Signifikan BM Klasik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Bahagian

memerlukan

mendokumentasikan
Klasik

yang

anda

membuat

kesignifikan

merupakan

perbincangan

perkembangan

asas

bahasa

bahasa

Melayu

dan
Melayu

Moden

bagi

membuktikan serta menyokong bahawa bahasa Melayu adalah


bahasa yang terbesar di dunia. Pendokumentasian ini haruslah dapat
menyokong penghujahan di bahagian 1.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK


Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga
tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu
Klasik dan akhirnya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Moden merupakan
kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh
bahasa Inggeris yang sangat kuat. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan
terhadap bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan sekitar abad ke-14
hingga abad ke-18. Zaman ini merangkumi tiga zaman pemerintahan kerajaan Melayu iaitu
Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang
dengan pesat pada zaman kesultanan Melaka. Antara karya terpenting ialah Sulalatus Salatin,
Undang-undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat
Muhamad Hanafiah.
. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu
zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Zaman
penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu
Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat
meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu
telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca
para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh
Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.
Perbendaharaan

kata

juga

telah

bertambah

dengan

wujudnya

keperluan

untuk

mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan

Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya
dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.
Setelah kejatuhan Melaka 1511, perkembangan Bahasa Melayu berpindah pula ke
Acheh. Bahasa Melayu digunakan untuk karya-karya berbentuk tasawuf, falsafah, dan
ketatanegaraan. Antara tokoh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Bahasa Melayu juga digunakan
untuk menulis surat-surat antara pemerintah dengan raja Inggeris dan para pedagang luar. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu sangat luas dipertuturkan dan mempunyai
ramai penutur.
Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda
yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan
kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu
bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.

SIGNIFIKAN BAHASA MELAYU KLASIK

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri.


Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

Bahasa

Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya


tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga
penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan
Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri
budaya yang penting.
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman
bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada
masa ini bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang

dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa
ibunda atau bahasa pertama lebih 45% penduduk 10 buah negara di dunia seperti
United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad,
Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al., 1977),
Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman
Bahasa Melayu Praklasik. Pada zaman ini, pengaruh Islam dan arab terhadap amat
ketara. Bahasa yang digunakan masih bahasa Melayu kuno dengan pengaruh
bahasa Sankrit tetapi pada masa yang sama telah diresapi oleh istilah-istilah Islam
atau kosa kata bahasa Arab. Pada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami
evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara
Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dengan aksara Jawi ini dinamakan bahasa Melayu
klasik.
Bahasa Melayu klasik mencapai kegemilangannya pada zaman kerajaan
Melaka, zaman kerajaan Aceh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu
berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana pengaruh politik Melayu
membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah, bahasa melayu
digunakan

sebagai

bahasa

penyebaran

agama

Islam

yang

tinggi

darjah

kebudayaannya dan perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada


bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang
kesusasteraan, sejarah dan undang-undang.

Bahasa Melayu mengekalkan

peranannya sebagau bahsa perantaraan di Kepulauan Melayu pada Zaman Bahasa


Melayu Klasik. Ini dapat dibuktikan dengan Daftar kata Melayu-Itali yang disusun
oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521.
Bahasa Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pentadbiran atau
bahasa rasmi.

Buktinya, bahasa Melayu klasik digunakan dalam urusan surat-

menyurat antara raja di Kepulauan Melayu, antara raja Melayu dengan raja Negara
asing, dan antara raja Melayu dengan para pedagang Eropah.

Bahasa Melayu

klasik juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.


Bahasa Melayu klasik memainkan peranan yang lebih luas jika dibanding
dengan bahasa Melayu kuno.

1.1.3.2 Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik


Bahan-bahan bukti penggunaan bahasa Melayu klasik terdapat pada Batu
Bersurat Terengganu, surat-surat awal dan katya-karya sastera yang dihasilkan
pada zaman bahasa Melayu klasik.
Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat, dekat Kuala Berang, Terengganu kirakira pada tahun 1899.

Syed Muhammad Naquib al- Attas menetapkan bahawa

tarikh yang tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 Hijrah (22 Februari
1303 M). Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini ialah tulisan Jawi.
Contoh surat-surat awal ialah surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (1521 M
dan 1522 M), surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada Kaptan Harry Middleton
(1602 M) dan sebagainya.
Karya-karta sastera yang dihasilkan termasuklah Sejarah Melayu, Hikayat Hang
Tuah, Hukum Kanun Melaka dan sebagainya
Antara bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah:

a.

Batu bersurat Kuala Berang Terengganu.

b.

Karya-karya sastera seperti Sulalatus Salatih, Undang-undang Melaka Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Muhamd Hanafiah dan lain-lain.

c.

Surat-surat raja-raja Melayu dengan pemerintah atau pedagang Eropah seperti surat Raja Acheh
kepada Kapitan Inggeris, James Lancester 1601, Surat Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton
1602), Surat Sultan Acheh kepada King James Raja Inggeris 1612.

2.

Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye
Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang
digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan
transkripsinya seperti yang berikut ini:
hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha

ilahi ya rabbi Tuhan samuha


taruh dalam swarga Tuhan tatuha
3.

Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di
atas, sebagai berikut:
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

4.

Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata
bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

Bahasa Melayu klasik merupakan asas kepada bahasa Melayu moden. (Bukti yang
menyokong)
Secara keseluruhannya, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden
merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu negara. Pada
hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan
bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik.
Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik
sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada
masa akan datang.

Terdapat persoalan baru iaitu "bagaimana dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
asing?" Sebenarnya, pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing cukup
memberangsangkan. Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana
Menteri 2012 telah disertai oleh 33 buah negara. Antara negara-negara yang turut bertanding
ialah Albania, Afrika Selatan, Afghanistan, Belanda, China, Ghana, India, Itali, Jepun, Jerman
dan banyak lagi..
Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Ianya
menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas pembentukan bahasa baku
di negara kita.
Apabila Islam datang ke alam Melayu pada sekitar abad ke-10 (malah sumber Acheh
menyatakan bahawa Islam telah tiba di alam Melayu pada abad kelapan lagi), bahasa
Melayu mengalami interaksi dengan satu lagi bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Arab dan
di sisi itu juga kemudian bahasa Parsi. Menurut al-Attas, kegiatan penterjemahan teks
daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu telah berlangsung, seperti usaha

penterjemahan Aqaid al-Nasafi yang merupakan antara kitab tertua dalam bahasa Melayu.
Dengan demikian, bahasa Melayu telah diantarabangsakan dari sudut kandungan bahasa
itu sendiri dan pada waktu yang sama dari sudut peranannya juga, iaitu sebagai bahasa
yang digunakan dalam ranah hubungan antarabangsa, khususnya sebagai bahasa
diplomasi. Antaranya termasuklah surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris, James
Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan
surat Sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Bahasa Melayu telah mula
mendapat perhatian sarjana Barat sehingga seawal abad ke-17 telah terhasil sejumlah buku
tatabahasa dan kamus, seperti karya de Houtman (1603), Albert Ruyl (1611), Casper
Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623) dan David Haex (1631).

Masukan gambar

You might also like