Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI PERTAMA 201

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELUGU BAGAN DATOH


1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali
Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2015.
1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya
sepanjang 2015 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai.
1.3 Persediaan Sesi Persekolahan 2015.
1.3.1
1.3.2

1.3.3

Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan akan


datang yang akan bermula pada 12 Januari 2015. Pada hari pertama
persekolahan PdP akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Setiap guru mata pelajaran diminta memberi maklumat dan penerangan
kepada murid berkaitan pelaksanaan PdP, peraturan sekolah, adab belajar
dan sebagainya. Begitu juga dengan guru kelas perlu menguruskan bilik
darjah sebelum waktu persekolahan dengan baik bagi menggalakkan
pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan
murid dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan oleh murid sebelum
sesi persekolahan bermula.
Guru juga diminta menyediakan PdP pada hari pertama dalam buku
persediaan mengajar.
Tindakan : Semua guru

1.4 Dasar KPM


1.4.1 MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris
1.4.1.1
Selaras dengan pemansuhan PPSMI yang dibuat secara soft landing,
peranan Panitia BM dan BI amat penting dalam melaksanakan MBMMBI.
Jawatankuasa peringkat sekolah telah dibentuk seperti dalam buku panduan
pengurusan.
1.4.1.2 Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu
memahami kaedah pelaksanaan seperti yang telah dimaklumkan dalam
kursus-kursus yang dihadiri.
Tindakan : Semua guru BM dan BI
1.4.2 KSSR
1.4.2.1 Semua guru, terutama guru Tahun 1 hingga Tahun 5 mesti memahami KSSR,
kaedah pelaksanaan KSSR dan dapat menterjemahkan kurikulum tersebut
dalam PdP melalui penulisan Buku Persediaan Mengajar yang lengkap
seperti yang telah ditaklimat dan disampaikan dalam kursus yang dihadiri.
Bagi guru mata pelajaran yang belum terlibat secara langsung dengan dasar
ini perlu menyiapkan diri masing-masing apabila sampai masanya kelak.
Tindakan : Makluman

1.5

Program KPM
1.5.1 PROSIDAR Program Sifar Dadah Sekolah Rendah
1.5.1.1 Diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi
Tahap 2 dan Pendidikan Kesihatan bagi Tahap 1.
1.5.1.2 Untuk Tahap 2 60 minit dalam mata pelajaran PSK
1.5.1.3 Untuk Tahap 1 60 minit dalam mata pelajaran PJK
1.5.1.4 Sesuai juga diterapkan dalam mata pelajaran BM.
1.5.1.5 Ada panduan dan modul dibekalkan.
1.5.2 PKJR Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
1.5.2.1 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi
murid Tahun 3, 5 dan 6 dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 JULAI 2010.
Ia diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan modul
yang dibekalkan.
1.5.3. SEGAK Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
1.5.3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 dan Buku Panduan Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia berkaitan
perkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008 adalah berkaitan
dan dirujuk.
1.5.3.2 Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah :
a. Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
b. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu
pada bulan Mac dan Julai . Data perlu dihantar ke JPN sebanyak
2 kali mengikut tarikh yang ditetapkan selepas penilaian dibuat.
c. Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.
1.5.4

Semua guru mata pelajaran terlibat wajib melaksanakan semua program


KPM untuk memastikan dasar dan matlamat pendidikan tercapai.
Tindakan : Semua guru PSK,PJK dan BM

2.

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1

Pn.Parvathi telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.


En.Sivakumar telah menyokong cadangan tersebut.

3.

Perkara Berbangkit

3.1

Tuan pengerusi mengingatkan sekali lagi bahawa pada tahun hadapan semua guru
perlu lebih fokus kepada semua program utama (yang merupakan PdP di dalam
kelas) berbanding dengan program sampingan dan sokongan. Beliau juga berharap
agar Guru Kaunseling dapat membantu bersama-sama untuk meningkatkan prestasi
murid-murid melalui program motivasi.

4.

