Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAB LIMA

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI


5.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang ringkasan , perbincangan, kesimpulan, implikasi


dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Segala persoalan dalam kertas
cadangan kajian akan terjawab dalam bab ini. Ia menerangkan tentang kesimpulan
dari hasil dapatan kajian yang telahpun dilaksanakan. Bab ini menghuraikan
sejauhmana kaedah pengajaran koperatif yang dipilih dapat membantu murid yang
bermasalah dalam matematik ke arah celik matematik Selain daripada itu, kita juga
ingin melihat objektif yang dicadangkan dapat menarik minat murid untuk belajar
topik pecahan dan topik lain serta dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap
mata pelajaran matematik.
5.2

Ringkasan Kajian

Kajian ini amat penting, dan telah dijalankan kepada dua kumpulan murid dari kelas
5 Bestari dan 5 Cemerlang yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik dalam
ujian dan peperiksaan. Selain daripada itu kajian ini haruslah dipraktikkan oleh guru

66

bagi mencapai dan meningkatkan pencapaian murid tahun 5 Bestari di Sekolah


Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman dalam Matematik. Strategi yang diguna pakai
ialah kaedah pembelajaran koperatif berasaskan nombor bagi setiap murid dalam
kumpulan pembelajaran. Melalui pembelajaran koperatif, murid diberi peluang untuk
maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Bentuk penyelidikan yang dikaji adalah kaedah penyelidikan kuantitatif.
Dalam penyelidikan ini, reka bentuk penyelidikan yang dipilih ialah menggunakan
ujian pra dan ujian pos .Pembolehubah yang diukur ialah markah dalam kedua-dua
ujian ke atas 30 orang murid tahun 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang melibatkan dua
kumpulan murid iaitu kumpulan kajian dan kumpulan kawalan.
Murid dari kumpulan kajian diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif
manakala murid dari kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran biasa atau
tradisional. Kedua-dua kumpulan ini diberikan dua jenis ujian yang sama. Soalansoalan yang diuji merangkumi topik penyelesaian masalah pecahan yang telah
mereka pelajari.
Daripada hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa murid dari kumpulan
kajian menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding murid dari kumpulan
kawalan. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif lebih berkesan
berbanding pengajaran tradisional. Dapatan kajian mendapati bahawa hipotesis H0 :
Tiada peningkatan pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan murid sebelum
dan selepas mengikuti aktiviti pembelajaran koperatif adalah ditolak. Ini berdasarkan
peratusan murid yang lulus meningkat dalam UBB Jun atau peperiksaan Pertengahan
tahun.

68

Jadual 5.2

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun / UBB Jun 2014

Sela Markah
80 - 100
60 79
40 59
20 39
0 - 19

Keputusan
8
10
12
0
0

Peratus
26.67
33.33
40.0
0
0

Jadual 5.2 di atas menunjukkan pencapaian pelajar tahun 5 Bestari dan 5 Cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun / UBB3 Jun 2014 dengan mngalami
peningkatan berbanding dengan UBB April 2014 (rujuk muks surat 39 ).

Rajah 5.2 Carta pai menunjukkan peratus pencapaian murid dalam UBB Jun di
mana tiada seorang pun murid yang gagal di mana pencapaian A meningkat dari 3
orang UBB April kepada 8 orang UBB Jun.

69

Rajah 5.2.1 menunjukkan perbandingan pencapaian murid kelas 5 Bestari dalam dua
ujian iaitu UBB April dan UBB Jun. Rajah menunjukkan semua murid lulus dengan
cemerlang dengan 8 orang mendapat A, 10 orang mendapat B dan 12 orang
mendapat C. Keputusan ini menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam
Matematik dengan keberkesanan pembelajaran koperatif.
5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan banyak kelebihan menggunakan kaedah koperatif


dalam matematik. Pengkaji mengenal pasti beberapa kebaikan dan kelebihan
pengajaran koperatif seperti dapat meningkatkan prestasi murid, memupuk minat
untuk terus belajar dan meningkatkan keyakinan diri. Hasil analisis yang dijalankan
menunjukkan murid yang terlibat dengan pembelajaran koperatif memperolehi
keputusan memberangsangkan.
5.3.1

