Mesy Pengarah Negeri Talking Point KP-42013

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK

TALKING POINT
PENGERUSI

MESYUARAT PENGARAH NEGERI


JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
BIL. 4/2013

Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

:
:
:
:

6 Disember 2013 (Jumaat)


8.30 pagi
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Ketua Pengarah JPBD SM

1/11

Bismillahir rahmanir rahim ...

Assalamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh

dan

Salam

1Malaysia.

Yang Berusaha En. Kamalruddin b. Samsuddin


Timbalan Ketua Pengarah Perancangan

Yang Berusaha Dr. Dahlia bte Rosly


Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Pengarah JPBD Negeri,


Pengarah JPBW Sabah,
Wakil Kementerian Sumber dan Alam Sekitar Sarawak,

YBhg. Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

1.

Terima kasih di atas kehadiran YBhg. Dato, tuan-tuan dan


puan-puan ke Mesyuarat Pengarah Negeri Bil. 4 Tahun
2013. Terima kasih kepada JPBD Negeri Selangor kerana
sudi menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat
juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd.
Zaki bin Ibrahim, Pengarah JPBD Negeri Selangor kerana
sudi membentangkan kertas mengenai Mutiara Disebalik
Pembangunan Selangor: Permatang Kuarza Genting Kelang
(PKGK) dan Kampus FRIM.

2/11

2.

PERLANTIKAN PENGARAH BAHAGIAN PERUNDANGAN


DAN KAWAL SELIA PERANCANGAN

Terlebih

dahulu,

Pengarah

saya

selaku

Pengerusi

dan

semua

ahli

Negeri

Mesyuarat

mesyuarat

ingin

mengucapkan tahniah kepada Cik Norasiah Bee binti Mohd


Haniff yang telah dilantik sebagai Pengarah Perundangan
dan Kawal Selia Perancangan yang juga selaku Urusetia
Mesyuarat Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa bermula 1 November 2013 menggantikan Tuan
Haji Ahmad bin Abdullah yang telah bersara pilihan mulai 16
Julai 2013. Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas
dan tanggungjawab yang baru ini dengan cemerlang untuk
membantu pencapaian misi dan visi Jabatan.

Dan untuk rekod, mesyuarat mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Tn. Hj. Ahmad bin Abdullah di atas khidmat
yang telah diberikan beliau sebagai Setiausaha mesyuarat
sebelum ini.

3.

PERLANTIKAN PENGARAH JPBD NEGERI JOHOR

Ucapan tahniah juga diberikan kepada Puan Zaleha binti


Shaari di atas pelantikan sebagai Pengarah JPBD Negeri
Johor

berkuatkuasa

bermula

Disember

2013

bagi

menggantikan Tn. Hj. Mohd Azam bin Mohd Abid yang telah
bersara pilihan mulai 6 Mei 2013.
3/11

4.

BAJET 2014

Bajet Tahun 2014 telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana


Menteri pada 25 Oktober 2013 di Dewan Rakyat bertemakan
Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasa
Transformasi dan Melaksana Janji dengan menggariskan
lima teras utama iaitu:

TERAS 1:

Merancak Aktiviti Ekonomi

TERAS 2:

Mengukuh Pengurusan Fiskal

TERAS 3:

Mengunggul Modal Insan

TERAS 4:

Mempergiat Pembangunan Bandar dan


Luar Bandar

TERAS 5:

Mensejahtera Kehidupan Rakyat

Jumlah peruntukan keseluruhan bagi Bajet 2014 adalah


sebanyak RM 264.2 bilion, dan 25% daripadanya akan
diperuntukan

di

bawah

Kementerian

Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)


dengan memperlihatkan sektor perumahan terus menerima
peruntukan tambahan dalam usaha kerajaan meningkatkan
bekalan rumah mampu milik.

Di antara intipati Bajet 2014 yang berkaitan KPKT adalah:


i.

Menambahbaik

sistem

cukai

sedia

ada

dengan

memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan


(GST) yang akan mula berkuatkuasa pada 1 April
2015;
4/11

ii.

