Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

CONTOH SOALAN TK1 PLV41 BAHAGIAN II BESERTA CADANGAN JAWAPAN

Disediakan oleh
SUDIRMAN SURATIN

Soalan ini adalah soalan dijangka akan keluar pada peperiksaan TK1 Bahagian II menurut pandangan penulis. Jawapan pula adalah hasil rujukan daripada
nota-nota kurus-kursus persediaan PTK. Penulis tidak bertanggungjawab jika soalan dan jawapan tidak membantu anda untuk menjawab soalan PTK anda.

1. Nyatakan elemen-elemen pada DACUM. (5 Markah)


Dalam DACUM perlu ada elemen yang berikut:
1. Hanya pekerja mahir yang layak mendefinasi dan menggambarkan bidang pekerjaan mereka
daripada orang lain.
2. Setiap kerja boleh digambarkan dalam bentuk tugasan (task) yang telah dilaksanakan oleh pekerja
dengan jayanya.
3. Setiap task mempunyai kaitan lansung dengan pengetahuan dan sikap yang mesti ada pada pekerja
untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan betul.

2. Sebutkan jumlah keangotaan dan kelayakan Jawatankuasa DACUM. (5 Markah)


Sekurang-kurangnya 6-10 orang dan anggota jawatan kuasa ini mestilah mempunyai kretiria
berikut:
a.
Pekerja dalam bidang berkenaan dan secara lansung menjadi penyelia dalam bidang
pekerjaan yang berkenaan.
b. Pekerja yang diiktiraf oleh rakan dan penyelia sebagai pekerja mahir.
c. Orang yang hanya menumpukan kepada bidang pekerjaannya sahaja dan tidak memikirkan
tentang program latihan yang dirancangkan di sepanjang proses tersebut.
d.
Orang yang suka bekerja dalam kumpulan dan menghormati pendekatan persetujuan ramai
dalam membuat keputusan.

3. Huraikan proses DACUM dilaksanakan sehingga ianya lengkap dan boleh digunakan. (10 Markah)
1. Penerangan oleh fasilitator kepada ahli supaya setiap ahli mempunyai pendekatan yang sama
mengenai DACUM.
2. Ahli komuniti mengenal pasti ‘duty’ utama.
3. Ahli komuniti mengenal pasti ‘task’ setiap duty.
4. Ahli komuniti menyusun turutan duty dan task.
5. Ahli komuniti mengenal pasti tugas untuk digunakan dalam latihan dan komponen-komponen tugas
tersebut.

4. Huraikan langkah-langkah dalam merekabentuk dan penyediaan sesuatu program latihan. (6 Markah)
Langkah-langkah yang perlu bagi membangun sesuatu program latihan adalah seperti berikut:
1. Membuat analisa keperluan latihan.
è Proses kenal pasti bidang pekerjaan yang berkaitan yang memerlukan latihan.
2. Menyediakan objektif latihan.
è Objektif arah tuju latihan. Apa yang pelatih akan perolehi selepas tamat latihan.
3. Menyedia kandungan latihan.
è Menyedia komponen-komponen topik-topik yang perlu diajar.
è Menyenarai peralatan latihan yang diperlukan.
è Menyenarai bahan latihan yang diperlukan.
4. Kenalpasti teknik latihan.
è Rancang strategi penyampaian latihan.
è Kuliah / latihan amali / demo / tayangan video dan lain-lain teknik.
5. Melaksanakan penilaian latihan.
è Bagi menilai keberkesanan latihan.
è Bagi mengenalpasi keterampilan pelajar.

1 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

è Serahkan laporan kepada pihak atasan.

5.
Terangkan kaedah mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti latihan, penentuan kumpulan sasaran
bidang kemahiran serta tahap kemahiran dalam perancangan program latihan. (8 Markah)
Bagi mendapatkan maklumat bagi menenal pasti latihan, penentuan kumpulan sasaran bidang
kemahiran serta tahap kemahiran dalam perancangan program latihan, empat analisa perlu
dilakukan. Antara analisa tersebut adalah:
1. Analisa daripada Rancangan Pembangunan Negara.
-perlu mengambil kira keperluan negara dan matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi.
- Secara umum data boleh diperolehi daripada Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) atau Pelan
Induk Perindustrian 3 (IMP).
2. Analisa pasaran buruh.
- Analisa di peringkat nasional bagi mendapatkan maklumat kekurangan atau lebihan tenaga
mahir dan separuh mahir di dalam industri dan bidang tertentu.
3. Analisa bidang pekerjaan.
- Memberi maklumat bagi mengenal pasti bidang pekerjaan baru.
- Menyedia peluang kepada pekerja sediada meningkatkan kemahiran.
4. Soal selidik.
- Temuduga wakil majikan.
- Temuduga wakil kesatuan sekerja
- Hantar borang soal selidik ke industri.
- Buat lawatan ke industri.
- Perbincangan dengan pegawai latihan atau HR di industri.