Dasar Kurikulum Sekolah

4.1 Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum sekolah seperti visi, misi dan
moto sekolah.
4.1.1 Semua guru diminta mengetahui dan menghayati visi, misi dan moto sekolah.
Semua guru boleh merujuk buku panduan dan senarai tugas guru 2014 yang
akan dibekalkan bagi mengetahui semua maklumat berkaitan dengan
sekolah. Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan
semua dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha
merealisasikan visi sekolah.
4.1.2 Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
a) Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
b) Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
c) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
4.1.3 Program-program berbentuk akademik hendaklah sentiasa diutamakan
dalam program-program sekolah.
4.1.4 Guru bertugas dan guru penyanyang perlu berada di sekolah pada pukul
7.00pagi manakala guru-guru lain perlu berada di kawasan sekolah sebelum
pukul 7.15pagi.
Tindakan : Semua guru
4.2 Mesyuarat
4.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan setiap mesyuarat perlu ada minit
yang akan diletakkan ke dalam Fail Pengurusan di pejabat dan satu salinan
untuk simpanan setiausaha. Pengurusan setiap mesyuarat perlu diuruskan
dengan sempurna, ada surat panggilan mesyuarat, agenda, maklum balas
dan menyediakan minit mesyuarat mengikut pekeliling PKPA 2/1991.
4.2.2 Mesyuarat panitia mesti dipengerusikan oleh ketua panitia dan ahli-ahli
adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar termasuk pihak pentadbir
dan wajib hadir dalam mesyuarat.
Tindakan : Ketua Panitia
4.2.3 Tuan pengerusi mengingatkan kepada semua ketua panitia supaya sentiasa
menjadikan Buku Panduan Piawaian Kualiti akademik sebagai rujukan
semasa mesyuarat panitia ataupun mengurus panitia.
Tindakan : Ketua Panitia
4.2 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
4.3.1 Semua mesyuarat panitia mesti dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum.
Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia
4.3.1 Mesyuarat Panitia mesti dihadiri oleh wakil pentadbir. Berikut agihan tugas
pentadbir ikut mata pelajaran.
Bil.
Mata Pelajaran
Jawatan Pentadbir
1.
Matapelajaran Teras
Guru Besar (Penasihat)
Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris /Sains / GK 1
Matematik / Bahasa Tamil

2.

4.3.2

4.4

Lain-Lain Mata Pelajaran

GK 1 / Mana-mana
Pentadbir
Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia

Setiausaha Panitia perlu menyerahkan salinan minit mesyuarat kepada


Setiausaha Kurikulum untuk disampaikan kepada Guru Besar dalam tempoh
seminggu selepas mesyuarat dijalankan.
Tindakan : Setiausaha Panitia

Sistem Fail
4.4.1 Semua fail diurus oleh setiausaha panitia dibantu oleh ketua panitia. Satu
salinan akan diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran Sekolah. Nombor
Rujukan untuk Fail dan surat menyurat perlu dirujuk di pejabat.
4.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha panitia boleh meminta bantuan
pembantu tadbir untuk menyediakan surat menyurat. Surat tersebut perlu
didrafkan terlebih dahulu dan diserah dalam tempoh yang munasabah untuk
disiapkan.
Tindakan : Setiausaha Panitia

4.5 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian


4.5.1 Setiap panitia mesti menggunakan sukatan pelajaran yang terkini.
4.5.2 Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.
Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia
4.5.3 Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap sebelum masuk ke kelas. Rancangan Pengajaran Harian adalah
dokumen yang paling penting bagi setiap guru.
4.5.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan dengan bertaip
sebelum hari pertama persekolahan. Ia perlu disemak terlebih dahulu oleh
Ketua Panitia sebelum disahkan oleh guru besar.
4.5.5 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum
pengajaran & pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar
harian perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
panitia.
4.5.6 Impak ditulis selepas P & P dengan memasukkan maklumat seperti bilangan
murid yang hadir dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari berkenaan
dan juga nyatakan tindakan susulan/aktiviti yang dicadangkan kepada murid
yang tidak mencapai hasil pembelajaran.
4.5.7 Buku persediaan mengajar perlu dilengkapkan dengan semua maklumat
yang diperlukan mengikut butiran yang ada dalam buku tersebut. Guru besar
akan membuat pemeriksaan keseluruhan buku ini pada hujung bulan Januari
ini. Semua guru diminta melengkapkan buku tersebut untuk disemak oleh
guru besar.
Tindakan : Semua guru
4.6

