Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

28050 KUALA KRAU


PAHANG

LADANG SUNGAI TEKAL

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI DADAH KALI PERTAMA 2014

Tarikh

6 JANUARI 2014

Masa

1.40 petang

Tempat

PUSAT SUMBER

Kehadiran :

1. PN.D.Selobom (Guru Besar)


2. Pn.K.Radha ( GPK Kurikulum)
3. En.Asbullah Md Nan ( GPK Ko- Kurikulum)
4. Pn.M.Thanalechumy ( GPK Hem)
5. Pn.R.Thilagavathy
6. En.A.Batmanathan
7. Pn.M.Chethra
8. Cik S.Sharmila
9. Cik S.Sangitha
10.Cik.R.Viloshini
11.Pn.S.Somalatha
12.Cik. P.Anushia Devi

Agenda mesyuarat:

1.
2.
3.
4.
5.

Ucapan Pengerusi
Perancangan Program Tahunan
Karnival Pencegahan Anti Dadah
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan

BUTIRAN AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat ini untuk
kali pertama sesi 2014.
1.2
Pengerusi menjelaskan matlamat Jawatankuasa Anti Dadah adalah untuk mewujudkan sekolah bebas
daripada dadah.
2.0 Perancangan Program Tahunan
2.1
Perancangan program tahunan perlu dilakukan bagi melancarkan segala aktiviti yang dirancang
sepanjang tahun 2014.
2.2
Sudut Anti Dadah Bahan-bahan pameran bagi pengisian Sudut Anti Dadah perlu disediakan seperti
poster-poster dan bahan bacaan berkaitan dadah.
2.3
Program Lima Minit Anti Dadah/PROSIDAR perlu dijalankan seperti tahun-tahun yang lepas.
Program ini dilaksanakan di awal pembelajaran bagi murid-murid Tahap 2. Guru-guru boleh merujuk
kepada contoh modul yang dibekalkan.
2.4
Pameran dan Ceramah Anti Dadah perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengisian
program tahunan sekolah dalam memastikan warga sekolah bebas dadah.
2.5
Pertandingan melukis dan mewarna poster juga perlu dijalankan dalam menanam perasaan bencikan
dadah di kalangan murid-murid.
2.6
Dicadangkan minggu anti dadah diisi dengan program-program berkaitan.
Tindakan: Guru Terlibat
3.0 Karnival Pencegahan Anti Dadah
3.1
Karnival Pencegahan Anti Dadah mungkin akan dijalankan pada awal tahun bagi peringkat daerah.
3.2
Antara pertandingan yang biasanya dipertandingkan ialah seperti Pertandingan Sajak, Melukis Poster
dan Boria. Pengerusi berharap agar pada tahun ini akan terdapat lebih banyak penyertaan daripada
murid-murid sekolah.
Tindakan: Guru terlibat
4.0 Hal-hal Lain
4.1 Papan kenyataan Anti Dadah perlu dikemaskini dengan maklumat yang baharu dan semasa.
5.0 Ucapan Penangguhan
5.1
Pengerusi berharap semua jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam
melaksanakan segala aktiviti yang dirancang.
5.2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.................................
(THANALECHUMY A/P MUNUSAMY)
Pen .Kanan HEM
SJKT Ladang Sungai Tekal

..................................
(SELOBOM A/P DORAISAMY)
Guru Besar
SJKT Ladang Sungai Tekal

You might also like