Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Sistem Perlindungan

Harta Intelek di Malaysia

The Intellectual Property Protection System in Malaysia

Siri Penerbitan Panduan Harta Intelek


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia


Soalan-soalan Lazim Harta intelek
Sistem Paten di Malaysia
Sistem Cap Dagangan di Malaysia
Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia
Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia
Sistem Hakcipta di Malaysia

Penafian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas
mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak
bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau
khidmat nasihat perundangan profesional.
Rujukan kepada produk dan perkhidmatan,
nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak
bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan
oleh MyIPO.

Hakcipta MyIPO (2008)


Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana
bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua samada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua
Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

MyIPO April 2008

Panduan Harta Intelek - 1


Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia
Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan
pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen
ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh
MyIPO.

Sistem Perlindungan Harta Intelek Malaysia


Pembangunan harta intelek biasanya dikaitkan dengan
perlindungan hak harta intelek kerana ia dikatakan
menjadi pendorong utama kepada perekacipta dan
pencipta untuk menghasilkan harta intelek baru dari
semasa ke semasa, menggalakkan pengkomersialan,
pemindahan

teknologi

dan

juga

menggalakkan

perdagangan antarabangsa.
Sistem

perlindungan

harta

intelek

memberi

hak

eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan


mengeksploitasi harta intelek mereka. Ini termasuklah
hak untuk membuat, mengguna, mengedar, menjual
dan mengimport. Mereka juga boleh mengambil
tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang
melanggar hak mereka.
Walau bagaimanapun masih ramai masyarakat yang
tidak tahu harta intelek dan masih ramai juga yang
tidak menyedari kewujudan Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO) sebagai sebuah organisasi yang
bertanggungjawab memberi perlindungan hak-hak
harta intelek di Malaysia. Dalam kajian terbaru yang
dibuat, jelas menunjukkan peratusan kesedaran awam
mengenai harta intelek sangatlah rendah. Harta
intelek cuma dikenali oleh institusi atau organisasi yang
mempunyai kepentingan dalam bidang ini sahaja.
Harta intelek merupakan salah satu komponen penting
dalam pembangunan ekonomi negara di mana
penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa
ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan
dan perdagangan. Harta intelek yang dilindungi di
bawah undang-undang di Malaysia ialah Paten,
Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian,

Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar


Bersepadu. Varieti Tumbuhan adalah juga komponen
harta intelek dan ianya ditadbirkan oleh Kementerian
Pertanian dan Asas Tani.

Paten
Perlindungan paten di Malaysia diperuntukkan di bawah
Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan Paten 1986.
Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan
paten dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar
negara hendaklah memfailkannya melalui agen paten
berdaftar yang dilantik.
Seperti perundangan di negara-negara lain, suatu
rekacipta boleh dipatenkan jika ianya adalah baru,
melibatkan langkah-langkah merekacipta dan boleh
digunakan dalam industri. Sesuatu permohonan paten
adalah dibuka untuk pemeriksaan awam selepas
tempoh 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan
permohonan.
Selaras dengan peruntukan Perjanjian Trade Related
Aspects of Intellectual Property Rights 1994 (TRIPS),
Akta Paten 1983 memberi perlindungan paten selama
20 tahun dari tarikh pemfailan. Manakala tempoh
perlindungan perakuan perbaharuan utiliti adalah
10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan
kepada lima tahun dan seterusnya lima tahun lagi
bergantung

kepada

penggunaannya.

Pemunya

paten berhak untuk mengeksploitasi rekaciptanya,


menyerahhak atau memeterai kontrak lesen.
Selaras dengan Perjanjian TRIPS, Akta Paten 1983
membenarkan lesen wajib dan pengimportan produk
yang dipaten yang telah dipasarkan di negara luar
(parallel import). Kerajaan berhak melarang pemberian
paten atas alasan moral atau public order. Akta Paten
1983 telah dipinda pada tahun 2003 untuk memasukkan
peruntukan membenarkan pengimportan di bawah
skop lesen wajib.

Malaysia telah menjadi ahli kepada PCT pada 16


Mei 2006 dan berkuatkuasa pada 16 Ogos 2006
MyIPO bertindak sebagai Pejabat Penerima bagi
pemfailan

antarabangsa

permohonan

paten

di

mana permohonan tersebut boleh difailkan di MyIPO.

