Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peraturan dan Syarat Pertandingan

KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI


MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

OPERASI DAKWAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM
MUHARRAM 1430 / JANUARI 2009

TAJUK

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan


Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

DIKEMUKAKAN OLEH
2

Kertas ini dikemukakan oleh Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN
3

Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri bertujuan untuk


memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan
Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

LATAR BELAKANG
4

Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan


Selamat Datang dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni
warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang
pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam,
diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka
berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata
cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik
perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang
di rantau ini.

Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi


sejak penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza
daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang
diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang
begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah
berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda
Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala.

Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan


Maulidur Rasul s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut
kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam alQuran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa
kesyukuran kepada Allah Taala.

Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya


dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki
ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah
kurang sekali.

TUJUAN PERTANDINGAN
8

Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan


antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan
seni ini dalam kalangan remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru,
Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka untuk dilaksanakan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 2 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan


salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah
menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara
bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan
warisan budaya murni nenek moyang watannya.

10 Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan


kepada umum riwayat hidup Rasulullah saw. Yang mempunyai sifat-sifat
mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam
menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam
kehidupan.
PERKARA YANG DIMAKLUMKAN
11 Tajuk
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
12 Matlamat
Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui
aktiviti ko-kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan
mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan
pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni.
13 Objektif
1.

Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat


dengan aktiviti ko-kurikulum;

2.

Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada


budaya melalui aktiviti ko-kurikulum;

3.

Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan


murid sekolah menengah;

4.

Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat


kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;

5.

Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati


dirinya, tinggi akal budi; dan

6.

Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak


luput ditelan zaman.

14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah


Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 3 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.1

Penyertaan
14.1.2Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah
menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia daripada
Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5 sahaja.
14.1.3Setiap
sekolah/daerah/negeri
hanya
dibenarkan
menghantar
satu
kumpulan
Marhaban
yang
mengandungi 9 orang bagi setiap kumpulan termasuk
pembaca rawi.
14.1.4Setiap kumpulan hendaklah
sekolah yang sama sahaja.

terdiri daripada murid

14.1.5Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina


sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
14.1.6Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan
mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan
johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
14.1.7Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.
14.2

Borang Penyertaan
14.2.1Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang
Penyertaan rasmi yang mengandungi (lampiran);
(i)

Nama Sekolah/Daerah/Negeri.

(ii)

Nama Kumpulan.

(iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan.


(iv) Nombor Kad Pengenalan.
14.2.2Setiap
kumpulan
hendaklah
menyertakan
marhaban yang akan dipersembahkan.

teks

14.2.3Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh


pengetua/
Pegawai
Pelajaran
Daerah/
Pengarah
Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak
Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan.
14.3

Format Persembahan
14.3.1Persembahan
rawi.

hendaklah dimulakan

dengan

bacaan

14.3.2Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan


rawi.
14.3.3Semua ahli kumpulan hendaklah
mempersembahkan marhaban.

berdiri

ketika

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 4 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.4

Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum


14.4.1Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang
ditentukan oleh penganjur pertandingan pada tahun
berkenaan.
14.4.2Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan
hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar.
14.4.3Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah
berasaskan kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.
14.4.4Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah
dimulai dan diakhiri dengan selawat.
14.4.5Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang
dibenarkan.
14.4.6Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3
tabaqat (tingkatan).

14.5

Rawi Berzanji dan Teks Marhaban


14.5.1Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam
Bahasa Arab sahaja.
14.5.2Setiap tambahan teks rawi dan marhaban hendaklah
berdasarkan teks yang muktabar.

14.6

Masa
14.6.1Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit sahaja
untuk menyampaikan persembahan Berzanji dan
Marhaban.
14.6.2Markah akan di potong jika persembahan kurang
daripada 18 minit atau melebihi masa 20 minit.
14.6.3Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat
pembuka dan berakhir setelah selesainya bacaan
selawat penutup.