Kesan Terhadap Pencapaian Murid

Secara keseluruhannya analisis penyelidikan ini menunjukkan bahawa murid tahun


5B sekolah ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap keberkesanan
70

pencapaian murid setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan


menggunakan kaedah pembelajaran koperatif bagi kumpulan kajian. Ini dapat dilihat
apabila min untuk ujian pra ialah 16.8 dengan sisihan piawai 3.72 manakala min
untuk ujian pos pula ialah 24.3 dengan sisihan piawai 2.84. Keputusan yang positif
ini juga telah menunjukkan bahawa pencapaian murid dapat ditingkatkan seperti
mana yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.1 Keputusan ujian UBB Jun yang lepas.
Hasil daripada kajian ini menyokong kajiankajian yang telah dilakukan oleh
Brunner (2006), yang menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses
membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa murid.
Murid memilih dan menginterpretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat
keputusan yang melibatkan pemikiran mental memberi makna dan pembentukan
pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif telah dapat menggabungkan semua
kemahiran matematik dari setiap murid bagi menggalakkan pembinaan pengetahuan
serta menyokong pembelajaran melalui pengalaman di kalangan murid.
5.3.2 Kesan Terhadap Motivasi dan Bakat Kepimpinan Murid
Kajian yang dijalankan juga berkaitan dengan motivasi murid terhadap mata
pelajaran matematik. Daripada hasil kajian didapati bahawa motivasi murid boleh
dipengaruhi oleh kaedah Pembelajaran Koperatif yang diaplikasikan di dalam kelas
semasa mereka belajar matematik. Didapati bahawa hasil yang ditunjukkan berkaitan
perubahan motivasi murid adalah positif. Selain itu, hasil kajian juga mendapati
bahawa proses bagaimana murid belajar adalah amat penting untuk menghasilkan
satu perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia akan berlaku melalui pengalaman
atau latihan yang diteguhkan. Menurut Crow & Crow (2003), jikalau seseorang itu
berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia akan menghasilkan

71

produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.
Selain daripada itu bakat kepimpinan murid akan terselah apabila mereka akan
sentiasa bergilir untuk menjadi ketua kumpulan bagi menerajui kumpulan mereka
sepanjang masa serta saling bertukar pendapat untuk mencapai kejayaan.
5.3.3

Membantu murid memahami konsep dan istilah Matematik

Murid yang terlibat dengan pembelajaran koperatif dapat memahami konsep-konsep


iaitu cara penyelesaian yang melibatkan pecahan wajar, pecahan bercampur, pecahan
setara dan pecahan yang dipermudahkan dalam operasi tambah dan tolak yang
melibatkan penyelesaian masalah, malah dapat membantu memahami istilah istilah
matematik yang berkaitan dengan pecahan. Apabila murid - murid telah memahami
konsep dan istilah dengan baik maka ianya akan dapat meningkatkan kefahaman dan
keyakinan diri dalam mempelajari matematik serta menggunakannya dalam
kehidupan seharian.

Mengikut (Aziz Omar, 2004, m.s 41) menyatakan bahawa

manusia tidak terlepas dari menggunakan matematik dalam kehidupan seharian yang
mana matematik boleh dijadikan sebagai alat komunikasi yang penting serta mampu
untuk menyelesaikan masalah tertentu.
5.3.4

Bertingkah laku positif

Murid yang terlibat dalam kaedah pembelajaran ini juga mampu memperlihatkan
tingkah laku yang positif dan dapat belajar dengan selesa, tenang dan seronok tanpa
tekanan yang melampau.

Secara umumnya para sarjana melihat pembelajaran

koperatif sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana di dalamnya


murid berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu di dalam proses
pembelajaran.

Di

bawah

pembelajaran

koperatif,

keupayaan

murid

yang

berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu murid yang
berkebolehan rendah di dalam matematik.
72

Kajian-kajian di luar negara menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya


meningkatkan pencapaian murid di dalam berbagai mata pelajaran untuk semua
peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 2001 ). Di
dalam situasi ppembelajaran koperatif, murid tidak mudah putus asa di dalam
menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima
strategi-strategi altematif (Duren dan Cherrington, 2002). Dapatan kajian Johnson,
Skon dan Johnson (2008) mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi
pembelajaran individu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek
penyelesaian masalah.
5.4
Kesimpulan dapatan Kajian
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan antara pengajaran
koperatif dengan prestasi pencapaian murid. Ini telah terbukti apabila ramai murid
memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UBB Jun dengan 8 orang
mendapat A, 10 orang mendapat B dan selebihnya C seperti mana yang ditunjukkan
dalam Jadual 5.2. Kaedah pengajaran koperatif dapat membantu murid - murid
meningkatkan mutu pencapaian dalam matematk. Malah pengajaran koperatif juga
dapat memotivasikan murid supaya sentiasa berminat untuk belajar Matematik.
Kaedah pembelajaran kopetatif patut diamalkan di semua sekolah.
Peningkatan sikap adalah penting kerana dengan sikap yang positif akan
dapat mempengaruhi perkara-perkara lain seperti pencapaian akademik, minat,
motivasi, nilai-nilai murni dan penyelesaian masalah. Sikap bergantungan positif di
kalangan murid juga perlu dalam proses pendidikan dan bukan persaingan individu
(Aronson et. al 1978).
5.5