Cap Dagangan
Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah
Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan
Cap Dagangan 1997.
Akta ini memberi perlindungan kepada cap-cap
dagangan dan cap-cap perkhidmatan di Malaysia.
Setelah sesuatu cap dagangan didaftarkan, tiada
sesiapa selain daripada pemiliknya atau pengguna
yang dibenarkan boleh menggunakannya. Tindakan
pelanggaran

boleh

dimulakan

ke

atas

mereka.

Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan


boleh diperbaharui bagi satu tempoh selama 10 tahun
seterusnya. Pemilik cap dagangan atau perkhidmatan
berhak mengeksploit, menyerahhak atau melesenkan
penggunaannya.
Seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian TRIPS,
Malaysia melarang penggunaan cap-cap terkenal oleh
pihak-pihak yang tidak diberi kuasa dan peruntukan
langkah-langkah sempadan juga melarang cap-cap
lancung (cap-cap tiruan) dari diimport ke Malaysia.
Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah
Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan
Cap Dagangan 1997.
Malaysia telah menjadi ahli kepada Perjanjian Nice
dan Vienna pada 28 Jun 2007 yang mula berkuatkuasa
pada 28 September 2007. Perjanjian Nice adalah
merujuk kepada pentadbiran Klasifikasi Antarabangsa
Barangan dan Perkhidmatan bagi tujuan pendaftaran
cap

dagangan

dan

perkhidmatan

manakala

Perjanjian Vienna merujuk kepada apa-apa klasifikasi

cap yang mengandungi elemen bergambar. Keduadua Perjanjian adalah penting untuk memudahkan
prosedur pendaftaran cap dagangan.
Dalam memfailkan permohonan, seseorang pemohon
tempatan boleh memfailkan permohonannya sendiri
manakala pemfailan dari luar negara hendaklah
difailkan melalui agen cap dagangan berdaftar.

Reka Bentuk Perindustrian


Perlindungan reka bentuk perindustrian di Malaysia
diperuntukan di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian
1996 dan Peraturan-peraturan Reka Bentuk Perindustrian
1999. Akta ini memberikan hak perlindungan kepada
reka bentuk perindustrian berdaftar sebagai harta
persendirian yang boleh dibuat melalui penyerahhak.
Pendaftaran boleh dibuat sekiranya reka bentuk
perindustrian

tersebut

adalah

baru

dan

tidak

termasuk kaedah atau prinsip pembinaan atau reka


bentuk berkenaan tidaklah ditentukan semata-mata
oleh fungsi.

Reka bentuk berkenaan tidak boleh

bergantung kepada rupa suatu barang lain yang


mana menjadikannya suatu bahagian yang perlu
dalam barang tersebut.
Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan
secara individu atau melalui agen reka bentuk
perindustrian

berdaftar.

Manakala,

pemfailan

permohonan luar negara hanya boleh difailkan melalui


agen berdaftar. Suatu reka bentuk perindustrian
berdaftar diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh
pemfailan.

Perlindungan boleh dilanjutkan selama

dua tempoh dimana setiap tempoh perlindungan


adalah selama 5 tahun, menjadikan tempoh maksima
perlindungan 15 tahun.

10

Hakcipta
Akta Hakcipta 1987 memperuntukkan perlindungan
untuk karya-karya berhakcipta. Akta ini menggariskan
karya-karya yang layak diberi perlindungan hakcipta
(termasuklah program komputer), skop perlindungan,
dan cara mana ianya diberikan perlindungan. Tiada
sistem pendaftaran untuk karya-karya berhakcipta.
Tempoh perlindungan hakcipta untuk karya sastera,
muzik dan seni adalah selama hayat pencipta dan
50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya
rakaman bunyi, siaran dan filem, perlindungannya
adalah selama 50 tahun selepas karya-karya tersebut
mulanya diterbitkan atau dizahirkan.
Akta ini juga memberi perlindungan kepada hak-hak
pelaku dalam sesuatu persembahan yang dibuat secara
langsung selama 50 tahun bermula dari tahun kalendar
berikutnya setelah ianya mula dipersembahkan.
Pada tahun 2003, Akta Hakcipta 1987 telah dipinda
untuk

memperkemaskan

penguatkuasaannya
penguatkuasa

peruntukan-peruntukan

dimana

Kementerian

pegawai-pegawai

Perdagangan

Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diberi


kuasa-kuasa menangkap (termasuklah penangkapan
tanpa waran). Sepasukan khas pegawai-pegawai
KPDNHEP telah dilantik untuk menguatkuasakan Akta
ini dan diberikan kuasa untuk memasuki mana-mana
premis yang disyaki memiliki salinan-salinan langgaran
dan kuasa untuk memeriksa dan merampas salinansalinan langgaran dan apa-apa kelengkapan yang
berkaitan dengannya.