Guru ganti
4.6.1 Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti memaklumkan kepada guru
besar atau GK untuk tindakan menyediakan jadual ganti.
4.6.2 Guru yang tidak dapat hadir juga perlu menyediakan lembaran kerja mengikut
subjek kepada murid.
4.6.3 Guru ganti yang menghadiri kelas mesti mengajar subjek mengikut jadual
guru yang tidak hadir pada hari itu mengikut kelas.
Tindakan : Semua guru

4.7

Perkembangan Staf
4.7.1 Bagi tahun 2015, pengisian kursus akan dibincangkan dalam mesyuarat JK
LADAP yang akan diadakan nanti.
4.7.2 Semua Ketua Panitia boleh mencadangkan jenis kursus yang sesuai
mengikut panitia masing-masing.
4.7.3 Bahan-bahan ilmiah bagi guru-guru yang menghadiri berkursus mesti
diserahkan kepada GK1 atau Guru Besar dalam bentuk soft copy atau hard
copy .
Tindakan : Penyelaras LADAP dan Ketua Panitia

4.8 Pembelajaran & Pengajaran (PdP)


4.8.1 Semua buku SPBT adalah wajib digunakan manakala buku kerja perlu
digunakan serta hendaklah sentiasa disemak.
4.8.3 Bilik-bilik khas perlu digunakan untuk PdP dengan mengikut jadual yang telah
disediakan dan pastikan guru ada bersama murid semasa kelas tersebut
digunakan. Rekod penggunaan bilik-bilik ini perlu dipantau dan dibentangkan
/dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa.
Tindakan : Penyelaras Bilik Khas
4.9 ABM/BBM/Peralatan ICT
4.9.1 Peralatan ICT perlu digunakan sepenuhnya dan mesti ada rekod peminjaman
dan pemulangan.
4.9.2 Pinjaman LCD mesti mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pinjaman
mesti mendapat kebenaran pihak pentadbir.
Tindakan : Penyelaras Bestari
4.11. Penilaian Dan Peperiksaan
4.11.1 Ujian bulanan dijalankan pada minggu pertama setiap bulan dan
PKSR 1 dan 2 serta percubaan UPSR (khas untuk murid tahun 6) dijalankan
mengikut jadual yang ditetapkan.
4.11.2 Setiausaha peperiksaan diminta menyediakan takwim peperiksaan untuk
makluman dan tindakan semua guru.
Tindakan : Setiausaha peperiksaan
4.11.3 Ujian yang berbentuk sumatif akan ditetapkan oleh jawatankuasa penilaian
dan peperiksaan sekolah. Bentuk soalan adalah mengikut format dan
mempunyai skema jawapan.
4.11.4 Kerja kursus bagi mata pelajaran KT, KH, PSK dan sebagainya perlulah
dipantau dan guru perlulah membimbing murid terutama dalam proses
penyediaan folio.
Tindakan : Ketua Panitia KT, KH, PSK
4.11.5 PEKA perlu dilaksanakan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Ketua Panitia Sains
4.12 Pencerapan dan Pemeriksaan
4.12.1 Bagi pencerapan guru, akan dijalankan seperti yang dijadualkan
4.12.2 Jadual pencerapan guru dan pemeriksaan buku latihan murid akan ditampal
di bilik guru untuk makluman dan tindakan.
4.12.3 Dapatan hasil pencerapan dan pemeriksaan buku latihan murid akan
dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa untuk tindaka penambahbaikan
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Tindakan : Pentadbir dan Ketua Panitia

5.

Agihan Tugasan Kurikulum

5.1 Agihan tugas guru-guru dalam bidang kurikulum boleh dirujuk dalam Buku Panduan Dan
Senarai Tugas Guru 2015 yang akan diedarkan semasa sesi persekolahan dibuka nanti.
Tindakan : Makluman
5.2 Sebarang perubahan akan dimaklum kepada guru-guru dari semasa ke semasa.
6.