14.7

Pakaian
14.7.1Pakaian peserta
sempurna.

mestilah

menutup

aurat

dengan

14.7.2Peserta lelaki dilarang memakai pakaian menyerupai


pakaian peserta perempuan dan sebaliknya.
14.7.3Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap;
bersampin dan bersongkok hitam.
14.7.4Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah
bertudung yang sempurna dan sopan.

dan

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 5 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.7.5Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian,


hiasan dan solekan yang keterlaluan akan dipotong
markah persembahan.
14.7.6Semua larangan yang terdapat dalam peraturan
berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.
* Perhatian
Mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana
peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.
14.8

Penghakiman dan Pemarkahan


14.8.1Penghakiman
akan
diadili
oleh
panel
hakim
pertandingan Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh
penganjur.
14.8.2Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan
pada Berzanji dan Marhaban seperti berikut :
14.8.2.1 Berzanji
(i)

Tarannum 30 markah

(ii)

Tajwid

25 markah

(iii) Fasohah

25 markah

(iv) Suara

20 markah

14.8.2.2 Marhaban
(i)

Tarannum 40 markah

(ii)

Suara

(iii) Fasohah

25 markah
20 markah

(iv) Persembahan 15 markah

14.8.3Penghakiman Berzanji
14.8.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i)

Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.

(ii)

Setiap Tarannum hendaklah disampaikan


secara teratur dalam empat harakat tanpa
takrir.

(iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan


dalam tiga tabaqat.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 6 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan


teratur dan tersusun serta tidak bercampuraduk.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Kurang daripada empat harakat dalam


setiap rangkap.

(ii)

Tidak dapat
qitah.

mengawal

(iii) Terdapat
sumbang
mencacatkan.
(iv) Terdapat
sesuai.
(v)

susunan

mahattah
alunan

harakat

yang

dan
yang
tidak

Terdapat takrir pada harakat qitah.

(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan


kekasaran pada harakat.

atau

(vii) Setiap tarannum yang tidak disampaikan


dalam tiga tabaqat.
(viii) Setiap tarannum yang bercampur aduk.
* Perhatian
(i)

Pemotongan markah bagi kesalahan yang


berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5
markah.

(ii)

Markah penuh ialah 40 markah termasuk


markah istimewa. Markah istimewa akan
diberi mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Bacaan yang mempunyai tarannum jawab
yang
sesuai
dan
menarik.
Contoh;
tarannum Sikah - jawabnya Mayyah, Rakbi
jawabnya Hijaz dan Rast jawabnya Hijaz
atau Yaman Hijaz.
(ii)

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut


lahjah Arab.

(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan


dalam 4 tabaqat secara menarik.
(iv) Harakat yang mempunyai ikhtilalul lahn.
(v)

Harakat yang mempunyai burdah yang


menarik.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 7 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.8.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;


(i)Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.
(ii)

Memelihara hukum mim.

(iii) Memelihara hukum idgham.


(iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(v)

Memelihara hukum tarqiq, taghliz dan


tafkhim.

(vi) Memelihara hukum mudud.


(vii) Memelihara wajibul ghunnah.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)Tidak memelihara hukum mudud kecuali di
beberapa tempat tertentu dan pada mad
aridh lissukun.
(ii)

Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.

(iii) Menyalahi hukum mim.


(iv) Menyalahi hukum idgham.
(v)

Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan


qamariah.

(vi) Menyalahi hukum tarqiq, taghliz dan


tafkhim.
(vii) Menyalahi hukum mudud.
(viii) Menyalahi wajibul ghunnah.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.
(ii)

Dapat menyamai kadar hukum mad yang


sejenis.

14.8.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;


(i)Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii)

Cermat dalam
kalimah.

melafazkan

huruf

dan

(iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan


ibtida.
(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 8 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(v)

Kesederhanaan
bacaan.

dan

keselarasan

rentak

Jenis-jenis kesalahan;
(i)Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifatsifat huruf.
(ii)

Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan


kalimah.

(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida.


(iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(v)

Melanggar kesederhanaan dan keselarasan


rentak bacaan.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang
sesuai pada keseluruhan persembahan
bacaan.
(ii)

Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang


panjang dalam satu nafas.

