Laporan Guru Cemerlang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

Tarikh

: 11 April 2014

Tokoh Guru Cemerlang

: Puan Haslinda Binti Omar

Tempat

: SK Bukit Rambai, Melaka

Pada 11 April 2014, seramai 15 orang guru pelatih dari Unit PPG Sains 2 Kohort
1, telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru Cemerlang di
Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka . Berikut merupakan tentatif program
Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bukit
Rambai, Melaka.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARKING) GURU


CEMERLANG

2.15 petang

Ketibaan di SK Bukit Rambai

2.30 petang

Pendaftaran

2.45 petang

Bacaan Doa

2.55 petang

Ucapan Wakil IPGKPM

3.00 petang

Ceramah oleh Guru Cemerlang


SK Bukit Rambai, Melaka

4.00 petang

Sesi Penyerahan Cenderamata

4.10 petang

Sesi Bergambar

4.15 petang

Jamuan

4.30 petang

Bersurai

Ketibaan kami disambut mesra oleh Guru Cemerlang itu sendiri iaitu Puan
Haslinda Binti Omar dengan senyuman yang manis. Kami dipersilakan ke pusat
sumber sementara menunggu untuk sesi seterusnya. Kemudian kami ke makmal
komputer bagi meneruskan majlis seterusnya. Sebelum memulakan acara temubual,
bacaan doa di sempurnakan oleh Tn Hj Ismail Bin Rahman, guru agama SK Bukit
Rambai sebagai pembuka acara supaya matlamat kami diberkati.
Selepas selesai bacaan doa, wakil kelas kami En Yatim B Isar selaku ketua unit
dan ketua program BIG memberikan ucapan dan kata-kata aluan. Beliau
menyampaikan tujuan kami hadir ke SK Bukit Rambai adalah untuk Lawatan Penanda
Aras Guru Cemerlang dan berharap agar kami mendapat kerjasama.
Setelah selesai ucapan wakil kami, seterusnya, sesi ceramah oleh Guru
Cemerlang iaitu Puan Haslinda Binti Omar. Melalui ceramah ini, kami berpeluang
berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain memperkenalkan diri secara
umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan dan
sejarah keluarga.
Menurut Puan Haslinda, beliau merupakan guru cemerlang gred 32 dan telah
menjadi guru cemerlang sejak tahun 2008 lagi. Kini genap 6 tahun beliau berkhidmat
sebagai guru cemerlang yang sangat berdedikasi.
Puan Haslinda merupakan seorang guru yang aktif dan komited dalam
menjalankan tugas hakiki ini. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut terlibat
dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Antaranya ialah penglibatan dalam
pembentukan kurikulum Pendidikan Sains sekolah rendah, merupakan salah seorang
Jurulatih Sains bagi semua program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
terutama dalam bidang KSSR.
Tugas utama beliau sebagai Jurulatih ialah untuk menyampaikan dasar-dasar
kementerian berkenaan dengan pelaksanaan KSSR di sekolah kepada semua guru di
Negeri Melaka.Selain daripada itu, beliau juga merupakan Pentaksir Kawasan bagi
Penilaian Kerja Amali (PEKA). Beliau akan memantau perjalanan PEKA khusus bagi
murid tahun 6 sekolah-sekolah yang berada di kawasan ini.

Berkat usahanya, beliau telah memperoleh beberapa anugerah kecemerlangan


yang boleh dibanggakan. Antaranya ialah anugerah Guru Cemerlang, anugerah
Penyelaras Cemerlang, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Selain itu juga, beliau
turut di jemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah, teknik
menjawab soalan, program motivasi, perjumpaan ibu bapa untuk berkongsi pendapat
dengan guru-guru dan ibu bapa.
Antara sumbangan besar beliau di sekolah ialah, Projek Taman Sains yang
cantik dan terurus sepanjang masa. Semua tumbuhan di label dengan baik dan
diselenggarakan oleh semua guru sains tidak terkecuali dibantu oleh pekerja
pembersihan sekolah.
Selain itu, beliau juga berusaha untuk menceriakan bilik sains supaya menjadi
lebih kondusif sesuai untuk pembelajaran sains di dalam bilik sains. Beliau juga sangat
disenangi oleh semua guru disekolah dan sentiasa menyampaikan maklumat-maklumat
penting sebagai pemegang dasar KSSR dan sentiasa disebar luaskan kepada semua
guru di sekolah supaya guru-guru sentiasa memahami dan mendalami KSSR terkini.
Beliau sangat menghargai lawatan ini kerana dapat berkongsi pengalaman dan
merasakan sangat bertuah kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu buat kami untuk
pedoman di masa hadapan. Selepas sesi ceramah, wakil kelas kami menyampaikan
cenderamata sebagai tanda penghargaan dan ingatan kepada kami. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dengan kerjasama yang beliau
berikan.
Sebelum bergerak ke sesi jamuan ringan, kami mengadakan sesi bergambar
dan bersalam-salaman bersama beliau sebagai tanda kenang-kenangan. Diharap agar
program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk
semarakkan jiwa kami supaya terus berjuang dalam bidang pendidikan. Kami bertolak
pulang selepas sesi jamuan. Sekian terima kasih.

LAPORAN BERGAMBAR

Puan Haslinda Binti Omar


Guru Cemerlang Sains SK Bukit Rambai, Melaka

berbincang dan menghasilkan laporan dalam makmal komputer Sekolah Kebangsaan

Sesi bertemuramah dengan guru cemerlang

Guru-guru berkumpul di pondok sekolah

Para guru berkumpul di Pusat Sumber sekolah sementara menunggu untuk


bertemuramah dengan guru cemerlang

You might also like