Surat Menteri Besar 2013

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING


71750 LENGGENG NEGERI SEMBILAN
Tel : 03-87660433
________________________________________________________________________
1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj Tuan:
Ruj Kami :02/002 SKKD.UPSR ( 1)
Tarikh : 21. 01. 2013.
Kepada,
Yang Amat Berhormat,
Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan,
SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS
Menteri Besar Negeri Sembilan.
Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama,
Memohon Sumbangan Program Akademik Sekolah.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampong Daching dalam
hala tuju ke arah memperkasakan Program Akademik Sekolah. Oleh itu banyak aktiviti
yang telah dirancang bagi mencapai matlamat tersebut.
2.1

Mengumpul Dana untuk tabung PIBG Sekolah Kebangsaan Kampong


Daching. Ini adalah satu usaha yang berterusan Pihak Persatuan Ibu Bapa
dan Guru untuk membantu pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan
prestasi akademik sekolah. Dalam bidang kurikulum sekolah telah berjaya
memperoleh;
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

6 orang murid mendapat 5A dalam UPSR 2007


7 orang telah mendapat 5A dalam UPSR 2008
3 orang telah mendapat 5A dalam UPSR 2009
13 orang telah mendapat 5A dalam UPSR 2010
4 orang telah mendapat 5A dalam UPSR 2011
4 orang murid mendapat 5A dalam UPSR 2012

3.
Pada tahun 2012 seramai 4 orang murid berjaya mendapat 5A dalam keputusan
peperiksaan UPSR iaitu sebanyak 9.7 % daripada keseluruhan murid yang mengambil
peperiksaan. Peratus keseluruhan sekolah pula iaitu 78% dan Gred Purata Sekolah ialah
1.95 Ini merupakan hasil usaha yang berterusan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah
dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang komited dalam pembangunan dan
pendidikan anak-anak Kampung Daching ini. Pelbagai usaha yang telah dilakukan antara,

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Kem Motivasi Murid


Bengkel Menjawab Soalan
Kelas harian dan Hujung Minggu
Lawatan Sambil Belajar
Program Motivasi Untuk Ibu bapa

4.
Bagi mencapai kejayaan yang berterusan Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
bercadang untuk mengadakan kelas tambahan bermula dari Tahun 4 . Pihak Persatuan Ibu
bapa dan Guru-Guru akan cuba mengenalpasti aspek kelemahan khasnya dalam
peningkatan pencapaian B. Inggeris bagi murid-murid di sekolah ini. Jika usaha murni
dapat diteruskan, Insyaallah dalam masa 2 atau tiga tahun sekolah ini akan berjaya
menjadi contoh untuk sekolah-sekolah diluar bandar khasnya di DUN Lenggeng ini.
Usaha yang berterusan ini diharapkan menjadi titik tolak dalam kejayaan sekolah ini.
Selaras dengan itu Persatuan Ibu bapa dan Guru bercadang untuk memberi sedikit
imbuhan kepada guru-guru yang terlibat dalam usaha yang murni. Ini sedikit sebanyak
memberi motivasi kepada guru-guru yang terlibat.

5.
dan

Bagi menjamin segala usaha yang murni ini berterusan pihak Persatuan Ibu bapa
Guru-Guru berbesar hati untuk memohon sumbangan derma sebanyak
RM20,000.00 bagi membiayai program yang telah dirancang bagi tahun 2013
7.
Segala sumbangan YB. Dato Seri Utama kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Disahkan oleh,

(ENCIK MAZLEY BIN JAMALUDIN)


Yang Dipertua PIBG,
Persatuan Ibu bapa dan Guru,
Sk. Kampong Daching

ENCIK ARIFIN BIN MD YUSOF


Guru Besar,
SK Kampong Daching

s.k 1. Fail PIBG Sekolah.

You might also like