Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

1.0

Pengenalan

1.1

Jadual Spesifik Ujian (JSU)

Jadual Spesifik Ujian ialah langkah awal sebelum membina satu set item-item yang
lengkap. Ia dibina menggunakan jadual secara sistematik atau terancang dan akan
menghasilkan satu set item-item berkualiti. Jadual Spesifik Ujian (JSU) juga
menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan
panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan Jadual
Spesifik ujian ialah:
a. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan
secara terancang dan rapi.
b. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya
c.
d.
e.
f.

tajuk atau objektif pelajaran.


Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Dalam penyediaan Jadual Spesifik Ujian mesti mengandungi beberapa perkara seperti
berikut:
a. Bentuk dan panjangnya ujian itu dijalankan.
b. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji.
c. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
d. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan yang diberi dalam pengajaran.
e. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan
diuji.
f. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan
subjektif.
g. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
h. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab
soalan.
Di dalam pembinaan Jadual Spesifik Ujian juga perlu ada penentuan aras bagi
mengetahui kebolehan murid-murid sama ada mereka dapat memahami peringkat yang
diuji. Penentu Aras ini mesti mengandungi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
1

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


analisis, sintesis, dan penilaian. Bagi murid-murid sekolah rendah soalan hanya dinilai
melalui penentu aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi tetapi bagi sekolah
menengah kesemua aras di atas harus ada pada kertas soalan-soalan ujian mahupun
latihan. Jadual Spesifik Ujian yang saya bina adalah berdasarkan jadual disertakan
(lihat lampiran).

2.0

Penggubalan item

Sebelum kita menyediakan soalan-soalan yang sesuai untuk diuji kepada murid sama
ada ujian bulanan atau ujian penggal seseorang guru seharusnya membuat Jadual
Spesifik Ujian bagi mana-mana mata pelajaran. Begitu juga dengan mata pelajaran

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


matematik, kita perlu membina soalan berdasarkan kebolehan murid-murid di dalam
kelas.
Langkah pertama pembinaan soalan yang hendak diuji adalah berdasarkan
kemampuan murid-murid di dalam kelas yang saya ajar. Jika dalam kelas tersebut
mempunyai murid-murid yang pandai dan pintar kita hendaklah memberi pemberatan
soalan kepada mudah, sederhana dan komplek. Atau dalam pemberatnya seperti
berikut: 2:5:3 tetapi jika di dalam kelas itu murid-murid terdiri daripada sederhana dan
lemah pemberatan soalan lebih kepada 5:3:2. Ini

untuk memudahkan murid-murid

menjawab soalan dengan betul dan secara tidak langsung menarik minat mereka
terhadap mata pelajaran matematik.
Dalam soalan yang saya bina (lihat lampiran soalan disertakan) untuk soalan
kertas yang pertama. Soalan ini mengambil pemberat 3:5:2 iaitu 3 bahagian soalan
mudah, 5 bahagian untuk soalan sederhana dan 2 untuk soalan komplek atau susah
bagi soalan objektif dan bahagian struktur pemberatnya 2:2:1.
Soalan yang saya uji di sini mengandungi tajuk nombor bulat dan pecahan sahaja.
Ini kerana ketika menggubal soalan ini saya baharu selesai tajuk nombor bulat dan
tajuk pecahan. Pecahan subtajuk adalah terbahagi kepada beberapa soalan yang
difikirkan murid dapat menjawab dengan betul dan tepat. Soalan ini juga diambil kira
atas kemampuan murid kelas saya yang terdiri daripada lemah dan sederhana yang
berlandaskan soalan-soalan UPSR yang sering keluar dalam peperiksaan. Saya
berpendapat murid-murid saya masih ingat lagi mengenai tajuk ini dan saya jadikan
soalan ini sebagai ujian bulanan di sekolah.

3.0

Skema pemarkahan soalan sebelum penambahbaikan

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


Di sini saya sertakan skema pemarkahan bagi soalan yang saya bina. Skema
permarkahan dirujuk pada lampiran yang disertakan bagi soalan objektif dan soalan
struktur.
Bagi skema pemarkahan soalan ini dibina berdasarkan pemberian yang
dijalankan dalam peperiksaan UPSR sebenar. Bagi jawapan yang hampir-hampir betul
pemberatan markah ada ditunjukkan seperti dalam lampiran.

