Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPT 2013

HBSC2203
TOOLS FOR LEARNING SCIENCE
(REPORT OF AN EXPERIMENT)

NAMA PELAJAR

ALICIUS LUCAS

NO. MATRIKULASI

780926125297001

NO. KAD PENGENALAN

780926125297

NO. TELEFON

019-8003700

E-MEL

aliciuslucas@yahoo.com

NAMA TUTOR

EN. PANG WUI YING

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM SANDAKAN

HBSC 2203
LAPORAN EKSPERIMEN
TAJUK

PENGARUH SUHU KE ATAS JUMLAH BIJI BENIH CILI


YANG BERCAMBAH / TUMBUH.

TUJUAN

Mengkaji sejauh mana suhu persekitaran mempengaruhi


percambahan biji benih cili.

PERNYATAAN

MASALAH

HIPOTESIS

Bagaimana faktor suhu boleh memengaruhi bilangan benih cili


yang bercambah.

Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin banyak benih cili yang


berjaya tumbuh.

PEMBOLEH

UBAH

yang dimalarkan Bilangan biji benih cili yang ditanam (30 biji)
- Tempoh masa 10 hari
yang dimanipulasi Suhu persekitaran pokok cili ditanam
yang bergelak balas Bilangan benih cili yang berjaya bercambah.

APARATUS

6 kotak semaian tanaman cili yang boleh diset/dikawal suhu

BAHAN

Benih cili, tanah medium tanaman

HBSC 2203
PROSEDUR

1.

Sediakan 6 kotak semaian tanaman cili dengan medium


(tanah) untuk tanaman cili.

2.

Setkan suhu bagi setiap kotak tanaman mengikut suhu yang


ditetapkan.
A
8
30

Kotak
Suhu yang ditetapkan (C)
Bil. biji benih cili yang ditanam

3.

B
12
30

C
16
30

D
18
30

E
22
30

F
24
30

Tanam 30 biji benih ke dalam setiap kotak semaian


tanaman cili.

4.

Dalam tempoh 10 hari, sentiasa pantau dan siram kotak


semaian mengikut keperluan.
2

HBSC 2203
KEPUTUSAN/

1.

PEMERHATIAN

Selepas 10 hari, jumlah biji benih cili yang berjaya


tumbuh dalam setiap kotak semaian dicatat dan direkodkan
ke dalam jadual 1.
A
8
30
4

Kotak
Suhu yang ditetapkan (C)
Bil. biji benih cili yang ditanam
Bil. Biji benih cili yang berjaya tumbuh

B
12
30
10

C
16
30
14

D
18
30
18

E
22
30
24

F
24
30
16

Jadual 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran

2.

Berdasarkan data dariapda jadual 1, graf dibuat untuk


melihat secara keseluruhan hasil eksperimen yang
dijalankan. Melalui graf yang dibuat, dapat memberikan
gambaran secara kasar tentang pengaruh suhu ke atas
pertumbuhan benih cili.

30
25
20

Bil. Pokok Cili

15
10
5
0
6

10

12

14

16

18

20

22

24

26

Suhu Persekitaran (C)

Graf 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran


ANALISIS DAN

Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, jadual 1 dan graf 1,


3

HBSC 2203
PENAFSIRAN
DATA

jelas menunjukkan bahawa suhu persekitaran sangat


mempengaruhi pertumbuhan biji benih cili yang ditanam. Pada
suhu yang sangat rendah (8C pada kotak semaian A), hanya 4
daripada 30 biji benih yang disemai berjaya tumbuh. Jumlah ini
bertambah kepada 10 biji benih pada kotak semaian B (12C).
Pada kotak semaian C (16C) dan D (18C), bilangan biji benih
yang tumbuh menunjukkan peningkatan sebanyak 4 dan 8 pokok,
menjadikannya kepada 14 dan 18 pokok.
Pada kotak semaian E (22C), bilangan biji benih cili yang berjaya
tumbuh mencecah sehingga 24 pokok. Ini bermakna, hanya 6
daripada biji benih yang disemai di dalam kotak ini tidak tumbuh.
Berbeza dengan kotak semaian F (24C), hanya 16 biji benih yang
tumbuh. Ini jelas menunjukkan penurunan yang sangat ketara dan
mengejut kerana jumlahnya lebih rendah daripada kotak semaian
D.

