Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.
Dalam novel Melunas Rindu Karya Hartini Hamzah terdapat latar
masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam. Fuad dan Pak Ismail sering
sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
Selain itu terdapat juga latar Masyarakat yang terdiri daripada orang
melayu. Misalnya nama panggilan penduduk di Danau Seberang seperti Fuad, Pak
Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan membuktikan mereka orang Melayu.
Latar Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa juga ada
dalam novel ini. Farhana berbangsa Melayu manakala Chin pula berbangsa Cina.
Dalam novel Melunas Rindu, ada latar Masyarakat yang mempunyai
pelbagai kerjaya. Farhana bekerja sebagai guru manakala Peter Lim pula bekerja
sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Sementara itu, Robert Lim pula
menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, latar Masyarakat yang terdiri daripada warga pendidik juga
ada dalam novel Melunas Rindu ini. Fuad sendiri bekerja sebagai guru sandaran di
Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad berkenalan rapat dengan
Farhana di samping guru-guru lain seperti Cikgu Zamani, Cikgu Rosli, Cikgu Armin
dan Cikgu Azli.

Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan pula, terdapat latar Masyarakat


pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Latar Masyakat yang cinta akan alam sekitar juga dipaparkan dalam
Novel Kabus di Perbukitan. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak
mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
Selain itu ada juga latar Masyarakat yang mengambil berat terhadap
kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK
Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.

Novel Kabus di Perbukitan juga memaparkan latar Masyarakat yang


beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa
berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.
Selain itu ada juga latar masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini
digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
Latar Masyarakat tentera juga ada dalam novel ini. Contohnya, Mejar (B)
Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.
Latar Masyarakat orang Asli juga terdapat dalam novel ini. Tok Batin Senik
merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan
Iqbal di Bukit Fraser.
Latar Masyarakat yang rindu akan anaknya digambarkan dengan jelas
dalam novel ini. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya
Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.
Selain itu, latar Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran jelas
dalam novel ini. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah
menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.
AKhirnya, terdapat latar Masyarakat yang berdikari dalam novel ini. Azrul
tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan
kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.

You might also like