Pengurusan Kurikulum Berdasarkan SKPM

6.1 Pencapaian UPSR 2013


6.2 Pencapaian PKSR 2, 2013
6.2.1 Pencapaian PKSR 2 bagi murid tahun 1 hingga 5 masih belum mencapai
target
yang ditetapkan. Pengerusi berharap semua guru perlu membuat analisis
berdasarkan SP Chart bagi soalan objektif dan membuat penilaian
berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan pelajar bagi soalan subjektif.
Tindakan : Makluman
6.2.2 Semua panitia diminta melihat keberkesanan program yang telah dilaksanakan
pada tahun 2014 sebelum membuat perancangan tahun 2015. Perancangan
perlu sesuai dengan masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh panitia.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
7.

Perancangan Strategik Kurikulum


Tuan Pengerusi mengingatkan agar perancangan strategik panitia
mestilah dibuat berdasarkan format yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua KP

8.

Anggaran perbelanjaan 2015.

8.1 Semua panitia mata pelajaran diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan
berdasarkan peruntukan 2014 kerana pihak sekolah akan menerima peruntukan bagi
tahun 2015 tidak lama lagi. Semua panitia boleh merujuk anggaran perbelanjaan lepas
daripada ketua kerani bagit tujuan tersebut. Prosedur kewangan perlu dipatuhi
sepenuhnya
8.4 Semua ketua panitia diminta membuat anggaran perbelanjaan panitia bagi tahun 2015
untuk diserahkan kepada Tuan Pengerusi.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
9. Hal-hal lain
9.1. Pengerusi meminta semua guru bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian untuk
hari pertama persekolahan iaitu hari Isnin (12 Januari 2014).
9.2 Tuan Pengerusi memaklumkan penetapan sasaran 2014 peringkat sekolah iaitu:
9.2.1 UPSR - .
- Gred Purata Sekolah
9.2.2 PKSR - 30 : 90 (30% kualiti dan 90% kualiti).

9.2.3 LINUS : 90% melepasi saringan di akhir tahun 1 dan 100% melepasi saringan
di akhir tahun 2 dan tahun 3.
Tindakan : Makluman
10. Penutup
10.1 Pesanan dan harapan
10.1.1 Semua panitia diminta bersedia dengan program kecemerlangan kurikulum
tahun 2015 dan membincangkannya dalam mesyuarat panitia masing-masing.
10.1.2 Guru-guru diharap dapat menjalankan pengurusan kelas dengan baik.
10.1.3 Guru-guru juga diingatkan untuk menjadi guru yang berkesan dan cemerlang
dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
10.1.3.1
Kesungguhan menjalankan perkara-perkara yang dirancang.
10.1.3.2
Merancang program akademik dengan baik dan teratur.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

___________________________

________________________

LAMPIRAN
DASAR KURIKULUM
KANDUNGAN
1. Dasar Pembelajaran dan Pengajaran
1.1 Rasional
1.2 Matlamat
1.3 Panduan Minimum Pembelajaran dan Pengajaran
2. Dasar Minimum Latihan Murid bagi Mata Pelajaran Teras
2.1 Bahasa Melayu
2.2 Bahasa Inggeris
2.3 Matematik
2.4 Sains
3. Pemeriksaan Buku Latihan Murid
3.1 Jenis Latihan yang dicerap
3.2 Cara hantar buku
3.3 Perkara yang dipantau (Instrumen pemantauan)
3.4 Masa dan jadual pemeriksaan
4. Pencerapan Guru
4.1 Dasar Pencerapan
4.2 Jadual Pencerapan
4.3 Instrumen Pencerapan
5. Sistem Penilaian
5.1 Matlamat
5.2 Objektif
5.3 Panduan Am Guru
1. Dasar Pembelajaran dan Pengajaran
a. Rasional
Tugas utama guru adalah mengajar. Ia merupakan faktor utama penentu
tahap pencapaian murid dalam akademik di sekolah rendah. Oleh yang
demikian ia perlu diurus dengan baik supaya ia mendapat impak yang
disasarkan.
b. Matlamat

