Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ESEI STAIL PENGAJARAN

STAIL C: STAIL BERGANDINGAN ( RECIPROCAL STYLE)

1. 0 PENGENALAN
Setiap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas mempunyai
kaedah yang tersendiri untuk mendekati pelajar. Kaedah pengajaran tradisional yang
bersikap autokratik dan hanya mengetengahkan kaedah chalk and talk tidak lagi
relevan dalam konteks pendidikan pada masa kini. Kepelbagaian kaedah khususnya
dalam pengajaran adalah sangat penting untuk memastikan murid-murid mendapat
pengetahuan serta

kemahiran yang optima. Walaupun begitu, sesetengah tokoh

berpendapat bahawa tiada satu pun kaedah terbaik untuk semua mata pelajaran bagi
semua murid dalam semua keadaan.

Hal ini kerana kaedah pengajaran berubah

mengikut keadaan, masa, tempat dan kumpulan murid


Secara amnya, Kaedah merupakan satu cara atau aturan dan tindakan guru
yang

sistematik

bertujuan

untuk

mencapai

objektif

pengajaran

yang

telah

ditetapkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, Kaedah bermaksud cara atau aturan
(membuat/melakukan sesuatu), hokum atau prinsip. Justeru kaedah terdiri daripada satu
tindakan yang bersistem dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Sharifah
Alwiah Alsagoff (1986), berpendapat bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan. Hassan Langgulung (1981), pula
berpendapat bahawa kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Dengan kata lain
kaedah mengajar ialah cara mendekati semua objektif pengajaran dan pembelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Dalam konteks kaedah dan pengajaran Pendidikan Jasmani, ia menitikberatkan
kompenen kecergasan dan kemahiran murid dalam setiap aspek pengajaran. Kaedah
pengajaran Pendidikan Jasmani menitik beratkan aspek berikut iaitu bersesuaian
dengan tujuan dan matlamat sukatan pelajaran KSSR, mesti sejajar dengan objektif
P&P yang hendak dicapai, sesuai dengan latar belakang, umur dan tabiat murid yang
diajar dan kedah yang hendak dipilh bersesuaian dengan kemudahan yang ada.
Terdapat 11 kaedah pengajaran dalam Pendidikan Jasmani dan kumpulan saya telah
memilih kaedah pengajaran Stail C iaitu Kaedah Bergandingan atau Berpasangan
( Repcirocal Method).

2.0 DEFINISI PENGAJARAN STAIL C (STAIL BERGANDINGAN)

Menurut Palincsar (1986) pengajaran stail C ialah satu aktiviti pengajaran atau
pendekatan di mana pembelajarannya berbentuk dialog (percakapan antara dua pihak)
yang dilahirkan di antara guru dengan murid atau murid dengan guru bergantung
kepada teks pembelajaran itu. Hal ini bermaksud sesuatu pengajaran pembelajaran
berlaku dalam dua hala, iaitu sama ada murid dengan murid atau guru dengan murid.
Interaksi dua hala ini bergantung kepada isi pengajaran yang hendak disampaikan,
Mosston & Ashworth (1997) menjelaskan bahawa pembelajaran reciprocal ialah
Interaksi sosial, saling memberi, membalas, tukar menukar dan memberi maklum balas.
Beliau juga menyatakan , dalam pembelajaran reciprocal ini, satu kumpulan yang terdiri
daripada tiga orang akan diwujudkan dengan masing-masing memainkan peranan
sebagai doer (pelaku), oberver (pemerhati), dan teacher (guru). Hal ini bermaksud
setiap individu mempunyai peranan masing-masing semasa sesuatu aktiviti itu
dilaksanakan. Dalam konteks ini, guru hanya menjadi pemerhati terhadap pelaksanaan
tugas yang dijalankan antara pelaku dan pemerhati. Sekiranya murid memerlukan
bimbingan maka guru akan memberi bimbingan tetapi tidak terlibat sepenuhnya
sepanjang proses pembelajaran tersebut. Hal ini juga memberikan kebebasan kepada
murid-murid untuk melaksanakan tugas yang diberikan.
Stail bergandingan ini juga merupakan satu teknik pengajaran yang mewujudkan
tiga hubungan penting antara pelaku dan pemerhati serta guru. Dalam konteks ini,
peranan guru adalah untuk menjadikan adalah untuk membuat keputusan yang logic
untuk memwujudkan maklum balas yang mereka kepada pelaku dan pemerhati. Dalam
pada itu, pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui tugasan
yang diberikan. Stail bergandingan ini juga melihat peranan pelaku dan pemerhati
adalah saling bertukar iaitu, pelaku akan menjadi pemerhati dan pemerhati akan
menjadi pelaku semasa melaksanakan sesuatu tugasan untuk mendapatkan penilaian
yang terhadap satu tugasan yang sama.

