Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan 2011

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015

SIVANASWARI A/P KARUPPIAH RBT 3 (SJKT)


930825-10-5300
Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada semua
pelajar institut pendidikan guru Malaysia. Biasanya sukan ini dianjurkan dalam lingkungan masa
1 tahun sekali.Hal ini berlaku kerana ia merupakan satu bentuk pembelajaran secara praktikal
yang terdapat dalam silibus mata pelajaran pendidikan jasmani untuk pelajar semester 5 ini iaitu
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah
untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang
diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana
kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini.
Di sini, saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan
(KOT) 2015.Sebagai pelajar semester 5, kami diberi tanggungjawab sebagai penganjur untuk
menganjurkan KOT ini kepada semua pelajar maktab. Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT
ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas.
REFLESI SEBELUM
Fasa pertama melibatkan fasa sebelum KOT berlangsung. Antara yang dilakukan adalah
memilih jawatan kuasa yang terlibat, mesyuarat, perbincangan, sukantara dan yang paling kami
didedahkan dengan setiap acara padang dan acara trek yang bakal dipertandingkan. Selepas
pensyarah memberi taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 8
kelas. Kami telah menerima bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata
sudah berpengalaman dalam menganjurkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan
beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.Saya telah diamanahkan
sebagai AJK Kecil dalam AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN sepanjang program ini
berlangsung.
Kami menjalankan kerja selepas menerima tugas yang diamanahkan. Ketua AJK GERAI DAN
PERKHEMAHAN iaitu Praveendran A/L R.Buallua membahagikan tugasan kepada ajk-ajk kecil
termasuk saya.Saya diberi tugasan untuk mencari peniaga dari luar untuk menyewa tapak
gerai.Walaupun tugasan ini,kelihatan melecehkan tetapi tugasan ini memberi banyak input dari

segi komunikasi saya.Bagi memudahkan tugasan saya,saya mengambil keputusan untuk


bertanya peniaga yang sentiasa berniaga di pasar malam pada hari jumaat yang berdekatan
dengan IPG.Mula-mula,peniaga tersebut

tidak mengambil kisah tetapi setelah diterangkan

dengan lebih lanjut maka mereka akhirnya bersetuju untuk berniaga di IPG pada hari KOT.Atas
usaha mencari di pasar malam,saya berjaya mengumpul 3 orang peniaga.
Seterusnya,saya turut mencari di kawasan bandar, atas pertolongan kawan saya,saya berjaya
mengumpul satu lagi peniaga yang berniaga berdekatan dengan Terminal Batu Pahat iaitu Pak
O Cendol.Selepas itu,saya turut mendapatkan bantuan dari mak cik koperasi.Atas pertolongan
beliau,saya turut berjaya mengumpul 2 gerai.
Di sini,saya menjadualkan senarai peniaga yang ingin berniaga pada hari kot.

BIL

NAMA PENIAGA

EN.BAKAR

EN.SHAWAL

EN.SHAMSUL

PN.MUZALIFA

PN.DILLA

PAK O

REFLEKSI SEMASA

PASAR MALAM

MAK CIK KOPERASI

JUALAN
(1 GERAI)

JUAL SATE

(1 GERAI)

JUAL KEBAB AYAM

(2 GERAI)

JUAL MINUMAN,SOSEJ

(1 GERAI)

JUAL ROTI,NASI AYAM

(1 GERAI) JUAL MINUMAN,SOSEJ


BANDAR

(1 GERAI)