Membantu guru dalam melaksanakan tugas


Membantu murid dalam pembelajaran
Menilai prestasi guru.
c. Panduan Minimum Pembelajaran dan Pengajaran
Persediaan pra pengajaran
o Persediaan guru
o Keselesaan kelas
o Kesediaan murid
-

Ketetapan waktu (Rujuk jadual waktu)


o Masuk Kelas
o Keluar kelas
Tidak boleh meninggalkan kelas
Memaksimumkan Contact Hours dengan murid
Ada Aktiviti Lisan, Bacaan dan seterusnya latihan bertulis setiap kali
masuk kelas.
Guru tidak boleh duduk di kerusi semasa mengajar, tetapi hendaklah
bergerak dalam kelas.
Periksa buku latihan murid setiap hari, selewatnya 3 hari selepas
latihan.
Ada pembetulan
Ada pemulihan / pengayaan / pengukuhan / peneguhan
Ada alat / bahan bantuan mengajar terutamanya tahap 1
Habiskan sukatan pelajaran
o Tahun 1 5 pada bulan September
o Tahun 6 pada bulan Mei / Jun
Wajib guna buku teks, buku aktiviti (tahap 1) hingga habis
Guna buku kerja 1 hari dalam seminggu hingga habis
Mengintegrasikan ICT dalam P&P sekerap mungkin, sekurangkurangnya 1 kali dalam sebulan.
Menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah P&P yang dicadangkan
oleh KPM.
Latihan
o Membuat garisan dengan pembaris
o Mulakan latihan dengan menulis hari, tajuk dan tarikh dalam
setiap latihan
Latihan Home Test hendaklah diberi kepada murid pada masa cuti
sekolah atau cuti panjang.

2. Dasar Minimum Latihan Murid bagi Mata Pelajaran Teras


2.1 Bahasa Melayu - Sasaran PKSR ....... % lulus dan UPSR ...... %
Ada Latihan bertulis setiap kali dihujung pengajaran
Latihan penulisan
# 2 kali seminggu Tahap 2 (karangan)
# 1 kali seminggu Tahap 1 (bermula tahun 1) selepas bulan Jun
Latihan tatabahasa
Buat pengkhususan dalam pengajaran bahasa
Latihan kerja rumah 3 kali seminggu
60% latihan berbentuk KBKK
Ada BBM
Bilangan buku latihan T1 __ T2__ T3 __ T4 __ T5 __ T6 __
2.2 Bahasa Inggeris- Sasaran PKSR ....... % lulus dan UPSR ...... %

Ada latihan bertulis setiap kali di penghujung pengajaran di samping aktiviti lisan
di awal pengajaran hendaklah diberi penekanan
50% latihan berbentuk penulisan
50% latihan berbentuk tatabahasa (grammar)
Kualiti latihan ikut tahap dan kemampuan murid
60% latihan berbentuk KBKK
100% murid membuat pembetulan
Ada BBM
Program satu perkataan setiap hari -sebut, eja, tulis , seerti, lawan dan contoh
penggunaan /ayat bagi perkataan tersebut.
Bilangan buku latihan T1 __ T2__ T3 __ T4 __ T5 __ T6 __
English literature diajar mulai tahun 4-6
ICTL diajar di tahun 3-5
2.3 Matematik- Sasaran PKSR ....... % lulus dan UPSR ...... %
Ada latihan bertulis setiap kali di penghujung pengajaran
Latihan berbentuk mekanikal
16 soalan Tahap 2
10 soalan Tahap 1
Latihan berbentuk penyelesaian masalah (KBKK)
10 soalan Tahap 2
5 soalan Tahap 1
60% latihan bertumpu pada KBKK --- 100%
100% murid membuat pembetulan
Latihan kerja rumah 3 kali seminggu
Bilangan buku latihan T1 __ T2__ T3 __ T4 __ T5 __ T6 __
Ada BBM dalam setiap P&P
Latihan Sifir lisan dan bertulis
2.4 Sains- Sasaran PKSR ....... % lulus dan UPSR ...... %
Ada latihan bertulis setiap kali di penghujung pengajaran
Latihan mencukupi
Latihan berkualiti
Penerapan dan pengukuhan kemahiran proses sains
60% soalan / latihan berbentuk KBKK
Latihan / kerja rumah 2 kali seminggu (guna buku kerja Tahap 2)
Ada BBM dalam setiap P&P
Bilangan buku latihan T1 __ T2__ T3 __ T4 __ T5 __ T6 __

