Esei Penilaian Bahasa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

3.

PENILAIAN
Penilaian

telah

didefinisikan dengan

banyak

cara.

Stufflebeam

et.

al.

(1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan
bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,
kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian
berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa
atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatupembelajaran
spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.
3.1

Kepentingan Penilaian

3.1.1

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yangsedia ada pada pelajarpelajar dalam perkara yang hendak diajar.
menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau
dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. menentukan pelajar yang tinggi
keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajar mereka.
Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka;
dan
membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

3.2

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen
penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan
ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan
pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian,
kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

3.3

Jenis Penilaian Bahasa


Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran -ukuran

yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam


konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkaitan dengan penilaian hasil pengajaran
dan pembelajaran. Dari aspek pengajaran, penilaian yang dibuat membolehkan guru
memperbaiki pengajaran berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada proses tersebut.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru
membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan murid bagi tajuk-tajuk yang diajar.
Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program
pemulihan atau pengayaan untuk murid-muridnya. Terdapat beberapa jenis penilaian
3.3.1

Penilaian Rujukan Norma

Penilaian Rujukan Norma merupakan penilaian yang dibuat dengan membandingkan


pencapaian seseorang murid dengan pencapaian murid/ kumpulan murid lain yang mengambil
ujian yang sama. Disebabkan Penilaian Rujukan Norma bertujuan untuk membandingkan
pencapaian murid, ujian untuk Penilaian Rujukan Norma biasanya meliputi kandungan
pelajaran yang luas, dan dengan demikian, penilaian ini tidak dapat memberikan maklumat
tentang pengetahuan / kemahiran seseorang murid bagi tajuk pelajaran tertentu.
Ujian untuk Penilaian Rujukan Norma ini perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan
pencapaian yang maksimum di kalangan murid. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap
kesukaran soalan yang dibina perlu dikawal. Selain itu, keputusan ujian ini juga dapat
menentukan kedudukan seseorang murid dalm bilik darjah atau tahun/tingkatannya.
3.3.2

Penilaian Rujukan Kriteria


Penilaian ini mempunyai tujuan yang berbeza daripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma.

Matlamat Penilaian Rujukan Kriteria adalah untuk membandingkan pencapaian murid dengan
kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai murid atau tidak. Pendekatan ini
dipelopori oleh Glaser (1963). Menurut Glaser, kriteria yang digunakan tidak bermaksud
kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai murid, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh
guru, iaitu pada aras sama sepatutnya murid perlu capai.
Menurut Popham (1981), ujian Rujukan Kriteria digunakan untuk menentukan status
pencapaian individu murid dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Oleh itu, ujian ini dibina
berpandukan kepada kriteria/ tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga lebih terperinci/
mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang terperinci ini
boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang muridnya bagi tajuk pengajaran
tertentu. Daripada maklumat tersebut, guru boleh merancang dan melaksanakan program
pemulihan untuk murid-muridnya atau memperbaiki/ mengubah keadaan pengajaran supaya
murid mudah menguasai/ mencapai sesuatu objektif pengajaran.

3.4

Jenis penilaian Bahasa Melayu

Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian
Bakat, Pencapaian.

3.4.1

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu

kemahiran

atau

subkemahiran

bahasa

yang

diajar.

Biasanya

skop pengajaran

dan

pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian
formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif
dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini
dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
3.4.2

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu

peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas
dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
2.4.3

Ujian Bakat
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa
seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan
berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau
struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah
hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi
untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

3.4.4

Ujian Pencapaian

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah


menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan
pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu
kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua
set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
3.4.5

Ujian Kefasihan
Ujian Kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah

mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini menilai kebolehan
umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk
menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan
kebolehan mereka.

3.5

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

3.5.1

Penilaian Kemahiran Lisan

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara;

3.5.2

Pelajar dengan pelajar

Pelajar dengan guru

Pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek Lisan Yang Dinilai


1.

Kefahaman konsep

2.

Pengetahuan fakta

3.

Pemikiran peringkat tinggi

4.

Kecekapan mendengar

5.

Penggunaan bahasa yang tepat

6.

Kecekapan matematik

7.

Gaya persembahan

8.

Kelancaran berbahasa

9.

Pertuturan dan sikap

Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penilaian perlu dilakukan oleh guru
untuk mendapatkan maklum balas bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid.
Penilaian yang dimaksudkan bukan hanya dalam bentuk formal, tetapi lebih merupakan
penilaian yang berterusan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti;

Aktiviti berbual

Aktiviti bercerita

Aktiviti berlakon

Aktiviti berpuisi

Aktiviti bercakap berdasarkan gambar

3.5.3

Penilaian Kemahiran Bertutur


Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi

tatabahasa, kelancaran dan kefasihan.


