Bab 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB TIGA

KAEDAH KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tatacara bagaimana kajian ini dijalankan. Aspek-aspek
yang berkaitan dengan metodologi kajian akan diterangkan secara terperinci dalam
bab ini. Bermula daripada rekabentuk kajian, pengkaji akan terus membincangkan
hal-hal yang bersangkutan dengannya seperti sampel kajian,kajian rintis, prosedur
kajian , instrumen ujian serta analisis kajian.
3.2

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di mana murid-murid


dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kawalan. Keduadua kumpulan akan diberi ujian pra untuk mengetahui pencapaian awal mereka
dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak. Selepas
diberi ujian pra, jawapan-jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti
tahap pencapaian murid-murid. Seterusnya Kaedah Koperatif dan Tradisional akan

33

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan Eksperimen akan


menerima rawatan dengan Kaedah Koperatif. Sebaliknya kumpulan kawalan akan
diajar dengan pengajaran secara kaedah tradisional.

Selepas proses pengajaran

dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan, kedua-dua kumpulan ini akan
diberikan ujian sama yang dikenali sebagai ujian post. Data dan markah ujian bagi
setiap individu dari kedua-dua kumpulan akan dipungut untuk dianalisis.

Kelas Eksperimen

Kelas Kawalan

Ujian Pra
Rajah 3.1: Langkah-langkah Kajian
3.3 POPULASI DAN SAMPEL
Sebagai menjawab persoalan pokok yang menjadi fokus utama kajian, pengkaji telah
Ujian Pos
memilih murid-murid tahap dua Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Seri Geliga,
Daerah Kemaman Terengganu sebagai responden. Seramai 30 orang pelajar tahap
dua Tahun Lima di sekolah tersebut digunakan sebagi sampel untuk kajian ini.
Mereka ini akan menjadi responden kajian bagi menjawab soal selidik yang
disediakan.
3.4

ALAT-ALAT KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan dua instrumen kajian. Instrumen tersebut ialah ujian
post dan pra serta borang maklumat murid. Ujian melibatkan ujian pra dan ujian pos.
Ujian pra digunakan untuk menentukan pencapaian murid sebelum mengikuti sesi
pembelajaran, sementara ujian pos digunakan untuk menentukan pencapaian murid
selepas sesi pembelajaran dengan kaedah koperatif dan tradisional. Ujian pra dan
ujian pos akan memberikan data dalam bentuk kuantitatif. Borang maklumat murid

34

pula digunakan untuk menilai persepsi murid terhadap penggunaan kaedah koperatif
dalam pembelajaran mereka.
Bagi mengukur pencapaian murid

pada peringkat awal, saya akan

memberikan pra ujian ke atas responden. Bagi menghasilkan ujian pra ini, saya akan
menyediakan satu set soalan yang berjumlah 10 soalan. Set soalan yang saya bina
adalah diubahsuai berdasarkan buku buku aktiviti dan buku rujukan. Setelah selesai
diberikan ujian pra kepada semua murid yang terlibat iaitu seramai 30 orang,
seterusnya murid tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 15 orang dalam
kumpulan kawalan dan 15 orang dalam kumpulan eksperimen. Setelah murid
dipecahkan kepada dua kumpulan, murid dalam kumpulan eksperimen di ajar
menggunakan kaedah koperatif manakala murid dalam kumpulan kawalan pula di
ajar dengan kaedah tradisioanl. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan
kaedah koperatif berbanding kaedah tradisional. Setelah selesai enam minggu proses
pengajaran bagi dua kumpulan ini, guru telah merangka soalan ujian post yang mana
soalannya sama dengan soalan pra dan guru hanya mengubah beberapa bahagian
sahaja seperti nama dan nombor supaya tidak berlaku persamaan soalan.
3.4.1 Soal Selidik Maklumat Pelajar
Soal selidik yang dijalankan ke atas responden mengandungi item-item berhubung
dengan sikap, maklumat mengenai keputusan markah dan gred matematik bagi setiap
murid yang diperolehi. Keputusan ini akan digunakan untuk melihat prestasi
pencapaian murid di peringkat awal.
3.4.2 Ujian
Soalan ujian pula adalah soalan yang diberikan kepada responden dimana soalan
merangkumi tajuk penyelesaian masalah pecahan yang melibatkan penambahan dan
penolakan pecahan. Soalan ujian pra dan ujian pos terdiri dari 10 soalan di mana ia

