Isl Hubungan Etnik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 54

ISL MINGGU1

Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan


tentang Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah terjadinya rusuhan kaum (darurat) yang menjadi
satu titik hitam di dalam sejarah negara kita. Sama ada sedar ataupun tidak, peristiwa
ini banyak meninggalkan yang agak mendalam terhadap diri rakyat malaysia yang
mempunyai rakyat berbilang kaum.
Tragedi berdarah yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini
sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan "pilihan raya umum 1969". Menurut
urutan sejarah, semasa kempen pilihan raya 1969, isu-isu perkauman yang
menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya
yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di malaysia. Calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa melayu), kedudukan
istimewa orang melayu sebagai (bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka di antara
satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Berikutan kekalahan parti perikatan menawan majoriti dua-pertiga dalam dewan
rakyat hati rakyat malaysia, makadr. Tan chee khoon (dari parti gerakan) telah menang
besar di kawasan batu, selangor meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di selangor yang menyaksikan 50:50 di selangor.
Dikatakan bahawa penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan
menghina orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar kuala lumpur dan menuju ke kampung baru sedangkan kampung tersebut
terletaknya rumah menteri besar selangor ketika itu, dato' harun idris dan juga 30,000
orang melayu yang menjadi kubu umno.
Berikutan dari peristiwa ini, orang melayu dan orang cina saling berbalas
dendam dengan membunuh, mencederakan orang, dan juga membakar bangunan
dan kenderaan di sekitar kuala lumpur. Antara kejadian tersebut ialah peristiwa di
panggung odeon, di mana orang melayu telah dibunuh beramai-ramai di dalam
panggung. Begitu juga dengan peristiwa dua penunggang motosikal berbangsa cina
yang melalui jalan kampung baru telah dipancung kepala.

Dalam tempoh 3 hari mulai 13 mei hingga 16 mei 1969, timbalan perdana
menteri tun abdul razak telah dilantik sebagai pengarah mageran (majlis gerakan
negara). Dengan pembubaran parlimen oleh dymm yang di-pertuan agong, mageran
menubuhkan majlis perundingan negara pada bulan januari, 1970 yang mengandungi
66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis perundingan
negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi
mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang
kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan
satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara
kaum dan identiti masyarakat malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua
wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep rukun negara sebagai
manifestasi ideologi kebangsaan
Berdasarkan kepada semangat rukun negara, jawatankuasa ekonomi majlis
perundingan negara telah melahirkan dasar ekonomi baru yang bertujuan untuk
menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara
keselamatan negara. Dasar ekonomi baru inilah yang menjadi asas dan dasar
pembangunan negara dalam semua bidang.
Kesimpulannya, akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah
terkorban dan harta benda musnah. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,
39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar
ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis phd. Daripada universiti california, berkeley
menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa
Bagaimanapun, peristiwa

dalam peristiwa

13 mei.

malang ini adalah merupakan satu rahmat yang

tersembunyi. La adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik


dan ekonomi negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial
dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat malaysia.

kepentingan hubungan etnik kesan peristiwa 13 mei 1969


Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi
yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan
hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan
atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan
kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan
ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.
Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak
yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang
etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal
dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem
pendidikan yang terasing.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah
Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan,
manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi
dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan
interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi
hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.
Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan
tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan
menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum
yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang
kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang

berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari
kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja,
sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin
negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada
rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita
memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang
berwajib.
Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih
lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada
peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut
pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi
proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi
memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat,
pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan
struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik
anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka
mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak
semua
Cabaran

ibu
yang

bapa
kedua

adalah

yang
cabaran

bertindak
kepentingan

etnik

sedemikian.
dari

aspek

ekonomi
. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya

menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan
teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di
estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat
satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak
seimbang

dalam

ekonomi

negara

Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi
yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam
sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum
India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada
keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan
sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluangpeluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau
Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak
mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan
negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar
dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka
dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan
dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan
kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran
kepentingan

etnik

dari

aspek

politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang
hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk
tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang
bersatupadu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk


mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya,
mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang
sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di
kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara
mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika
semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat
adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama,
bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina
dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan
mereka sendiri.
Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota
daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara
ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk
diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap
etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya
etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti
akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya
yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini
tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa
perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian
mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses


globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak
maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang
sistematik

menyebabkan

Malaysia

menjadi

seperti

yang

dapat

kita

rasai

perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai
unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah
berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap
dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan
nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang
sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang
memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi
yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam
keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat.
Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin
terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat
resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya
daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

http://gigitanilmu.blogspot.com/2012/07/kepentingan-hubungan-etnik-kesan.html

ISL MINGGU 2
Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan asmilasi dan
integrasi

