Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

PENGENALAN

Adalah menjadi hasrat setiap warga pendidik untuk menjulang martabat profesion perguruan
yang dipandang mulia oleh segenap masyarakat.Profesion yang mulia ini menjadi sandaran
kepada masyarakat bagi melahirkan generasi muda yang sempurna dari segi rohani dan
jasmaninya yang bakal melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar subjek mata pelajaran
sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya tugas guru merangkumi semua aspek
perkembangan murid iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Tugas guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kian sukar lantaran
peningkatan kadar masalah sosial di sekolah-sekolah di Malaysia sama ada di peringkat
sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar
yang segera. Masalah sosial berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar
Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin
merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah
terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes yang lain.
Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah lama
wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai
langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan
undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media
massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah gejala sosial lain
termasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan
sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam
Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap
sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah
menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan
majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah
disiplin di Malaysia masih terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya
ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih
besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta
pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar .
2.0

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebabsebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan
istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah
secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah
tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua
kelas dalam satu-satu hari.
Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh ditakrifkan
sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Gejala ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan (2000),
disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau
individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk melatih
seseorang berkelakuan baik.
2.1
Kategori Ponteng Sekolah
Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau tingkahlaku yang tidak dapat diterima oleh
masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ponteng
sekolah dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
2.1.1. Ponteng Sekolah dengan Kebenaran
Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan apabila didapati seorang
pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat
dielakkan dan di luar bidang kawalan sama ada secara sengaja atau tidak. Dengan syarat
pelajar tersebut mestilah membuat kenyataan sama ada dalam bentuk bertulis iaitu melalui
surat atau pemberitahuan secara lisan dibuat melalui panggilan telefon atau disampaikan terus
oleh saudara terdekat seperti ibu bapa atau penjaga.
2.1.2 Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran
Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan dengan ponteng sekolah
dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar yang tidak hadir ke
sekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada secara bertulis atau
pemberitahuan lisan.
3.0

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari lima aspek
iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan sekolah.
3.1
Ibu Bapa
Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah disebabkan faktor
keruntuhan institusi kekeluargaan. Majoriti pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng
sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia. Pertelingkahan yang
timbul antara ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-anak diabaikan. Kesannya kepada anakanak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di sekolah diabaikan.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang dan berasa tidak diberi
perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka memberontak dengan
melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula perhatian ibu bapa mereka. kegagalan
pelajar mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku sehingga pelajar sanggup melanggar
peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli, merokok, vandalisme serta melakukan aktivitiaktiviti yang tidak bermoral seperti berjudi, mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu
bapa mereka. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar
kepada masalah sosial dalam kalangan pelajar.
Selain itu, faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang dan malam
sehingga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anakanak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan anak mereka
apatah lagi berkongsi masalah, berbual, dan mengambil tahu perkembangan anak-anak di
sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan
tidak disayangi sehingga memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila
masalah ini membebani mereka, konsentrasi mereka terhadap pelajaran semakin merosot dan
tidak berminat lagi untuk belajar. Malah, mereka akan berjinak-jinak mencari keseronokkan di
luar bagi mengubati kesunyian yang mereka alami. Anak-anak ini akan berkawan dengan orang
luar semasa mereka ponteng sekolah dan kesannya kawan baharu ini akan mengajak mereka
pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajaran.
Oleh itu, pelajar beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi.
Selain daripada itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan gejala ponteng
sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan ketidakmampuan ibu bapa
untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran
sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan buku-buku pelajaran yang digunakan. Kajian

yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng
sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis dan
pakaian sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila
sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa malu dan
tertekan untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan diri
dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.
Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang, turut menimbulkan
masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak
dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke
dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi
mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab
dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh
menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai
kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak
langsung mempengaruhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah sesuatu yang mudah.
Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan keibubapaan.Tetapi, apa yang menyedihkan ibu
bapa masa kini mempunyai pengetahuan keibubapaan yang cetek dan ia mengakibatakan
keruntuhan rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa yang lepas tangan meletakkan
tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada pengasuh semata-mata. Keruntuhan rumah
tangga ini akan mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa menyebabkan mereka
mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah.
3.2
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah.
Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian
yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Pelajar ialah remaja yang dalam proses ingin mencari identiti diri
maka mereka suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar
mudah menerima ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah dan mempengaruhi
minda mereka dan tidak berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan menurut segala
pelawaan dan ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakanrakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang

dianggap munasabah bagi mereka. Sebagai contohnya, pelajaran di sekolah dikatakan agak
membosankan dan aktiviti ponteng sekolah dianggap boleh menangani masalah itu serta
merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan sebaya
berupaya mempengaruhi seseorang pelajar untuk ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu
bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka
berkawan untuk mengelakkan anak mereka berkawan dengan pelajar yang bermasalah.

