Kertas Kerja Liga KBC BadmiTTHO Untuk Email

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Kerja Liga KBC BadmiTTHO!!

2006 dan Piala


Presiden KBC BadmiTTHO!! 2006
1. Tajuk : Kertas Kerja ini melibatkan nama 2 Program yang
dijalankan oleh KBC iaitu Liga KBC BadmiTTHO!! 2006 dan
Piala Presiden KBC BadmiTTHO!! 2006.
2. Isi Kandungan/Syarat
a. Terbuka kepada semua staf dan pelajar KUiTTHO.
b. Liga akan dibuat sehingga 30 perlawanan dan apabila
berada pada 25 perlawanan. 4 beregu teratas layak untuk
merebut Piala Presiden KBC BadmiTTHO!! 2006.
c. Perlawanan adalah Beregu Lelaki sahaja.
d. Setiap pemain layak bermain dua beregu iaitu satu
beregu antara pemain KUiTTHO dan satu beregu lagi
berpasangan dengan bukan pemain KUiTTHO.
e. Jadual perlawanan tiada ditetapkan, mana-mana pasangan
yang ada di dewan boleh mengadakan perlawanan.
Perlawanan antara beregu yang berulang juga dibenarkan
dengan maksimum 5 perlawanan antara beregu sekiranya
tiada beregu lain yang hadir.
f. Liga akan dibahagikan kepada dua kumpulan apabila telah
sampai di pertengahan liga iaitu Liga Super KBC dan
Liga Kedua KBC. Mana-mana beregu yang separuh di
bawah dan beregu bukan pasangan pemain KUiTTHO
adalah layak memasuki Liga kedua KUiTTHO.
g. Hadiah kejohanan akan berupa Piala Liga KBC dan Piala
Presiden KBC. Manakala 4 beregu teratas Piala Liga
KBC dan 2 beregu teratas Second League layak merebut
Piala Presiden KBC (ditentukan selepas 25 perlawanan).
h. Kewangan
i. Pendaftaran RM 1.00
ii. Promosi awal adalah 2 biji bola RM 1.00 untuk
seorang (4 orang berlawan) untuk sehingga Kelab
kehabisan 7 tabung bola, (Sekiranya mendapat
peruntukan dari KUiTTHO dari segi bola, tiada
bayaran dikenakan untuk 7 tabung pertama) selepas
itu satu bola RM 1.00 sepertimana biasa. Untuk
bukan liga bayaran bola seperti biasa.
3. Borang Penyertaan
Lihat Lampiran 1
4. Pakaian

a. Hendaklah berpakaian sukan


5. Waktu/Jadual Perlawanan
a. Pertandingan akan dimulakan 13/6/2006 sehingga
penghujung tahun 2006.
b. Perlawanan setiap Selasa dan Khamis petang (5 7
petang).

6. Tarikh tutup penyertaan


a. Tarikh tutup adalah pada 8 Jun 2006 (Khamis), tetapi
masih boleh mendaftar pada beberapa minggu berikutnya
sekiranya menghadapi masalah dengan kelulusan daripada
Presiden kelab.
7. Kesimpulan
Program pembangunan Beregu Lelaki ini akan berakhir pada
penghujung tahun 2006. Selain daripada Meningkatkan
Kualiti Pemain Beregu Lelaki dan Menarik Pemain2
Baru, perkara yang dapat dimanfaatkan pada program ini
ialah persediaan Intervarsity. Bermula tahun 2007 pemain
beregu lelaki telah berjaya disiapsediakan. Lantaran dari itu,
KBC perlu tumpukan lebih untuk beregu dan perseorangan
wanita. Bagi perseorangan lelaki, KBC telah melaksanakan
satu program dalaman bagi peningkatan permainan
perseorangan disamping kemasukan pemain-pemain baru.
Dengan ini, matlamat pasukan untuk menjadi antara 4
pasukan terbaik
Intervarsity pada tahun hadapan lebih
mudah untuk dicapai.
Disediakan oleh:

__________________________
(Md. Mahdzer b. Rahmat)
Pengurus Pasukan Badminton KUiTTHO
Disemak oleh:

____________________________
(Nama : _____________________)
Jawatan:
Diluluskan oleh:

_________________________
(Nama :________________________)
Jawatan:

Borang Penyertaan Liga KBC BadmiTTHO!! 2006


1. Nama pemain
a. Beregu satu :
i. Pemain 1:_____________________
1. No. Staf: _____________
2. Jawatan: ________________
ii. Pemain 2: _____________________
1. No. Staf: _____________
2. Jawatan: ________________
b. Beregu dua :
i. Pemain 1: _____________________
1. No. Staf: _____________
2. Jawatan: ________________
ii. Pemain 2: _____________________
1. No. Staf: _____________
2. Jawatan: ________________
2. Pengesahan

______________________________
(Md. Mahdzer b. Rahmat)
Presiden
Kelab Pasukan Badminton KUiTTHO
3. Tandatangan Pemain

____________________________
(Nama: ___________________)
Jabatan:___________________
No. Tel hp :________________

You might also like