Bab 4

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB EMPAT

ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN


4.1

Pendahuluan

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk keberkesanan kaedah koperatif
yang digunakan bagi meningkatkan prestasi murid tahun lima dalam Matematik
terutama sekali tajuk penyelesaian masalah pecahan melibatkan penambahan dan
penolakan yang rata-rata mendatangkan masalah kepada murid. Jadi di sini saya
ingin menggunakan satu kaedah pembelajaran koperatif ke atas murid-murid tahun
lima di Sekolah Kebangsaan seri Geliga, Kemaman, Terengganu yang terdiri
daripada 30 orang iaitu 15 orang sebagai sampel untuk kumpulan eksperimen
manakala 15 orang lagi sebagai kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran
secara biasa atau dengan lain kata sebagai pembelajaran tradisional. Data yang
dikumpul akan dianalisis secara manual bardasarkan persoalan yang telah dinyatakan
dalam bab sebelum ini manakala dalam bab 4 ini data dikumpulkan berdasarkan
ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan bagi mengetahui sama ada kaedah
pembelajaran koperatif berjaya mencapai tahap yang dikehendaki ataupun tidak.
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan ujian pra bagi mendapatkan
maklumat awal terhadap penguasaan murid-murid dalam tajuk penyelesaian masalah

42

pecahan sama ada menguasai atau pun tidak. Selepas ujian pra dijalankan, pengkaji
akan menjalankan rawatan ke atas murid

dengan menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif di mana semua murid eksperimen akan diajar cara


penggunaannya. Satu ujian pos dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan murid bagi
mendapatkan maklumbalas pencapaian dan peningkatan berbanding dalam ujian pra.
Hasil daripada maklumbalas dan pencapaian murid akan direkodkan bagi
membuat analisis

dan tafsiran data untuk mengukur, menilai serta membuat

perbandingan berkaitan dengan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sampel.


Data data yang diperolehi akan di pamerkan melalui carta pai dan carta bar serta
jadual secara sistematik bagi membolehkan pembaca memahami kajian yang telah
dijalankan.
4.2

Profail Responden

Responden adalah pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman
yang terdiri sebagai sampel eksperimen seramai 30 orang yang mana 15 orang
daripada kelas 5 Bestari mengikuti kaedah pembelajaran secara koperatif manakala
15 orang lagi dari kelas 5 Cemerlang ( kelas kawalan ) mengikuti pembelajaran
secara tradisional. Pencapaian yang diperolehi antara dua kumpulan tersebut juga
adalah hampir sama di mana kesemua murid adalah dari kawasan yang berhampiran,
berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Responden yang dipilih adalah dari kelas 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang
terdiri daripada beberapa aras kebolehan dalam peperiksaan / ujian UBB bulan April
di mana data peringkat awal datangnya daripada peperiksaan tersebut dan
peningkatan pencapaian murid-murid boleh dilihat dalam peperiksaan pertengahan
tahun selepas penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Peratusan pencapaian
murid-murid dalam subjek matematik boleh dilihat dalam rajah carta pai di bawah.
43

KUMPULAN

Lelaki

Jantina
Perempuan

Jumlah

Kumpulan Ekeperimen
(kaedah pembelajaran koperatif)

15

Kumpulan Kawalan
(kaedah pembelajaran tradisional)

10

15

JUMLAH

13

17

30

Jadual 4.1 Profail Responden menunjukkan taburan pelajar bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan yang berjumlah 30 orang dari kelas 5 Bestari dan 5 Cemerlang di
mana 15 orang murid untuk kumpulan kajian yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan manakala bagi kumpulan kawalan pula seramai 15 orang yang terdiri
daripada 5 lelaki dan 10 perempuan. Keseluruhan murid ialah seramai 13 lelaki dan
17 perempuan bagi kumpulan kajian dan kawalan.

44

Rajah 4.1 : Menunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh pelajar tahun 5B dan 5C
dalam peperiksaan UBB April 2014 di mana murid yang memperolehi keputusan C
adalah seramai 15 orang , manakala yang mendapat keputusan A hanyalah 3 orang
sahaja dan yang gagal pula adalah seramai 2 orang, selebihnya pelajar yang
mendapat keputusan B.

