untuk membentuk pasukan yang benar-benar bersepadu dan mantap
menajadi pilihan, maka langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk membantu mencapai
kesepaduan pasukan. Bagaimanpun, cadangan ini bukanlah sesuatu yang eksklusif. Terdapat
lagi banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kesepaduan
pasukan. Antara cadangan yang diutarakan adalah membiasakan rakan dengan peranan rakan
yang Lain. Berikan peluang seorang pemain penyerang menjadi penjaga gol atau seseorang
pemain tengah menjadi penyerang atau pemain pertahanan. Langkah ini dapat memabntu
pemain menghargai dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakan sepasukan yang lain
serta melahirkan sifat empati dalam diri masing-masng. Secara tidak langsung, ia akan
memupuk sifat saling membantu yang akan mengukuhkan lagi kesepaduan pasukan.

Selain itu, jurulatih disarankan agar mencuba sedaya upaya untuk mengenali
pemainnya. Jurulatih khusunya

perlu lebih mengenali para pemainnya. Bukan sekadar

mengetahui apa yang ditunjukkan semasa berada di padang tetapi juga harus mengeahui
perkara-perkara yang agak personal tentang para pemain seperti latar belakang keluarga,
tarikh lahir serta perkara-perkara personal lain yang memudahkan kita membantu mereka
khususnya apabila prestasi mereka merosot secara tiba-tiba ataupun ketika pemain tersebut
agak luar biasa gembiranya (mungkin kerana merayakan sesuatu) kita dapat menegur serta
dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Sifat ini akan membuka saluran untuk
berkomunikasi pemain dengan lebih baik lagi.
Jurulatih juga disarankan agar mengunakan strategi komunikasi yang berkesan.
Penggunaan komunikasi yang berkesan sama ada secara verbal atau bukan lisan akan
menghasilkan kesan yang positif kepada ahli pasukan. Penggunaan humor serta pujian yang
bersesuaian dengan keadaan akan meningkatkan lagi motivasi serta hubungn sesama pemain
dalam pasukan. Di samping itu, jurulatih harus memberikan komen yang positif selepas
perlawanan. Kalah atau menang merupakan adat pertandingan. Bagaimanapun, pujian harus
diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun keputusan
perlawanan tidak menyebelahi pasukan tersebut. Penghargaan harus diberikan kepada
pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun mereka tewas menunjukkan sifat
empati serta bukannya sifat suka mencari kesalahan pemain untuk dijadikan alasan
kekalahan.
Selain itu, jurulatih harus memberikan maklum balas kepada pemain. Untuk
meningkatkan motivasi pemain, maklum balas yang positif khususnya tentang cara untuk
memperbaiki keasalahan perlu diberikan kepada pemain. Ia perlu bermotif untuk
memperbaki dan bukannya mencari kesalahan pemain. Kesannnya, pemain akan merasa
dihargai serta diberikan perhatian oleh jurulatihnya dan ini akan meningkatkan lagi hubungan
dalam pasukan. Jurulatih juga mesti mewujudkan sistem sokongan dalam pasukan. Sifat suka
menyakiti hati serta saling menyalahi di kalangan pemain perlu dihindari. Ini merupakan di
antara tanggungjawab penting untuk pengurusan serta jurulatih khusunya dalam usaha untuk
meningkatkan kesepaduan pasukan. Sebaliknya hubungan yang positif sesama pemain perlu
ditanam dan dipupuk agar ia berkembang menjadi satu saluran untuk membantu
meningkatkan prestasi pemain.