Meningkatkan kesejahteraan bandar dan luar bandar


melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS);

iii.

Mengukuhkan jaringan pengangkutan awam;

iv.

Merangka dasar dan strategi ke arah meningkatkan


kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat yang akan
diukur melalui Indeks Kesejahteraan Malaysia;

v.

Meningkatkan

keselamatan

dengan

penambahan

sebanyak 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di


25 buah PBT dengan peruntukan sebanyak RM 20
juta;
vi.

Pelaksanaan pelan transformasi di setiap kementerian;

vii.

Penubuhan Unit Integriti di setiap agensi kerajaan;

viii.

Menambahbaik 81 skim perkhidmatan awam dari


pelbagai peringkat termasuklah penjumudan skim
perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
dan pindaan ke atas skim perkhidmatan Penolong
Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Gred J29, J36,
J38 kepada JA29, JA36 dan JA38), dan lain-lain.

5/11

5.

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA


(MPFN) BIL. 1/2013 PADA 17 OKTOBER 2013

Mesyuarat MPFN Bil. 1/2013 telah diadakan pada 17


Oktober 2013 yang lalu dan sebanyak 13 kertas kerja telah
diangkat ke mesyuarat tersebut untuk mendapatkan nasihat
dan makluman.

Terdapat 11 kertas kerja diangkat untuk

mendapatkan pertimbangan dan nasihat MPFN di bawah


Subsekyen 22 (2A) dan Perenggan 2A(2)(b), Akta 172 iaitu:
i.

JPBD Negeri Selangor (7 permohonan);

ii.

JPBD Negeri Johor (2 permohonan);

iii.

JPBD Negeri Pahang (1 permohonan); dan

iv.

JPBD Negeri Kelantan (1 permohonan).

9 kertas kerja telah dipertimbang dan diperakukan manakala


2 kertas kerja daripada JPBD Negeri Johor ditangguhkan
keputusannya.

6/11

6.

MESYUARAT PEGAWAI KANAN DAN SAMBUTAN HARI


PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) TAHUN
2013
Seperti yang semua telah maklum, Mesyuarat Pegawai
Kanan dan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia
(HPBS) Tahun 2013 telah berjaya diadakan dengan jayanya
pada 11 & 12 November 2013 yang lalu dengan tema Ke
Arah

Bandar

Sejahtera

Masa

Depan.

Saya

ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir


dan menjayakan majlis tersebut. Ucapan tahniah juga
kepada semua JPBD Negeri yang telah menyelaraskan
pelaksanaan pengukuran MURNInets dan Pelan Tindakan
Kejiranan Hijau di PBT-PBT berkaitan.

Sejumlah 32 PBT telah menerima penghargaan MURNInets


dan 15 PBT menerima Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif
Kejiranan Hijau. Diantara Negeri yang telah menerima
Anugerah Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan
Hijau Tahun 2013 melalui PBT masing-masing adalah:
i.

Negeri Selangor (3 PBT);

ii.

Negeri Johor (2 PBT);

iii.

Negeri Melaka (2 PBT);

iv.

Negeri Pulau Pinang (2 PBT);

v.

Negeri Sarawak (2 PBT);

vi.

Negeri Kelantan (1 PBT);

vii.

Negeri Perak (1 PBT);

viii.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan

ix.

Wilayah Persekutuan Putarajaya.


7/11

7.

MESYUARAT

RANCANGAN

KORPORAT

JABATAN

PADA 21 24 OKTOBER 2013


Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan telah diadakan
pada 21 24 Oktober 2013 di Hotel Primula, Kuala
Terengganu.

Diantara

ketetapan

penting

yang

telah

diputuskan adalah; Rancangan Kawasan Khas (RKK) akan


digantikan kepada Pelan Tindakan Khas (PTK) bermula
pada tahun 2014. PTK merupakan pelan pelaksanaan
perancangan

yang

perlu

selaras

dengan

rancangan

tempatan (RT) sedia ada dan ianya berbentuk project plan /


action plan. Sehubungan itu, Akta 172 berkaitan peruntukan
RKK dalam Sekyen 2B, Seksyen 16B dan peruntukan
kawasan pemajuan dalam Seksyen 38 perlu dibuat pindaan.