4.3

Dapatan Awal Kajian

Untuk mendapat petunjuk awal dalam kajian, pengkaji menggunakan soalan kaji
selidik terlebih dahulu untuk melihat minat murid terhadap mata pelajaran matematik
amnya dan khususnya bagi tajuk penyelesaian masalah pecahan. Ujian pra diberikan
kepada kedua-dua kumpulan bagi mendapatkan maklumat peringkat awal. Selepas
45

segala maklumat atau data direkodkan, satu analisis akan dijalankan bagi melihat
sejauh mana penguasaan murid-murid dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan.
Setelah mendapat petunjuk awal, pengkaji akan menerangkan kepada murid
mengenai kajian yang dijalankan.
Akhir sekali, ujian pos pula dijalankan kepada kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan bagi melihat minat dan pencapaian murid dalam tajuk pecahan.
Sepanjang proses kajian dijalankan, ahli kumpulan kajian akan didedahkan dengan
pembelajaran koperatif di dalam kelas.

Manakala bagi kumpulan pembelajaran

tradisional akan belajar seperti biasa dan membuat latihan secara individu.
4.4

Dapatan Kajian

Dapatan kajian akan dinilai berdasarkan hasil yang diperolehi semasa kajian
dijalankan.
4.4.1

Keputusan ujian pos dan ujian pra yang dijalankan keatas murid dari

kumpulan kajian 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang ditunjukkan oleh jadual dibawah.

Responden

Ujian Pra

Ujian Pos

Markah

Gred

Markah

Gred

K01

18

60

22

73

K02

15

50

21

70

K03

12

40

25

83

K04

20

67

20

67

K05

13

43

29

97

K06

12

40

24

80

K07

18

60

28

93

K08

20

67

25

83

K09

19

63

26

87

K10

12

40

22

73

B
46

K11

12

40

27

90

K12

18

60

23

76

K13

20

67

24

80

K14

21

70

21

70

K15

22

73

28

93

Jadual 4.4.1a menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos untuk kumpulan kajian
yang telah dijalankan sepanjang kajian dijalankan. Keputusan yang ditunjukkan
untuk murid seramai 15 orang adalah meningkat dengan 9 orang mendapat A dan 6
orang mendapat B bagi ujian pos manakala bagi ujian pra pula seramai 9 orang
mendapat B dan 6 orang mendapat C.

Berdasarkan markah di atas secara

keseluruhannya dapat dilihat bahawa telah berlakunya peningkatan markah murid


kumpulan kajian dalam ujian pos berbanding markah dalam ujian pra. Ini boleh
disimpulkan bahawa prestasi murid adalah bergantung kepada methodologi
pengajaran iaitu kaedah koperatif dapat memberikan kesan positif terhadap
pencapaian murid.
Sela Markah
80 - 100
60 79
40 59
20 39
0 - 19

Ujian Pra
0
9
6
0
0

Ujian Pos
9
6
0
0
0

Peratus
60.0
40.0
0
0
0

Jadual 4.4.1b menunjukkan markah yang diperolehi oleh murid dari kumpulan kajian
untuk ujian pra dan ujian pos. Peningkatan daripada 9 orang mendapat B dalam ujian
pra kepada 9 orang mendapat A dalam ujian pos manakala daripada 6 orang
mendapat C dalam ujian pra sehingga tiada yang mendapat C dalam ujian pos.
Ujian
Pra
Pos

Lulus
100%
100%

Naik

Turun

Tak Berubah

86.7%

13.3%

47

Jadual 4.4.1c menunjukkan peratus kenaikan markah dalam pencapaian yang


melibatkan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kajian seramai 15 orang di mana
terdapat kenaikan dalam markah untuk seramai 13 orang ( 86.7% ) manakala markah
bagi 2 orang ( 13.3% ) tak berubah.

Rajah 4.4.1 : Menunjukkan graf bar keputusan ujian pra dan ujian pos bagi murid
bagi kumpulan kajian.
Keputusan yang ditunjukkan dalam graf bar diatas adalah perbandingan pencapaian
yang telah dicapai oleh murid dari kumpulan kajian dalam ujian pra dan ujian pos di
mana tiada seorang pun murid kajian mendapat keputusan C dalam ujian pos
sebaliknya 9 orang mendapat A dan 6 orang mendapat B manakala 9 orang mendapat
B dan 6 orang mendapat C dalam ujian pra. Rujuk jadual 4.4.1a
4.4.2

Keputusan ujian pra dan ujian pos ke atas murid kumpulan kawalan dari kelas

5 Cemerlang. Jadual di bawah menunjukkan keputusan yang diperolehi bagi murid


kumpulan kawalan yang telah menjalani ujian pra dan ujian pos.

