Professional Documents
Culture Documents
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
MASALAH MEMBACA
LATAR BELAKANG
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah
rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan
sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak
guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh
pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M
merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian ini dijalankankan bagi mengenalpasti kaedah untuk mengatasi
masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid seorang murid tahun 4 Maju,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor. Murid ini didapati
menghadapi masalah membaca sejak dari tahun satu lagi terutama dari segi tanda
baca dalam petikan yang dibacanya dan menghadapi masalah intonasi dan sebutan
dalam pembacaan.
Tinjuan awal dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian hasil kerja
murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati
terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Dengan ini, saya telah merancang satu program untuk mengatasi
masalah tersebut. Suatu perancangan telah diberi tumpuan bagi membolehkan
murid mencapai kemahiran membaca dengan baik dan berkesan.
Saya telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid
diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan
dan latih tubi yang diberikan. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan
kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan
melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat
penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.
Berikut merupakan butir-butir murid tersebut:
Nama
Kelas
: 4 Maju
Umur
: 10 tahun
Masalah pembacaan yang dihadapi: Sebutan dan intonasi serta tanda baca.
Tahap penguasaan dalam Bahasa Melayu: Kurang memuaskan.
PENGENALAN
ini
mempunyai
murid
seramai
1900
orang
murid.
Pada
belajar yang dialami. Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca
dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.
Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah muridmurid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada
di dalam tahun dua ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang
mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan
apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah
menengah.
Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti
bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek
bacaan kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa
membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap.
Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal
huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan
baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu
perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan
menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna.
Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan.
Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf
ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak
bermakna lagi dalam kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka
membaca huruf, perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya
seperti bala disebut laba.
Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran
membaca ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke
peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak
dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam
dalam
kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika
keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan ini akan berterusan sehingga ke
sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke peringkat sekolah menengah
tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah dapat diselesaikan
terlebih dahulu.
FOKUS KAJIAN
Bagi memurnikan kajian ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu
objektif sampingan dan objektif utama.
Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan
tanda soalan.
Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan
serta intonasi yang betul.
MURID YANG TERLIBAT
Seramai 22 orang murid tahun 4 Maju terlibat iaitu 12 orang murid
perempuan dan 10 oarang murid lelaki.
Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Berdasarkan
keadah
pemerhatian
semasa
proses
pengajaran
dan
pembelajaran, saya dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya
adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini
kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan dan hanya meneruskan
pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.
Sesi temu bual dengan murid-murid mendapati bahawa mereka tidak
memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang
sepatutnya.
Segelintir murid juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan
betul. Murid-murid juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan
noktah. Jelas bahawa murid juga tidak memahami konsep membaca dengan
berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).
Murid-murid dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam
dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan
penyelesaian permasalahan ini. Murid-murid dibimbing berkaitan konsep tanda
bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda
bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.
Proses
pengajaran
dan
pembelajaran
dimulakan
dengan
sesi
soal
mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas
plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad
simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.
Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula.
Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan
bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga
muzik diberhentikan.
Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak
beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ).
Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan
ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.
5. Guru
Bahasa
Melayu
seharusnya
mengadakan
perbincangan
serta
MASALAH MURID
SEBELUM
SELEPAS
1. Sebutan dalam
pembacaan.
Tidak memuaskan
2. Intonasi dalam
bacaan.
Tiada intonasi
3. Penggunaan tanda
baca.
Kurang digunakan
Diaplikasikan dengan
baik
4. Kelancaran dalam
bacaan.
Tidak lancar
Lancar
5. Tumpuan dalam
pembacaan.
Kurang tumpuan.
Lebih tumpuan