6. Berikan 5 kebaikan sistem bertauliah dalam latihan kemahiran di negara ini. (6 Markah)
è Flaksibel dan praktikal.
è Kos perlaksanaan lebih murah.
è Perlaksaan latihan di agensi ini lebih menyeluruh.
è Latihan dilaksanakan secara modular.
è Bagi yang tidak dapat SKM, boleh melengkapkan sehingga berjaya.
è NOSS mengandungi generik modul, tidak perlu mengulang.
è Membuka peluang kepada yang berpengalaman untuk dapat SKM.

7. Berikan 4 kebaikan menyediakan pelan mengajar. (4 Markah)


è Pengajar dapat menyusun tahap pelajaran dari yang mudah ke yang lebih komplek bagi
memudahkan pelajar memahami perkara-perkara yang diajarkan kepada mereka.
è Pengajar dapat membuat persiapan awal tentang penggunaan alat bantu mengajar bagi membantu
pelajar mencapai keberkesanan yang tinggi.
è Membantu pengajar lebih tenang dan yakin di bilik kuliah / bengkel dan juga pelajar yakin dengan
kemampuan pengajar tersebut.
è
Pengajar dapat menilai keberkesanan dan pengetahuan setakat mana pelajar telah mencapai
objektif yang telah ditetapkan melalui penilaian yang telah ditetapkan di dalam pelan mengajar.

8.
Terangkan teknik-teknik untuk menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas pembelajaran. (4
Markah)
è Menggalakkan pemindahan pembelajaran “Knowledge Tranfer”.
è Mewujudkan motivasi.
è Mengekalkan ingatan.
è Menggalakkan berfikiran secara aktif.
è Memupuk nilai dan sikap positif.
è Mewujudkan interaktif dua-hala.
è Menjadi pendengar yang berkesan.

2 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

9. Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 diperkenalkan. (6 markah)
è Untuk memastikan maklumat keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
orang-orang yang sedang bekerja.
è Untuk melindungi orang-orang ditempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja
terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang
sedang bekerja.
è Untuk menggalak satu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja disesuaikan
dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.
è Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan
tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan akta ini
yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

10. Sebutkan tanggungjawab pekerja dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994. (6 Markah)
è Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang
lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
è Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa
kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalaui Akta ini
atau mana-mana peraturan di bawahnya.
è Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelangkapan atau pakaian
perlindungan yang di adakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada
keselamatan dan kesihatannya.
è Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau dibawah akta ini
atau mana-mana peraturan di bawahnya.

11.
Fungsi Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1994. (8 Markah)
è Memastikan pematuhan kehendak Akta oleh pihak pengurusan dan pekerja.
è Menjalankan kegiatan galakan kepada amalan keselamatan.
è Menyiasat kemalangan.
è Membuat cadangan supaya kemalangan tidak berlaku dan berulang.
è Merancang dan melaksana program kesedaran keselamatan.

12. Terangkan matlamat Jawatankuasa Penyelenggaraan. (6 Markah)


è Untuk memastikan bahawa sumber-sumber fizikal sentiasa dalam keadaaan produktif dan boleh
dipercayai.

13. Terangkan fungsi dan jenis penyelenggaraan yang diperlukan. (6 Markah)


è Fungsi: fungsi penyelenggaraan ditafsirkan sebagai satu kombinasi tindakan atau langkah yang
diambil untuk mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan
selamat.
è Jenis penyelenggaraan ada dua
a. Pemulihan (Corrective)
è Tidakan yang diambil utnuk memebaiki dan menganti komponen atau sumber
fizikal itu supaya dapat berfungsi mengikut piawaian yang ditetapkan
b. Pencegahan
è Kerja-kerja diambil untuk memeriksa, selenggara, baiki atau ganti komponen atau
sumber fizikal secara teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

14. Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin. (8 Markah)


è

3 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

Faktor keluarga: Keluarga yang mengalami masalah biasanya mengakibatkan emosi pelatih
terganggu dan cuba memberoktak dengan melakukan kesalahan disiplin sebagai tanda protes.
è
Faktor institut latihan. Institut tidak menjalankan aktiviti yang berfaedah pada masa terluang
pelajar. Jadual yang terlalu padat menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi.
è Faktor pelatih. Terpengaruh dengan pelatih yang lain.
è Faktor persekitaran. Pengaruh dari keadaan yang datang dari media elektronik.

