Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn

(Tun Hussein Onn) Perdana Menteri Ketiga (1976-1981) "Penyambung Warisan Yang
Terbilang"
Era Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham
Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas
UMNO.
BIODATA Nama Penuh : Hussein bin Dato'Onn Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru Ibu Bapa : Dato' Onn Jaafar dan Datin Halimah Tempoh
Berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia : 5 Tahun Tarikh Meninngal Dunia : 29
Mei 1990 Tempat Persemadian : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Pendidikan Awal : 1) English College(kini Maktab Sultan Abu Bakar),Johor Bharu
2) Menamatkan Senior Cambridge selepas Perang Dunia
meletus Penglibatan dalam tentera : 1) Pasukan Tentera
Johor(Johor MIlitary Forces)
2) Latihan Ketenteraan di
Tentera Sandhurst
Dehra Dun, India.
3) Menyertai Rejimen Hyderabab ke-19
4) Aktif dalam peperangan di Mesir,Iraq dan Syria
Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar
ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut
mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama
bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang
pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya
menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun Abdul Razak pula
mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Disamping penglibatannya dalam
politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong
Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Walau bagaimanapun
penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila cadangan
bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat
diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya
keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun
1951 dan kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn

kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan


pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada
tahun 1958. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun
berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan
mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO
semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang
DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi
UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah lama
menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan
atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai
calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak
meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen
ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969. Peranan Dan Sumbangan Penyertaannya
dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi
Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn,
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972,
beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di
dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian
Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973,
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan
seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada
17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai
pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang
tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan
yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya
dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Sebagai seorang perwira,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di
bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino'
komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan
dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan

sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus


pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan
program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar
Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan
ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan
dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia
yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang
agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi
ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam
ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur
luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya.

Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah


menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari
kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan
diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi
beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan
ISIS.
Keistimewaan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat
berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau
sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman
ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang
berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan
komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang disegani
dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai
seorang pemimpin. Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan
sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya
memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat
Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang
pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana

oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham


Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam
keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68
tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid
Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi
mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.
Posted by Arih at 9:05 PM Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

You might also like