35

terdiri dari soalan mudah ke soalan sukar. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab
soalan ini adalah 30 minit. Dalam bahagian ini soalan ujian digunakan untuk melihat
kebolehan murid menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan pecahan yang
diubahsuai mengikut kajian dan kesesuaian tahap murid. Saya akan membina soalansoalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut berpandukan buku siri ulangkaji. Ujian
pra dan ujian pos boleh dirujuk dalam Lampiran 2 dan Lampiran 3.
3.5

KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar dijalankan, penyelidik telah menjalankan kajian rintis untuk
mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item yang dibina. Seramai 30 orang murid
telah diagihkan borang soal selidik. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji
kebolehpercayaan instrumen bagi mendapatkan data yang tepat berkaitan persoalan
kajian. Disamping itu, ia bertujuan untuk membolehkan penyelidik menilai sama ada
murid - murid yang dijadikan responden memahami soalan, selain berpeluang
membaiki kesilapan dalam operasi menyelesaikan masalah. Menurut Azizi (2007)
perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik dalam menjalankan aktiviti
pengumpulan data adalah kesahihan data yang dikumpulkan, sejauh mana data-data
itu dapat memberi maklumat dan pengukuran yang tepat serta bermakna dalam
sesuatu penyelidikan. Justeru, selepas penyelidik membetuk alat atau instrumen
kajian, iaitu soal selidik yang sesuai, penyelidik perlu memastikan alat itu
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang khusus.
3.6

TATACARA PENGANALISIS DATA

Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik terhadap dua kelas yang
digunakan dalam kajian. Semua murid dari dua kelas ini akan diberi ujian pra.
Seterusnya mereka diajar selama enam minggu dimana Kaedah Koperatif
36

dilaksanakan pada Kumpulan Eksperimen manakala kaedah tradisional pada


Kumpulan Kawalan.
Bagi mengesan pencapaian murid dalam kaedah koperatif, pengkaji
menjalankan kajian mengikut prosedur yang telah dirancangkan. Di antara prosedur
pelaksanaan yang dirancangkan adalah pada minggu pertama, murid diharapkan
dapat memahami konsep penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah. Aktiviti
yang akan dijalankan adalah berdasarkam contoh-contoh yang diberikan guru. Guru
seterusnya mengedarkan soalan latihan berkaitan dengan kemahiran yang diajar dan
murid menjawab soalan melalui perbincangan dengan rakan dalam bentuk kumpulan
serta bimbingan dari guru.
Pada minggu kedua pula, murid diharapkan dapat menyatakan jawapan yang
melibatkan penyelesaian masalah pecahan melibatkan tolak. Pada minggu ini,
pengulangan kemahiran penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah masih
dilaksanakan kepada murid bagi yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Selepas pengajaran, murid-murid menjawab soalan-soalan yang lebih mudah
berkaitan kemahiran yang diajar dalam bentuk kumpulan dan dibimbing oleh guru.
Pada minggu ketiga, hasil pembelajaran yang diharapkan adalah murid dapat
memahami konsep penyelesaian masalah pecahan yang melibatkan tambah dan
tolak. Guru menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan bantuan alat bantu mengajar.
Guru juga mengedarkan soalan yang berkaitan bagi mengukuhkan lagi kemahiran
yang diajar dan murid menjawab soalan tersebut dalam bentuk kumpulan yang telah
ditetapkan dengan bimbingan daripada guru.
Seterusnya pada minggu keempat, diharapkan murid dapat memahami
dengan jelas konsep penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak
dengan memperkukuhkan lagi dengan aktiviti dalam bentuk kumpulan bagi
37