Responden

Ujian Pra
Markah
%

Gred

Ujian Pos
Markah
%

Gred
48

T01

10

33

12

43

T02

18

60

17

57

T03

19

63

22

73

T04

20

67

20

67

T05

19

63

21

70

T06

13

43

19

63

T07

20

67

21

70

T08

11

37

15

50

T09

10

33

13

43

T10

15

50

15

50

T11

12

43

13

43

T12

15

50

14

47

T13

13

43

18

60

T14

17

57

19

63

T15

21

70

20

67

Jadual 4.4.2a menunjukkan markah, peratus dan

gred pencapaian murid dari

kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran tradisional dalam ujian pra dan
ujian pos yang telah dijalankan ke atas mereka sepanjang kajian yang dilaksanakan.
Terdapat sedikit peningkatan dalam pencapaian mereka.
Sela Markah
80 - 100
60 79
40 59
20 39
0 - 19

Ujian Pra
0
6
6
3
0

Ujian Pos
0
8
7
0
0

Peratus
0
53.3
46.7
0
0

Jadual 4.4.2b menunjukkan markah yang diperolehi oleh murid dari kumpulan
kawalan untuk ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa 3 orang murid gagal dalam menguasai tajuk penyelesaian
masalah pecahan manakala 12 orang murid pula telah memperolehi keputusan C dan
B. Dalam ujian pos pula menunjukkan peningkatan di mana tiada seorangpun gagal

49

dalam ujian pos dengan lain kata 7 orang murid telah mendapat C dengan markah
4059 manakala 8 orang murid telah lulus dengan agak baik dan mendapat 60-79%
dari segi peratusan markah.

Jadual

Ujian

Lulus

Pra

80%

Pos

100%

Naik

Turun

Tak Berubah

66.7%

20%

13.3%

4.4.2c menunjukkan peratus kenaikan markah dalam pencapaian yang

melibatkan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan seramai 15 orang di mana
terdapat kenaikan dalam markah untuk seramai 10 orang ( 66.7% ) manakala markah
bagi 2 orang ( 13.3% ) tak berubah. Terdapat penurunan dalam markah sebanyak
20% iaitu melibatkan 3 orang.

Rajah

4.4.2

menunjukkan keputusan

ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan

kawalan sepanjang ujian dijalankan. Setelah ujian pra dijalankan, 3 orang murid
telah gagal dan mendapat D, manakala

6 orang murid mendapat gred B dan

selebihnya C. Dalam ujian pos pula, tiada murid yang gagal dan berlaku peningkatan

50

iaitu 8 orang mendapat B dan 7 orang mendapat gred C dan peratus lulusnya ialah
100%, rujuk jadual 4.4.2a.
4.4.3

Perbandingan pencapaian bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan

berdasarkan ujian pra dan ujian pos.

Rajah 4.4.3a

di atas menunjukkan perbandingan pencapaian bagi kumpulan

kajian(E) dengan kumpulan kawalan(K) dalam ujian pra dan ujian pos. Disini kita
boleh lihat, pencapaiana bagi kumpulan kajian yang meningkat dalam ujian pos di
mana tiada seorang pun yang gagal malah lulus dengan cemerlang dengan 9 orang
mendapat A dan 6 orang mendapat B manakala bagi kumpulan kawalan mereka
hanya lulus dengan keputusan B dan C sahaja dengan markah antara 40 79 %
sahaja.

Peningkatan markah untuk murid dari kumpulan kajian ialah sebanyak

86.7% manakala peningkatan markah bagi murid dalam kumpulan kawalan ialah
66.7% dan beza peningkatan dalam markah ialah sebanyak 20%.
4.5

Analisis Data

Analisis data yang dijalankan adalah untuk menguji hipotesis kajian yang telah
ditetapkan sama ada diterima atau ditolak pada aras keertian 0.05. Hipotesis nol
diterima sekiranya nilai statistik ujian t kurang daripada jadual- T dan ditolak

51

sekiranya nilai ujian statistik ujian t lebih besar atau sama dengan nilai jadual-T.
Mari kita lihat perbandingan min markah dan sisihan piawai serta varians bagi
kumpulan kajian dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos yang telah
dijalankan seperti jadual di bawah.
Kumpulan
Kajian