Jurulatih mesti sentiasa mengawasi kumpulan kecil dalam pasukan. Sekiranya wujud
kumpulan kecil dalam pasukan, ia perlu diatasi segera demi kebaikan pasukan. Kewujudan
klik selalunya dikaitkan dengan perpecahan dalam kumpulan hanya kerana individu
tertentu sahaja yang diterima masuk menjadi kumpulan kecil tersebut. Sebelum ianya
merebak, tindakan yang wajar perlu diambil bagi memastikan kesepaduan pasukan tidak
tergugat. Jurulatih juga harus Konsisten ketika mendisiplinkan pemain. Hukuman yang
diberikan kepada pemain yang melanggar peraturan pasukan perlu konsisten tidak kira sama
ada pemain yang terlibat adalah pemain utama ataupun pemain simpanan. Hal ini dapat
mengelakkan tanggapan pilih kasih di kalangan pemain.
Masalah ini juga harus diberi perhatian oleh jurulatih di mana jurulatih juga harus
memastikan masalah keciciran pemain tidak berlaku. Pastikan wujudnya integrasi di
kalangan pemain. Sekiranya terdapat pemain yang sering bersedirian atau selah-olah
dipinggirkan oleh pemain yang lain, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan pemain
tersebut kembali bersama rakannya yang lain. Penghijrahan pemain yang terlalu kerap akan
mengurangkan kesepaduan pasukan kerana pemain tahu bahawa hubungan mereka tidak
panjang oleh itu, mereka cuba mengelakkan diri dari menjalin hubungan yang lebih rapat
dengan rakan yang lain. Kesannya, prestasi serta kesepaduan pasukan akan tergugat.

6.0 Kesimpulan
Daripada perbincangan tentang prinsip sukan berpasukan yang dibincangkan di atas, jelas
bahawa kesepaduan pasukan memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta
keinginan untuk mengekalkan keadaan yang harmoni dalam pasukan. Apa yang telah

dibincangkan sebelum ini memberikan gambaran kepada kita tentang maksud kesepaduan
dan apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kesepaduan tersebut.
Jelasnya, pasukan yang kurang dari segi kesepaduannya mempunyai peluang yang
tipis untuk menempah kejayaan. Walalubagaimanapun, ini semuanya dalah bergantung
kepada keadaan. Sesetengah penyelidik mendapati kesepaduan berkait rapat dengan kejayaan
pasukan tetapi bukan menyebabkan kejayaan atau kemenangan keapda pasukan tersebut.
Carron (1984) mendapati bahawa kejayaan sesuatu pasukan bukanlah keran wujudnya
hubungan yang baik antara pemain, tetapi lebih terarah kepada kemampuan berinteraksi
dengan menggunakan kemahiran dan strategi yang berkesan dalam sesuatu pertandingan.
Dalam konteks kepuasan diri pula, kesepaduan pasukan belum tentu dapat
memberikan kepuasan keapda setiap ahli pasukan. Takrifan kepuasan merupakan hak
individu.
Kesimpulannya, kesepaduan pasukan tidak berkait rapat dengan peningkatan prestasi
mahupun kepuasan diri pemain dalam sesuatu pasukan

(Shahrudin abd. Aziz, 2001).

Bagaimanapun kesepaduan amat penting kerana penyertaan dalam sesuatu pasukan yang
kukuh tahap kesepaduannya mendatangkan kepuasan jika dibandingkan dengan menyertai
pasukan yang kurang mantap dari segi kesepaduan pasukannya. Jika diberi pilihan, adalah
lebih baik jika seorang jurulatih memilih untuk menerapkan nilai-nilai kesepaduannya di
kalangan pemain kerana ia dapat membantu meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya
serta menimbulkan kepuasan di hati semua individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan.

Rujukan

Johson, W.D.& Johnson,P.F (1994). Joining together.Group theory and group skills.

Bosto,MA:Allyn and Bacon Wann, D.L (1997). Sport Physcology. Upper


Saddle River, NJ: Prentice Hall

Anshel, M.H. (1997). Sport Physiology: from theory to practice.Edisi 3. Scottsdale,


Z: Gorsuch Scarisbrick Publishers

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan
Publication & Distributors SDN BHD

Prinsip semangat berpasukan. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009 daripada


http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htm

Ibnu Suhaili. Menyemai semangat spirit de corps. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009
daripada http://ibnusuhaili88.blogspot.com

You might also like