14.8.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;


(i)

Kebersihan suara (tidak serak).

(ii)

Kelicinan suara (tidak pecah).

(iii) Tingkatan
tabaqat).

suara

(iv) Ketepatan nada


sumbang).
(v)

(sekurang-kurangnya
suara

(bergerak

tidak

Kemanisan, kelembutan dan kemerduan


suara.

(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.


(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga
akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula
hingga akhir).
Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Suara serak / parau yang merosakkan

(ii)

Suara sumbang yang merosakkan

(iii) Suara tenggelam


(iv) Suara terpecah / terputus
(v)

Suara tersepit / tercekik

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 9 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(vi) Suara terketar-ketar


tinggi / rendah

kerana

terlampau

(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat


(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x)

Suara yang berubah kualiti

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)

Suara berlahjah Arab.

(ii)

Suara yang merangkumi keempat-empat


tabaqat dengan selesa.

(iii) Suara yang bergerak / hidup.


(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.
14.8.4Penghakiman Marhaban
14.8.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i)

Taranum yang dipersembahkan hendaklah


berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.

(ii)

Setiap
persembahan
mestilah
mengandungi
sekurang-kurangnya
tiga
jenis tarannum yang dibenarkan.

(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan


dalam 3 tabaqat.
(iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan
hendaklah seiring/sama/selaras dengan
tarannum berzanji. Contoh; rawi sikah marhaban sikah, rawi rakhbi - marhaban
rakhbi dan rawi rast -marhaban rast.
(v)

Kesinambungan di antara
tarannum
hendaklah menggunakan wazan tarannum
yang bersesuaian.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Menggunakan tarannum berbentuk nasyid


atau saduran.

(ii)

Kurang daripada
persembahan.

tiga

tarannum

(iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan


kekasaran pada harakat.

dalam
atau

(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam


tiga tabaqat.
(v)

Sumbang ketika menukar alunan tarannum.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 10 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan


tarannum rawi.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut


lahjah arab.

(ii)

Setiap tarannum yang disempurnakan


dalam 4 tabaqat dengan selesa.

(iii) Harakat yang mempunyai burdah yang


menarik.

14.8.4.2 Suara. Aspek penghakiman;


(i)

Kebersihan suara (tidak serak).

(ii)

Kelicinan suara (tidak pecah).

(iii) Tingkatan
tabaqat).

suara

(iv) Ketepatan nada


sumbang).
(v)

(sekurang-kurangnya
suara

(bergerak

tidak

Kemanisan ,kelembutan dan kemerduan


suara.

(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.


(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga
akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula
hingga akhir).
(ix) Kesepaduan suara (kumpulan).
(x)

Hanya menggunakan satu suara (unison).

Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Suara serak / parau yang merosakkan

(ii)

Suara sumbang yang merosakkan

(iii) Suara tenggelam


(iv) Suara terpecah / terputus
(v)

Suara tersepit / tercekik

(vi) Suara terketar-ketar


tinggi / rendah

kerana

terlampau

(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat


(viii) Suara lemah / lembab
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 11 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(ix) Suara keras / kaku


(x)

Suara yang berubah kualiti

(xi) Suara
yang
harmoni

berlapis-lapis

berbentuk

* Perhatian
(i)

Suara serak yang berpanjangan


dipotong 2 markah sahaja.

akan

14.8.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;


(i)

Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat


huruf.

(ii)

Cermat dalam
kalimah.

melafazkan

huruf

dan

(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.


(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Tidak memelihara sebutan makhraj dan


sifat-sifat huruf.

(ii)

Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan


kalimah.

(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.


(iv) Tidak selaras rentak bacaan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)

Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang


sesuai pada keseluruhan persembahan
bacaan.

(ii)

Dapat menyempurnakan ayat yang panjang


dalam satu nafas.

14.8.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;


(i)

Disiplin dan susun atur.

(ii)

Pakaian peserta yang bersesuaian.

(iii) Memula
dan
menutup
dengan selawat.

persembahan

(iv) Penghayatan (ekspresi).


(v)

Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 12 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(vi) Menepati masa yang ditentukan.


