Struktur PBSM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Struktur dan organisasi Palang Merah peringkat

antarabangsa (JAPM/ICRC/IFRC)
Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah mengandungi tiga komponen.
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah
(International Federation of RC/RC Societies, IFRC)
3. Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

1.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)


Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau lebih dikenali lagi dengan nama
International Committee of the Red Cross (ICRC) adalah komponen yang paling
prihatin terhadap pembangunan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam risalah ini. Ianya ditubuh oleh lima
orang Wargakota Geneva pada tahun 1963 dan masih merupakan sebuah
organisasi Swiss yang bersendirian. Malah ianya adalah sebuah badan yang
bebas daripada pengaruh kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Peranan
JAPM adalah untuk melindungi dan menolong orang-orang awam dan mangsamangsa anggota tentera dalam konflik bersenjata atau rusuhan awam. JAPM
adalah merupakan asas kepada pergerakan ini dan komponen pertama yang
ditubuhkan.

2.

Persekutuan

Antarabangsa

Persatuan

Palang

Merah/Bulan Sabit Merah


Komponen ini yang dikenali dahulu dengan nama Liga Persatuan Palang
Merah/Bulan Sabit Merah ditukar namanya kepada Persekutuan seperti di atas
pada tahun 1991. Ianya ditubuh pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Kedua
untuk menyelaras tindakan-tindakan dan kegiatan-kegiatan Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam masa aman. Kegiatan utamanya adalah untuk membekalkan
bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada orangorang pelarian, menggalak penubuhan dan pembangunan Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam seberapa banyak negara yang mungkin dan mewujudkan
perhubungan,

penyelarasan

dan

bantuan

kepada

Persatuan-persatuan

Kebangsaan; segala bentuk kerja-kerja kemanusiaan yang akan menyumbang


terhadap mengurangkan penderitaan dan mengekalkan keamanan.

Persekutuan ini sekarang mempunyai 164 Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit


Merah Kebangsaan dengan keahliannya melebihi 250 juta ahli.
3.

Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan


Pembangunan Konvensyen Geneva merupakan satu bahagian daripada usaha
kemanusiaan yang terkandung dalam buku Kenangan di Solferino. Bahagian
yang lainnya ialah wawasan Dunant untuk mewujudkan Persatuan-Persatuan
Kebangsaan, di mana peranan utamanya ialah untuk memberI penjagaan
perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di medan pertempuran. Pada
bulan Oktober 1863, beberapa buah kerajaan negara telah menghantar wakilwakil mereka ke suatu perhimpunan di Geneva yang memutuskan bahawa
Persatuan bantuan perubatan perlu ditubuhkan. Perhimpunan ini diadakan hasil
daripada usaha Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang baru sahaja
ditubuhkan pada ketika itu.
Pada permulaan, lebih 20 Persatuan Kebangsaan ditubuhkan di Eropah. Pada
hari ini, wujud 164 buah Persatuan Kebangsaan dan satu daripadanya ialah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Tujuan utamanya masih lagi kekal
seperti tujuan asalnya iaitu member bantuan perubatan kepada mereka yang
sakit dan luka di medan peperangan. Dalam masa aman, mereka berlatih
menyediakan diri untuk membolehkan mereka memain peranan yang lebih
berkesan lagi dalam masa perang. Di samping itu mereka juga terlibat dalam
pelbagai aktiviti yang lain bertujuan meringankan penderitaan manusia. Ini
termasuklah Latihan Pertolongan Cemas (First Aid), bantuan semasa bencana
alam (seperti kebakaran, banjir, dll) dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
kesihatan dan kebajikan.

Persidangan Palang Merah Antarabangsa


Ketiga-tiga komponen ini beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah menandatangani
Konvensyen Geneva berjumpa empat tahun sekali untuk Persidangan Palang Merah
Antarabangsa.Persidangan Antarabangsa

ini

merupakan

satu

badan

membuat

keputusan yang tertinggi bagi pergerakan Palang Merah. Semua Palng Merah/Bulan
Sabit

Merah

beserta

dengan

kerajaan-kerajaan

yang

telah

menandatangani

Konvensyen Geneva adalah terikat dengan keputusan dan resolusi yang dibuat oleh
Persidangan ini.

