Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang


Guru Cemerlang amat penting dalam pendidik. Dalam sektor pendidik, guru cemerlang
dapat meningkatkan preatasi sekolah dan murid. Guru Cemerlang sentiasa menyediakan
pendapat yang standard dan berkualiti demi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan Penanda
Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan. Seorang
pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu Encik Chew Chee Hong turut mengiringi kami ke
sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)
Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min.
Majlis dimulakan oleh pengacara dengan memperkenalkan latar belakang Encik Lee
Meng Yee. Dengan itu, kami dapat berkenalan dengan lebih mendalam mengenai beliau. Selepas
sesi memperkenalkan dirinya secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang
pengalamannya dalam bidang pendidikan. Beliau adalah ketua panitia Bahasa Cina, pengalaman
mengajar adalah 14 tahun. Selain itu, beliau juga memberi ceramah tentang teknik menjawab
soalan bagi mata pelajaran Bahasa Cina Penulisan dalam UPSR. Selain itu, beliau turut dijemput
untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsian pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa
dari semasa ke semasa.
Encik Lee menyatakan bahawa seorang guru harus mempunyai impian dan kasih sayang
dalam kerjanya. Beliau merupakan seorang guru yang aktif dan berpenyayang. Selain berperanan
sebagai seorang pendidik, beliau turut terlibat dalam memahami keperluan murid-muridnya.
Beliau juga selalu menolong rakan sejawatnya di sekolah dengan sukarela.
Setelah menerima maklumat-maklumat yang disampaikan oleh Encik Lee, saya berharap
diri sendiri dapat menjadikan seorang guru cemerlang serta dapat berkhidmat dalam sektor
pendidikan dengan berjaya. Guru cemerlang adalah matlamat saya, saya perlu berusaha supaya
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Syarat-syarat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, Encik Lee memberikan tips
iaitu JANGAN MALAS. Perkataan MALAS perlu dibuang dalam kamus hidup. Sebagai
seorang guru cemerlang harus berpegang teguh dengan Visi dan Misi sekolah. Walaupun kadang-

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

kala terdapat tugasan yang banyak dan beban yang berat menyebabkan saya berasa menyesal
menceburi pekerjaan ini tetapi sekarang saya berasa bersemangat dalam mendidik serta berusaha
menjadi seorang guru cemerlang.
Kerjayaan amat memerlukan usaha yang tekun, pengorbanan amat penting. Saya tidak
akan berkira betapa susah semasa menjalankan tugasan dalam sekolah atau sektor pendidikan.
Guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi tentang maklumat yang perlu dilakukan
dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah sebagai Guru Cemerlang. Pertama,
mestilah menjadi guru yang disahkan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun. Selain
itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis dan yang paling utama
ialah memilih mata pelajaran yang paling berpengalaman dan profesional dalam pengajarannya.
Beliau juga berpesan kita harus menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pentadbir
sekolah.
Kesimpulannya, guru cemerlang sangat penting dalam

sekolah kerana dapat

membekalkan pendapat yang berguna supaya memberi keyakinan kepada guru dalam sekolah.
Guru cemerlang berbincang dengan guru-guru dalam sektor yang cemerlang serta berkongsi
pendapat dan berbincang bersama supaya menghasilkan sesuatu penghasilan yang terbaik.

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: Bengkel Guru Dan Perundangan


Encik Johari Bin Mohd Salim, iaitu Penolong Pengarah Unit Tatatertib Dan Keutuhan,
Jabatan Pendidikan Pahang telah memberikan ceramah kepada semua perserta PPG Bahasa
Cina. Beliau menceritakan tentang peraturan-peraturan yang perlu diamalkan oleh guru serta
undang-undang yang dapat melindungi guru.
Setelah ceramah ini, saya dapati seorang pendidik perlulah sentiasa memastikan otak
ceria dan sihat, selalu dapat memikirkan kaedah penyelesaian masalah yang berkesan. Selain itu,
saya juga dapat mengetahui tentang undang-undang yang dapat melindungi sebagai seorang
pendidik.
Berdasarkan kes-kes yang dikongsikan oleh beliau, saya dapat melihat banyak kes yang
melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan bertindak
ganas di sekolah. Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional
bersikap sedemikian terhadap pelajar? Punca guru untuk bertindak keterlaluan mungkin adalah
disebabkan guru menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,
tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.
Makalah terdapat kes-kes yang terbabit dengan guru yang bertindak keganasan di sekolah.
Sebaliknya, pada masa yang sama, terdapat salah laku yang dilakukan oleh murid dan guru
hanya memberi hukuman ringan terhadapnya sahaja, ataupun sebenarnya guru tidak bertindak
apa-apa ke atas murid tersebut, tetapi ibu bapa murid telah pergi ke sekolah dan menyalahkan
guru, menampar guru, atau sehinggalah lapor ke mahkamah. Senario ini menggambarkan
masyarakat pada masa kini adalah sangat berbeza dengan zaman dahulu. Pada zaman dahulu,
jika guru menghukum murid, murid adalah tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu
bapa akan memihak kepada guru. Tetapi apa yang dapat kita melihat sekarang adalah berbeza.
Guru ataupun sekolah adalah selalu diambil tindakan oleh ibu bapanya hanya disebabkan perkara
kecil.
Sebagai seorang guru, budi pekerti amat diperlukan dibina dalam naluri guru tetapi pihak
lain patutlah menghormati guru dengan ikhlas. Penghormatan amat penting, kefahaman penting
dalam membinakan antara guru dengan pihak lain.