(vii) Keseimbangan persembahan / penampilan
di antara solo dengan ramai.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Kurang berdisiplin.

(ii)

Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.

(iii) Tidak memula dan menutup persembahan


dengan selawat.
(iv) Tiada penghayatan.
(v)

Gaya yang keterlaluan.

(vi) Tidak menepati masa.


(vii) Tidak seimbang
kumpulan.

antara

solo

dengan

Ciri-ciri keistimewaan;

14.9

(i)

Dapat menampilkan solo lebih dari dua


orang yang menarik.

(ii)

Dapat menamatkan persembahan tepat


pada masa yang ditetapkan (20 minit).

Penentuan Keputusan Pertandingan


14.9.1Kategori Pertandingan;
14.9.1.1 Kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik
14.9.1.2 Kategori Marhaban Persembahan Terbaik
14.9.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban Johan, Naib
Johan, Ketiga dan Saguhati
14.9.2Bagi kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik,
keputusan akan berdasarkan kepada pembaca rawi yang
mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan
diberikan.
14.9.3Bagi kategori Marhaban Persembahan Terbaik,
keputusan akan berdasarkan kepada persembahan
marhaban yang mendapat markah tertinggi. Hanya satu
anugerah akan diberikan.
14.9.4Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, pasukan yang
memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 13 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Berzanji dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan


sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah
kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan
seterusnya.
14.9.5Seandainya
terdapat
persamaan
markah,
maka
kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada
markah
bahagian-bahagian
pemarkahan
berikut
mengikut turutan;
(i)

Tarannum (rawi dan marhaban);

(ii)

Tajwid (rawi);

(iii) Suara (rawi dan marhaban);


(iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan
(v)

Persembahan (marhaban).

14.9.6Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah


hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan
pertandingan.
14.9.7Keputusan hakim adalah muktamad.

14.10 Bantahan
14.10.1
Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara
rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan
Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
14.10.2
Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah
Hakim sebelum keputusan diumumkan.
14.10.3
Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi
pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim,
tidak akan dilayan.

15 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah


Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
15.1

Penyertaan
15.1.1Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah
kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan
sekolah bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga
ke Tahun Enam sahaja.
15.1.2Setiap
sekolah/daerah/negeri
hanya
dibenarkan
menghantar satu kumpulan Kompang Selawat yang
mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang dan tidak
melebihi 15 orang bagi setiap kumpulan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 14 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.1.3Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang.


15.1.4Setiap kumpulan hendaklah
sekolah yang sama sahaja.

terdiri daripada murid

15.1.5Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina


sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
15.1.6Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan
mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan
johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
15.1.7Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk
memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara
lisan, pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk
semasa persembahan.
15.1.8Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.
15.2

Borang Penyertaan
15.2.1Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang
penyertaan rasmi (Lampiran) yang mengandungi;
(i)

Nama Sekolah.

(ii)

Nama Kumpulan.

(iii) Nama Ahli Kumpulan.


(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.
15.2.2Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh
guru besar/ Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengarah
Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak
Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan.
15.3

Paluan
15.3.1Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan
tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.
15.3.2Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua
bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah.
15.3.3Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.
15.3.4Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.
15.3.5Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk
paluan adalah satu kelebihan (contoh; menyilang,
menganak dan lain-lain).

15.4

Formasi persembahan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 15 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.4.1Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli


pasukan dan bersesuaian dengan rentak paluan.
15.4.2Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan
akrobatik adalah tidak dibenarkan.
15.4.3Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan
dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak
dibenarkan.
15.4.4Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga
bentuk adalah tidak dibenarkan.
15.4.5Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.
15.4.6Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga
dianggap sebagai satu persembahan.
15.4.7Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di
dalam ruangan atau pentas yang berukuran tidak
melebihi 20 kaki x 20 kaki persegi.

