Laporan Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dalam pengajaran mikro, saya telah

memilih tema tentang Haiwan

Peliharaan dalam hampir keseluruhan proses pengajaran. Pengajaran mikro ini


dibuat dalam masa tidak lebih daripada 30 minit yang mana saya telah memilih kelas
PISMP Pendidikan Jasmani Semester 4 sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran
saya dan mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Pendidikan Jasmani di bawah
modul kemahiran dan standard kandungan gimnastik asas. Kelas ini mempunyai 18
orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan sebagai kelas
sederhana. Sebelum pengajaran mikro dilaksanakan saya dan pasangan kerja iaitu
saudara Ling Hee Kiew telah menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) berdasarkan tajuk yang diberi. Kami menghasilkan RPH berdasarkan format
terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Saya telah memilih menghubungkait pengalaman sedia ada sebagai langkah
pertama pengajaran atau dikenali sebagai set induksi bagi pengajaran mikro.
Sebagai permulaan, kami melaksanakan satu aktiviti yang diberi nama Cabut Ekor
Monyet yang bertujuan memanaskan badan dan regangan bagi mewujudkan
kesediaan diri murid-murid. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan
keseronokan kepada murid sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Untuk bahagian perkembangan pula, kami telah merancang dua aktiviti yang
sesuai bagi tajuk kami iaitu aktiviti berkaitan imbangan dan sokongan. Aktiviti
pertama iaitu sokongan hadapan dan aktiviti kedua adalah sokongan belakang.
Dalam melakukan aktiviti ini, murid-murid dapat mengalami sendiri perlakuan dengan
melakukan kedua-dua aktiviti sokongan hadapan dan sokongan belakang.
Untuk bahagian kemuncak, kami telah melaksanakan satu permainan yang
diberi nama kucing lapar. Permainan ini adalah kesinambungan daripada aktivitiaktiviti dalam bahagian perkembangan. Dalam permainan ini, seekor kucing telah
dipilih daripada kumpulan murid-murid untuk mengetuai permainan dan yang
selebihnya bertindak sebagai tikus. Permainan ini memerlukan sifat kesedian dan
berwaspada dalam diri murid-murid. Selain itu, ianya juga membolehkan murid
mempraktikkan dan memindahkan aktiviti-aktiviti sokongan hadapan dan sokongan
belakang yang telah dipelajari dalam bahagian perkembangan.

Untuk bahagian penutup pula, kami telah melaksanakan satu permainan yang
diberi nama ikan dan jaring. Permainan ini dilaksanakan sebagai aktiviti untuk
menyejukkan badan selepas beraktiviti. Dalam permainan ini murid-murid dapat
menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai kualiti
pergerakan semasa menyejukkan badan.

Kekuatan dalam Pengajaran Mikro.


1. Saya menggunakan teknik menghubungkait pengalaman mereka sebelum ni dengan
aktiviti yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah
tajuk yang akan dipelajari iaitu kemahiran dan standard kandungan gimnastik asas.
Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali untuk melaksanakan aktiviti yang
telah di rancang.
2.

Dalam menggunakan ciri strategi menghubungkait bagi set induksi saya


mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah
pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid
menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih
memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya.

3. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberangsangkan kerana penglibatan


murid secara aktif dan saling bekerjasama dalam pembelajaran. Faktor ini adalah
sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.
Kelemahan atau penambaikan dalam Pengajaran Mikro.
1. Dalam sesi pengajaran mikro yang telah di buat kelemahan yang ketara ialah dari
segi arahan aktiviti. Arahan yang saya berikan kurang jelas dan ianya mengganggu
kelancaran aktiviti pengajaran. Kelemahan ini akan saya atasi sebaik mungkin atas
bantuan dan tunjuk ajar pensyarah disamping melakukan latihan memberi arahan.
2. Murid-murid masih tidak begitu memahami tentang aktiviti sokongan badan dan tidak
dapat melakukan dengan betul serta memerlukan bimbingan guru.
3. Dalam Pengajaran Mikro yang telah saya lakukan saya rasa teknik penyampaian
yang saya gunakan perlu diperbaiki iaitu dengan menyediakan kad aktiviti bagi
memudahkan murid untuk memahaminya

4. Semasa pengajaran saya , ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberapa
murid yang tergolong dalam golongan lemah di mana mereka pun berminat untuk
belajar tetapi teknik yang mereka gunakan tidak betul.
Rumusan
Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat
murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya.Penglibatan murid yang
aktif menyebabkan pengajaran ini lebih bermakna dan memberangsangkan proses
pengajaran. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang sangat
penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada
dan minat murid.

You might also like