Jumlah pelajar
15 orang

( Eksperimen )
Kawalan

15 orang

Ujian
Pra

Min Markah
16.8

Pos

24.3

Pra
Pos

15.5
17.7

Beza Min
7.5
2.2

Jadual 4.5a Min markah bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan dalam Ujian
Pra dan Ujian Pos.
Jadual 4.5a menunjukkan peningkatan dalam min markah yang begitu ketara juga
bagi kumpulan kajian di mana ianya meningkat daripada 16.8% kepada 24.3%
dengan beza sebanyak 7.5%. Ini menunjukkan prestasi murid dari kumpulan kajian
telah meningkat selepas menjalani proses pembelajaran koperatif dengan kaedah
koperatif, manakala bagi kumpulan kawalan pula berlaku juga peningkatan tetapi
sedikit iaitu dengan beza sebanyak 2.2% sahaja.

Ini menunjukkan bahawa

pembelajaran dengan kaedah tradisional tidak mampu untuk membawa murid


mencapai tahap yang lebih baik dalam pelajaran.

Jumlah
Kumpulan

Sisihan
Ujian

Murid
Kajian
(Eksperimen)

15 orang

Kawalan

15 orang

Pra
Pos
Pra
Pos

Beza
Piawai
3.72
2.84
3.87
3.37

0.88
0.57

Varians
13.86
8.09
14.98
11.41

Beza
5.79
3.57

52

Jadual 4.5b Menunjukkan Sisihan Piawai dan Varians bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan Jadual 4.5b di atas menunjukkan Sisihan Piawai bagi kumpulan kajian
telah menunjukkan penurunan atau mengecil daripada 3.72 dalam ujian pra kepada
2.84 dalam ujian pos dengan beza sebanyak 0.88 . Ini menunjukkan bahawa serakan
markah telah mengecil tetapi berlaku peningkatan dalam markah kesan daripada
penggunaan kaedah pembelajaran koperatif sebagai peranan utama pembelajaran.
Manakala bagi kumpulan kawalan pula, berlaku juga penurunan dalam ujian pos dari
ujian pra dimana sisihan piawai menurun sedikit dari 3.87 kepada 3.37 dengan beza
sebanyak 0.57. Ini menunjukkan bahawa peningkatan markah dan pencapaian dalam
ujian pos bagi kumpulan kajian lebih baik (kaedah koperatif ) daripada kumpulan
kawalan dalam ujian pos selepas pembelajaran biasa (tradisional ).

Jadual 4.5c Hasil Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kajian
Sisihan
Ujian

Murid

Min

Sp

Sd

Ujian-t

T28,0.05

3.312

1.209

6.203

1.7011

Piawai
Pra
Pos

15
15

16.8
24.3

3.72
2.84

Oleh kerana t = 6.203 > 1.7011, maka tolak H pada 5% tahap keertian dan ambil H
sebagai alternatif di mana terdapat perbezaan pada skor min pencapaian dikalangan
murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Kesimpulannya, maka terdapat

peningkatan pencapaian dikalangan pelajar kajian kelas 5B walaupun tidak begitu

53

ketara, ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif berjaya menarik


minat pelajar dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan dan seterusnya membawa
kepada pencapaian yang memberangsangkan dalam mata pelajaran Matematik
berbanding dengan murid kumpulan kawalan yang hanya didedahkan dengan kaedah
pengajaran tradisional.
Jadual 4.5d Hasil Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan
Sisihan
Ujian

Pelajar

Min

Sp

Sd

Ujian-t

T28,0.05

3.632

1.326

1.654

1.7011

Piawai
Pra
Pos

15
15

15.5
17.7

Oleh kerana t = 1.654

3.87
3.37

< 1.7011, maka terima H pada 5% tahap keertian.

Kesimpulannya berdasarkan jadual di atas maka tidak terdapat peningkatan


pencapaian dikalangan murid kawalan kelas 5Csecara amnya.

Ini menunjukkan

bahawa kaedah pengajaran amat penting bagi menentukan peningkatan dalam


seseatu tajuk terutama tajuk penyelesaian masalah pecahan dan Matematik
khususnya. Kaedah pengajaran tradisional tidak membantu pencapaian matematik
dikalangan murid kawalan secara keseluruhan sama ada sebelum atau selepas ujian
dijalankan.
Jadual 4.5e Perbandingan keputusan antara kumpulan kajian dengan kumpulan
kawalan.
Kumpulan

Bil.(N)

Ujian

Min

Sisihan

Kajian

15

Pra
Pos

16.8

piawai
3.72

24.3

2.84

Pra
Pos

15.5

3.87

17.7

3.37

(koperatif)
Kawalan
(tradisional)

15

Sp

Sd

Ujian t

T28,.