15.
Terangkan strategi yang perlu di ambil bagi mengawal dan mempertingkatkan disiplin pelatih. (6
Markah)
è Tubuhkan jawatankuasa disiplin Institut.
è Sediakan buku disiplin insitut.
è Penuhkan masa lapang pelatih dengan berfaedah.
è Mengaktifkan aktiviti ko-kurikulum.
è Mengadakan ceramah motivasi.
è Wajibkan subjek moral / agama.

16. Senaraikan 4 elemen dalam proses komunikasi. (4 markah)


è 2 pihak – penyampai & pendengar.
è Ada maklumat yang disampaikan.
è Medium penghantaran – telefon, surat, memo, ceramah.
è Bahasa- yang boleh difahami

17. Terangkan 3 kaedah komunikasi serta beri satu contoh setiap satu. (6 Markah)
è
Lisan. Menggunakan bahasa, lisan, tutur kata, dalam majlis rasmi atau tidak rasmi, secara
terancang atau tidak terancang.
è Tanpa lisan. Pergerakan badan, bahasa isyarat, raut wajah.
è Bertulis, surat, memo, emel.

18. Bagaimana kegagalan komunikasi boleh mengakibatkan kemalangan ditempat kerja. (10 Markah)
è Kegagalan komunikasi boleh mengakibatkat kemalangan ditempat kerja.
o
Pendengar tidak mendengar apa yang cuba disampaian oleh penyampai. Pekerja tidak
mendengar arahan yang disampaikan oleh pihak pengurusan. Keadaan yang bising di bengkel
mengakibatkan maklumat yang sampaikan tidak dapat didengar oleh pekerja. Hasil gangguan
persekitaran yang bising, pekerja tidak dapat memahami arahan dari majikan.
o
Contoh lain kegalan komunikasi yang mengakibatkan kemalangan di tempat kerja adalah; papan
tanda keselamatan yang tidak dipasang. Ianya jenis komunikasi bertulis, pekerja tidak nampak
tanda keselamatan dan juga arahan pemakaian pakaian keselamatan.
o
Dari segi bahasa, jika pekerja adalah dikalangan pekerja asing nepal, gunakan bahasa yang
pekerja ini fahami, jika pekerja tidak faham arahan, kemalangan mungkin akan berlaku.
o
Maklum balas tidak ada dari pekerja. Setelah arahan keselamatan diberikan, pekerja tidak faham
dan pekerja juga tidak memberi maklumbalas yang mengatakan mereka tidak faham arahan
keselamatanyang diberikan. Ini akan mengakibatkan kemalangan.

19. Nyatakan tujuan kokurikulum. (6 markah)


è Membentuk pelatih berdisiplin.
è Memberi pendedahan dari aspek kepimpinan dalam persatuan.
è Meningkatkan tahap kesihatan.
è Guna masa lapang pelajar dengan berfaedah.

4 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

è Mengukuh dan memperkaya yang dipelajari di kelas.


è Meluas dan mingkatkan pengetahuan pelatih dlam bidang tertentu.
è Mengeratkan perhubungna dan kerjasama antara institut dan masyarakat.
è Memupuk intergrasi antara kaum.
è Mencapai kecemerlangan dalam sukan.

20. Berikan 4 contoh kegiatan kokurikulum. (4 Markah)


è Jabatan Perkhimatan Awam (JPA3)
è Askar Wataniah
è Pengakap
è Kadet Bomba
è Bulan Sabit Merah

21. Terangkan bidang tugas penyelaras aktiviti kokurikulum. (10 Markah)


è Menguruskan mesyuarat dengan penasihat persatuan dan kelab.
è Merancang dan mengurus semua aktiviti tahunan.
è Meneliti semua program aktiviti yang dirancang supaya berjalan dengan baik.
è Mengumpul semua laporan program aktiviti utama.
è Menyelaras penggunaan kemudahan bagi kegunaan persatuan.
è Menyedia laporan kemajuan untuk sijil tamat latihan.
è Mengumpul semua jadual kedatangan.