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Perundangan dalam pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang seharusnya


diketahui oleh semua pengurus sekolah. Perundangan merupakan alat untuk mempertahankan
hak setiap individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Semua pengurus sekolah
adalah perlu untuk mengetahui perundangan dalam pengurusan sekolah kerana ia adalah
keperluan menjaga hak setiap individu. Selain itu, dengan adanya undang-undang, maka
pengurus sekolah tidak melakukan tindakan yang melampau bidang kuasa. Sementara itu,
masyarakat yang semakin berpengetahuan luas dan sedar akan hak mereka dari aspek undangundang, maka perundangan dalam pengurusan sekolah harus diketahui oleh semua pengurus
sekolah. Tetapi, terdapat pengetua, guru besar, guru, dan kaki tangan yang kurang maklumat dan
pengetahuan mengenai undang-undang menjadikan banyak tindakan dan perkara dilakukan tanpa
mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh KPM. Antara dokumen undang-undang
adalah termasuk Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI), Akta Pendidikan 1969(pindaan 2006), dan akta
lain yang berkaitan.
Saya berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah tidak mudah. Guru adalah
perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang amat berat dan penting. Guru haruslah
memahami perundangan yang dikemukakan itu dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Hal ini
adalah untuk mengelakkan daripada berlaku segala perkara yang tidak diingini.

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: CERAMAH CIRI- CIRI GURU INOVATIF


Ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna untuk
guru-guru memahami dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri menjadi seorang guru inovatif
serta memberi pendedahan pengetahuan kepada guru-guru supaya golongan guru menjadi lebih
profesional serta melengkapkan diri dalam menangani arus inovasi dan perubahan yang kian
berkembang pesat dalam bidang pendidikan. Ceramah ini sebagai bekalan tambahan kepada
kami selaku guru dalam mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang dari segi
rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.
Dr. Wong Sien Biang, Pensyarah Cemerlang dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
telah menyampaikan ceramah Ciri-ciri Guru Inovatif . Sebagai seorang guru yang inovatif,
perlulah sentiasa meningkatkan kualiti sendiri serta menyerap pendidikan dan ilmu yang berlain
dan berkesan. Seterusnya, menghasilkan sesuatu yang baru dan digunakan kepada semua murid
dengan berkesan.
Saya berasa guru yang semasa bukan mengajar atau mengeksport pengetahuan sahaja,
kreatif sesuatu yang baharu dan berguna serta menghasilkan sesuatu yang baharu. Guru sekarang
perlulah mencipta kaedah yang baharu dan berkesan terhadap murid-murid dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Saya akan berusaha supaya sentiasa dapat menjadi seorang guru yang inovatif dalam
semua bidang.

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi:
LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KONG
MIN, KUANTAN
Lawatan Benchmarking ini bertujuan membina kemahiran pengurusan diri dan
kumpulan, membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta
menggalakkan semangat kerja berpasukan. Melalui lawatan ini, kami dapat mengenali dan
menilai potensi diri insan guru, membina pemikiran serta motivasi kendiri terhadap kerjaya
keguruan. Selain itu, kami juga dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup
berbakti.
Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang bergred A dan
terletak di luar bandar. Sekolah ini terbahagi kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Terdapat sebanyak 999 orang murid dan 57 orang guru, termasuk pihak pentadbir. Sekarang,
sekolah ini masih mempunyai satu kekosongan untuk jawatan GPK Petang. Beliau mengalualukan sesiapa yang berminat menjadi GPK Petang bolehlah memohon sekarang. Menurut
beliau, walaupun sekolah ini tidak mempunyai padang, tetapi pihak sekolah tetap menyewa
stadium untuk menganjurkan sukan tahunan. Ini adalah disebabkan pihak sekolah hendak
mencungkil kebakatan murid-murid dari aspek sukan.
Sekolah Kluster Kecemerlangan tidak senang dijadikan, usaha yang dihasilkan oleh
semua kakitangan sekolah termasuklah guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah, semua murid,
ibubapa dan lain-lain bekerjasama menghasilkan sebuah sekolah yang berkualiti dan bermutu.
Keputusan murid amat dipentingkan dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, sikap dan
sifat guru-guru dan murid-murid juga amat penting. Di samping itu, kemudahan-kemudahan
sekolah dapat dipertingkatkan berkualiti atas sumbangan golongan yang pemurah hati.
Dalam sekolah tersebut, guru-guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran
dengan lancar dan berkesan dan murid-murid dapat mempelajari ilmu yang bermutu. Saya
berharap dapat mewujudkan sekolah yang diajar menjadi sebuah Sekolah Kluster
Kecemerlangan pada masa akan datang. Saya mesti berusaha supaya matlamat ini dapat dicapai
dengan secepat mungkin.

WONG CHIN YEE

820618-06-5126

BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

You might also like