ASIMILASI
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Konsep ini berhubungan
dengan penyerapan sehala individu/kelompok ke dalam kelompok yang lain. Menurut
seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses
dalam mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
berbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand
telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper
semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan
cara hidup orang Thai. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C = A, di mana A
mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara
ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama.
Kejayaan

dan

keberkesanan

asimilasi

pada

umumnya

bergantung

kepada

kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti


kumpulan etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan
etnik minoriti.
Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas masyarakat Cina
Kelantan, Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses
asimilasi. Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina
di Malaysia telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana
pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun
mereka dikatakan berkongsi sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang

Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya
samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi adalah salah satu
pendekatan yang terbaik di dalam usaha membina perpaduan kaum yang utuh dan
tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti.
Contohnya apabila dilihat melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga
Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan Arab
Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka.
Di sini amat jelas bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial
teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halus terdapat perbezaannya.
Budaya Bab Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini dengan jelas telah
menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Kurangnya pengetahuan kebudayaan sesama kaum sehingga menimbulkan
perasaan takut terhadap budaya kaum lain memang tidak dapat dinafikan dirasai oleh
setiap rakyat atau kaum di Malaysia. Malahan timbul juga perasaan bahawa budaya
etnik merka lebih tinggi daripada budaya etnik lain dan sebagainya dan ini
menimbulkan perbezaan kepentingan antara etnik-etnik yang terlibat. Ini merupakan
halangan tersirat yang menghalang proses asimilasi daripada berlaku.
Pada pendapat saya, proses asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara
evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan atau usaha untuk mewujudkan
asimilasi secara paksaan pasti akan menemui banyak halangan dan kegagalan. Yang
pasti konsep asimilasi yang diamalkan oleh Malaysia adalah berbeza dengan konsep
yang diamalkan oleh negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik tidak
dilenyapkan malahan digabung dan disatukan menjadi identiti dan budaya Malaysia
seperti Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

KONSEP INTEGRASI
Satu proses dimana satu unsur di dalam sesuatu masyarakat secara selaras
mematuhi segala kegiatan kumpulan dominan, ianya berlaku secara berterusan
dan bukan mutlak Schemerhorn.
Keadaan di mana sesuatu kelompok sosial tidak lagi menumpukan taat setia
kepada golongan primodial tetapi taat setia kepada negara.
- Kelompok primodial-kelompok ras,bahasa,kebudayaan,dialek,kekeluargaan,ugama
Peringkat-peringkat integrasi
Menurut Ali Marzuis
Integrasi minimal rakyat hidup bersama tetapi masih setia kepada
kelompok primodial.
Wujud kompromi antara kaum tetapi masih wujud tidak puas hati.
Kompromi. Walau berlumba-lumba tetapi kesefahaman kuat.
Amalgamasi taat setia yang tidak berbelah bahagi, kehendak negara
lebih diutamakan berbanding tuntutan kelompok primodial.
Model Integrasi
a. Asimilasi:

A+ B+C=A

b. Amalgamasi: A + B + C = D
c. Pluralisme Budaya: A + B + C = A + B + C
d. Teori Glazer & Moynihan: A+B+C=A1,B1,C1
e. Ethnoclass : Asimilasi dalam ekonomi, politik
dan pendidikan - Pluralisme dari segi budaya.
Untuk menentukan darjah perpaduan
a) Integrasi sebagai legitimasi
- kalau dua kelompok sosial bertembung salah satu daripadanya mengambil
peranan dominan kerana sebab-sebab legitimasi (sah)
- jika ada konflik mengenai legitimasi sukar
mencapai integrasi
b) Integrasi sebagai keselarasan budaya nilai budaya kelompok dominan selaras

dengan nilai kelompok minoriti integrasi

ISL MINGGU 3
Menghasilkan carta garis nama tentang proses pembentukan
masyarakat pluralistik di alam Melayu

Pengenalan

Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang


berbeza dalam masyarakat
Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa
secara semulajadi masyarakat Melaka
Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu
masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan
era penjajah British

Garis Masa
Zaman Sebelum Singapura (Sebelum 1399 / 1400M)
Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura

Zaman Singapura dan Pasai/Samudera (Sebelum 1399/1400M)


Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama
Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain
Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke
satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang,
berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti
pedagang dan bukan pedagang

Zaman Melaka (1399/1400M 1511M)


Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio
politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit
Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan
penting sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting

Zaman Melaka (1399/1400M 1511M)


Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran
agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu
Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam
Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan
dan peluasan wilayah
Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk
menyebarkan Islam
Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab
dan Eropah melalui aktiviti perdagangan

Zaman Melaka (1399/1400M 1511M)

Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga


mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya
masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu
yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.

Zaman Johor (1511M 1612M)


Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka
Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada
pemerintahan kerajaan Melaka

Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu


Bahasa, kesusasteraan dan kesenian

Pendidikan

Budaya

1511

16411824

1874

18751891

1891

18801914

1877

1900

1907

1907
1937

http://www.scribd.com/doc/53313034/kerja-kursus-HE-semester-3

ISL MINGGU 4
Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan
tentang proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum
1970

Analisis faktor faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian


perpaduan di malaysia sebelum 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan
wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan
dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma
dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama
secara adil dan saksama.

