Konsep Boneka Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep Boneka dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian kanakkanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Beberapa contoh
teknik tersebut ialah seperti boneka dan permainan bahasa. Bagi Tugasan Projek tugasan 1 untuk
individu di bawah tugasan Penggunaan Modul Literasi dan Aplikasi Teknik Pengajaran, saya telah
memilih teknik boneka.
Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi
salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani,
Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang
membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau
benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi
menyampaikan mesej.
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka
selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu
untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada
haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam
persembahan mereka.
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh ialah
boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-layang.
Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan
melayan.

Guru-guru

yang

mahu

menukar suasana

pengajaran

dan

pembelajaran boleh

menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri daripada
banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.
Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan
mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai
mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam
merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi
beraneka nilai murni.
Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanakkanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya
diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan
menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka
sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan
pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil

belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah
Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang
menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanakkanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan
mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran kanakkanak.
Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis boneka yang
dimainkan. Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat
daripada sarung tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan
menggerak-gerakkan jari tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan
dengan tangan. Boneka ini terdiri daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian
badan dan kakinya hanya merupakan baju yang akan menutup tangan dan lengan orang
yang memainkannya. Cara memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka
tangan dengan menggunakan jari, manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan
tangan boneka itu. Selain itu, terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan sebagai
boneka tongkat kerana cara memainkannya adalah dengan menggunakan tongkat. Bagi
boneka tali pula, boneka ini atau yang dikenali sebagai Marionet banyak dipakai di
negara Barat. Boneka tali diperbuat daripada anak patung biasa yang dipakaikan tali
pada anggota badannya seperti kepala, kaki dan tangannya. Cara menggerakkannya
ialah dengan menggerakkkan tali-tali tersebut dimana orang yang memainkannya perlu
berada di atas dan boneka tersebut dibawah. Perlaksanaan permainan boneka tali agak
rumit dan memerlukan kemahiran daripada orang yang sudah mahir. Selain itu, boneka
bayang-bayang pula dimainkan dengan mempertontonkan gerak bayang-bayang boneka
tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai wayang kulit. Wayang kulit sering dimainkan di
beberapa buah negara di kawasan Asia Tenggara seperti Terengganu dan Kelantan di
Malaysia serta Jawa di Indonesia. Perlaksanaan boneka bayang-bayang atau wayang kulit
memerlukan ruangan yang gelap dan tertutup untuk membuat bayang-bayang.

Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa


perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini
wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat
dijalankan selari dengan perkembangan mereka.

You might also like