11

Petunjuk Geografi
Akta

Petunjuk

Geografi

2000

memperuntukkan

perlindungan ke atas barangan yang memberi indikasi


dari mana barangan itu berasal, di mana kualiti, reputasi
atau lain-lain ciri barangan tersebut dikaitkan dengan
tempat asal barangan tersebut dikeluarkan. Petunjuk
geografi melindungi barangan seperti wain dan spirit,
barangan keluaran semulajadi atau pertanian atau
apa-apa keluaran kraftangan untuk industri. Petunjuk
geografi yang bertentangan dengan ketenteram
awam atau prinsip moral tidak boleh dilindungi di
bawah akta ini.
Untuk mendaftar permohonan petunjuk geografi,
pemohon hendaklah seorang yang menjalankan
aktiviti

sebagai

pengeluar

dalam

kawasan

geografi tersebut termasuk suatu kumpulan atau


kumpulan-kumpulan orang sedemikian, suatu pihak
berkuasa yang berwibawa atau suatu organisasi atau
persatuan perdagangan.
Pemohon tempatan boleh memfaikan permohonan
petunjuk geografi dengan sendiri. Manakala, pemohon
luar negara hendaklah memfailkannya melalui agen
petunjuk geografi yang berdaftar yang dilantik. Tempoh
perlindungan petunjuk geografi adalah selama 10
tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

12

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu


Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000
memberi perlindungan kepada reka bentuk susun
atur yang berdasarkan prinsip asli dan hasil rekacipta
pencipta. Tiada sistem pendaftaran untuk perlindungan
reka bentuk susun atur.
Tempoh perlindungan reka bentuk susun atur adalah
selama 10 tahun dari tarikh mula ianya dieksploitasi
secara perdagangan atau 15 tahun dari tarikh ianya
dicipta sekiranya tidak dieksplotasi secara komersil.
Akta ini juga membenarkan tindakan diambil oleh
pemilik sekiranya hak-hak tersebut yang diperuntukkan
di bawah akta telah dilanggar. Hak-hak tersebut
juga boleh dipindahkan samada sebahagian atau
sepenuhnya melalui penyerahak, perlesenan, wasiat
atau atas kuatkuasa undang-undang.
Akta ini telah dilaksanakan selaras dengan Perjanjian
TRIPS untuk memberi jaminan kepada pelabur-pelabur
dalam industri elektronik di Malaysia dan juga untuk
memastikan pertumbuhan teknologi tersebut dalam
negara.

13

Perjanjian Antarabangsa, Konvensyen dan Triti


Penyertaan Malaysia dalam aktiviti-aktiviti berkaitan
harta intelek di peringkat serantau dan antarabangsa
sangatlah penting bagi memastikan Malaysia setanding
dengan perkembangan semasa harta intelek dunia.
Antara perjanjian, konvensyen dan triti yang Malaysia
telah sertai adalah seperti berikut:

i)

Konvensyen Paris 1883


Konvensyen Paris 1883 telah diwujudkan bagi
memperuntukkan standard perlindungan bagi
harta industri yang merangkumi paten, cap
dagangan dan reka bentuk perindustrian.
Malaysia

telah

menjadi

ahli

kepada

konvensyen ini pada 1 Januari 1989;


ii)

Konvensyen Berne 1886


Konvensyen Berne memperuntukkan standard
perlindungan bagi hakcipta yang merangkumi
karya-karya seni seperti novel, cerpen, puisi,
persembahan, nyanyian, opera, lukisan, ukiran
dan karya-karya senibina. Malaysia telah
menjadi ahli pada 1 Oktober 1990;

iii)

Konvensyen Penubuhan - World Intellectual


Property Organization (WIPO)1967.
WIPO
16

merupakan

agensi

salah

khusus

satu

Pertubuhan

daripada
Bangsa-

bangsa Bersatu. WIPO adalah pertubuhan


antarabangsa

khusus

untuk

mempromosi

penciptaan, penggunaan dan perlindungan


hasil karya-karya dari minda manusia. Ia
dapat membantu serta menentukan agar
hak-hak perekacipta dan pemilik harta intelek

14

diberikan perlindungan di seluruh dunia dan


pencipta adalah diberi pengiktirafan serta
ganjaran diatas keaslian karya-karya mereka.
Malaysia telah menjadi ahli kepada WIPO
pada 1 Januari 1989.
iv)