8.

STATUS PINDAAN AKTA 172

Untuk makluman, Draf Rang Undang-Undang Perancangan


Bandar Dan Desa (Pindaan) 2012 yang baru telah diluluskan
oleh Jabatan Peguam Negara (JPN) pada 11 Oktober 2013.
Walaubagaimanapun, peruntukan baru di dalam Akta 172
iaitu seksyen 57A berkenaan pengkompaunan kesalahan
yang

dicadangkan

dalam

Draf

RUU

tersebut

telah

digugurkan oleh JPN. Seterusnya, Bahagian Korporat KPKT


telah memaklumkan melalui emel bertarikh 18 November
2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan
pada 19 November 2013 untuk mendapatkan ulasan
daripada 6 Kementerian/ Agensi terlibat iaitu:
8/11

i.

Jabatan Peguam Negara;

ii.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri;

iii.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

iv.

Kementerian Wilayah;

v.

Kementerian Kerja Raya; dan

vi.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pembentangan Memorandum Jemaah Menteri dijadualkan


pada Disember 2013 tertakluk kepada ulasan-ulasan yang
diterima daripada Kementerian/ Agensi berkenaan.

9.

KEPUTUSAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO


9001:2008

Adalah dimaklumkan Audit Pensijilan Semula MS ISO


9001:2008 telah dijalankan oleh SIRIM pada 25 27
November 2013. Untuk pertama kalinya, JPBD SM telah
mendapat pensijilan semula tanpa sebarang NCR ataupun
OFI. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan ribuan terima
kasih kepada pasukan petugas MS ISO dan semua warga
JPBD SM di peringkat Bahagian di atas kerjasama dalam
melaksanakan

sepenuhnya

prosedur

dalam

MS

ISO

9001:2008 dan membudayakannya dalam pelaksanaan


tugas-tugas harian.

9/11

10.

MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PENGARAH NEGERI


BAGI KALI YANG TERAKHIR

Untuk makluman semua, mesyuarat kali ini adalah yang


terakhir dipengerusikan oleh saya kerana akan bersara wajib
bermula pada 26 Februari 2014. Jika diimbas kembali, saya
mula mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Negeri pada
tahun 2005 dan sejumlah 32 mesyuarat telah diadakan
sehingga saat ini. Manakala sejumlah 131 kertas kerja telah
dibentangkan mulai tahun 2005 sehingga hari ini. Oleh itu,
dikesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ahli mesyuarat di atas segala kerjasama,
sumbangan idea, pendapat dan khidmat nasihat yang telah
disalurkan melalui Mesyuarat Pengarah Negeri di setiap
mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh saya. Saya juga
ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan
kesilapan di sepanjang saya mempengerusikan Mesyuarat
Pengarah Negeri.

10/11

11.

PEMBENTANGAN KERTAS

Untuk mesyuarat kali ini, selain pelaporan pencapaian negeri


dan status pelaksanaan projek-projek RT, 3 kertas kerja
akan dibentangkan dan akan dibincangkan seperti berikut:

Kertas 1 Mutiara Disebalik Pembangunan Selangor:


Permatang Kuarza Genting Kelang (PKGK) dan
Kampus FRIM oleh Tuan Haji Mohd. Zaki bin Ibrahim,
Pengarah JPBD Negeri Selangor;

Kertas 2 Manual Pemantauan dan Penilaian


Outcome Rancangan Pemajuan 2013 oleh En. Wan
Fauzi bin Wan Hussin (PPZT); dan

Kertas 3 Status Pelaporan Kawasan Lapang di


Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Sehingga Bulan Jun 2013 oleh Tuan Haji Abdul Aziz
bin Abdullah (BPP).

Sekian, terima kasih.

11/11

You might also like