Masalah perpaduan dan integrasi nasional


Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan
malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan bangsa malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Cabaran ini berkait
pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk mewujudkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat

daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu
sahaja.

Halangan dan kesukaran untuk perpaduan dan integrasi


Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
malaysia.
Di antaranya ialah;

agama dan kebudayaan: setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan


kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam,
bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.Masing-masing
kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja
yang terbaik.Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang
pergaulan baik antara pelbagai kaum.

dasar penjajah british: penjajah british mengamalkan dasar pecah dan perintah
yang

menjarakkan

kumpulan-kumpulan

etnik

demi

kepentingan

dan

keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan


peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi
terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat
tempatan yang berbilang etnik.

sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: laporan razak


menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di tanah melayu di
mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga
tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak
terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang
pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan
persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan
warga negara yang beridentitikan satu negara.

amalan ekonomi yang berlainan: setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang
tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan
jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan
perpaduan negara terancam.

perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: kewujudan persatuan


politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak
wasangka

kerana

setiap

kumpulan

hanya memperjuangkan

hak

dan

kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan


kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa,
budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah
perpaduan.

pendudukan jepun: kemasukan tentera jepun ke tanah melayu menambah


jurang permusuhan antara orang melayu dan orang cina. Sebilangan besar
tentera anti jepun terdiri dari orang-orang cina, sementara ramai pula orang
melayu yang diambil oleh tentera jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan
ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang
senang antara masyarakat melayu dan cina.

ISL MINGGU 5
Mengumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber tentang
perkembangan modenisasi dan pembangunan ekonomi
Malaysia dan luar negara

Konsep Modenisasi
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat.
Perubahan berlaku secara berencana atau tidak berencana.
Perubahan berencana adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran
pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama:

pembangunan ekonomi dan

pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


Matlamat
untuk wujudkan masyarakat industri.
Kaedah atau proses yang dilaksanakan
Pembangunan teknologi : tradisional -> saintifik dan canggih.
Pembangunan pertanian : sara diri -> komersial
Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.

Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.


Ukuran pencapaian
menggunakan GNP (gross national product).

Modernisasi di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di
Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
Revolusi Perancis (politik feudal)
Revolusi Industri (ekonomi).
Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan
maklumat.
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
Sudut falsafah
Sudut praktikal
Sudut Falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan
tentang kemajuan masyarakat.
Evolusionisme - perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat
moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dapat diramalkan.
Dua aliran dalam menerangkan gagasan:
Bersifat sehala (unilinear), melalui tahap-tahap tertentu.
Bersifat banyak hala (multilinear).

Sudut praktikal
Bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi
Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula
mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan.
Teknik produkdi tradisional diganti dengan jentera.
Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.
Matlamat modernisasi
Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
Kaedah
Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat
melaksanakan industrialisasi.
Ukuran Pencapaian
Menggunakan kaedah seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam
negeri kasar (KDNK).

Modenisasi Di Malaysia
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris.
Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan
pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
Dua komponen penting untuk modenisasi
Komponen ekonomi
Komponen politik
Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan masyarakat industri. Tumpuan:
Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantianimport kepada industri berorientasikan eksport.
Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.
Isu pembinaan negara bangsa penting kerana wilayahnya terdiri dariopada
gabungan daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil daripada proses
migrasi dan penjajahan.
Modenisasi dilakukan melalui:
Pembinaan negara bangsa
Dasar awam
Penialain pencapaian dasar awam
Integrasi nasional

Dasar-dasar Awam: Pertanian, Perindustrian dan K-ekonomi


Badan-badan untuk memajukan pertanian dan membasmi kemiskinan
FELDA
FELCRA
MARA
1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g.
Dasar Perindustrian Berat
Dasar Penswastaan
Kini pembangunan ekonomi menjurus kepada k-ekonomi dan ICT
http://pasarnota.blogspot.com/2012/03/menganalisis-perkembanaganmodenisasi.html

ISL MINGGU 6
Mencari dan mengumpul maklumat tentang pembangunan
ekonomi

Pembangunan ekonomi
Pembangunan ekonomi adalah suatu proses kenaikan pendapatan total dan
pendapatan perkapita dengan memperhitungkan adanya pertambahan penduduk dan
disertai dengan perubahan fundamental dalam struktur ekonomi suatu negara dan
pemerataan pendapatan bagi penduduk suatu negara.
Pembangunan ekonomi tak dapat lepas dari pertumbuhan ekonomi (economic
growth); pembangunan ekonomi mendorong pertumbuhan ekonomi, dan sebaliknya,
pertumbuhan ekonomi memperlancar proses pembangunan ekonomi.
Yang dimaksud dengan pertumbuhan ekonomi adalah proses kenaikan kapasitas
produksi suatu perekonomian yang diwujudkan dalam bentuk kenaikan pendapatan
nasional [1]. Suatu negara dikatakan mengalami pertumbuhan ekonomi apabila terjadi
peningkatan GNP riil di negara tersebut. Adanya pertumbuhan ekonomi merupakan
indikasi keberhasilan pembangunan ekonomi.
Perbedaan antara keduanya adalah pertumbuhan ekonomi keberhasilannya lebih
bersifat kuantitatif, yaitu adanya kenaikan dalam standar pendapatan dan tingkat
output produksi yang dihasilkan, sedangkan pembangunan ekonomi lebih bersifat
kualitatif, bukan hanya pertambahan produksi, tetapi juga terdapat perubahanperubahan dalam struktur produksi dan alokasi input pada berbagai sektor
perekonomian seperti dalam lembaga, pengetahuan, sosial dan teknik.
Selanjutnya pembangunan ekonomi diartikan sebagai suatu proses yang
menyebabkan pendapatan perkapita penduduk meningkat dalam jangka panjang. Di
sini terdapat tiga elemen penting yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi.

Pembangunan sebagai suatu proses

Pembangunan sebagai suatu proses, artinya bahwapembangunan merupakan suatu


tahap yang harus dijalani olehsetiap masyarakat atau bangsa. Sebagai contoh,
manusia mulai lahir, tidak langsung menjadi dewasa, tetapi untuk menjadi dewasa
harus melalui tahapan-tahapan pertumbuhan. Demikian pula, setiap bangsa harus
menjalani tahap-tahap perkembangan untuk menuju kondisi yang adil, makmur, dan
sejahtera.

Pembangunan sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pendapatan perkapita

Sebagai suatu usaha, pembangunan merupakan tindakan aktif yang harus dilakukan
oleh suatu negara dalam rangka meningkatkan pendapatan perkapita. Dengan
demikian, sangat dibutuhkan peran serta masyarakat, pemerintah, dan semua elemen
yang terdapat dalam suatu negara untuk berpartisipasiaktif dalam proses
pembangunan. Hal ini dilakukan karena kenaikan pendapatan perkapita
mencerminkan perbaikan dalam kesejahteraan masyarakat.

Peningkatan pendapatan perkapita harus berlangsung dalam jangka panjang

Suatu perekonomian dapat dinyatakan dalam keadaan berkembang apabila


pendapatan perkapita dalam jangka panjang cenderung meningkat. Hal ini tidak
berarti bahwa pendapatan perkapita harus mengalami kenaikanterus menerus.
Misalnya, suatu negara terjadi musibah bencana alam ataupunkekacauan politik,
maka mengakibatkan perekonomian negara tersebut mengalami kemunduran.
Namun, kondisi tersebut hanyalah bersifat sementara yang terpenting bagi negara
tersebut kegiatan ekonominya secara rata-rata meningkat dari tahun ke tahun

Dampak Positif dan Negatif Pembangunan


Ekonomi
Pembangunan ekonomi yang berlangsung di suatu negara membawa dampak, baik
positif maupun negatif.

Dampak Positif Pembangunan Ekonomi

Melalui pembangunan ekonomi, pelaksanaan kegiatan perekonomian akan


berjalan lebih lancar dan mampu mempercepat proses pertumbuhan ekonomi.

Adanya pembangunan ekonomi dimungkinkan terciptanya lapangan pekerjaan


yang dibutuhkan oleh masyarakat, dengan demikian akan mengurangi
pengangguran.

Terciptanya lapangan pekerjaan akibat adanya pembangunan ekonomi secara


langsung bisa memperbaiki tingkat pendapatan nasional.

Melalui pembangunan ekonomi dimungkinkan adanya perubahan struktur


perekonomian dari struktur ekonomi agraris menjadi struktur ekonomi industri,
sehingga kegiatan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara akan semakin
beragam dan dinamis.

Pembangunan ekonomi menuntut peningkatan kualitas SDM sehingga dalam


hal ini, dimungkinkan ilmu pengetahuan dan teknologi akan berkembang dengan
pesat. Dengan demikian, akan makin meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Dampak Negatif Pembangunan Ekonomi

Adanya pembangunan ekonomi yang tidak terencana dengan baik


mengakibatkan adanya kerusakan lingkungan hidup.

Industrialisasi mengakibatkan berkurangnya lahan pertanian.


hilangnya habitat alam baik hayati atau hewani
http://id.wikipedia.org/wiki/Pembangunan_ekonomi

ISL MINGGU 6

mencari dan mengumpul maklumat tentang


pembangunan ekonomi

ekonomi malaysia terbentuk dengan ciri ciri uniknya dengan pengalamannya


dijajah kolonial inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah
dan kelapa sawit.

pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.

tenga buruh di malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut
hubungan etnik
terdapat dua cirri utama iaitu:-

A)

aspek ekonomi

B)

ciri etnik

mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti


kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport
barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah.

pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan


infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada


pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada
industri berorientasikan eksport.

menjelang 2000an, malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan


ekonomi berteraskan k- ekonomi.

secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di malaysia telah mencapai


kejayaan yang dapat diukur dengan kadar keluaran dalam negara kasar (kdnk)
yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.

ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di malaysia tidak hanya


diukur melalui kdnk tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.

kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar


kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di malaysia sememangnya


berkait rapat.

ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa


cemburu antara kaum.

oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar
dasar pembangunan seperti rancangan pembangunan lima tahun, dasar
ekonomi baru dan lain lain.

ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman


penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang
dapat dikurangkan dan dihapuskan.

ISL MINGGU 7
Menghasilkan borang pergurusan grafik tentang pembangunan
ekonomi ( Rancangan Lima Tahun )

Perancangan Pembangunan 5
tahun
Fokus :
Pembangunan luar Bandar dan
meluaskan kawasan pertanian

Draf Devplement Plan Of


Malaysia (1950-1955)

Asas tradisi perancangan moden


( Rancangan Malaysia Kedua ( 1961-1985)
Rancangan Malaysia Kedua ( 1966-1970 )
Rancangan Malaysia Ketiga ( 1971-1975 )
Rancangan Malaysia Keempat ( 1976-1980 )
Rancangan Malaysia Kelima ( 1986-1990 )
Rancangan Malaysia Keenam ( 1991-1995)
Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996-2000 )
Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001-1005 )
Rancangan Malaysia Kesembilan ( 20062010

Dasar dasar awam : Pertanian ,


Perindustrian dan ekonomi 1990 an

Rancangan
Malaysia
Pertama ( 19561960 )

Dasar
perindustrian
barat

Dasar
penswastaan

ISL MINGGU 10

menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur tradisi


dalam perlembagaan negara 1948
1 april 1946 ( pembentukan malayan union)

british military administration (bma) telah dibubarkan pada bulan mac 1945.

diikuti dengan pembentukan kesatuan tanah melayu (malayan union) pada 1

april 1946.

terbentuk hasil dari perjanjian mac michael pada tahun 1945.

perjanjian ini memberi peruntukan kepada british bagi mentadbir tanah melayu

dalam perintah-dalam-majlis berpandukan kepada arahan diraja (royal decree)

bertarikh 23 mac 1946.

semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai perlembagaan kesatuan

tanah melayu 1946.

bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat

dari raja-raja melayu dan rakyat tanah melayu.

1 febuari 1948 ( perlembagaan persekutuan tanah melayu )

perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian persekutuan tanah melayu 1948.

hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa

pada 1 februari 1948 = perlembagaan persekutuan tanah melayu, 1948.

mengikut perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang pesuruhjaya

tinggi british, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.

majlis perundangan (legislative council) mempunyai anggota

rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.

Jawatankuasa hubungan antara kaum (clc) - 1949

jawatankuasa hubungan antara kaum (1949) terdiri daripada pelbagai

hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan


ekonomi.

ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

clc ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti

kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang melayu serta dasar pendidikan.

melalui clc ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik

berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud

tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah dato onn jaafar, dato abdul

wahab abdul aziz, tan cheng lok, c.c. tan, dr. J. S. Goonting dan e.e.c. thuraisingham.

kebanyakan cadangan clc telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan

yang diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan.

Perlembagaan kemerdekaan 1957

pada 9 julai 1963, kerajaan-kerajaan persekutuan tanah melayu, united

kingdom, borneo utara, sarawak dan singapura telah menandatangani perjanjian


malaysia borneo utara, sarawak dan singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri
persekutuan tanah melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan malaysia.

parlimen persekutuan tanah melayu telah meluluskan akta malaysia untuk

meminda perkara 1(1) dan perkara (2) perlembagaan persekutuan tanah melayu
1957.

akta ini berkuatkuasa pada 16 september 1963.

pada masa yang sama juga queen great britain melepaskan bidang kuasa

baginda di borneo utara, sarawak dan singapura.

maka dengan ini wujudlah persekutuan malaysia yang merdeka dan berdaulat

dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.


Perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957, telah dijadikan asas kepada
penggubalan perlembagaan persekutuan malaysia.

perlembagaan persekutuan malaysia telah diisytiharkan pada 16 september

1963.

bagi sabah dan sarawak draf perlembagaan persekutuan malaysia telah

dilampirkan dalam jadula perjanjian malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya


telah diisytiharkan sebagai perlembagaan negeri sabah dan sarawak.

