Professional Documents
Culture Documents
Kppa
Kppa
Nama
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun
1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu adalah Malayan Establishment
Officer.
Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954 gelaran diubah kepada Federation
Establishment Officer. Apabila H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 hingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin
selaku Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal
Establishment Officer (P.E.O).
Namun demikian, bermula tahun 1962 gelaran ini telah diubah kepada Ketua Pegawai Perjawatan sehingga 1967
iaitu pada masa Tunku Mohamed Tunku Besar Burhanuddin menerajui perkhidmatan awam. Semasa Tan Sri Abdul
Kadir Shamsuddin memegang tampuk kepimpinan, gelaran ini telah diubah sekali lagi kepada Pengarah Perjawatan
Malaysia pada tahun 1968.
Walau bagaimanapun, ia telah ditukar dengan gelaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti yang digunakan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1968 bertarikh 7 Oktober 1968 dan gelaran ini diguna pakai sehingga kini.
Sejak 1 Julai 1954, JPA telah diterajui oleh 21 orang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Bil
1
Nama
Jawatan
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia
sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu
di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun1946,
pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan
pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan
Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan
Persekutuan.
Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat
Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.
5 Oktober 1959 - 1 Mac 1963: Tan Sri Ahmad bin Haji Husin
2 Mac 1963 - 6 November 1967: Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin
7 November 1967 - 31 Oktober 1969: Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin
1 November 1969 - 29 Jun 1972: Tan Sri Syed Zahiruddin bin Syed Hassan
1 Julai 1972 - 31 Julai 1974: Tan Sri Datuk Abdullah bin Ayub
1 Ogos 1974 - 30 September 1976: Tan Sri Datuk Abdullah bin Mohd Salleh
1 Oktober 1976 - 17 Jun 1978: Tan Sri Datuk Abdul Aziz bin Zakaria
26 Januari 1987 - 15 April 1990: Tan Sri Dato' Alwi bin Jantan
14 Disember 1995 - 14 Disember 1998: Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad
15 Disember 1998 - 31 Januari 2001: Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman
1 Februari 2001 - [tiada maklumat] 2005: Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri
1 Julai 2010 - 1 Julai 2012 Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah