Pandu Puteri Dewasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pandu Puteri Dewasa

Pandu Puteri Dewasa terdiri daripada ahli dewasa yang berumur 18 tahun
ke atas. Pasukan Pandu Puteri Dewasa beroperasi di taman perumahan,
tempat kerja, daerah, cawangan dan kebangsaan. Semua pemimpin
dan pesuruhjaya adalah termasuk dalam kategori Pandu Puteri Dewasa.
Pemimpin ialah ahli dewasa yang layak memimpin Pasukan Pandu Puteri
Tunas, PasukanPandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan
Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, atau Pasukan Pandu Puteri
Dewasa.
Terdapat dua cara untuk mendapat kelayakan tersebut:
1. Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri
Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi. Individu ini boleh
mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri
Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet
atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang
ditugaskan tanpa menghadiri KursusPemimpin Baru. Pemakaian
lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan
lencana pelantikan pemimpin.
2. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu
Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau
dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan
Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan
Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan
Pandu Puteri Siswi.
Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik
sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau
Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
Pemimpin Berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya lulus
Kelas Satu dan boleh menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri
Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja.
Pesuruhjaya ialah Pemimpin Berwaran yang mentadbir, mengurus dan
mengelolakan aktivitiPandu Puteri di peringkat Kebangsaan, Cawangan
dan Daerah.
Seseorang Pemimpin Berwaran boleh dipilih dan dilantik sebagai
Pesuruhjaya untuk jawatan tertentu oleh Pesuruhjaya Daerah, Ketua
Pesuruhjaya Cawangan, atau Ketua PesuruhjayaMalaysia. Pelantikan ini
hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Malaysia.

KURSUS PEMIMPIN BARU


Kursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:
1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan UndangUndang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata,
Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.
2. Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan danantarabangsa.
3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan
menggunakan simpulan dan ikatan seperti yang berikut:
o lilit manuk
o simpul bungkusan
o buku sila
o lilit balak
o bunga geti
o tambat seraya
o tambat serong
o tambat kacang
o lilit dua simpul
o tambat pemukat
o tambat silang gunting
4. Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji,
menggunakan isyarat wisel serta isyarat tangan.
5. Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri
Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.
6. Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan
7. Menghayati dan boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri
serta lagu-lagu Pandu Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan
Lagu Rantau Asia Pasifik

8. Menyalakan api dengan dua batang mancis untuk


menjerang air atau memasak.
9. Berjalan kaki sejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis
benda hidup (enam haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan
menyediakan Buku Skrap yang berkaitan.
10.
Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi,
intelek, sosial dan fizikal remaja.
11.

Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.

KURSUS PRA WARAN


Kursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan
Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri di setiap peringkat.
Kursus Pra Waran terdiri daripada tiga bahagian:
o Perancangan,
o Pengurusan Pasukan,
o Pertolongan Cemas.
Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya:
o Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri
Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri
Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sekurang-kurangnya satu
bulan.
o Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga
bulan.
o Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri
Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri
Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada
tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan
oleh Pesuruhjaya Daerah.
o Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan
mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

o Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan


nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya.
o Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila
menghadapi keadaan tertentu seperti:
- luka
- terseliuh
" muntah-muntah
" terbakar
" melecur
" perut masuk angin
" sengatan serangga
" sawan
" tidak sedar diri.

KURSUS LANJUTAN
Kursus Lanjutan membolehkan Pemimpin:
1. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu
Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri
Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa
2. Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet
berkaitan.
3. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk
pemupukansistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.
4. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu
Puteri sehingga Kelas Satu.
5. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana
Kecekapan.
6. Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan
Mutiara III.

PERKHEMAHAN
Perkhemahan Pandu Puteri dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang
mempunyai kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang
berusaha memperoleh kelayakan perkhemahan boleh membawa ahliahlinya berkhemah dengan bantuanJurulatih atau pemegang Lesen
Perkhemahan. Kelayakan Perkhemahan adalah seperti yang berikut:
I. Permit Perkhemahan
Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama
ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun
sahaja.
o Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan
mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua
malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang
ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.
o Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih
atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan.
II. Lesen Perkhemahan
Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan
untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang
dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
o Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan
mengadakan Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam,
yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau
Pandu Puteri Renjer.
o Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang
Jurulatih.

SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPIN

Untuk dianugerahkan Waran Pemimpin, seseorang Pemimpin:


1. Telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu
Puteri untuk menghayati pergerakan Pandu Puteri.
2. Telah menghadiri Kursus Pra Waran dan memahami prinsip
Pandu Puteri untuk mengendalikan Pasukan.
3. Mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow,
Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan dan Mesyuarat
Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Renjer.