Implikasi dapatan Kajian


73

Proses pengajaran dan pembelajaran masih mempunyai ruang luas untuk diterokai
demi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi kajian
ini diharapkan dapat membantu peningkatan tersebut. Kajian tentang keberkesanan
pembelajaran koperatif dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada pengkaji
dan pendidik berkaitan proses pembelajaran. Dalam kajian ini, pembelajaran
koperatif memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian dan sikap
murid.

Sullivan (2007) merupakan pengkaji yang awal dalam membincangkan

hubungan sikap dengan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil eksperimen yang
dijalankan ternyata sikap mempunyai peranan yang penting bukan sahaja sebagai
suatu objektif pengajaran tetapi juga mempengaruhi pembelajaran itu sendiri. Ini
bermakna, sikap murid merupakan suatu faktor yang penting bagi menilai
pencapaian murid. Dua implikasi yang boleh diambil kira dalam kajian ini.
5.5.1

Implikasi pada murid

Implikasi yang jelas dapat dilihat adalah sikap murid itu sendiri. Murid berusaha
untuk mencapai kejayaan, di mana

mereka menunjukkan minat untuk belajar,

bermotivasi dalam memajukan diri menguasai Matematik dengan baik dan


seterusnya

dapat

meningkatkan

prestasi

dalam

pelajaran.

Dalam

kaedah

pembelajaran koperatif suasana pembelajaran akan berpusatkan murid sepenuhnya


dan guru sebagai fasilitator. Dengan kaedah ini murid dilatih mencari fakta sendiri
secara berkumpulan dan berpindah ke tajuk baru setelah memahami dan melalui
pembelajaran ini. Para murid dapat meningkatkan daya saing

antara mereka,

memastikan mereka berada dalam keadaan sedar apabila mereka perlu membaca,
berbincang dan memberi pendapat.

Kajian-kajian di luar negara menunjukkan

pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian murid di dalam berbagai

74

mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson,


Nelson dan Skon, 2001). Di dalam situasi pembelajaran koperatif, murid tidak
mudah putus asa di dalam menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat
terbuka untuk menerima strategi-strategi altematif (Duren dan Cherrington, 2002).
Dapatan kajian Johnson, Skon dan Johnson (2008) mendapati situasi pembelajaran
koperatif mengatasi situasi pembelajaran individu dan persaingan dari segi
pencapaian dalam aspek penyelesaian masalah.
5.5.2

Implikasi pada Guru

Telah menjadi kelaziman kepada guru untuk menyampaikan maklumat yang


sebanyak mungkin kepada murid. Maklumat yang disampaikan selalunya berfokus
kepada prosedur dan fakta-fakta asas matematik, kemudian diikuti latih tubi dan
hafalan. Walau bagaimana pun menurut Lester (2004) fokus harus diberi kepada
pengajaran yang meningkatkan aspek kognitif dan metakognitif. Cadangan Lester ini
harus diambil perhatian kerana aspek kognitif dan metakognitif adalah kunci kepada
penyelesaian masalah yang berkesan. Walau apapun kesalahan tidak boleh diletakkan
di atas bahu guru semata-mata kerana . guru juga menganggap murid mempunyai
masalah dalam kemahiran asas matematik.
Oleh itu sudah tentulah penekanan kepada aspek penyelesaian masalah dan
pemahaman konsep kurang diberi penekanan. Guru perlu membuat perancangan
awal sebelum pembelajaran koperatif dimulakan bagi memastikan guru berpuas hati
dengan pencapaian murid. Kejayaan aktiviti pembelajaran koperatif adalah
sebenarnya terletak di atas perancangan awal yang teliti. Pengajaran berpusatkan
murid ini perlu dipraktikkan di semua sekolah kerana kaedah ini dapat memberi
kesan yang baik kepada guru. Untuk menjayakan pengajaran, guru-guru perlulah

75

menyediakan satu idea dan amalan secara individu yang dapat membantu pelajar
untuk belajar secara konsisten. Guru perlu bersedia untuk melaksanakan pelbagai
kaedah alternatif dalam usaha mempelbagaikan strategi pengajaran kearah
meningkatkan minat dan sikap kendiri murid dalam mencari ilmu pengetahuan.
Guru-guru perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pengajaran secara koperatif
dengan menyediakan kursus-kursus jangka pendek atau kursus dalaman bagi
menambahkan lagi pengetahuan guru-guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran
secara koperatif.
5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan perlu dilakukan supaya memperolehi

dapatan yang lebih sah.