4.0

Pemeriksaan kertas soalan

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


Setelah menguji murid melalui ujian di dalam kelas, saya mendapati murid-murid saya
mengalami beberapa masalah. Pertama, murid-murid tidak pandai menjawab soalan
jika soalan tersebut ada berkaitan dengan penyelesaian masalah iaitu mengandungi
ayat-ayat yang pendek atau panjang. Mereka boleh membaca tetapi tidak faham apa
kehendak soalan. Masalah-masalah ini adalah berkaitan dengan murid tidak faham kata
kunci bagi operasi tolak, tambah, darab dan bahagi. Misalnya, jumlahkan, bezakan atau
lebih murid-murid kurang memahami. Jadi untuk mengatasi masalah ini saya
mengambil langkah dengan mengukuhkan lagi soalan yang berkaitan.
Kesilapan yang ketara semasa saya menyemak jawapan murid ialah murid
selalu lupa meletakkan tanda simbol operasi atau jalan penyelesaian yang tidak jelas.
Penulisan murid-muridpun tidak jelas iaitu terus memberi jawapan tanpa pengiraan
(lihat beberapa contoh kertas yang murid telah jawab).

5.0

Cadangan penambahbaikan soalan

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


Nombor soalan yang diubah atau ditambah baikan ialah 4, 6, 8, 9, 11, 12, 14, 15, 16,
17, 18, 19, dan 20 bagi kertas soalan objektif. Manakala, bagi soalan struktur cadangan
penambahbaikan adalah soalan nombor 3, 4 dan 5.
Rasional soalan ini diubah ialah supaya murid lebih faham dan dapat menjawab
soalan dengan betul dan tepat. Selain itu, murid-murid tidak boleh menjawab sekiranya
melibatkan perkataan atau ayat yang panjang berbanding menggunakan simbol atau
soalan terus menggunakan operasi seperti tanda tambah, tolak, bahagi atau darab.
Bagi soalan yang pertama saya lebih banyak menggunakan menguji minda iaitu
memerlukan bacaan (ayat). Tetapi apabila diubah semula soalan dicadangkan lebih
kepada soalan yang menggunakan simbol operasi. Bagi tajuk soalan pecahan, setelah
mengambil kira kemampuan murid bentuk soalan ditukarkan kepada soalan dimana
penyebutnya diberi sama nilai. Ini disebabkan murid-murid belum lagi menguasai
penyebut yang berlainan. Contohnya, soalan nombor 11 dan 14 bagi soalan objektif dan
soalan 4 untuk soalan struktur.
Sila rujuk soalan digubal yang telah ditambahbaikan seperti berikut (lihat
lampiran).

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


7.0

Analisis item dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks

diskriminasi (soalan objektif).


Berdasar analisis item dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
bagi soalan objektif (rujuk lampiran) kebanyakan soalan yang telah dibina memerlukan
perubahan kesemua soalan kerana ia kurang sesuai. Contohnya soalan 1 kumpulan
tinggi(CH) 11, kumpulan rendah(CL) 13, indeks kesukaran(IK) 1.00 dan indeks
diskriminasi(ID)

0.17.

Ini

bermakna

Indeks

kesukaran

item

adalah

terlalu

mudah/kefahaman yang amat baik terhadap hasil pembelajaran dan soalan ini perlu
ubah suai itemnya agar sesuai. Bagi indeks diskriminasi

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

8.0

Refleksi

Refleksi saya terhadap kerja kursus MTE3112 ini adalah terbahagi kepada empat
bahagian utama iaitu masalah, analisis, cadangan untuk mengatasi masalah dan
tindakan susulan terhadap masalah tadi untuk penyelesaian masalah.
Masalah yang saya hadapi ketika membuat kerja kursus ini adalah memahami
bagaimana untuk memulakan kerja kursus ini iaitu membina Jadual Spesifik Ujian ini.
Walaupun di sekolah merupakan perkara yang biasa dilakukan tiap ujian bulanan
mahupun ujian penggal diadakan. Tetapi saya sukar untuk menggubal soalan yang
sesuai untuk murid saya yang diuji nanti. Untuk pengetahuan, murid yang saya uji atau
diberi ujian ini adalah murid yang sangat lemah dan menghadapi masalah
pembelajaran terutamanya belajar matematik. Ini kerana sekolah kami menjalankan
pengasingan kelas bagi murid yang pandai dan sederhana atau lemah. Jadi saya
mengajar kelas yang lemah iaitu kelas 5 Permata.
Setelah saya menggubal soalan dan memberi ujian menggunakan soalan yang
telah digubalkan kepada murid. Saya. mendapati adalah murid-murid paling sukar
memahami soalan yang berbentuk ayat atau yang melibatkan bacaan. Sebenarnya
murid ini boleh membaca tetapi tidak pandai dan tidak boleh memahami apa kehendak
soalan tetapi bila soalan itu melibatkan ayat matematik mereka boleh menjawab
dengan betul. Namun, jika soalan melibatkan operasi darab dan bahagi murid saya
sekali lagi menghadapi masalah menghafal sifir. Maklum sahaja murid luar bandar dan
murid bumiputera(sekolah kebangsaan) tidak gemar mempelajari subjek matematik.
Oleh itu, keputusan mereka tidak memberangsangkan.