PERBINCANGAN :

Pada suhu sekitar 8C, biji benih cili tidak berupaya


untuk tumbuh dengan baik. Ini bermaksud pokok cili tidak sesuai
ditanam di kawasan yang bersuhu rendah. Persekitaran dalam
kotak semaian A sepadan dengan negara-negara yang mempunyai
iklim Siberia. Oleh itu, cili tidak sesuai ditanam di negara-negara
yang beriklim sejuk.
Pada suhu antara 12C hingga 18C, benih cili menunjukkan
penyesuaian yang lebih baik berbanding pada suhu 8C. Pada suhu
ini, pokok cili boleh ditanam dengan agak baik. Walau
bagaimanapun, pokok cili yang ditanam di persekitaran ini tidak
sesuai untuk dikomersilkan kerana hasil pengeluarannya mungkin
agak terhad.
Pokok cili sangat sesuai ditanam pada suhu sekitar 22C. Ini sangat
4

HBSC 2203
jelas berdasarkan kepada keputusan eksperimen yang dibuat. Pada
persekitaran 22C, hampir semua biji cili telah berjaya tumbuh.
Suhu ini sepadan dengan negara-negara yang terletak berhampiran
dengan garis khatulistiwa. Di negara kita, pokok cili sesuai
ditanam di kawasan tanah tinggi seperti cameron Highland,
Kundasang dan beberapat tempat di banjaran Sarawak.
Pada suhu 24C dan ke atas, pertumbuhan biji benih cili telah
menurun dengan banyak. Hanya 16 biji benih yang berjaya tumbuh
iaitu separuh daripada jumlah keseluruhan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasil eksperimen, saya menyimpulkan bahawa


percambahan biji benih cili sangat berkait rapat dengan suhu
persekitaran biji benih tersebut ditanam. Pada suhu 22C,
menunjukkan bahawa biji benih cili bercambah dengan sangat
baik. Pada suhu 18C, biji benih cili masih boleh bercambah
dengan baik. Walau bagaimanapun, pada suhu 24C dan ke atas,
jumlah biji benih yang berjaya bercambah menurun dengan sangan
banyak.
Walaupun suhu merupakan faktor yang utama mempengaruhi
percambahan biji cili, saya juga ingin mengemukakan beberapa
faktor lain yang difikirkan boleh menjejaskan hasil eksperimen ini.
Salah satu daripadanya adalah dari segi kualiti biji benih cili yang
ditanam. Biji benih yang digunakan adalah daripada kumpulan
yang sama. Walau bagaimanapun, kualiti setiap biji benih tersebut
masih boleh dipertikaikan. Ada kemungkinan terdapat beberapa
biji benih tersebut yang telah rosak semasa proses pembungkusan
atau disebabkan oleh serangan kulat.

HBSC 2203
Tanah yang digunakan sebagai medium untuk pertumbuhan biji
benih

cili

juga

merupakan

faktor

penyumbang

kepada

percambahan biji benih tersebut. Medium yang terlalu berasid atau


beralkali mempunyai keberangkalian merosakkan biji benih cili.

Rujukan
Iskandar Ab. Rashid (2012). Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Dicapai pada
01

November

2013

daripada

http://www.tanamsendiri.com/2012/01/faktor-yang-

mempengaruhi-pertumbuhan.html

House Plant. Growing your own chilli peppers. Dicapai pada 01 November 2013 daripada
http://www.jfunk.org/extras/labs/chillies.html

Suhaizan Lob (2009). Kesan interaksi Mikroriza Vesikular-Arbuskular (MVA), paras berbeza
Vermikas dan baja kimia terhadap pertumbuhan 3 varieti cili (capsicum annum)
tempatan.Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

You might also like