3.0 CIRI-CIRI STAIL BERGANDINGAN


Ciri-ciri yang terdapat di dalam stail C ini ialah stail ini merupakan stail
berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku. Pelaku

dapat menegur dan

membaiki kesilapan pelaku. Dalam pada itu, stail ini lebih berpusatkan murid iaitu murid
akan diberikan tugasan atau arahan dan murid yang terdiri daripada pelaku dan
pemerhati akan melaksanakan tugasan yang diberikan. Murid mempunyai kebebasan.
Guru pada permulaan P&P bertanggungjawab sepenuhnya , iaitu guru terlebih
dahulu hendaklah melakukan demonstrasi untuk setiap perlakuan yang hdenak diajar.
Sebagai contoh, guru akan menunjukkan cara yang betul untk membuat lantunan bola
sebelum meminta murid secara berpasangan melakukan lakuan tersebuty.
Selain itu juga, ciri yang terdapat dalam stail C ialah guru berperanan sebagai
fasilitator dan pelajar memainkan peranan masing-masing sebagai pelaku dan
pemerhati. Melalui stail ini, peranan guru adalah nenerhati, menjawab soalan, mengawal
konflik yang wujud di antara pemerhati dan juga pelaku semasa aktiviti berlansung,
Ciri-ciri yang lain pula ialah, peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang
melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru dan mengikut arahan dan aktiviti yang
dirancang oleh guru, menerima maklum balas.
Di samping itu juga, ciri yang terdapat dalam stail c ialah stail ini mempunyai
senarai semak dan lampiran gambar yang disediakan oleh guru. Murid-murid akan
menjadi penilai kepada perlakuan pasangan/pelaku. Sebagai contoh, ialah dalam
kemahiran mengajar menghantar bola jaring. Guru akan membekalkan kepada
pasangan murid senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola.

4.0 OBJEKTIF PENGAJARAN STAIL C


Seperti kaedah-kaedah pengajaran yang lain, pengajaran stail C ini juga
mempunyai objektif yang perlu dicapai semasa menggunakan kaedah ini. Objektif
kaedah pengajaran stail C terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada isi
kandungan pembelajaran dan juga objektuif instrinsik (tingkah laku pelajar.
4

Objektif berasaskan kepada isi pembelajaran ialah murid dapat melakukan


tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan
pengawasan guru, dapat mengenalpasti persamaan dan perbezaan serta mengenal
pasti kesalahan dalam perlakuannya dan membetulkan.
Dari aspek objektif instrinsik ialah, stail C menggariskan objektif bahawa melalui
penggunaan kaedah ini di dalam pengajaran, ia dapat mengembangkan kemahiran
sosial dan komunikasi, murid dapat mengembangkan hubungan reciprocal, belajar
mengkritik, dan menerima pendapat dariapda rakannya serta mengembangkan sikap
sabar,

toleransi dan menerima kekurangan orang lain, mengembangkan empati,

mempelajari perilaku sosial serta belajar mempercayai orang lain . Ia juga bertujuan
untukmempermudahkan semangat kerjasama di antara guru dengan murid ataupun
murid dengan murid dalam usaha menyempurnakan tugasan iaitu arahan tersebut.

4.0 PERANAN GURU BERDASARKAN SET PRA IMPAK, IMPAK DAN POST IMPAK
Pada peringkat awal dalam stail C iaitu pra impak, guru akan bertindak
sepenuhnya di awal pengajaran terhadap tugasan yang telah dirancang akan
dilaksanakan oleh murid secara berpasangan. Guru akan menyediakan satu borang
senarai semak dan gambar contoh perlakuan kemahiran yang betul serta kriteria yang
akan digunakan oleh pemerhati menilai perlakuan yang ditunjukkan oleh pasangan
mereka. Guru juga turut memberikan taklimat dan demonstrasi terlebih dahulu kepada
murid-murid sebelum masuk kepada proses penilaian agar semua murid faham akan
tugas masing-masing.
Dalam peringkat impak, guru perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk
aktiviti pengajaran yang akan dilaksanakannya. Pastikan gelanggang atau padang yang
akan digunakan berada dalam keadaan yang selamat dan sesuai untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Guru juga akan membantu murid
membina satu hubungan baru kerana murid akan dibahagikan secara berpasangan
yang akan menilai sesama mereka sendiri.