3.3
Persekitaran
Faktor persekitaran juga turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang negatif
terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang terlalu banyak
seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat membelibelah yang dibina berhampiran dengan kawasan sekolah khususnya. Pembangunan pusatpusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah lari dari sekolah dan merayaurayau di pusat membeli-belah.
Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan konsert tempatan mahupun
diimport dari barat amat melekakan pelajar. Terdapat banyak rancangan-rancangan realiti
televisyen pada masa kini yang berkonsepkan hiburan dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah
dan agama. Secara tidak langsung, pelajar mudah terdorong untuk mengamalkan cara hidup
berhibur semata-mata dan seterusnya melunturkan semangat untuk menuntut ilmu di sekolah.
Secara tidak langsung mereka turut dipengaruhi dengan tanggapan bahawa kemewahan dan
populariti dapat dicapai denagn mudah seandainya mengikuti arus industri hiburan. Ini
menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh maju tanpa
perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.
Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih serius
seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Penerbitanpenerbitan buku
bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti Mangga , URTV hanya menarik minat
golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran secara berleluasa bahan
bacaan

picisian

ini

sebenarnya

mengkhayalkan

dan

mempengaruhi

pemikiran

pelajar. Secara tidak langsung langsung fenomena ini akan meruntuhkan akhlak pelajar serta
usaha melahirkan remaja yang berakhlak berasaskan kehendak agama dan ketinggian nilai
moral. Sepatutnya personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan sebagai idola harus
mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi.
3.4

Pelajar

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih mengalami proses
perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan alam kanak-kanak menuju
ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap lepas tangan
dengan membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja begitu sahaja tanpa
mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk menentukan konsep diri
mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa, mereka sudah pandai
berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baharu dan
berkhayal. Selain itu, perubahan emosi dan sosial mendorong pelajar membesarkan rakan
sosialnya. Mereka meluaskan rakan sosial dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau
membentuk kumpulan baharu berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang
sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan situasi genting
dalam memilih rakan rakan. Seandainya tersalah pilih, maka mereka akan cenderung ke arah
salah laku negatif termasuklah ponteng sekolah. Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka
beranggapan mereka berada di jalan yang benar dan tiada siapa boleh menghalang perbuatan
mereka kerana pada pendapat mereka, apa-apa sahaja yang dilakukan adalah betul.
3.5
Sekolah
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan
oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik
dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah daripada hadir ke
sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat
pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping
tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran
tradisional iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar. Pelajar masa kini, memerlukan
kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan
aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid Selain itu, penggunaan Bahan bantu
mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajarnya dan menunjukkan
personaliti yang baik sebagai role model kepada pelajar.
Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pendidikan kedua selepas ibu
bapa. Ini bermakna guru juga amat penting dan bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah
pelajar. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah
yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik

dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,
pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan
disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah
laku pelajar.
Setiap sekolah di Malaysia telah diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar bagi
memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif. Tetapi
malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan
sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai contoh,. pagarpagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah
untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah
akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.
Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk
ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara negatif yang lain. Badan disiplin sekolah
termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras
kegiatan yang melanggar disiplin. Justeru, tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik,
malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru
terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini
menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru
mereka
4.0
KESAN PONTENG SEKOLAH
Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada
pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan
negatif yang timbul adalah seperti berikut:
4.1
Pembaziran Masa Dan Tenaga
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga
mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun
dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng
sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang
dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang lebih baik dan selesa kepada generasi
seterusnya.
4.2

Masyarakat Memandang Serong Kepada Pelajar

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada
mereka dan ini secara tidak langsung akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh,
apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah, satu-satunya
pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah masyarakat kerana
mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat
juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anak dengan
baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa atau penjaga.
4.3
Masa Depan Tidak Terjamin
Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh
rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana
mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan kesannya negara akan kekurangan
bakal peneraju yang berwawasan.
4.4
Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod
kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan
pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%.
Justeru, berkemungkinan rekod peribadi pelajar akan dicatatkan tidak cemerlang dari segi
sahsiah.
4.5
Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru
Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri, perlu juga
dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak sekolah terutamanya
guru-guru. Antara ada guru-guru yang merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang
terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
Mereka berasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lain kepada
pelajar yang kerap ponteng sekolah dan mengakibatkan kemerosotan terhadap corak
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selain dari itu, gejala ponteng sekolah juga mengganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar
lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang
kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng. Pelajar yang
ponteng sering mengganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata
pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.
5.0

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar
untuk dicapai. Ini kerana ia melibatkan komitmen daripada pelbagai pihak dan tindakan secara
menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng
sekolah.
5.1
Guru Dan Pihak Sekolah
Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan
penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan
yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan
menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membelibelah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat alasan ini sebagai cabaran untuk mereka
berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan
baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat
ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak
sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembejaran yang kondusif,
dinamik dan memberangsangkan. Pendekatan dan strategi p&p serta aktiviti perlu
dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu,
perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik serta banyakkan
aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi
berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu
yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan
interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang
baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi
role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik melalui
aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat
Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah di
samping memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan
sama ada melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran
kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.
Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar dengan meluangkan
sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang sibuk, untuk mengambil tahu tentang masalah
pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap
ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah.
Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus

hanyut dan dibiarkan bersendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu
diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak.
Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa atau guru disiplin
bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah menunggu dilantik
sebagai guru disiplin atau guru kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar
belakang dan masalah pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana
yang positif untuk perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.
Kesedaran dan komitmen semua pihak akan dapat membanteras gejala ponteng sekolah
secara berkesan. Malah tanamkan suasana Sekolah Syurgaku untuk mewujudkan rasa
kepunyaan dan keselamatan di sekolah.
Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah, adalah wajar
sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di
sekolah. Relevannya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik
dalam bidang akademik atau bidang bukan akademik, bergantung kepada tahap disipilin pelajar
itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang
berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan
sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah membendung
dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
5.2
Peranan Ibubapa
Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak
benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya, sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak
sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun
sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak
mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah.
Masing-masing akan ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan
kebiasaannya mereka akan merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa
pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka melanggar peraturan sekolah. Anakanak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza; baik di rumah
tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka
sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar
dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga akan membawa kepincangan

sesebuah negara. Keluarga haruslah memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai
keinsafan, adab, akhlak dan etika dan seterusnya akan berkembang baik dalam generasi.
Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan
dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.
Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan anakanak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup
seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam
membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang
secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi
kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak
yang mulia, budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu disemai dari rumah
lagi oleh ibu bapa.
Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan
kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan
kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh
dan terdedah dengan pelbagai penyakit sosial. Kita tidak mahu dalam keghairahan masyarakat
mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan dilupakan.
5.3
Pelajar
Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga adalah melalui aspek sikap
pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap masa
depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang
baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang
cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan
sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semakin ramai pelajar yang pandai pada zaman ini.
Oleh itu, sekiranya mereka ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan
keadaan semasa, di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ia hanya
dapat dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimanakah
seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal
mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.
Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut
dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan
menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakanrakan untuk melakukan perkara yang negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan

menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar
dan menimba ilmu sebaik mungkin.
Sewajarnya, ketika usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan.
Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan
akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, menyertai ceramah atau motivasi
mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan
yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan
lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa
remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.
5.4
Pihak Kementerian Dan Kerajaan
Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang tertinggi dalam sistem
Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ponteng sekolah
ini (sepertimana dalam lampiran surat dari kementerian kepada jabatan pendidikan setiap
negeri). Kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng
sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala
ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan
kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala
negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak
peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan
menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat
membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus
kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat
mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan
laporan;

kedua, urusan

pentadbiran, ketiga; kegiatan

kurikulum, keempat; kokurikulum dan

kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat
membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan
permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem
pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus
kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat
dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun
mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

6.0
KESIMPULAN
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi
menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa
hadapan, maka satu langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding
bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan
mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di
meja perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang
dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir
mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah
berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan
para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan
undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di
kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang
dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras
dengan falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelangsungan
kemajuan dan keharmonian negara.

You might also like