3.312 1.209

6.203

1.7011

3.632 1.326

1.654

1.7011

54

Jadual 4.5e menunjukkan keputusan yang diperolehi semasa kajian dijalankan ke


atas kumpulan kajian dan kumpulan kawalan iaitu seramai 30 orang murid dari kelas
5B dan 5C yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid untuk tajuk pecahan
bagi kumpulan kajian berdasarkan ujian t pada kedudukan T28,0.05

Jadual 4.5f

Keputusan ujian pos bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan


selepas kajian dijalankan ke atas murid tahun 5Bdan 5C.

Responden
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Min
Jadual 4.5f

Keputusan ujian Pos


Kumpulan Kajian
Kumpulan Kawalan
22
12
21
17
25
22
20
20
29
21
24
19
28
21
25
15
26
13
22
15
27
13
23
14
24
18
21
19
28
20
24.3
17.7

menunjukkan perbandingan pencapaian bagi kumpulan kajian dan

kumpulan kawalan dalam ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka sepanjang
kajian dijalankan. Min bagi kumpulan kajian ialah sebanyak 24.3 manakala bagi
kumpulan kawalan pula ialah 17.7 dan perbezaannya ialah sebanyak 6.6.

ini

menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif telah berjaya menarik minat


murid kajian untuk mempelajari tajuk penyelesaian masalah pecahan secara
bersungguh sungguh dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam mata
pelajaran Matematik.
55

Rajah 4.5g

di atas menunjukkan bilangan murid dari kumpulan kajian dan

kumpulan kawalan yang mendapat gred A, B dan C dalam ujian pos yang telah
dijalankan sepanjang kajian dilakukan terhadap mereka berdasarkan graf / bilangan
yang ditunjukan di atas.
Jadual 4.5h Perbezaan Skor Min Pencapaian bagi kumpulan Kajian dan kumpulan
Kawalan dalam Ujian Pos
Sisihan
Ujian
Kajian
Kawalan

Ujian
Pos
Pos

Min
24.3
17.7

Piawai
2.84
3.37

Sp

Sd

Ujian-t

T28,0.05

3.122

1.14

5.789

1.7011

Oleh kerana t = 5.789 > 1.7011, maka tolak H0 pada 5% tahap keertian dan ambil
H1 sebagai alternatif di mana terdapat perbezaan pada skor min pencapaian
dikalangan murid (kajian) yang mengikuti pembelajaran koperatif dengan murid
(kawalan )yang mengikuti kelas pembelajaran tradisional.

56

Kesimpulan
Oleh kerana t = 5.789 > 1.7011, maka terdapat peningkatan pencapaian dikalangan
murid kajian kelas 5 Bestari dengan begitu ketara, ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif berjaya menarik minat pelajar dalam tajuk penyelesaian
masalah

pecahan

dan

seterusnya

membawa

kepada

pencapaian

yang

memberangsangkan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan murid


kumpulan kawalan yang hanya didedahkan dengan kaedah pengajaran tradisional.

4.6

Analisis Soal selidik

Antara lain objektif kajian ini ialah menilai sama ada kaedah pembelajaran dapat
meningkatkan sikap positif murid terhadap mata pelajaran matematik menjadikan
pembelajaran lebih seronok dan mengurangkan tekanan. Soal selidik telah dijalankan
terhadap murid yang telah menjalani kaedah koperatif.
Sebanyak 3 soalan soal selidik ( Lampiran ) telah diedarkan kepada kumpulan
eksperimen selepas pembelajaran secara koperatif . Soal selidik ini diedarkan kepada
murid untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran dalam meningkatkan
sikap positif dan keseronokan dan mempelajari matematik. Soal selidik difokuskan
kepada item-item berikut:
Jadual 4.6 : Rumusan soal selidik
Item
1. Murid lebih berminat belajar matematik