Perjanjian TRIPS (Trade Related Aspects of


Intellectual Property Rights) 1994
Pertubuhan

Perdagangan

Dunia

(WTO)

adalah satu-satunya organisasi antarabangsa


yang mengawal selia peraturan perdagangan
negara-negara di dunia. Matlamat utamanya
adalah untuk membantu pengeluar barangan
dan perkhidmatan serta pengeksport dan
pengimport

menjalankan

perdagangan

mereka secara teratur. Malaysia merupakan


salah sebuah 146 negara pengasas WTO pada
1 Januari 1995. Sebagai ahli WTO, Malaysia
juga telah menandatangani Perjanjian TRIPS.
Tujuan

Perjanjian

TRIPS

adalah

untuk

memastikan agar standard perlindungan yang


memadai wujud di kesemua negara yang
menganggotainya. Perjanjian TRIPS meluaskan
skop perlindungan konvensyen antarabangsa
yang terdahulu dengan meletakkan standard
minimum perlindungan hak harta intelek
di dalam semua bidang harta intelek yang
perlu dipatuhi oleh kesemua negara anggota
WTO.
Bidang

utama

yang

terdapat

dalam

Perjanjian ini adalah Paten dan perlindungan

15

varieti tumbuhan; Hakcipta dan hak-hak yang


berkaitan termasuk perlindungan program
komputer; Maklumat rahsia termasuk rahsia
perniagaan dan data ujian; Cap Dagangan
termasuk

cap

perkhidmatan;

Petunjuk

Geografi termasuk appellations of origin;


Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk
Susun Atur Litar Bersepadu.
Satu lagi peruntukan utama Perjanjian TRIPS
adalah berkenaan prosedur dan remedi
di

bawah

perundangan

domestik

bagi

memastikan keberkesanan penguatkuasaan


harta

intelek.

Peruntukan-peruntukan

ini

memperuntukan bahawa prosedur tindakan


sivil dan pentadbiran serta remedi dan
prosedur berkenaan jenayah serta penalti
hendaklah diwujudkan di dalam perundangan
atau institusi pentadbiran domestik selaras
dengan prinsip am yang tertentu. Kewajipan
untuk memastikan implementasi Perjanjian
TRIPS dalam sesuatu tempoh peralihan yang
tertentu, adalah terpakai kepada kesemua
ahli.
Sebagai negara membangun, Malaysia telah
diberikan tempoh 5 tahun untuk menepati
peruntukan Perjanjian TRIPS iaitu sehingga
1 Januari 2000. Malaysia telah mewujudkan
perundangan harta intelek yang menepati
peruntukan Perjanjian TRIPS pada akhir tahun
2001.
v)

Triti Kerjasama Paten (Patent Cooperation


Treaty 1970 (PCT))
Malaysia telah menganggotai PCT pada 16

16

Mei 2006 bagi memanfaatkan pemfailan


paten melalui satu sistem permohonan paten
antarabangsa. PCT yang telah berkuatkuasa di
Malaysia mulai 16 Ogos 2006 merupakan suatu
triti yang membolehkan permohonan bagi
perlindungan paten di lebih daripada sebuah
negara dibuat melalui satu permohonan/
saluran sahaja.
vi)

Perjanjian Nice (Nice Agreement Concerning


the International Classification of Goods and
Services for the Purposes of the Registration of
Marks 1957)
Perjanjian

Nice

antarabangsa
Klasifikasi

adalah

yang

Barangan

perjanjian

berkaitan
dan

dengan

Perkhidmatan

Antarabangsa (International Classification of


Goods and Services). Ia merupakan prosedur
penyeragaman

(harmonization)

sistem

klasifikasi barangan dan perkhidmatan bagi


tujuan pendaftaran cap dagangan. Malaysia
telah menyertai Perjanjian ini pada 28 Jun 2007
dan ianya berkuatkuasa pada 28 September
2007.
vii)

Perjanjian Vienna (Vienna Agreement


Establishing an International Classification of
the Figurative Elements of Marks 1973)
Perjanjian Vienna adalah perjanjian berkaitan
dengan Klasifikasi Antarabangsa bagi elemen
bergambar sesuatu cap dagangan. Malaysia
telah

menyertai

Perjanjian

ini

pada

28

Jun 2007 yang berkuatkuasa 28 September


2007.

17

Di bawah Perjanjian, Triti dan Konvensyen tersebut,


negara-negara ahli dikehendaki mematuhi standard
yang ditetapkan dan memberi perlindungan sama rata
kepada pemilik harta intelek tempatan dan pemilik
harta intelek di negara-negara yang menjadi ahli.

32

You might also like