Pergerakan Palang Merah Antarabangsa

Persidangan Antarabangsa
Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah
IFRC
Jawatankuasa
Antarabangsa Palang
Merah Geneva
ditubuhkan 1863

Suruhanjaya Bertugas

Majlis Delegrasi

Persekutuan
Antarabangsaan
Persatuan-Persatuan
Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah

Persatuan-Persatuan Kebangsaan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Pergerakan Palang Merah dan


Bulan Sabit Merah Antarabangsa
atau
Palang Merah Antarabangsa

Struktur dan Organisasi Palang Merah di Malaysia

Struktur organisasi persatuan


1. Satu organisasi pusat mengandungi
a. Senat PBSMM
b. Majlis Kebangsaan
c. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
d. Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
2. Cawangan cawangan dan jawatkuasanya serta beberapa jawatankuasa kecil
masing-masing di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia.
3. Unit-unit kecil dan jawatankuasa masing-masing.
Organisasi Pusat

Senat PBSMM
1. Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi
PBSMM.
2. Tidak mempunyai kuasa eksekutif.
3. Ada tidak lebih daripada 25 senatorpada sesuatu masa.
4. Pelantikan senator PBSMM ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan
dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai
pengiktirafan pada perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada
persatuan dan negara.
5. Peranan utamanyaadalah bagi meningkatkan imej dan matlamat persatuan
sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan.

Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan adalah badan terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan
pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal persatuan. Anggota-anggota adalah
seperti berikut:
1.Pengerusi kebangasaan.
2. Timbalan pengerusi kebangsaan.
3. Empat naib pengerusi kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih di kalangan
pengerusi cawangan.
4. Pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan.
5. Tidak terlebih daripada 5 ahli yang dipilih

6. Dua orang wakil daripada tiap-tiap cawangan terdiri sama ada pengerusi
cawangan, naib pengerusi, pengarah cawangan, setiausaha kehormat dan
bendahari kehormat cawangan.
7. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
8. Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia(MMA).
9.Seorang wakil daripada tiap-tiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab
berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal luar negara, kesihatan, hal ehwal
dalam negeri dan belia.
Majlis kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali mesyuarat dalam setahun
dan memerlukan satu pertiga kehadiran ahli bagi membentuk korum.

Jawatan Eksekutif Kebangsaan.


Pengurusan bekenaan hal ehwal persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa
Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa bertindak sejajar dengan arahan
dan keputusan Majlis Kebangsaan. Ahli jawatankuasa ini adalah terdiri daripada
1. Pemegang jawatan utama (pengerusi dan timbalan kebangsaan, naib-naib
pengerusi dan bendahari kehormat kebangsaan).
2. Pengerusi jawatankuasa kebangsaan.
3. Wakil daripada setiap lima zon.
Pengrusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangasaan yang
mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan. Antara lain, kuasa
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan adalah:
1. Menamakan calon bagi pelantikan setiausaha agung oleh Majlis Kebangsaan
serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syarat-syarat
perkhidmatan mereka.
2. Memberu pertimbangan dan melulus ataupun sebaliknya pelantikan ahli-ahli
jawatankuasa cawangan yang dipilih selain daripada pengerusi cawangan yang
dicalonkan oleh jawatankuasa cawangan.
3. Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama dalam menentukan
pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ahli
persatuan yang tidak termasuk ahli-ahli senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis
Kebangsaan.
4. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan bole melantik jawatankuasa kecil yang
difikirkan dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Kebangsaan.
Semua aktiviti-aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa
Kebangsaan. Pada masa ini, ada 10 Jawatankuasa Kebangsaan dan setiap satu
diketuai oleh pengerusinya masing-masing. Jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan
terdiri dari:
1. Pekhidamtan ambulans
2. Pentadbiran dan pengurusan
3. Bangunan
4. Reaksi kecemasan
5. Program darah
6. Perkhidmatan kesihatan dan masyarakat
7. Hal ehwal antarabangsa
8. Perhubungan raya dan kutipan derma
9. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hal ehwal perundangan
latihan dan tenaga manusia
Pengerusi Jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan juga
ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam mesyuarat agung tahunan.

Carta organisasi
PBSMM

You might also like