15.5

Lagu
15.5.1Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah
lagu.
15.5.2Lagu pertama bertemakan selawat.
15.5.3Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan
Islam KBSR Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan
ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam dari semasa
ke semasa.
15.5.4Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama
selawat yang sedia ada atau ciptaan baru yang
bersesuaian.
15.5.5Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan
melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru.
15.5.6Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu
(masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan manamana rentak di atas.)
15.5.7Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak
berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang
seumpamanya adalah dilarang sama sekali.
15.5.8Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan
lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 16 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.5.9Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan


masa.
15.5.10
Kedua-dua lagu (Pertama dan Kedua) hendaklah
disampaikan tanpa bantuan alat pembesar suara
(microphone).
15.5.11
Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di
atas, boleh dibatalkan penyertaannya.
15.6

Lirik Lagu
15.6.1Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab
sahaja.
15.6.2Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab,
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan
antara dua atau ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.
15.6.3Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.
15.6.4Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau
keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.
15.6.5Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.
15.6.6Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang
dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada
tarikh dan masa yang ditetapkan.
15.6.7Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.

15.7

Masa
15.7.1Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit
sahaja untuk menyampaikan persembahan.
15.7.2Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa
yang di tetapkan atau kurang daripada 8 minit.
15.7.3Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke
kawasan persembahan atau bersuara atau memalu
kompang.

15.8

Pakaian
15.8.1Pakaian peserta
sempurna.

mestilah

menutup

aurat

dengan

15.8.2Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap;


bersampin, bersongkok hitam dan berkasut lengkap.
15.8.3Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang
sempurna dan sopan serta berkasut lengkap.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 17 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.8.4Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai


pakaian peserta perempuan dan sebaliknya.
15.8.5Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan
tidak keterlaluan.
15.8.6Pakaian, hiasan
pemarkahan.

dan

solekan

boleh

mempengaruhi

15.8.7Semua larangan yang terdapat dalam peraturan


berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.
15.8.8Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,
boleh dibatalkan penyertaannya.
15.9

Jenis kompang
15.9.1Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm
hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja.
Penggunaan pelbagai saiz kompang dibenarkan.
15.9.1

(a) Ketebalan kompang yang


hendaklah tidak melebihi 4 inci.

digunakan

15.9.2Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit


binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak
dibenarkan sama sekali.
15.9.3Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain
daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali.
15.9.4Penggunaan
dibenarkan.

sebarang

alat

elektronik

adalah

tidak

15.9.5Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas,


boleh dibatalkan penyertaannya.
15.10 Penghakiman dan Pemarkahan
15.10.1

Bahagian Paluan (35 markah)

Aspek penghakiman;
(i)

Gubahan rentak.

(ii)

Bentuk paluan.

(iii) Tempo.
(iv) Kualiti ton.
(v)

Dinamik / ekspresi.

(vi) Keseimbangan.
15.10.2

Bahagian Formasi Persembahan (30 markah)

Aspek penghakiman;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 18 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(i)

Kreativiti.

(ii)

Keseragaman.

(iii) Disiplin dan susun atur.


(iv) Kesesuaian gerak formasi.
(v)
15.10.3

Pakaian.
Bahagian Suara (20 markah)

Aspek penghakiman;
(i)

Kualiti suara.

(ii)

Kesepaduan suara.

(iii) Keharmonian suara.


(iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.
15.10.4

Bahagian Lagu (15 markah)

Aspek penghakiman;
(i)

Gubahan lagu.

(ii)

Lirik yang sesuai.

(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.


15.11 Penentuan Keputusan Pertandingan
15.11.1
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan
diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat
jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan
dan seterusnya.
15.11.2
Seandainya terdapat persamaan markah, maka
kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada
markah
bahagian-bahagian
pemarkahan
berikut
mengikut turutan;
(i)

Paluan;

(ii)

Formasi Persembahan;

(iii) Suara; dan


(iv) Lagu.
15.11.3
Seandainya masih terdapat persamaan markah,
jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan
keputusan pertandingan.
15.11.4

Keputusan hakim adalah muktamad.

15.12 Bantahan
15.12.1
Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara
rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan
Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 19 }

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.12.2
Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah
Hakim sebelum keputusan diumumkan.
15.12.3
Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi
pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim,
tidak akan dilayan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 20 }

You might also like