Seterusnya, dalam peringkat post impak pula guru tidak akan melibatkan diri
dengan pelaku dan pemerhati semasa proses penilaian sedang dilangsungkan. Guru
akan bertindak sebagai pemerhati kepada pelaku dan pemerhati dan hanya akan
berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Oleh itu, kejujuran dan ketulusan pemerhati
amat diperlukan kerana guru akan memberikan markah melalui borang penilaian yang
telah ditandakan oleh muri yang bertindak sebagai pemerhati kepada pasangan mereka
dan begitulah sebaliknya.Guru juga akan memaklumkan hasil persembahan kepada
pelaku berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh rakan yang menjadi
pasangan mereka
5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STAIL C BERGANDINGAN
5.1 KEBAIKAN
Setiap kaedah atau stail pengajaran mempunyai kekuatannya yang tersendiri
dalam konteks pelaksanaan di dalam pengajaran. Kekuatan atau kelebihan yang ada
inilah harus dipergunakan sebaik-baiknya oleh seorang guru semasa melaksanakan
proses pengajaran di dalam kelas. Sesuatu kaedah atau stail pengajaran akan banyak
membantu

melancarkan

proses

pengajaran

seandainya

seorang

guru

tahu

mengaplikasikan keadah tersebut.


Seperti stail-stail yang lain, stail C juga mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Antara kekuatan stail C yang jelas ialah, guru dapat menerima hubungan sosial antara
pemerhati dan pelaku. Hubungan sosial adalah hubungan timbal balik antara individu
yang satu dengan individu yang lain, saling mempengaruhi dan didasarkan pada
kesedaran untuk saling menolong. Hubungan sosial juga disebut Interaksi sosial
Interaksi sosial adalah proses saling mempengaruhi di antara dua orang atau lebih.
Apabila guru menerima hubungan sosial dia antara pelaku dan pemerhati, maka guru
akan memberikan murid kebebasan untuk memilih rakan yang mereka selesa untuk
berkerja, berkumpulan atau melaksanakan tugas masing-masing.
Selain itu, guru juga menyedari kepentingan mengajar murid untuk memberi
maklum balas antara satu sama lain dan juga penglibatan murid bersama-sama dengan
guru dalam proses melaksanakan proses pengajaran. Sebagai contohnya, mengambil

contoh tajuk pengajaran ialah kemahiran melantun bola. Pelaku akan membuat
perlakuan manakala pemerhati akan membuat penilaian. Melalui maklum balas yang
diberikan oleh pemerhati, pelaku boleh memperbaiki kesilapan yang dilakukan atau
menambahbaik lagi kemahiran yang dilakukan. Maklum balas ini penting kerana muridmurid boleh mengetahui tahap mereka. Dalam pada itu, penglibatan murid juga sangat
penting kerana murid merupakan nadi penggerak kepada berjayanya sesuatu
pengajaran. Sekiranya guru tidak melibatkan penglibatan semua murid maka hanya
murid tertentu sahaja yang mendapati pengetahuan dan kemahiran manakala muridmurid yang lain pula akan tertinggal di belakang.
Melalui stail

