Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apa itu NILAM?

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui
masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk
membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental
seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya
berorientasikan peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan
rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati
keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk
bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk
tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM
Hadiran hadirat yang dimuliakan..
Utk pengetahuan murid-murid sekalian NIlam membawa maksud NAdi Ilmu Amalan
membaca. Tema Nilam pada tahun 2014 ini ialah Bangsa membaca,bangsa Berjaya.
Terdapat dua tahap pencapaian NILAM iaitu tahap jauhari di mana murid-murid akan
diberikan pingat atau sijil bermula dari gangsa,perak,emas dan NIlam mengikut
jumlah bacaan buku yang telah ditetapkan. Tahap kedua pula ialah tahap rakan
pembaca di mana murid ditahap jauhari yang telah membaca lebih 100 buah buku
diberi keistimewaan untuk menarik minat rakan2 mereka untuk membaca kemudian
diberikan markah untuk merangkul pingat atau sijil gangsa,perak,emas atau NIlam.
Untuk makluman murid-murid sekalian,tahun ini seorang rakan kita telah terpilih
untuk mewakili sekolah ke program pemilihan tokoh nilam peringkat daerah kuala
Terengganu utara bertempat di PKG Tok jiring. Murid yang bertuah itu ialah amy
liana bt .tahniah dan syabas diucapkan.
Dalam program tersebut, pihak hakim telah memberi beberapa komen membina
dan salah satu yang ingin cg tekankan di sini ialah tentang penulisan buku rekod
nilam. Buku rekod Nilam mestilah disimpan dan segala butiran didalamnya seperti
biodata mestilah lengkap. Jumlah bacaan bg murid di sekolah rendah perlu
merangkumi 60 % fiksyen dan 40% bukan fiksyen.
Pada tahun ini, terdapat beberapa aktiviti galakan membaca yang telah dirancang
bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan murid2 sekalian. Bermula
minggu ini hinggalah minggu akhir bulan 4.Di harap murid-murid akan memberikan
kerjasama dan terlibat secara aktif dalam aktiviti yang akan kita jalankan.
Cg sudahi ucapan dgn serangkap
pantun
1.

Kalau ilmu tak ada di dada


Orang maju kita merana

Jambu batu buah pedada


Tepi sungai pokok sena
2.

Dapat seekor ikan belada

Ikan telas serkapnya jarang


Kalau ilmu penuh di dada
Sampai mati disanjung orang

Sekian.terima kasih.

You might also like