22. Huraikan penilaian prestasi dan penilaian pengetahuan. (12 Markah)


è Penilaian Pengetahuan.
è Menentukan tahap pengetahuan yang perlu dinilai dengan penggunaan pelbagai
teknik penilaian bagi mengukur kemajuan calon mencapai objektif model.
è Kaedah penilaian bertulis atau lisan.
è Penilaian mesti jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan.
è Mengandungi semua aspek yang terkandung dalam keperluan pengetahuan.
è Sediakan kekunci jawapan supaya pelatih dapat membuat perbandingan.
è Ujian bertulis
1. Pilihan jawapan beranika.
2. Jawapan pendek.
3. Betul/Salah
4. Padankan.
5. Turutan.
6. Mengisi tempat kosong.
7. Esei.
è Penilaian Prestasi.
è Menentukan tahap prestasi melalui pemerhatian langkah kerja dan / atau yang
menghasilkan produk, dengan mencapai kriteria tertentu serta mengambil kira
juga sikap keselamatan.
è Menguji kebolehan pelatih melaksanakan tugas.
è Menguji kebolehan pelatih dalam menjadualkan tugas,
è Elemen yang diuji:
1. Kualiti hasil kerja.
2. Kemahiran menggunakan peralatan.
3. Kebolehan menganalisa tugasan dan merancang prosedur kerja.
4. Kepantasan menyiapkan kerja.
5. Kebolehan membaca dan menterjemah pelan dan sebagainya.
6. Kebolehan membuat keputusan.
7. Keselamatan.
è Lain-lain cara: Latihan Dalam Loji (OJT), simulasi.

23. Nyatakan kebaikan dan keburukan penilaian pengetahuan secara lisan. (8 Markah)

5 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

Kebaikan Keburukan
1. Sesuai untuk pelajar buta huruf. 1. Menggunakan masa yang lama. Perlu uji
2. Sesuai untuk pelajar kurang upaya. Cth: satu pelajar pada satu masa.
buta, tidak mempunyai tangan. 2. Perlu kuarantin pelajar yang akan dan
3. Jawapan terus dari pelajar. telah dibuat penilaian lisan.
4. Penilaian terus dibuat dihadapan 3. Soalan dari pegawai penilai boleh
pegawai penilai berubah.
4. Penilaian dari Pegawai Penilai boleh
berubah.

24. Jelaskan perancangan yang perlu dibuat sebelum urusan pengambilan pelatih dibuat. (8 Markah)
è Memastikan peruntukan mencukupi untuk mengurus program latihan.
è Mempunyai tenaga pengajar mencukupi dan berkelayakan.
è Peralatan mencukupi, keadaan baik dan selamat digunakan.
è Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.

25. Senaraikan proses yang terlibat dalam proses pengambilan pelatih. (7 Markah)
è Bahagian pengambilan mengeluarkan iklan.
è Penjualan borang pada tempoh tertentu.
è Penerimaan borang dan mengisih masukan borang.
è Perlantikan panel temuduga.
è Proses temuduga.
è Pemilihan terakhir.
è Edar surat tawaran.

26. Nyatakan lima tujuan di adakan minggu orientasi kepada pelatih baru. (5 Markah)
è Bimbing pelajar memahami dan menghayati matlamat pusat latihan.
è Membantu pelatih untuk sesuaikan diri.
è Memberi motivasi kepada pelatih supaya berusaha lebih gigih.
è Mewujudkan persefahaman dan menanam sifat kekitaan dikalangan pelatih, pengajar dan
kakitangan.
è Mewujudkan kemersaan dan kerjasama diantara pelajar melalui sukan.
è Penerapan nilai murni memalui ceramah dan motivasi.
è Melahirkan sifat ketaatan dan bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

27. Terangkan empat langkah yang perlu bagi mewujudkan sistem penyelenggaraan. (4 Markah)
è
Melantik seorang pegawai kanan sebagai yang bertanggunjawab atas semua aspek
penyelenggaraan di institut.
è Menyediakan daftar aset penyelenggaraan.
è Menyediakan jadual penyelenggaraan .
è Menilai aktiviti penyelenggaraan.

28. Nyakakan kebaikan mengadakan penyelenggaraan. (10 Markah)


è Pemberian perkhimatan atau keluaran produk berkualiti kepada pelanggan.
è Penjimatan perbelanjaan dan kos mengganti jangka panjang.
è Pengujudan suasa kerja selesa.
è Pemeliharaan emej institut.
è Memastikan keselamatan penggunaan peralatan oleh pengguna.

29. Jelaskan empat tujuan aktiviti promosi program latihan kemahiran. (8 Markah)
è Memperkenal institut dan kursus ditawarkan.
è Beri kesedaran kepada belia-belia.
è Menyampaikan maklumat tentang kualiti dan kuantiti keluaran institut.

