Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Senarai Tugas juruteknik komputer :

1. Tugas mengikut pengkelasan Komputer/ IBM / Rangkaian


2. Tugas mengikut seksyen/ sektor
3. Membantu menyelenggara dan menasihat pengguna yang menghadapi masalah installasi perisian
dan perkakasan komputer
4. Memantau, memeriksa, menyediakan dan membentangkan laporan SLA untuk projek
tender/sebutharga Universiti dibawah seliaan Bahagian Infrastruktur ICT seperti mana lantikan
sebagai Juruteknik Projek yang telah dibuat.
5. menghadiri mesyuarat SLA bulanan membentangkan laporan SLA untuk projek tender/sebutharga
Universiti dibawah seliaan Bahagian Infrastruktur ICT seperti mana lantikan sebagai Juruteknik
Projek yang telah dibuat.
6. Mengendalikan talian Khidmat Pelanggan 613100/3888 mengikut jadual penggiliran yang telah
ditetapkan:
6.1. Melakukan penyelenggaraan pembaikan atas talian Online Troubleshooting berdasarkan
manual yang disediakan. (ini dilaksanakan sebelum juruteknik turun ke lokasi
penyelenggaraan)
6.2. Memberi khidmat nasihat atas talian kepada pengguna.
7. Bertugas, memantau, merekod dan membuat laporan perkhidmatan di Kaunter Khidmat
Pelanggan JTMK mengikut jadual penggiliran dan pada masa kaunter yang telah ditetapkan.
Laporan perlu diserahkan kepada Seksyen Khidmat Pelanggan.
8. Memeriksa, menyediakan dan memantau peralatan perkakasan Alat bantuan Mengajar / Audio
Visual di semua ruang sewaan (makmal komputer, bilik seminar, bilik mesyuarat dan auditorium)
di bangunan Pusat Multimedia/JTMK.
9. Memeriksa, menyediakan dan memantau peralatan perkakasan komputer dan perisian di semua
ruang sewaan (makmal komputer, bilik seminar, bilik mesyuarat dan auditorium) di bangunan
Pusat Multimedia/JTMK.
10. Memantau dan menyelia sebarang permasalahan berkaitan perkakasan Alat Bantuan Mengajar /
Audio Visual Peralatan Pinjaman yang disediakan oleh pihak JTMK .
11. Melakukan pemasangan, memantau dan bertugas untuk semua aktiviti rasmi Universiti (Majlis,
Seminar, Pendataran, E-Voting, dan Konvokesyen) berdasarkan jadual penggiliran tugas, Surat
rasmi dan Surat arahan kerja. (untuk tugas-tugas teknikal Komputer dan Perisian, Rangkaian dan
Alat Bantuan Mengajar / Audio Visual)
12. Menerima arahan dari pegawai dari semasa ke semasa.

You might also like