Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BAB 7

AGAMA DAN
HUBUNGAN ETNIK

Agama Islam
Islam ialah sebuah agama yang diturunkan di Mekah dan
ia tersebar ke seluruh dunia termasuklah di Alam Melayu.
Kedatangan Islam di Malaysia bermula pada awal kurun
ke-14 masehi iaitu pada tahun 1309 masehi di
Terengganu.
Bermula 1957, Malaysia telah meletakkan agama Islam
sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang kemudiannya, sejak tahun 1963,
dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia.
Perkataan Islam berasal daripada perkataan Arab
salima yang bermaksud keamanan, ketulenan,
penyerahan dan ketaatan.
Dari segi keagamaan, perkataan Islam bermaksud
penyerahan kepada Kehendak Tuhan dan ketaatan
kepada Undang-undangNya.

Agama Islam ialah sebuah agama yang berpegang


kepada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja
iaitu Allah yang bersifat dengan sifat Maha Esa.
Islam telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad S.A.W untuk seterusnya disebarkan kepada
seluruh manusia di alam ini.
Kesemua ajaran dan arahan yang berbentuk konseptual
dan praktikal mengenai Islam yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad telah dikumpulkan dan
dibukukan yang kemudiannya dinamakan sebagai alQuran.
Isi kandungan Al-Quran merupakan seratus peratus katakata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan.
Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh
Allah bukannya agama ciptaan Nabi Muhammad atau
manusia.
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T
untuk umat manusia seluruhnya.

Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama


dan penting untuk memahami ajaran dan arahan yang
terdapat dalam agama Islam.
Oleh kerana Nabi Muhammad merupakan insan
teristimewa dan paling rapat dengan Allah maka Nabi
Muhammad merupakan manusia yang paling memahami
dan mengerti segala kandungan ajaran dan arahan yang
terdapat dalam Al-Quran.
Segala aktiviti yang Nabi Muhammad lakukan berkaitan
dengan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan
Islam telah dikumpulkan dan dibukukan yang
kemudiannya dinamakan hadis.
Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam
Islam.
Orang Islam wajib beriman dan bercaya kepada ajaran
dan perintah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran
dan Hadis.
Keimanan dan kepercayaan dimanifestasikan melalui
amalan-amalan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji
dan sebagainya.

Rukun Iman
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada kitab-kitab Allah
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada dan Qadar

Rukun Islam
Mengucap dua kalimah syahadah yang
bermaksud: aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah
Menunaikan sembahyang lima waktu sehari
semalam
Menunaikan zakat
Menunaikan puasa di bulan Ramadhan
Menunaikan haji kepada yang mampu dari segi
kewangan dan kesihatan.

2 lagi sumber untuk memahami agama


Islam
a.Ijmak ulamak
b.Qiyas

Agama Buddha
Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud
Yang bebas daripada kejahilan(Enlightened
one) gelaran kepada pengasas agama
Buddha, Saiddharta Gautama Buddha.
Agama Buddha telah berkembang dan
memainkan peranan utama dalam kehidupan
rohaniah penduduk di Sri Lanka, Asia Tengah,
Asia Tenggara, negara China, Korea dan Jepun.
Di Malaysia, agama Buddha merupakan antara
agama utama di kalangan masyarakat Cina.

Agama Buddha pertamanya menekankan Empat


kebenaran Mulia mengenai alam. Kebenarankebenaran ini ialah ;
Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah
lumrah alam
Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu
untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan.
Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu
harus mengatasi nafsunya;
Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah
mengikuti Jalan Mulia Berlapis Lapan (Noble
Eightfold Path)

Jalan Mulia Berlapis Lapan


Pandangan yang betul
Niat yang betul
Pertuturan yang betul
Tindakan yang betul
Punca pencarian yang betul (right livelihood)
Usaha yang betul
Tumpuan yang betul (right concentration)
Pertimbangan yang betul (right mindfulness)
Sekiranya peraturan-peraturan di atas dipatuhi,
manusia dapat melepaskan diri daripada
pengabdian kelahiran semula (bondage of
rebirth) dan mencapai nirwana.

Agama Hindu
Agama Hindu (dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana
Dharma yang bermaksud undang-undang abadi
bermula di India sejak kira-kira tahun 3500 SM.
Pengaruh agama Hindu sangat kuat di dunia Timur dan
dipercayai menjadi penyebab kepada kebangkitan
kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.
Agama Hindu tidak mempunyai pengasas atau kitab
suci.
Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab
Veda iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Vedu dan
Atharva Veda.
Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang
sebenarnya merupakan penjelmaan satu Tuhan yang
sama.
Tiga dewa utama mereka yang dipanggil Trimurthi ialah
Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan
Siva (Dewa Pemusnah)

Konsep utama agama Hindu ;


* Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap insan)
* Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan,
kematian dan kelahiran semula).
* Karma (perbuatan atau kelakuan seseorang semasa
hidup yang akan menentukan kehidupannya di akhirat)
* Moksha (kebebasan dan putaran kelahiran dan
kematian)
Matlamat utama para penganut agama Hindu untuk
mencapai Moksha.
Keempat-empat konsep ini dapat dihayati dengan
memilih dan mengamalkan jalan yang menuju
kesempurnaan.
Empat jalan untuk mencapai kesempurnaan ; Raja Yoga
(melalui tafakur mengenal Tuhan), Jnana Yoga (melalui
ilmu suci mengenai kebenaran alam), Bhakti Yoga
(melalui rasa cinta kasih pada Tuhan) dan Karma Yoga
(melalui perlakuan sempurna).