JUAL AIS KACANG

Pada hari Kejohanan Olahraga Tahunan,iaitu pada hari pertama,saya dan rakan ajk yang lain
iaitu hakim merentas desa bersedia dengan tugasan kami iaitu mencatat identiti pelajar yang
dapat berjaya mendapatkan nombor 1 hingga 50.Setelah itu,saya dan rakan ajk yang lain
bergegas ke stor kokurikulum untuk membawa keluar semua khemah yang perlu dipakai pada
keesokan harinya iaitu untuk tujuan bagi setiap acara padang dan tapak gerai.Disebabkan
terdapat 7 orang peniaga,maka kami terpaksa menyediakan khemah sebanyak 7 mengikut peta
tapak yang dicadangkan.Setelah itu,saya dan rakan ajk yang lain membawa perabot yang
diperlukan bagi setiap gerai dan menyusun mengikut gerai masing-masing.
Pada hari kedua,saya berpeluang untuk menjadi pegawai lompat tinggi.Melalui jawatan ini,saya
banyak mendapat input baharu kerana sebelum bermulanya acara padang kami diberi taklimat
mengenai acara lompat tinggi maka saya dapat mengetahui cara pemarkahan,cara yang
membabitkan batal/lulus dan cara lompat yang berbeza.Bukan itu sahaja,saya dapat menikmati
sebagai seorang pegawai pada hari tersebut.Selepas itu,saya terus bergegas ke tapak gerai
bagi memastikan semua dalam keadaan yang baik kerana mereka hanya berkenalan dengan
saya melalui telefon maka saya terpaksa berada dalam tapak gerai.Setelah semua peniaga tiba
ke tapak gerai tersebut,saya dan rakan ajk lain menuju mereka untuk menunjukkan khemah
milik mereka.
Pada hari ketiga,seperti biasa.Mendirikan khemah yang ditutup sebelum peniaga tiba ke tapak
gerai.Selepas itu, kami membawa keluar khemah-khemah yang tidak lagi diguna selepas
tamatnya acara padang.Setelah habisnya KOT,saya dan rakan ajk lain membersihkan sekitar
kawasan padang dengan membawa khemah ke stor kokurikulum dan mengosongkan tapak
gerai dengan memulangkan perabot-perabot yang dipinjam dari JABATAN KEMAHIRAN
HIDUP.
Secara keseluruhannya,saya mendapat banyak input dan ia dapat menjadi panduan dalam
kehidupan sebagai seorang guru.Bukan itu sahaja,saya dapat melahirkan hubungan
silahturahim antara satu sama lain dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang sama
tahun dengan saya secara mendalam. Di sini juga,saya dapat meningkatkan tahap komunikasi
saya dan saya berharap kekuatan-kekuatan yang saya dapat daripada KOT ini akan membantu
dalam meneruskan kehidupan yang berjaya dalam karier saya sebagai seorang guru.

REFLEKSI SELEPAS

Ucapan dari Tuan Pengarah,dalam Majlis Penutupan.


Sekian sahaja buat kali ini,maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22

Setelah majlis Penutupan selesai dengan jayanya,maka kami warga iptho berkumpul untuk
melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasan padang. Saya dan pelajar Sem 5 lain
telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa.
Selepas itu,saya dan rakan ajk lain menuju ke tempat gerai bagi membersihkan kawasan
tersebut

lalu

mengemaskan

pembersihan,perabot-perabot

yang

khemah

yang

dipinjam

dari

tidak

lagi

JABATAN

diguna.Selepas

KEMAHIRAN

aktiviti

HIDUP,kami

meletakkan semula di tempat yang asal seperti mana yang diambil maka tamatlah tugasan
kami dengan jayanya.
Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah
juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman dari penganjuran ini.Melalui
KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar
Semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya meneruskan pengajian bersama dengan
pelajar Semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir daripada pelajar Semester 5 ini
yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat. KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan
suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri
sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini dapat
dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlangsung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan
bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih
mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini
diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat
merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka
seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di Institut Pendidikan Guru ini serta
memudahkan lagi penganjuran KOT berlangsung.
Akhir kata, melalui penganjuran KOT ini,saya dapat mengetahui pengetahuan dari aspek
perancangan kejohanan olahraga serta dapat pengalaman dari aspek pengelolaan kejohanan
olahraga dan pengurusan pasukan. Semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dipupuk

oleh saya serta rakan-rakan ajk lain dalam melaksanakan tugasan secara bekerjasama. Saya
juga berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan, dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.Program seperti
ini amat bagus terutamanya kepada bakal guru seperti saya.
SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like