membantu murid lebih memahami konsep penyelesaian masalah. Semasa aktiviti


dijalankan, murid-murid dalam kumpulan, digalakkan menyoal jika memerlukan
penerangan atau penjelasan guru dan mendapatkan maklumat. Langkah ini
melibatkan kedua-dua kemahiran penolakan dan penambahan yang melibatkan
penyelesaian masalah pecahan dan ianya diulang sehingga pada minggu kelima.
Pengajaran diteruskan lagi pada minggu keenam. Murid diharapkan dapat
menyelesaikan masalah pecahan melibatkan penolakan dan penambahan tanpa
bimbingan guru. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam aktiviti berkumpulan. Selepas
pengajaran, latihan latih tubi diedarkan kepada murid. Guru mengadakan
perbincangan jawapan selepas murid menjawab soalan yang diberikan. Ianya
bertujuan bagi menguji kemahiran murid. Pengulangan kemahiran dilaksanakan jika
perlu.
Di akhir minggu keenam ini instrumen yang kedua diberikan iaitu ujian post.
Soalan ujian post yang diberikan adalah sama di dalam ujian pra namun nombornya
sahaja yang berubah supaya murid beranggapan bahawa soalan tersebut tidak pernah
dibuat sebelum ini. Ujian ini diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan bagi melihat keberkesanan bagi kedua-dua kaedah yang digunakan oleh
pengkaji bagi topik penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak.
Tempoh masa selama 30 minit juga akan diberikan kepada murid-murid untuk
menyelesaikan ujian tersebut.
3.7

ANALISIS DATA

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari frekuensi
dan peratus. Maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap murid adalah
untuk melihat peratus keupayaan awal murid. Maklumat ini juga akan digunakan
untuk mencari hubungan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam

38

menyelesaikan masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak ke atas prestasi dan
sikap pelajar Tahun 5. Data yang dikumpulkan dari soalan ujian pra dan post akan
dianalisa oleh pengkaji. Kebolehan murid pada peringkat awal dan akhir kajian
selama 6 minggu akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi untuk setiap
item soalan dan markah keseluruhan. Kesilapan dan kelemahan murid sewaktu
menjawab soalan ujian akan dibincang oleh pengkaji.
Jawapan yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan dikenali sebagai
data. Data ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu betul atau salah. Bagi soalan yang
tidak dijawab ianya tidak diambil kira di dalam analisis data ini. Semua data ini
disusun mengikut bentuk-bentuk tadi dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.
Peratusan jawapan yang betul dikira dengan mengambil jumlah bilangan yang betul
berbanding dengan jumlah keseluruhan murid

yang menduduki ujian tersebut.

Manakala peratusan salah pula diperolehi dengan membandingkan bilangan jawapan


salah dengan jumlah murid yang menjawab ujian tersebut. Kelemahan dan kesilapan
sewaktu menjawab soalan ujian akan dibincangkan oleh pengkaji.
3.8

RUMUSAN

Dalam kajian ini, murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan
dan Kumpulan Eksperimen. Kedua-duanya menduduki uijian pra dan post dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ujian Pra dan Ujian Post adalah sangat penting bagi
melihat keberkesanan kaedah koperatif yang digunakan. Analisis data dalam bentuk
kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai akan dibuat selepas kedua-dua ujian
selesai dijalankan.
Di dalam kajian ini, penulis akan mengunakan disiplin-disiplin ilmu yang telah
dipilih, berdasarkan kaedah yang telah dinyatakan di atas bagi menonjolkan hasil

39

kajian yang mantap serta dapat menjadi rujukan, bahan perbincangan yang berguna
kepada mahasiswa, ahli-ahli akademik, ahli-ahli politik, masyarakat dan negara.
Pengkaji telah memilih kaedah eksperimen yang meliputi proses untuk
mendapatkan data dalam masa tertentu yang telah ditetapkan dengan menggunakan
borang soal selidik, mata pelajaran-mata pelajaran yang diberikan ujian pra dan ujian
Pos. Dalam kajian ilmiah ini, penulis telah membuat rujukan ke atas kajian ilmiah
yang telah dibuat oleh Mohamad Zulkifli Bin Ab Rahman yang bertajuk
perlaksanaan kaedah koperatif dan keberkesannya. Tujuan penulis membuat
rujukan

kepada kajian ilmiah ini adalah untuk melihat sejauhmana penguasaan

matematik

dan pencapaian pelajar dibeberapa buah sekolah terpilih di Daerah

Kuching, Sarawak dalam kemahiran matematik untuk dibandingkan dengan kajian


yang dibuat di Daerah

Kemaman, Terengganu. Untuk itu juga, penulis akan

memberikan gambaran terhadap pengkajian

keberkesanan perlaksanaan kaedah

koperatif dalam menyelasaikan masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak


Program di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Daerah Kemaman, Terengganu.

40

42

You might also like