Agama Kristian
Agama Kristian hadir dalam alam Melayu
bersama-sama dengan kedatangan orang Barat
ke rantau ini seperti orang Portugal, Sepanyol
dan Belanda.
Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ
yang dilahirkan pada kira-kira tahun 6 SM.
Kitab suci agama Kristian iaitu Bible yang
dibahagi kepada dua iaitu Old testament dan
New Testament.
Ikutan kepada Ten Commandments dan sifat
perilaku Jesus Christ yang tiada cacat celanya
merupakan panduan utama penganut Kristian.

Empat prinsip utama dalam ajaran Kristian


Terdapat satu tuhan yang merupakan pencipta
seluruh alam.
Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan
bapa, tuhan anak dan tuhan Holy Spirit
Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia
harus mencintai Tuhan serta melayan semua
orang secara adil dan hidup secara aman dan
damai.
Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan
tingkah lakunya di dunia. Seorang Kristian yang
taat kepada agamanya akan menikmati
kehidupan abadi selepas mati manakala seorang
yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan
abadi.

Ajaran asas agama Kristian terdapat dalam


dua rukun utama;
i) Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa
ragamu
ii) Cintailah jiranmu seperti kamu
mencintai diri sendiri

Asas-Asas Hubungan Etnik


dalam Konteks Agama
Berkenal-Kenalan
Menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih
sayang dan saling berhubung antara satu
dengan yang lain.
Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit
yang berlainan supaya mereka berbaik antara
satu sama dengan lain agar mereka dapat hidup
bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.

Persefahaman
Saling memahami antara satu sama lain untuk
mencapai kehidupan yang harmonis dan
sejahtera.
Persefahaman diamalkan melalui cara berikut;
i) Perlu saling mengenali antara satu dengan
yang lain.
ii) Berpegang teguh kepada ajaran agama dan
mengamalkan nilai-nilai hidup murni.
Program kemasyarakatan seperti gotongroyong, beriadah atau bersukan.
Sikap memahami antara satu sama lain, saling
menasihati dan tegur-menegur.

Bekerjasama
Wujudnya kerjasama, tolong menolong dan
saling membantu antara satu sama lain dalam
kehidupan masyarakat majumuk.
Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik
bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkan
musibat demi mencapai kepentingan bersama.
Bentuk pertolongan bergantung kepada
kemampuan seseorang contohnya pertolongan
dalam bentuk tenaga, harta benda dan masa.

Persaudaraan
Bermaksud perhubungan seperti bersaudara
atau pertalian yang rapat ibarat isi dengan kuku.
Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan
konsep hidup bersandarkan kepada
persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa.
Abdullah Nasih Ulwan (seorang ilmuan Islam)
menyifatkan persaudaraan sebagai suatu ikatan
kerohanian yang melahirkan perasaan
mendalam dalam diri seseorang tentang belas
kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri.

Berkasih Sayang
Sifat kasih sayang merupakan satu sifat
kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan
dibajai dalam sanubari setiap anggota
masyarakat.
Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan
kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik.
Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah
sifat bermusuhan, benci-membenci dan dengkimendengki antara satu sama lain.

Saling menjamin
Sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu
dengan yang lain.
Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri
setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli
masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi
kesusahan atau memerlukan pertolongan.
2 prinsip kerjasama dalam pendekatan Islam Hadhari
i) Kerjasama umum, iaitu setiap individu
bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian
orang lain mengikut kemampuannya
ii)Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara
menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua
warga negara.

Pendekatan Islam Hadhari


Perkataan hadhari bermaksud yang
bertamadun atau Islam yang menekankan
aspek tamadun.
Malek Bennabi istilah hadharah membawa
maksud keseimbangan kemajuan antara aspek
material dan spiritual.
Islam Hadhari ditakrifkan sebagai islam yang
mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan
tinggi yang menekankan peri pentingnya keduadua aspek fizikal (material) dan spiritual.
Islam Hadhari juga merupakan perlaksanaan
Islamm secara lebih bertamadun dan dinamik,
sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi
terkini, tanpa membelakangi asas akidah yang
amat unik.

Tujuan Islam Hadhari


Memperkasakan umat Islam supaya berupaya
menghadapi pelbagai cabaran dunia semasa.
Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang
mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak,
intelektual, material, mampu berdikari, berdaya
saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang
tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan
melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran
negara yang cekap kepada semua rakyat tanpa
mengira golongan etnik.
Menjana kecemerlangan ummah dan seterusnya
membina peradaban dan ketamadunan insan
yang meliputi aspek jasmani dan rohani.

10 Prinsip Islam Hadhari


1.
2.
3.
4.
5.

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T


Kerajaan yang adil dan beramanah
Rakyat yang berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan
komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Pembentukan Masyarakat Hadhari


Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari
adalah untuk membangunkan warga Malaysia menurut
acuan sendiri berasaskan masyarakat cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Prinsip pertama Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
S.W.T berteraskan pegangan asas penganut agama
Islam di Malaysia, namun turut memperakukan bahawa
setiap agama di Malaysia juga mempunyai pegangan
spritual masing-masing.
9 prinsip Islam Hadhari yang berikutnya merupakan
prinsip-prinsip yang selaras dengan nilai-nilai sejagat
yang diamalkan oleh agama-agama lain.
Sekiranya prinsip-prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh
warganegara maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi
negara contoh yang utama di dunia dalam merealisasikan
keharmonian hubungan multietnik.

ISL
Bincangkan prinsip-prinsip Islam Hadhari
secara ringkas.
Huraikan bagaimana prinsip-prinsip Islam
Hadhar dapat memupuk pembentukan
masyarakat pelbagai kaum yang harmoni.

You might also like