C ini juga guru dapat mengembangkan perlakuan dan

menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan


tambahan. Hal yang demikian kerana, setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang
berbeza-beza. Terdapat murid-murid yang cepat belajar dan ada juga yang lambat. Oleh
itu, melalui stail C ini, guru boleh mengembangkan perlakuan murid dengan
menggandingkan dua orang murid yang berbeza tahap penguasaan terdiri daripada
pelaku dan pemerhati. Pemerhati mungkin boleh terdiri daripada pelajar yang boleh
menguasai manakala pelaku mungkin masih belum menguasai sepenuhnya. Justeru,
dengan ini, murid boleh saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, sekiranya
pelaku membuat perlakuan melantun boleh adalah salah, maka si pemerhati boleh
memberi maklum balas dengan menunjukkan contoh perlakuan melantun bola yang
betul. Hal ini dapat mengembangkan perlakuan serta kemahiran kedua-dua orang murid
dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan
Selain itu, melalui pstail C pengajaran ini, murid boleh boleh mengembangkan
nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa
belajar dengan penggunaan kertas kriteria tanpa kehadiran guru. Hal ini bermaksud
murid bertanggungjawab ke arah tugasan yang mereka lakukan tanpa kehadiran guru.
Murid sendiri yang akan membuat penilaian terhadap rakan-rakan mereka, memberii
maklum balas terhadap rakan-rakan dan sebagainya.
Antara kebaikan lain kaedah ini ialah, ia dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi, sosial dengan orang lain. Setiap kali murid melakukan tugasan secara
berpasangan mahupun berkumpulan, maka secara tidak lansung murid akan belajar
7

berkomunikasi, berinetraksi dan bersosial untuk membolehkan dia diterima dan dapat
mengikuti rentak rakan-rakannya. Selain itu, murid turut belajar memberi dan menerima
maklum balas dengan rakan sebaya. Sebagai contoh semasa pemerhati memberikan
penilain terhadap pelaku, pelaku boleh belajar menerima maklum balas tersebut sebagai
sesuatu yang positif untuk menjadi lebih baik lagi dan bukannya berkecil hati atas
maklum balas yang dinyatakan. Antara lain ialag, dapat Mmmbangunkan kesabaran,
toleransi, dan penerimaan perbezaan orang lain dalam pelaksanaan sesuatu tugas.

5.2 KELEMAHAN STAIL C


Seperti yang kita sedia maklum, tiada satu pun kaedah terbaik untuk semua
mata pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Dalam sesuatu masa atau
ketika, mungkin kaedah mengajar yang tdigunakan tidak sesuai. Boleh terjadi juga
walaupun kaedah tersebut dirasakan bersesuaian dengan murid, namun masih tidak
dapat digunakan dalam sesi pengajaran. Hal ini kerana kaedah pengajaran berubah
mengikut keadaan, masa, tempat dan kumpulan murid. Setiap kaedah atau teknik pasti
mempunyai kelemahan yang tersendiri. Terdapat beberapa kelemahan yang ketara
dalam stail C ini.
Kelemahan stail C ialah kesukaran pelajar untuk memilih pasangan yang sesuai.
Mungkin ada di antara mereka tidak mempunyai persefahaman yang selari. Hal ini boleh
menyebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain dan kemungkinan terjadinya
konflik antara pasangan. Stail ini juga hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan
bimbingan rakan sebaya. Tidak semua individu memerlukan bimbingan rakan sebaya,
ada individu yang lebih selesa dengan pembelajaran secara kendiri atau pembelajaran
terus daripada guru mereka sendiri. Hal ini berkemungkinan, kepercayaan yang
diletakkan kepada guru itu lebih tinggi berbanding rakan sebaya
. Selain itu, apabila guru menggunakan stail ini akan wujudnya tingkah laku yang
baru menyebabkan ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila
ditegur semasa aktiviti. Kemungkinan perlakuan yang dilakukan itu adalah salah, tetapi

ada individu yang merasakan hanya dia sahaja yang betul dan mengabaikan pandangan
rakan sebaya itu.Guru mendamping pemerhati sahaja.
Selain itu juga, kelemahan stail C ini ialah kejujuran rakan sebagai pemerhati
digunakan. Sekiranya rakan memberi maklum balas

atas sebab dia tidak meyukai

rakannya, maka ia akan mempengaruhi penilaian yang diberikan oleh murid. Sekirannya
rakan tersebut mempunyai hubungan baik sesam mereka maka ia juga akan
mempengaruhi kejujuran rakan semasa memberi penilaian. Dalam pada itu, kelemahan
stail C ialah pelajar tidak dapat mengajar dengan baik kerana kurang pengalaman.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang dapat dilihat dalam stail
pembelajaran stail bergandingan ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru
tersebut untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk di
jalankan. Kaedah tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap
kecerdasan murid tersebut. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk
memastikan pengajaran dan pembelajarannya menarik, melibatkan semua murid dan
paling penting murid-murid mendapat pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.

You might also like