Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

VITA

Penulis dilahirkan pada 9 Mac 1971 di Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapat
pendidikan awal pada tahun 1978 di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 1, Kota
Tinggi, Johor. Pada tahun 1984, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah
di Sekolah Menengah Air Tawar sehingga tahun 1988. Beliau menyambung pelajaran
peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Tun
Habab, Kota Tinggi, pada tahun 1989. Minat beliau terhadap bidang pendidikan
bermula pada tahun 1992 apabila beliau telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak
terlatih sehingga tahun 1994. Pada pertengahan tahun 1994 beliau telah di terima
untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Beliau mengikuti program Sijil Perguruan dalam jurusan pengajian matematik
sekolah rendah. Pada awal 1997 beliau telah ditugas untuk mengajar di Sekolah
Kebangsaan Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor. Beliau telah berkhidmat selama
15 tahun di sekolah tersebut. Pada awal 2012 hingga kini beliau telah berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor. Beliau telah
menyambung

pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah

Rendah) Dengan Kepujian dalam bidang Matematik di Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia.

You might also like