ISL MINGGU 11
Menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur dalam
perlembangan berdasarkan bahan rujukan
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia terdiri
daripada adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga
penjajah Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih satu abad di Tanah Melayu telah
meninggalkan banyak kesan ke atas Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur
pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti
jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan. Unsur-unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali
sebagai unsur-unsur moden dalam perlembagaan. Sementara beberapa unsur lama seperti institusi
raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di
dalam perlembagaan ini digolongkan sebagai unsur-unsur tradisi iaitu amalan pra-British. Unsur-unsur
tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan
kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam
sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara kita, ialah
1.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja sudah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun di negeri-negeri Melayu.
Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu
itu berpusat kepada raja dan istana. Kepentingan raja atau sultan ini dapat dilihat dalam kerajaan yang
ditubuhkan. Kerajaan itu dari perkataan raja sebagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan
kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak. (Sila imbas kembali pelajaran ini
dalam Bab 2).
Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal
negeri Melayu pada abad kesembilan belas. Seorang penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati
sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam
(lihat Maxwell & Gibson, 1924). Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol
perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya
orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai
menderhaka kepada sultan.
Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu
dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. Sultan sekarang
kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang

berpusat di Kuala Lumpur. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli atau mengikut tempat lahir
telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Kerakyatan
telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini
telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai
ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.
Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya menggagalkan Malayan Union dan
menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
telah mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi
Inggeris ke Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang
Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan
kabinet. Sementara di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan memerintah
dengan nasihat Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri. YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari
segi undang-undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan Rajaraja Melayu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
2.

Agama Islam
Islam dan orang Melayu bukan satu perkara baru. Dalam perlembagaan Malaysia, orang

Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu
serta bertutur dalam bahasa Melayu. Sebenarnya orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan
Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang
Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan
pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih
lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.
Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan
di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa RajaRaja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan
hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi
negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk
pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina
masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk
diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.

3.

Bahasa Melayu

Seperti agama Islam, bahasa Melayu juga tidak asing bagi orang Melayu kerana telah ditetapkan oleh
perlembagaan bahawa orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu
pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak
majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh
sebahagian besar penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan
penduduknya bahasa Melayu juga mejadi Lingua Franca (perantaraan) kepada pedagang yang dating
berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah semasa Inggeris
menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.
Bermula pada tahun 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat
tetapi tulisan (minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris
sebagai bahasa rasmi. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila
menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu. Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah
disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai
kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pada tahun 1957 dan
bermula pada tahun 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolahsekolah.

3.

Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu

Sama seperti agama dan bahasa bagi orang Melayu, hak istimewa juga bukan perkara asing bagi
orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu.
Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang
ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin
ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan
memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa
orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat
diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara
kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam
hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke
institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun

YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada
peribumi.

PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara unik kerana ia menggabung
unsur lama dan baru. Di samping keunikan itu, terdapat beberapa faedah dan kebaikan yang boleh
dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Orang
melayu yang ketinggalan dalam semua bidang jika disbanding dengan kaum bukan Melayu. Peruntukan
yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu
supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.
Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan
Inggeris. Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan.
Sebaliknya orang bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut. Dasar
penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi
baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama.
Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan
Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak
sekian lama memang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja. Raja bagi orang Melayu adalah
lambang tempat menumpahi taat setia yang tidak berbelah bagi. Di sini raja boleh berfungsi sebagai
unsur penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai kaum supaya bersatupadu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi juga.
Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya telah
dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957. UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum buka
Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam
perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo. Untuk
memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan
perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang
menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan sebagai perkara
sensitif.

http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-perlembagaan-malaysia.html

ISL MINGGU 13
Menghasilkan laporan ringkas tentang cabaran globalisasi serta
implikasi kepada hubungan etnik di Malaysia berdasrkan
pelbagai sumber rujukan

Globalisasi
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi
& politik Barat sejagat. Globalisasi seperti yang kita sedia maklum buat masa ini
merupakan fenomena dunia tanpa sempadan yang begitu membimbangkan bagi
negara-negara membangun dan belum membangun. Hal yang demikian ini berlaku
kerana manusia tidak dilahirkan sama rata dari segi kaum, warna kulit, latar belakang
sosial, agama dan budaya, apatah lagi etika kerja masa kini yang akan jauh berbeza
daripada masa hadapan.
Dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan
kepada negara-negara yang baru membangun jika dikaji dari pelbagai sudut dan
perspektif. Globalisasi menuntut padang permainan yang sama rata di mana manusia
boleh bertanding secara adil. Sungguhpun demikian keadaan dunia yang sebenarnya
tidak sedemikian rupa. Sebagai contoh dalam sukan adakah saiz pemain, sarna ada
kecil ataupun besar, telah diambil kira untuk bermain walaupun disediakan satu
padang permainan yang sama? Tentunya negara yang mempunyai pemain yang
berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua keadaan.
Analogi ini boleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain
dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi negara yang sudah membangun, dalam
banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum
membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju.
Kesan

yang

diterima

daripada

fenomena

globalisasi

ini

tidak

akan

menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana negara-

negara yang sudah maju sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan yang telah
dikuasai sejak beberapa lama dahulu.

