Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KESIHATAN PERGIGIAN MENYUMBANG KE ARAH EKONOMI MAPAN

Rekod terawal pergigian di Tanah Melayu bermula sejak 1869 di Singapura


yang ketika itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Doktor
pergigian yang pertama adalah doktor pergigian dari Hong Kong bernama
Cheong Chun Tin, yang membuka Klinik Pergigian Swasta selepas
memperolehi kelayakan dari San Francisco. Beliau tidak pernah terfikir
untuk menghantar anak-anaknya menjalani latihan secara formal di dalam
bidang pergigian. Selepas pemergian beliau, dua orang anak lelakinya
yang tidak mempunyai kelulusan formal telah meneruskan amalan bapa
mereka. Dari sinilah bermulanya era di mana doktor pergigian yang tidak
berkelayakan berkembang maju.
Selepas itu, James Logan telah dicatatkan membuka klinik pergigian
di Pulau Pinang pada tahun 1899. Pada tahun 1912, Encik Frank Moffat
dicatatkan sebagai doktor pergigian pertama di Kuala Lumpur yang
menggelarkan

dirinya

sebagai

doktor

pergigian

pembedahan

dan

mekanikal. Dalam tempoh perang dunia pertama (1914-1918), seorang


doktor pergigian berbangsa Jepun dilaporkan tiba pada tahun 1916.
Seterusnya penghijrahan doktor-doktor pergigian ke Tanah Melayu pun
bermula.
Sistem kesihatan pergigian di Malaysia berhadapan dengan pelbagai
isu yang kian mencabar yang boleh menjejas prestasi dan kelestariannya.
Sistem kesihatan pergigian di negara ini terdiri daripada rangkaian sistem
kesihatan pergigian awam dan swasta. Rangkaian sistem kesihatan
pergigian awam adalah tunjang kepada sistem kesihatan pergigian di
negara ini. Prasarananya terdapat di serata pelosok negara dan ianya
memberi perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat tanpa
mengira kaum dan darjat. Perkhidmatan kesihatan pergigian swasta pula
lebih tertumpu di kawasan bandar dan memberi perkhidmatan kepada
mereka yang berkemampuan atau mempunyai perlindungan pembiayaan
kesihatan sendiri.

Selain faktor kekurangan tenaga kerja, beban tugas yang tinggi dan
kesesakan di kemudahan kesihatan pergigian awam juga disebabkan oleh
keterbatasan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan di sektor swasta
akibat kekangan kewangan. Ini adalah kerana perkhidmatan sektor swasta
lebih berasaskan keuntungan. Kaedah pembayaran secara fee-for-service
serta kadar caj perkhidmatan yang tidak seragam mendedahkan rakyat
kepada

risiko

kemudaratan

kewangan

sekiranya

mendapatkan

perkhidmatan di sektor swasta.


Selain itu, isu peningkatan kos penjagaan kesihatan pergigian sering
diperkatakan sejak kebelakangan ini. Dalam jangka masa 13 tahun dari
1997 2009, perbelanjaan kesihatan pergigian malaysa telah meningkat
lebih daripada peningkatan kadar inflasi am. Antara faktor penyumbang
kepada kenaikan kos ini ialah kenaikan caj perkhidmatan yang dikaitkan
dengan perubahan kepada ubat-ubatan, teknologi serta kos sara hidup;
peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan akibat perubahan pola
penyakit,

pola

demografi

penduduk

serta

peningkatan

kesedaran

terhadap kesihatan pergigian oleh penduduk.


Bagi

mengatasi

jurang

perkhidmatan

yang

dikaitkan

dengan

kewujudan dwi sistem ini (awam dan swasta) serta menangani isu
peningkatan kos perkhidmatan kesihatan pergigian yang mendadak, satu
mekanisme

perlu

dibangunkan

bagi

mengintegrasikan

sistem

penyampaian sektor awam dan swasta melalui kaedah pembiayaan


kesihatan yang bersepadu. Mekanisme yang telah dibangunkan berbentuk
Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelan ini merupakan
suatu dokumen yang menggariskan perancangan strategik organisasi KKM
(business strategic plan) bagi tempoh yang ditetapkan untuk membantu
ketua program dan aktiviti di bawah KKM melaksanakan pelan kesihatan
masing-masing.
Terdapat tiga teras strategik atau bidang keberhasilan utama (key
result area) yang telah digubal untuk menjana kecemerlangan dalam
industri penjagaan kesihatan. Teras pertama ialah transformasi sektor
kesihatan ke arah sistem kesihatan yang efisien dan berkesan untuk

memastikan akses yang universal kepada penjagaan kesihatan. Teras


kedua ialah meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan dan gaya hidup
sihat manakala teras ketiga ialah memperkasakan individu, keluarga dan
masyarakat agarbertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri.
Pelan

Strategik

Kementerian

Kesihatan

Malaysia

merupakan

ringkasan rujukan hala tuju KKM bagi 5 tahun iaitu dari 2011 2015. Ia
merupakan panduan bagi semua program dan aktiviti di bawah KKM untuk
merangka pelan tindakan yang akan datang sejajar dengan objektif KKM,
RMK10 dan ETP yang telah dilancarkan pada tahun 2010. Adalah
diharapkan dengan wujudnya pelan strategik ini, setiap ketua program
dan aktiviti dapat memantau pelaksanaan aktiviti masing - masing untuk
membantu

kerajaan

mencapai

hasratnya

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

NUR FARHANA BINTI ROSLI


930125-04-5060
PISMP BI JAN 2013

menjadi

negara

maju

You might also like