Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEK MEN KEB BARU BINTULU

BINTULU, SARAWAK

KERTAS KERJA
BENGKEL ASAS GAMELAN
TARIKH
11HB DAN 18HB APRIL 2015
TEMPAT
SMK BANDAR BINTULU, BINTULU, SARAWAK
ANJURAN
KELAB GAMELAN
SMK BARU BINTULU, BINTULU, SARAWAK

KelabGamelanSMKBaru

2015

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan daripada Pengetua
SMK Baru Bintulu dengan tujuan mendapatkan kelulusan program serta peruntukan
bagi menjalankan Bengkel Asas Gamelan di SMK Bandar Bintulu.
2.0 PENGENALAN
Bengkel anjuran Kelab Gamelan SMK Baru Bintulu dengan kerjasama Kelab
Gamelan SMK Bandar Bintulu buat pertama kalinya akan diadakan untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar dan juga guru-guru SMK Baru Bintulu akan
kesenian warisan yang amat terkenal iaitu Gamelan.

Sebagai permulaan, nama

Gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini
mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi
yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat
daripada perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya
mempunyai larasan yang tetap atau fixed tuning. Permainan muzik gamelan
dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna
apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh
dipersembahkan secara tersendiri.
Program ini dikenali sebagai Bengkel Kejurulatihan Gamelan dengan tujuan utama
memberi pengalaman, pengetahuan, intrepretasi serta cara bermain alatan gamelan
dengan betul kepada ahli-ahli kelab gamelan SMK Baru Bintulu. Mereka akan
didedahkan dengan seni ini secara spesifik melalui slot-slot pengajaran yang telah
disarankan oleh Jurulatih daripada SMK Bandar Bintulu.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memperkenalkan para pelajar dengan keseniaan Gamelan Melayu dalam semua
aspek.
3.2 Melahirkan individu yang mempunyai semangat cintakan kebudayaan Malaysia.
3.3 Meningkatkan keyakinan serta mencungkil bakat peserta melalui sesi latihan dan
persembahan yang bakal diadakan

KelabGamelanSMKBaru

2015

4.0 HASIL PEMBELAJARAN


4.1 Memberi bimbingan yang lebih mendalam terhadap teknik asas permainan
sebenar muzik gamelan kepada pelajar.
4.2 Melahirkan individu yang berpengalaman dan mempunyai ilmu dalam seni muzik
Gamelan
4.3 Memantapkan lagi mutu persembahan dengan mengetahui teknik-teknik sebenar
bermain gamelan yang betul.
4.4 Membentuk warga SMK Baru yang akan sentiasa menabur bakti kepada sekolah
dan seterusnya mencipta nama sekolah di mata masyarakat setempat.
4.5 Memberi sokongan dan galakan yang berterusan dalam memupuk minat
terhadap muzik gamelan
4.6 Melahirkan individu yang mempunyai semangat cintakan kebudayaan serta
membentuk moral dalam kehidupan bermasyarakat.
5. KEMAHIRAN INSANIAH
5.1 Membentuk komunikasi yang berkesan dalam kumpulan melalui sesi latihan
berkumpulan dan persembahan.
5.2 Menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam membentuk satu pasukan yang
bertindak sebagai kumpulan pewaris berpengatahuan seni tari tersebut
6. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 11hb dan 18hb April 2015 (Sabtu)
Jam : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

7. JURULATIH
Guru-Guru Kelab Gamelan, SMK Bandar Bintulu, Bintulu.
8. KUMPULAN SASARAN
1. 10 orang yang terdiri daripada Ahli Kelab Gamelan, SMK Baru Bintulu, Bintulu.
2. 10 orang Guru SMK Baru Bintulu.

KelabGamelanSMKBaru

2015

9. ANGGARAN KEWANGAN
Bil
1
2
3
4

Perkara
Minum pagi
- Kuih
Makan Tengahari
- Nasi Ayam
- Air Kotak
Cenderahati
Kertas Sijil

Kos Seunit

Kuantiti

RM 2.00

30

RM

RM 7.00

30

RM 210.00

RM 50.00
RM 20.00

1
1
JUMLAH

Jumlah (RM)
60.00

RM 50.00
RM 20.00
RM 340.00

PENUTUP
Tercapainya objektif dalam program ini dapat memberi impak dalam pencapaian bagi
aspek kebudayaan dan kesenian SMK Baru Bintulu. Hal ini kerana, pengalaman dan
pengetahuan yang mereka perolehi adalah amat bernilai bagi membentuk sebuah
pasukan Seni Gamelan. Diharap program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada
pihak sekolah.

Disediakan Oleh :
.
(WAN AMIRAH BINTI WAN MOHD ABDUL RAHIM)
Guru Penasihat Kelab Gamelan

Disemak Oleh :

(PN. RUBIAH BINTI TAIP)


Pen. Kanan Ko-Kurikulum
SMK Baru Bintulu.

Disahkan Oleh :
..
(PN. ROHANI BINTI HAJI DAUD)
Pengetua
SMK Baru Bintulu

You might also like