6 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

è Memperkenalkan kepakaran institut dalam menyediakan program latihan kepada industri.

30. Nyatakan kaedah yang dapat dijalankan bagi mempromosikan program latihan. (12 Markah)
è Promosi menggunakan media massa, media elektronik.
è Hari Konvokesyen dan hari terbuka institut.
è Edar brochures, pamplete dan lin-lain midium bercetak.
è Lawatan industri dan perbincangan.
è Menubuh jawatan kuasa penasihat institut.
è Mengadakan seminar/bengkel/ceramah.
è Mengadakan ceramah kerjaya disekolah.
è Pembangunan laman web.
è Menyertai pameran-pameran.
è Menyertai pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan.
è Mengadakan sukan / perlawanan persahabatan.
è Menghasilkan pelajar yang berkualiti.

31. Terangkan tugas Jawatan Kuasa Disiplin institut. (8 Markah)


è Menggubal peraturan dan disiplin institut.
è Penguatkuasaan peraturan pelatih.
è Menasihati pelajar yang bermasalah.
è Menyediakan garis panduan tindakan tatatertib.
è Menangani segera kes disiplin.
è Membuat laporan kepada pengarah insitut.
è Merancang dan melaksana pemeriksaan disiplin secara mengejut.
è Mengurus perbicaraan kes pelajar.

32.
Nyatakan perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan rancangan program latihan baru.
(10 Markah)
è Analisa daripada rancangan pembangunan negara
o Skop analisa mengambil kira rangcangan jangka panjang
o Rancangan Malaysia Ke9
o Pelan Induk Perindustrian ke3
o Kaji arah tuju aliran teknologi.
è Analisa pasaran buruh
o Dapatkan maklumat kekurangan tenaga
o Dapatkan maklumat lebihan tenaga
o Daripada maklumat tersebut dapat membentuk polisi dan atur strategi.
è Analisa bidang pekerjaan
o Kenalpasti bidang-bidang baru.
o Buka peluang kepada pekerja sediada meningkatkan kemahiran.
è Soal Selidik
o Temuduga wakil majikan, ketua kesatuan pekerja dan pekerja industri.
o Hantar borang soal selidik kepada pihak industri.
o Membuat lawatan susulan.
o Mengadakan lawatan pemerhatian dan membuat perbincangan dengan pegawai latihan.

33.
Jelaskan 5 sebab mengapa pengajar perlu menyediakan Persedian Mengajar bagi setiap program
latihan. (10 Markah)
è Susun tahap pengajaran dari senang ke lebih kompleks.
è Persiapan awal alat bantu mengajar bagi bantu pemahaman yang tinggi.
è Pengajar lebih tenang bila mengajar.
è Pegajar dapat menilai keberkesanan pengajaran.

7 of 8 29-Jul-07 4:19 PM
Contoh soalan PTK 41 beserta cadangan jawapan http://www.ilplabuan.gov.my/download/Contoh%20soalan%20PTK...

è Memudahkan pengajar lain mengambil tugas mengajar.


è Bantu pihak pengurusan menilai keterampilan pelajar.
è Galakkan pengajar merancang.
è Pengajar dapat mengurus masa penyampaian.

34.
Nyatakan ciri-ciri program latihan kemahiran yang memainkan peranan penting bagi mencapai
matlamat untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir yang terlatih dan produktif selaras dengan
keperluan industri. (10 Markah)
è Pengajaran berdasarkan NOSS (national ocupational skill standard)
o Dibangunkan dalam proses DACUM
o Dibangunkan oleh sekumpulan orang yang pakar.
è Beri fokus kepada hasilan diharapkan daripada seorang pekerja.
è Jalankan konsep keterampilan.
è Proses pembelajar berdasarkan objektif setiap TASK dalam NOSS

35.
Huraikan lima kebaikan sistem pentauliahan yang digunakan dalam persijilan program latihan
kemahiran. (10 Markah)
è Fleksibel dan praktikel.
è Kos perlaksanaan lebih murah.
è Perlaksanaan latihan di agensi latihan lebih menyeluruh.
è Latihan dijalankan secara modular
è Bagi yang tidak dapat skm boleh teruskan.

36. Apakah tiga jenis matlamat pertolongan cemas. (3 markah)


è Menyelamatkan nyawa.
è Mengelak kecederaan lebih buruk.
è Mendapatkan bantuan kecemasan.

8 of 8 29-Jul-07 4:19 PM

You might also like