Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bagaimanakah sambutan perayaan dapat

mengeratkan hubungan sesama kaum


di Malaysia?

Di Malaysia, penduduknya hidup berbilang kaum. Antara kaum


yang mewarnai bumi Malaysia ialah Melayu, India dan Cina.
Mereka hidup dalam keadaan bersatu-padu dan aman damai.
Pentadbiran Negara ini berteraskan demokrasi. Setiap kaum,
mempunyai sambutan perayaan yang berlainan. Oleh yang
demikian, perayaan ini dapat membantu meningkatkan hubungan
sesama kaum. Aktiviti ziarah-menziarahi merupakan salah satu
cara bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kaum.
Sebagai contoh, sambutan Tahun Baru Cina turut diraikan oleh
kaum lain dengan menziarah kenalan kaum Cina. Selain itu,
mengadakan rumah terbuka dapat membina ukhwah antara satu
sama lain. Justeru, kita tidaklah memandang rendah terhadap kaum
lain. Malahan dapat mewujudkan sikap toleransi dan persefahaman
kaum.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah turut meraikan


sambutan perayaan lain bagi mengiratkan hubungan silaturrahim
sesama kaum. Maka, sudah tentulah kita dapat hidup dengan aman
damai dengan adanya sikap persefahaman sesama kaum.

You might also like