1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan
bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid
menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan
makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua.
Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.
2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk
menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan
itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk
menyedapkan percakapan atau bacaan( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk
menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.
3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen
lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar.
Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang
berbeza. Contoh ayat seperti berikut:
1. (# saya minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu
lembu dan bukan susu lain)
2. /# saya minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang
dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi)
4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat
dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya
tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menurun

,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang
menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.
5. Tatabahasa: adalah sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan
untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.
6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas,
licin dan teratur.
7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur,
dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara
tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.
Ujian bertutur boleh dilakukan melalui;
Tugasan dalam ujian bertutur

3.5.4

1.

Memadankan

2.

Menyusun dan melengkapkan

3.

Menyelesaikan masalah

4.

Berinteraksi

5.

Simulasi

6.

Projek

Pengendalian Ujian Bertutur


a) Ujian secara berkumpulan

Terdiri daripada 4 - 6 orang murid

Panjang masa perbualan tidak lebih daripada 30 minit

b) Ujian secara individu

Panjang masa menguji yang sesuai

Dilaksanakan secara ringkas

3.6

PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA


Penilaian kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh

murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap


kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis
pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan
lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai
teknik membaca.

1.

Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil


pembacaan ialah pemahaman perkara yang telah dibaca daripada pengecaman dan
penyebutan huruf-perkataan dan ayat.

2.

Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah;

3.

Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang
dibentuk daripada jalinan huruf-huruf.

4.

Guru dapat melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul
berdasarkan teks yang dibaca.

5.

Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan.

6.

Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas, tepat
dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan
ayat yang betul dan mudah difahami.

7.

Melalui kemahiran membaca, guru dapat menilai perluasan perbendaharaan kata dalam
pelbagai konteks.

8.

Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan, iaitu
penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat.

3.6.1

Ujian Kefahaman Membaca


Menurut Santoz (1976), terdapat 6 peringkat kefahaman membaca yang dapat diuji.

Pembahangiannya ini berdasarkan kefahaman membaca bagi bahan-bahan yang bukan bahan

sastera. Spache (1972) pula menyarankan tentang peringkat kefahaman yang berhubung kait
dengan bahan bacaan berbentu sastera.
3.6.2

3.6.3

Peringkat Kefahaman Membaca Santoz


1.

Soalan berbentuk mengecam atau mengingat butiran.

2.

Soalan terjemahan.

3.

Soalan berbentuk aplikasi.

4.

Soalan berbentuk analisis.

5.

Soalan berbentuk sintesis.

6.

Soalan berbentuk penilaian.

Peringkat Kefahaman Membaca Spache


Menurut Spache (1972) pula, berikut ialah peringkat-peringkat kefahaman kritis yang

dapat diperkembangkan di kalangan murid dengan menggunakan bahan-bahan berbentuk


sastera. Peringkat kefahaman ini bolehlah digunakan untuk soalan-soalan kefahaman bahan
sastera.
1.

Mencari maklumat.

2.

Mengetahui tujuan pengarang.

3.

Membezakan pendapat dan fakta.

4.

Membuat kesimpulan.

5.

Membuat penilaian.

6.

Melihat propaganda.

Bacaan secara kritis yang disarankan oleh Spache ini penting kerana membolehkan
murid mencapai peringkat kefahaman yang lebih mendalam dan berfikir secara kritis.

3.7

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan

merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran,
pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji
kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :

Karangan

Laporan projek/ kerja kursus/ folio

Latihan dan ujian bertulis

Huraian atau tafsiran data/ jadual, graf atau carta.

3.7.1

Kemahiran Yang Diukur Dalam Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis

Menyusun idea

Perbendaharaan kata

Mengaplikasi

Mentafsir

Menilai

Mempertahan/ menyokong hujah

Menyebar idea/ buat rumusan/ cadangan

3.7.2

Tujuan Penilaian Menulis

1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam
sesuatu bahasa.
2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek
tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.

3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal,


penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.
3.7.3

Jenis Ujian

1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran.
2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti.
3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur
kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus.
4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam
kemahiran mengarang.

3.7.4

Cara menguji

1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang,


menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.

3.7.5

Jenis Tugasan

1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa
bimbingan guru.
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan
bahasa yang lain untuk ditulis.

3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran
melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan
3.7.6

Penulisan Ujian

Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara
kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi
ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan
mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.

3.7.7

Isi Ujian

1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus
berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan
menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks.
2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat
kiriman dan lain-lain.
3.

Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar.

4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis
soalan.

Kesimpulannnya, penilaian kemahiran bahasa amat penting kerana ia dapat menilai


perkembangan kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah laku seseorang
kanak-kanak. Penilaian ini mencakupi penilaian ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis.

Penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara berterusan, iaitu
secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan berbagai jenis
instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian berterusan perlu dijalankan
secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa tidak
berlaku dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental.
Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah
bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan
pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan.
Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.

You might also like