Cabaran dalam Dunia Globalisasi


Dalam hal-hal tertentu kita perlu mengambil kira pandangan Mahathir
Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia tentang dunia globalisasi. Terdapat lima
cabaran asas terhadap dunia globalisasi.
Pertama merupakan persoalan asas. Cabaran ini mudah kepada kita sarna ada
dari segi pandangan ataupun pemikiran. Namun cabaran ini akan menjadi sukar
sekiranya ramai orang yang gemar membuat pandangan untuk kita dan bertukar
menjadi benci jika kita cuba mengikuti pandangan kita sendiri.
Kedua, merupakan cabaran tentang kebenaran. Kebenaran sukar dilahirkan
kerana kita hidup dalam dunia globalisasi yang tidak mempunyai ketelusan,
sebaliknya pembohongan semata-mata. Adalah sukar untuk kita menentukan hasrat
sebenar sesebuah badan korporat gergasi dunia yang berpura-pura senyum, tetapi
mempunyai hasrat yang tersembunyi untuk menguasai kita.
Cabaran ketiga berkaitan dengan soal keadilan dan kesaksamaan, iaitu
bagaimanakah kita menentukan orde dunia barn itu agar memihak ke arah keadilan
dan kesaksamaan?. Mengapakah negara-negara yang sudah maju, walaupun
terdapatnya retorik tentang globalisasi dan liberalisasi, telah mendakwa subsidi boleh
menghancurkan pasaran? Lantas segala bentuk bantuan dan subsidi makanan dan
minyak di negara-negara miskin mesti dihentikan atau pinjaman tidak akan
dike1uarkan. Mengapakah perlu ada penetapan tarif ke atas kesemua barangan
tersebut jika negara-negara maju mampu bersaing?
Cabaran keempat yang dihadapi oleh negara-negara membangun adalah dari
segi cabaran keuntungan bersama. Bagaimanakah caranya untuk memaksimumkan
bilangan pemenang dan meminimumkan bilangan yang kalah dalam proses
globalisasi ini? Bagimanakah cara untuk menentukan situasi 'menang-menang' bagi

kedua-dua pihak? Bagaimanakah pula untuk kita menentukan sesuatu hasil dan pola
antara pemenang dan yang kalah itu tidak begitu ketara jaraknya? Justeru adalah
jelas bahawa jika kita mahukan dunia globalisasi, ruang haruslah diperuntukkan dan
peperangan haruslah dielakkan. Kita memerlukan era globalisasi yang baru agar yang
kaya

dilihat

berusaha

keras

untuk

memberi

perkhidmatan

kepada

bangsa

antarabangsa.
Cabaran kelima pula adalah berkaitan dengan dunia penyayang, iaitu
pemenang tidak membolot semua, manakala yang tewas tidak kehabisan segalanya.
Kejayaan haruslah melalui persaingan sihat bagi mereka yang kuat tanpa menjadikan
golongan lemah sebagai mangsa. Salah satu prinsip dunia globalisasi yang utama
ialah berteraskan kecekapan ekonomi dan daya saing ekonomi.
Dalam dunia penyayang, semua orang harus menerima kenyataan bahawa
kecekapan ekonomi bukan segala-galanya. Kecekapan ekonomi bukanlah prioriti
utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat pada bila-bila masa ataupun situasi.
Dalam dunia penyayang, sudah pasti kita ingin melihat sedikit pengorbanan dilakukan
dalam waktu kita menuju ke arah kecekapan ekonomi. Keadaan ini adalah untuk
melindungi berjuta-juta manusia yang kurang bernasib baik. Golongan yang lemah,
terkebelakang dan cacat harus juga mendapat tempat dan bantuan yang sewajamya
di dunia ini. Kita tidak harus mengenepikan mereka sebagaimana yang pernah
dilakukan oleh Hitler kepada mereka yang cacat dan terencat akal.
Kesimpulannya, lima cabaran tersebut merupakan cabaran-cabaran yang harus
dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun yang dianggap miskin, lemah
dan tidak berkeupayaan. Negara-negara membangun haruslah menentukan langkah
yang perlu dilakukan bagi mengelakkan era globalisasi menjadi penghalang kepada
pencapaian kemajuan mereka. Langkah-langkah yang berpadu daripada kumpulan
negara-negara membangun ini juga perlu bagi memastikan keutuhan untuk
menghalang kesan negatif era globalisasi yang dapat menghancurkan mereka satu
masa kelak.

Implikasi kepada hubungan etnik di Malaysia


Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek
lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan
hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi hanya akan
menimbulkan prasangka stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli
bagi sesualu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh
kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam
memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari
aspek budaya keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan
berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri
sahaja. Maka pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang Iebih
maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus
pemodenan Negara.
Implikasinya yang seterusnya ialah mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi
semua golongan etnik Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian
mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan
kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana
harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di
dunia. Jika harga meningkat maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan
berlaku Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dan
mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan
kepada kaum Bumiputera atau Melayu Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk
pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi Negara. Isu isu sebegini merupakan perkara yang
boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Implikasi yang ketiga ialah mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha
untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan
budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan

hak yang sama rata. Selain itu semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak
wujud di kalangan etnik kerana masing masing pasti ingin menaburkan bakti pada
negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang
sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak masing-masing.
Implikasi yang terakhir ialah mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan
anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat mendapatkan pekerjaan.
Perkara ini seolah olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar
untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.
Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-menghormati dengan agama dan
budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang
sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.

