Bagi Mengatasi Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah,

semua pihak perlu bersama mengerah tenaga mencari penyelesaian bagi


membendung masalah emosi di kalangan pelajar. Selain daripada peranan ibu bapa
yang
memainkan peranan penting dan golongan yang pertama dalam
merialisasikan perancangan bagi membendung masalah emosi di kalangan muridmurid, guru-guru pada masa kini juga menempuhi cabaran yang besar dalam
mendidik murid-murid. Mereka perlu mempunyai kemahiran mendidik dan mengasuh
yang meliputi kefahaman terhadap jiwa murid, menangani kesihatan mental dan
emosi anak-anak serta menguasai perkembangan teknologi dan perkembangan
masa kini.
Interaksi antara murid-murid pada masa kini tidak lagi bersifat sehala seperti
zaman dahulu. Guru-guru juga bertanggungjawab untuk membantu murid dalam
memahami perubahan fizikal, mental dan emosi mereka. Sesetengah murid
berpendapat perubahan yang dialami oleh mereka telah membuatkan mereka
berfikir mahu membina jati diri sendiri dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Guru
perlu menasihati ibu bapa yang masih bersikap mengongkong dan melindungi
anak-anak tanpa kerelaan mereka, akan menyebabkan mereka merasakan ibu
bapa sebagai ancaman untuk mereka merasa bebas. Ini akan menyebabkan terus
wujudnya masalah emosi di kalangan pelajar-pelajar ini.
Guru dan pihak pentadbiran sekolah perlu memantau pelajar ketika berada di
sekolah. Ini kerana peranan ibu bapa hanya terhad ketika mereka berada di rumah.
Semasa pelajar ini berada di sekolah, menjadi tanggungjawb para guru dan
pentadbir sekolah untuk mengambil alih tugas terbabit.
Selain pemantauan, pihak sekolah boleh menggalakkan pelajar menyertai
aktiviti ko-kurikulum dengan menyediakan pelbagai aktiviti tambahan yang boleh
menarik minat pelajar, antaranya perkhemahan, lawatan, perlawanan persahabatan,
seminar, ceramah motivasi, kem keusahawanan dan sebagainya.
Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar daripada terlibat
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Dengan mengadakan aktiviti yang sebegini,
para pelajar dapat menyihatkan fizikal dan mental, meluaskan rangkaian sosial
mereka, menambah pengetahuan baru, mendapat pengalaman baru, memupuk
semangat berpasukan, bertukar pandangan dan membina sifat kepimpinan pelajar.
Kesimpulannya, pelajar merupakan golongan yang akan mencorak masa
depan Negara. Mereka merupakan asset yang terpenting dan bakal mentadbir
Negara. Masa depan Negara terletak sepenuhnya kepada golongan pelajar yang
ada pada masa kini. Namun demikian, masalah emosi yang dialami oleh pelajar
merupakan salah satu ancaman besar kepada sumber tenaga manusia untuk masa
hadapandan akan merugikan Negara untuk jangka masa panjang.
Oleh itu segala masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh para pelajar
harus dibendung dan di atasi supaya tidak mewujudkan ancaman besar terhadap
aset yang tidak ternilai ini. Dalam mencari penyelesaian kepada semua masalah
berbangkit, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan. Kolaborasi antara ibu

bapa, guru-guru, pihak sekolah dan rakan sebaya memainkan peranan bagi
mengatasi masalah ini.

You might also like