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


Berikutan daripada masalah ini, saya cuba menganalisis setiap soalan yang
sukar difahami murid dan mencari serta cuba mengajar mereka mencari kata kunci
yang menunjukkan sama ada soalan itu melibatkan operasi tambah, tolak atau darab
serta bahagi. Saya telah dan sedang mengajar murid menggunakan kit pembelajaran
yang sesuai dengan mereka serta memberi motivasi setiap kali mereka tidak dapat
menjawab dengan tepat.
Cadangan untuk mengatasi masalah di atas adalah saya berusaha menggubal
soalan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Ini kerana murid ini merupakan
sangat lemah dalam subjek matematik berbanding dengan subjek lain. Selain itu, saya
berusaha lagi mempelajari lagi mengenai bidang atau subjek matematik ini seperti yang
saya hadapi sekarang.
Saya juga akan membina alat bantuan mengajar yang sesuai dengan kebolehan
mereka. Contoh lain, saya menitik beratkan murid saya menghafal sifir tambah, tolak
dan darab atau bahagi. Ini merupakan perkara yang penting jika ingin menguasai
matematik.
Latih tubi yang kerap juga akan memberi kesan yang baik kepada murid. Jika
perkara itu dibuat berulangkali ia akan kekal dalam minda seseorang murid
terutamanya murid sekolah rendah. Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari
rebung.
Tindakan susulan saya berikutan daripada cadangan tadi adalah saya telah
menguji murid semula berkaitan dengan soalan digubal semula. Saya telah dapati
murid ada perubahan dari segi kebolehan atau markah mereka.
Tindakan susulan lain, saya akan menggubal soalan dalam bentuk yang mudah
dan mengikut kemampuan mereka. Ini penting kerana murid ada motivasi sekiranya
mereka mendapati mereka telah lulus dalam ujian berikutnya. Oleh itu, saya juga cuba
memberi markah berpandukan skema UPSR yang sebenar iaitu cari cara yang betul
sahaja berbanding terus tiada markah ketika memberi semakan.

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


Selain itu, murid-murid diberikan latih tubi menulis sifir selama 3 minit dalam
kelas sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Saya telah mengusahakan
menggunakan latihan congak secara lisan di dalam kelas dan memberi motivasi
sebelum dan selepas menjawab soalan iaitu gunakan perkataan bagus, usaha lagi
atau beri motivasi dalam bentuk material seperti selepas ujian sesiapa yang dapat
markah yang baik diberi gula-gula atau bentuk material yang lain.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada pensyarah yang berkenaan kerana
telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam merealisasikan kerja
kursus ini. Saya berharap kerja kursus ini telah menjawab kehendak soalan yang
diutarakan. Sekian terima kasih.

10

MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK


9.0

Rujukan
Fatimah. (2013) :Modul Praktis KBSR Tahun 5 Matematik Praktis Topikal. Kuala

Lumpur. Global Media Street Sdn. Bhd.


Mohamad Khairuddi bin Yahya, Marzita binti Puteh dan Santhi Periasamy. (2006)
:Integrated Curriculum For Primary Schools Mathematics Year 5 Teachers Guide Book.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohamad Khairuddi bin Yahya, Marzita binti Puteh dan Santi Periasamy.
(2012) :Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah Matematik Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Buku Teks. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ng Tong Chia dan Kavitha Sowndappan.(2013) :Evidens Mathematics PKSR
1UPSR Year 5. Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. Selangor.
Santhi Periasamy, Marzita binti Puteh, Mohamad Khairuddi bin Yahya, Lai Kim
Leong dan Rozaili bin Mohd. Ali. (2007) :Integrated Curriculum For Primary Schools
Mathematics Year 6 Teachers Guide Book. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Siti Mariana Yusuf, Kerwin Lau dan Razlan. (2012) :MIPAP(Modul Integrasi
Praktis Aplikasi Dasar) Mathematics KBSR 5. Pep Publications Sdn. Bhd. Petaling
Jaya. Selangor.
Siti Marina Yusuf dan Kerwin Lau. (2013) :Holistik KBSR Mathematics Bilingual
Year 5 Book A. Petaling Jaya. Pep Publications Sdn. Bhd.

11

You might also like