Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kebaikan dan keburukan kafe

siber
(Dipetik dari http://stpm-study.blogspot.com/2014/01/kebaikan-dankeburukan-kafe-siber.html#_)
Komputer dan teknologi maklumat(IT) sudah dianggap sinonim
dengan kemajuan tamadun masa kini.Berikutan itu,perkhidmatan internet
telah menjadi darah daging bagi mereka yang ghairah mengejar
kemajuan.Seiringan dengan itu,pelbagai perniagaan yang bersangkut paut
dengan teknologi maklumat muncul bagai cendawan tumbuh berceracak
selepas hujan.Antaranya, termasuklah kafe siber.
Pada asasnya, kafe siber merupakan restoran yang menyediakan
berbagai-bagai kemudahan komputer kepada para pengunjungnya untuk
mendapatkan maklumat dalam internet dan seumpamanya sambil
menikmati hidangan makanan dan minuman.Kewujudan kafe siber telah
membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menikmati
kepelbagaian aplikasi internet yang ditawarkan.
Walaupun internet merupakan fokus utamanya di kafe
siber,terdapat juga perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti
menaip,permainan komputer,dan kursus penggunaan komputer.Menerusi
perkhidmatan-perkhidmatan ini pengguna didedahkan kepada cara-cara
penggunaan komputer yang betul.Selain itu , melalui internet kita akan
dapat memperoleh pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia dengan
hanya menekan butang-butang pada papan kekunci komputer.Hal inilah
merupakan kelebihan internet untuk membentuk masyarakat
bermaklumat.Malah internet juga turut membolehkan seseorang
berhubung dengan manusia di seluruh pelosok dunia melalui
perkhidmatan e-mel.
Namun di sebalik kebaikan tersebut,terdapat juga aspek-aspek
negatifnya yang turut menuntut pihak pengusaha agar melakukan
penapisan dan pengawalan terhadap pelanggan yang cenderung
menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun
yang lebih penting adalah kesedaran yang ada pada pihak
pengguna.Justeru,ketika meluncur di ruang siber,pihak pengguna tidak
seharusnya menerima unsur-unsur negatif yang terhidang,apatah lagi
membantu untuk menyebarkannya.
Terdapat juga pengguna yang cuba mengeksploitasikan
kecanggihan teknologi internet di kafe siber untuk mewujudkan dan
menyebarkan khabar-khabar angin, menyebarkan mesej yang bersifat
menghasut,menceroboh serta membangunkan laman web lucah.Malah
,terdapat segelintir pengguna yang menggunakan internet untuk
menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya,skim piramid,surat
berantai dan baru-baru ini perjudian ala kasino melaui
internet.Sementelahan itu,yang paling dikhuatiri ialah ketaksuban
golongan remaja,lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sanggup ponteng
sekolah hanya sekadar untuk melepak dan berseronok-seronok dengan

melayari internet di kafe-kafe siber.Justeru ,ibu bapa perlu memainkan


peranan agar anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif
di kafe siber.
Konklusinya,walaupun kafe siber ditubuhkan dengan niat baik untuk
melahirkan masyarakat yang celik komputer,namun jika disalahgunakan
akan membawa padah yang mampu merosakkan akhlak dan minda
masyarakat.Oleh itu, pihak pengurusan kafe siber mempunyai
tanggungjawab sosial untuk mengelakkan perkara ini dan bukannya
mementingkan keuntungan semata-mata lalu tutup sebelah mata
asalkan pengunjungnya mampu membayar untuk perkhidmatan yang
disediakan
Kebaikan
1
kewujudan kafe siber telah membuka peluang kepada segenap
lapisan masyarakat untuk menikmati kepelbagaian aplikasi
internet yang ditawarkan
2
terdapat juga perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti
menaip,permainan komputer,dan kursus penggunaan komputer
3
melalui internet kita akan dapat memperoleh pelbagai maklumat
dari seluruh pelosok dunia dengan hanya menekan butang-butang
pada papan kekunci komputer
4
malah internet juga turut membolehkan seseorang berhubung
dengan manusia di seluruh pelosok dunia melalui perkhidmatan
e-mel.
Keburukan
1
aspek-aspek negatifnya yang turut menuntut pihak pengusaha
agar melakukan penapisan dan pengawalan terhadap pelanggan
yang cenderung menyalahgunakan kemudahan yang disediakan
2
terdapat juga pengguna yang cuba mengeksploitasikan
kecanggihan teknologi internet di kafe siber untuk mewujudkan
dan menyebarkan khabar-khabar angin, menyebarkan mesej yang
bersifat menghasut,menceroboh serta membangunkan laman
web lucah
3
terdapat segelintir pengguna yang menggunakan internet untuk
menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya,skim
piramid,surat berantai dan baru-baru ini perjudian ala kasino
melaui internet
4
ketaksuban golongan remaja,lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang
sanggup ponteng sekolah hanya sekadar untuk melepak dan
berseronok-seronok dengan melayari internet di kafe-kafe siber

You might also like