Berikut ini dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberikan perhatian untuk
melaksanakan kajian selanjutnya.
i)

Kajian masa akan datang bolehlah dilakukan dalam konteks yang lebih
luas dengan melibatkan semua tajuk dan semua murid tahun 5 di sekolah
tersebut.

ii)

Kajian yang berkaitan pembelajaran koperatif ini juga seharusnya


mendapat sokongan serta komitmen sepenuhnya daripada pihak
pentadbiran disamping memberi sokongan dari segi keperluan material
secara berterusan. Sokongan yang diberikan diharapkan dapat sedikitsebanyak mengurangkan beban tugas guru di sekolah seterusnya dapat
menjalankan kajian dengan berjaya dan berkesan.

iii)

Kajian juga boleh diteruskan dalam mata pelajaran lain yang dipelajari
oleh murid di sekolah seperti Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam dan sebagainya.

76

Berdasarkan dapatan kajian ini, kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memastikan
pencapaian secara keseluruhan dapat digeneralisasi untuk semua murid di seluruh
Malaysia. Ini kerana, kajian yang telah dilaksanakan hanya dijalankan disebuah
sekolah di sebuah negeri. Maka, sekiranya kajian ini diperluaskan ke seluruh
Malaysia, pengkaji dapat memperolehi pandangan yang mewakili semua murid
seterusnya kebolehpercayaan dan kesahihan terjamin.
Kajian selanjutnya boleh dijalankan ke atas kumpulan murid yang mempunyai
tahap kognitif yang berbeza seperti murid- murid sekolah elit, murid sekolah
kawasan bandar, dan luar bandar. Selain itu, dicadangkan responden hendaklah
dipelbagaikan iaitu merangkumi kaum Cina, India dan kaum-kaum yang lain. Kajian
yang telah dijalankan hanyalah melibatkan satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu.
Cadangan yang seterusnya ialah kajian ini tidak seharusnya terbatas kepada
kaedah eksperimen sahaja. Pengkaji juga boleh meminta pandangan itu secara
temubual dengan murid supaya mendapat maklumat yang lebih terperinci.
Diharapkan agar pengkaji yang berminat melaksanakan kajian ini memperoleh
maklumat yang lebih baik dan mendapat keputusan yang jitu seterusnya boleh
membuat kesimpulan yang tepat.
5.7

Kesimpulan

Kesimpulannya, pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan pencapaian murid


kajian dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan malah membantu memotivasikan
mereka kearah kejayaan serta melahirkan sikap murid yang positif. Ramai pengkaji
telah membuat kajian terperinci terhadap pembelajaran koperatif dan pembelajaran
tradisional. Para pengkaji telah membuat kajian daripada pelbagai aspek iaitu sikap,
sumbangan kepada peningkatan prestasi murid, pemahaman konsep, cara

77

perlaksanaan, kepelbagaian kaedah dan strategi dan bagaimana penerimaan murid


terhadap kaedah ini. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana keberkesanan
kaedah yang digunakan dapat membantu murid menyelesaikan masalah dengan
menggunakan kaedah koperatif.
Adams (2002), telah mengkaji perkembangan selanjutnya mengenai sikap
dan pencapaian murid dengan menggunakan ukuran Thurstone-Chavedan Likert ke
atas 190 orang murid Pendidikan dan Psikologi, di Universiti Chicago, dan
hubungannya dengan pencapaian. Mata pelajaran yang digunakan untuk melihat
pencapaian itu ialah Sains, Matematik, Pendidikan, Bahasa Inggeris, Sejarah dan
Pendidikan Jasmani. Beliau turut membuktikan bahawa sikap murid berkenaan
ternyata mempunyai korelasi yang tinggi dengan pencapaian mereka. Murid ternyata
mempunyai pencapaian yang lemah jika mempunyai sikap yang negatif, manakala
murid yang mempunyai sikap positif mempunyai pencapaian yang baik. Kajian ini
membuktikan sikap merupakan faktor penting bukan sahaja untuk menilai
pencapaian tetapi juga menentukan pencapaian.

78

You might also like