2. Belajar lebih seronok


3. Dapat bekerjasama antara satu sama lain
4. Terdapat peningkatan pencapaian

Setuju
70.0%
95.1%
78.7%
92.4%

Tidak

Tidak

setuju
23.8%
4.9%
11.1%

Pasti
6.2%
10.2%
7.6%

matematik
57

Peratus Soal Selidik

70%

92.4%

1. Murid lebih berminat


belajar matematik
2. Belajar lebih seronok
3. Dapat bekerjasama
antara satu sama lain

95.1%

78.7%

4. Ada peningkatan
pencapaian matematik

Rajah 4.6 : Peratus murid yang berminat dengan pembelajaran secara berkumpulan.
4.7 Analisis Pemerhatian.
Sepanjang kajian dijalankan, ramai murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan kerana menyeronokkan di mana mereka dapat berbincang antara satu
sama lain serta

mereka sanggup berkongsi idea dan kefahaman terhadap tajuk

penyelesaian masalah pecahan yang diajarkan. Tetapi ada segelintir murid tidak
minat belajar bersama kerana mereka beranggapan bahawa mereka pandai dan
menguasai tajuk penyelesaian masalah pecahan serta Matematik amnya. Belajar
secara berkumpulan mampu menjana idea yang bernas serta kreatif.

4.8 Borang Soal Selidik


Borang soal selidik mengandungi maklumat berkaitan peribadi murid seperti alamat
rumah, nombor telefon, etnik, agama, keputusan Matematik dalam UBB4 , kehadiran

58

ke kelas tuisyen dan sebagainya. Borang ini diedarkan kepada murid sebelum mereka
menjalani ujian pra. (Lampiran )
1.

Bilangan murid dari kumpulan kajian dan kumpulan kawalan mengikut


Pencapaian Matematik dalam UBB April
Gred
A
B
C
D
E
JUMLAH

Kumpulan Kajian
8
5
2
0
0
15

Kumpulan Kawalan
1
4
10
0
0
15

Jadual 4.8 menunjukkan keputusan Matematik yang diperolehi oleh murid dari kelas
5 Bestari dan 5 Cemerlang yang terlibat sebagai kumpulan kajian dan kumpulan
kawalan yang lulus 100% dalam Ujian UBB April 2014.

2.

Bilangan Murid yang berminat dalam mata pelajaran matematik.


Kumpulan
Kajian
Kawalan
Jumlah

Ya
9
10
19

Minat
Tidak
6
5
11

Jumlah
15
15
30

Jadual 4.8 .1 : Bilangan murid berdasarkan minat terhadap


Matematik
Berdasarkan Jadual 4.8.1 di atas, didapati seramai 9 orang murid dari kumpulan
kajian yang berminat belajar Matematik dan seramai 6 orang yang tidak berminat
belajar Matematik. Manakala seramai 10 orang murid dari kumpulan kawalan yang
berminat belajar Matematik dan seramai 5 orang yang tidak berminat belajar
Matematik.

59

Bilangan Murid Berdasarkan Minat Terhadap Matematik

Rajah 4.8

:Carta bagi bilangan murid berdasarkan minat


terhadap mata pelajaran Matematik
Berdasarkan Rajah 4.6 di atas, seramai 37% murid dari kedua-dua kumpulan yang
tidak berminat mempelajari Matematik dan 63% orang murid yang suka belajar
Matematik.
4.9

Kesimpulan

Hasil analisis ujian pra dan ujian pos, didapati murid kumpulan koperatif lebih baik
prestasinya jika dibandingkan dengan kumpulan murid yang mengikuti pembelajaran
tradisional. Kaedah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran
secara berkumpulan.

Untuk itu, diharapkan kaedah pembelajaran ini dapat

dilaksanakan oleh guru-guru untuk menambahbaikkan mutu pengajaran dari semasa


ke semasa.
Kaedah pembelajaran secara koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran
yang menyeronokkan. Murid dapat mengubah cara belajar, melalui perkongsian
dengan rakan sekumpulan dan berkongsi idea, bekerjasama dalam mencapai
matlamat yang sama dan belajar tanpa tekanan. Melalui dapatan kajian ini jelas
menunjukkan aktiviti pembelajaran koperatif mampu meningkatkan minat murid
disamping dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid. Kaedah pembelajaran
60

koperatif dapat membantu guru mengenal pasti potensi sosial murid, daya
kepimpinan dan dapat memotivasikan murid untuk mengembangkan idea dan
pendapat secara bebas tanpa membelakangkan pendapat orang lain

61

66

You might also like