Kesimpulan
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting
bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik
dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu
perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita
selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang
kita. Jika cabaran-cabaran tersebut sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan
mengakibatkan pembentukan semangat perkauman yang mendalam, prasangka dan
mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme (budaya sendiri lebih baik dari budaya
lain). Seterusnya memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan,
mudah terjadi konflik dan lebih parah lagi mengundang. Oleh yang demikian, setiap
kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam
mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang
berpanjangan.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/isl-13-hubungan-etnik-di-malaysia.html

ISL MINGGU 14
Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang peranan
masyarakat dan kerajaan dalam konteks hubungan
HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT
RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31
Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden:

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA


Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membezabezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut


Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat

yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau manamana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,
di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama
ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu
darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan

bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni

DASAR EKONOMI BARU


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato'
Hussein.
Matlamat :
untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam
konteks strategi serampang dua mata untuk:
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluangpeluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia

untuk

memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi.


digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu
elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur
apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat diTanah Melayu.
Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan
interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun
utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar
(kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan
bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan
bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga
mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi
teras peristiwa 13 Mei 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan
akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua
keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang
usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta


mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan
penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah
bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat
integrasi nasional
. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan
(bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor
pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan
dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak
wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan
perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus
menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
RASIONAL
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga
miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Jabatan Perpaduan Negara


Pengenalan;
Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan untuk menangani isu-isu
perkauman. Mulai Oktober 1990, Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Jabatan ini dipertanggungjawabkan dengan lima (5) fungsi, iaitu:
Hubungan Kaum
Program Perpaduan Negara

Penyelidikan Etno-Sosial
Rukun Tetangga (RT)
Integrasi Negara

Objektif
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan
kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan
keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang
dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
Dasar Ekonomi Baru .
Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara
sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh
memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan
dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa
dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara
dan Dasar Sosial Negara.
Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti
berikut:
Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu
merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan
negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa
bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.
Menjelang tahun 2020
Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,
nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur,
penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya
saing.
Strategi Politik
*

Menggalakkan

Perpaduan

Negara

&

Integrasi

Nasional;

* Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang


bersatupadu;
*

Mencegah

konflik

antara

kaum,

masyarakat

dan

wilayah;

* Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat; serta

* Menyelaras program / aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan lainlain.
Strategi Ekonomi
sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya. Masingmasing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri ... rakyat menerima permuafakatan dan
kerjasama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus relevan lebih-lebih menerusi Misi
Nasional RMK-9 ...
Kaum Cina yang berjaya harus bekerjasama dengan kaum Melayu dan India untuk membantu
membina ahli perniagaan baru yang tulen. Kesepakatan dalam pelbagai usaha niaga harus
digalakkan. Orang Melayu tidak sepatutnya mengharapkan sokongan kerajaan semata-mata
dalam memajukan ekonomi mereka. Jika benar semangat kesetiakawanan wujud, kaum Cina
harus menghulurkan tangan membantu secara jujur.
Kita merencanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang prinsipnya buta kaum kerana
matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira
kaum. Kebetulan yang paling ramai miskin ialah Bumiputera, maka sasaran utamanya tentulah
pada kelompok ini, tanpa sebarang niat merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar
DEB.
Strategi Pendidikan
Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program
pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang
berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan
dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga
bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu tabika
perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai
keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan,
sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam
Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996

Strategi Pembangunan Kawasan


Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak meliputi :
-

perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

ekonomi : Perkara 153 (6)

pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan

90 berhubung dengan tanah rizab Melayu.


-

Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948

(Pindaan 1971).
Strategi Perpaduan Kaum
PERPADUAN tidak boleh diambil mudah dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti
Malaysia. Maka itu rakyat negara ini harus terus memupuk dan memelihara sikap muafakat,
bertolak-ansur, bersatu serta saling menghargai satu sama lain. Sesungguhnya Malaysia ini
bukan milik mana-mana individu atau kaum, tetapi adalah milik kita bersama setiap rakyat
Malaysia, demikian antara amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) bertujuan supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah
kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti,
bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru
terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau

tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah
wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid
daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.
Tuju* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang
* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
an dan matlamat Sekolah Wawasan
Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu
* Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
* Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
* Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
* Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
* Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Program Latihan Khidmat Negara


Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Keamanan yang dikecapi dan
keharmonian hidup pelbagai kaum di bumi bertuah ini menjadikan Malaysia ikon terbaik dan
dihormati
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama
atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara
serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
OBJEKTIF

Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,


ekonomi dan politik.
Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Strategi :
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya.
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Kurikulum yg sama.
Sistem peperiksaan yg sama.
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu.
Peluang pendidikan asas selama 9 tahun.
Mendemokrasikan pendidikan.
Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM.
Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik,
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti.
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi
peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain.
Menggalakkan aktiviti kokurikulum.

https://docs.google.com/file/d/0B6z3yHdicsgBd2RpQkotMnhyeEk/edit

You might also like