Dasar Pemeriksaan Buku Latihan Murid


3.1 Jenis Buku Latihan yang dicerap
Buku Latihan harian dan Kerja Rumah
Buku Lembaran Kerja (Buku Aktiviti)
Buku Kerja
3.2 Cara hantar buku
- Diikat dan dilabelkan
o Nama Guru
o Mata Pelajaran

o Tahun / Kelas
o Bilangan Hantar
o Senarai nama murid
3.3 Perkara yang dipantau
Rujuk Instrumen pemantauan
3.4 Masa dan jadual pemeriksaan
2 kali setahun
Hantar ikut tarikh yang ditetapkan dalam Takwim
Hantar kepada Pencerap yang telah ditetapkan . Rujuk Buku Pengurusan
Sekolah
4. Pencerapan Guru
4.1 Dasar Pencerapan
Pengenalan
Pencerapan bilik darjah merupakan satu proses untuk melihat
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Memaksimakan
masa P&P adalah sangat perlu untuk mencapai matlamat dan objektif...
Tujuan
Untuk membantu guru mengajar dan murid belajar
Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru
Menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar dalam bilik darjah
Menggalakkan penggunaan kaedah pengajaran berkesan dan menarik
a. Jadual Pencerapan
b. Instrumen Pencerapan
5. Sistem Penilaian
a. Matlamat
b. Objektif
c. Panduan Am Guru

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM


31350 IPOH
Dasar Pemeriksaan Buku Latihan Murid
1. Jenis Buku Latihan yang dicerap
Buku Latihan harian dan Kerja Rumah
Buku Lembaran Kerja (Buku Aktiviti)
Buku Kerja
2. Cara hantar buku
- Diikat dan dilabelkan
o Nama Guru
o Mata Pelajaran
o Tahun / Kelas
o Bilangan Hantar
o Senarai nama murid
3. Perkara yang dipantau
Rujuk Instrumen pemeriksaan (Lampiran)
4. Masa dan jadual pemeriksaan
2 kali setahun
Hantar ikut tarikh yang ditetapkan dalam Takwim/oleh pentadbir
Hantar kepada pencerap yang telah ditetapkan . Rujuk jadual pencerapan
dan pencerap.
5. Rekod pencerapan oleh pencerap akan diserahkan kepada guru besar 1 salinan
dan 1 salinan diberikan kepada guru berkenaan untuk perbincangan
penambahbaikan dan tindakan.
6. Guru besar akan membuat rumusan dan memaklumkan kepada semua guru.

Dasar Pencerapan Guru


Pengenalan
Pencerapan bilik darjah merupakan satu proses untuk melihat
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Memaksimakan
masa P&P adalah sangat perlu untuk mencapai matlamat dan objektif.
Tujuan
Untuk membantu guru mengajar dan murid belajar.
Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.
Menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar dalam bilik darjah.
Menggalakkan penggunaan kaedah pengajaran berkesan dan menarik
Jadual Pencerapan dan Pencerap
Rujuk Jadual dan Senarai Pencerap (Lampiran)
Pencerap terdiri daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras, Guru Besar
dan Semua Penolong Kanan.
Kriteria Pencerapan
12 Kriteria pembelajaran dan pengajaran. Rujuk Instrumen pencerapan
(Lampiran) SKPM Versi 2010
Hasil Dapatan Pencerapan
Rekod Pemeriksaan oleh pemantau akan diserahkan kepada Guru Besar
1 salinan dan 1 salinan diberikan kepada guru berkenaan untuk
perbincangan penambahbaikan dan tindakan.
Guru Besar akan membuat rumusan dan memaklumkan kepada semua
guru.

You might also like