4. Mengetahui dan boleh menjalankan Permainan Pandu Puteri


dalam Program Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja,
Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi
atau Pandu Puteri Dewasa, khasnya, Permainan Kim dan
Permainan Luas.
5. Menyimpan rekod Pasukan seperti:
6.5.1 Sijil Pendaftaran Pasukan
6.5.2 Buku Kedatangan Ahli
6.5.3 Buku Stok
6.5.4 Buku Akaun
6.5.5 Buku Aktiviti
6.5.6 Buku Rekod Kemajuan Ahli
6.5.7 Buku Program/Perancangan
6.5.8 Buku log Pasukan
6.5.9 Buku Minit Mesyuarat Pasukan
6.5.10 Fail penyertaan latihan/kursus yang dihadiri di peringkat
Sekolah, Daerah, Negeri atau Kebangsaan
6.5.11 Fail surat menyurat
6.5.12 Fail Mesyuarat Daerah
6. Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri
7. Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan
Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja,
Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi
atau Pandu Puteri Dewasa, diselia oleh Pesuruhjaya Daerah.
8. Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima
permohonan yang berkenaan.
9. Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah
sekurang-kurangnya sekali

WARAN
10.
Waran ialah tanda pengesahan pelantikan kepada
sesuatu jawatan dalam Pandu Puteri.
11.

Waran diberikan kepada seseorang Pemimpin setelah ia

mengikuti Kursus Pra-Waran

menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan sekurangkurangnya selama tiga bulan

diselia oleh Pesuruhjaya Daerah

12.
Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus
tidak boleh ditukar kepada jawatan lain.
13.
Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan,
waran berkenaan tidak perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat
Kebangsaan.
14.
Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab menghubungi
pihak sekolah atau institusi dan mendapatkan nama Pemimpin
yang ditugaskan memimpin Pasukan. Ini adalah untuk
memastikan kategori Pemimpin berkenaan. Seterusnya
Pesuruhjaya Daerah perlu mengambil tindakan dengan
melantik atau membuat permohonan mengeluarkan waran.
15.
Permohonan untuk Waran baru akan dihantarkan kepada
Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baru setelah
Pesuruhjaya Daerah berpuas hati bahawa semua syarat
pelantikan telah dipenuhi.
16.
Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan
Persatuan berhak menarik balik atau membatalkan waran
tanpa memberi alasan.
17.
Seorang Pemimpin Berwaran yang telah ditukarkan
sekolah atau tempat kerja, tidak perlu mengembalikan waran
tersebut tetapi perlu memohon waran baru semula daripada
Pesuruhjaya Daerah.

SKIM MUTIARA
Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada Pemimpin
Berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa
depannya dalam Persatuan Pandu Puteri.
Mutiara I
Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara I setelah ia
menunjukkan bukti bahawa ia:
o Mempunyai Waran Pemimpin dan mengendalikan Pasukan
sendiri tidak kurang daripada enam bulan;
o Mengetahui cara-cara menggunakan peta serta kompas; dan,
o Telah mengambil bahagian dalam acara Perkhemahan Pandu
Puteri sebagai Pegawai atau Penolong Pegawai Perkhemahan
dan boleh menggunakan pengetahuan kraf kem, terutama kraf
kayu.

Mutiara II
Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara II setelah ia
menunjukkan bukti bahawa ia melayakkan diri sebagai:
o Pemegang Sijil Juru Pertolongan Cemas;
o Pemegang Sijil Jurumasak; dan
o Pemegang Lesen Perkhemahan dan sedang berusaha sebagai
Bakal Jurulatih
o Ahli yang aktif dalam sesebuah Jawatankuasa peringkat
Daerah, atau Cawangan, atau Kebangsaan.
o Telah menghadiri sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri
seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau
persidangan peringkat Daerah atau Cawangan.
Mutiara III
Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara III setelah ia
menunjukkan bukti bahawa ia:
o Pemegang Sijil Jurulatih;
o Telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara
Pandu Puteri peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan,
perkhemahan, seminar atau persidangan.
o Telah menyertai sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri
peringkat antarabangsa, seperti kursus, latihan, perkhemahan,
seminar atau persidangan;
o Memegang jawatan penting, umpamanya Pesuruhjaya, dalam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah atau
Cawangan atau Kebangsaan
o Telah mengambil bahagian dalam sesuatu skim kelayakan
atau telah menerimaanugerah anjuran Jawatankuasa Rantau
Asia Pasifik atau WAGGGS yang berkuat kuasa dalam tempoh
masa tertentu.
Pakaian Pandu Puteri Dewasa:
o Kebaya / Kurung Biru (Rasmi)
o Blaus Hijau Muda berlogo dan Seluar Panjang Biru (Aktiviti Luar
/ Perjalanan)

o Flashes Bahu
o Penampang
o Lencana Dunia
o Lencana Pelantikan
o Lencana Waran / Lencana Lain
o Tag Nama
o Tudung Batik PPPM (untuk yang beragama Islam) dan Klip
Tudung
o Stoking hitam
o Kasut hitam

You might also like